"Abang"
Ayat pertama yg tubir dari bibir aku. Aku melihat keadaan di sekeliling. Semuanya gelap. Hanya bercahayakan lampu meja sahaja. Pandangan aku sedikit kabur. Kepala aku terasa pusing. Baru aku sedar aku sedang berbaring di atas katil. Suasana bilik ini bukan seperti selalu. Aku masih berada di rumah Bonda. Kelibat Azhar masih belum berada di sini. Entah ke mana semua orang pergi. Mata aku ligat mencari arah tuju jam berapa sekarang. Yaa, Sudah masuk pukul 7.30 p.m. Aku mengurut kepala perlahan-lahan. Cuba mengingati kembali apa yg telah berlaku sampai aku tertidur lama sebegini. Aku menutup mata semula. Kejadian siang tadi terus terngiang di dalam fikiran aku. Sanggup Mira berbuat demikian dekat aku. Perempuan itu memang benar sudah tidak waras. Hanya kerana cinta basi dia dekat Azhar sanggup buat apa saja untuk memiliki Azhar lagi. Diri Mira terlalu obsesi dengan Azhar. Silap hari bulan tumpah darah pun boleh berlaku. Munirah terus bangun dari pembaringannya. Terlihat baju di badannya sudah ditukar ke baju lain. Munirah berjalan menuju ke tandas. Mahu mengambil wuduk dan solat Maghrib. Lupakan sekajap tentang urusan dunia ini.
Azhar..nanti kalau Munirah dah bangun beritahu bonda. Biar bonda panaskan bubur untuknya..Tegur bonda sambil melipat kain sejadah. Mereka semua solat berjemaah ruang tamu di bawah. Bukan selalu keluarga mereka berkumpul ramai-ramai macam ini.
Ermm..baiklah. Jawab Azhar pendeknya lalu berjalan pergi untuk melihat keadaan Munirah. Dirinya sudah dikhabarkan apa yg berlaku tadi. Nasib Munirah tidak ada cedera apa-apa cuma ia pengsan dan perlukan rehat yg secukupnya.
Hmm..Lepas ni kena behavelah dengan Mira tu. Silap hari bulan lebih teruk dia buat dekat Irah tu..Bersuara Wirda sambil menolong Bonda melipat kain sejadah yg lain juga. Walid, Azfar dan Azman sudah berlalu pergi duduk di atas sofa.
Tergamak Mira sanggup buat macam ni..Selepas dia keluar dari wad perangainya sudah banyak berubah. Mira perlu berjumpa dengan pakar semula. Nanti Bonda maklumkan dekat Datin Zubaidah. Buat sementara ni..jangan bagi Munirah dekat dengan dia. Risau bonda. Kata Bonda lalu termenung sekejap di situ. Bukan ia tengah fikirkan tentang Mira tetapi tentang diri Munirah. Perasaan sayang dekat Munirah semakin hadir di dalam hatinya. Dia risau Mira akan bertindak lebih kejam lagi terhadap Munirah. Pada masa yg sama, dia juga sudah menganggap Mira seperti anaknya sendiri. Hajah Fazilah buntu. Kenapa semua ini harus berlaku.
Itulah..namanya cemburu buta bonda..Tak boleh terima kenyataan lagi. Terlalu obsesi sangat dengan orang sampai lupa Tuhan. Dari dulu lagi Adik tak suka dia. Suka sangat bertenggek dekat sini. Bukan setakat giler saja membunuh pun boleh dia tu tau. Haishh..Minta simpanglah. Sampuk Azman lalu menanggalkan kopiah dari kepalanya. Sudah lama dia memperingatkan mereka semua jangan terlalu baik dan manjakan sangat Si Mira itu tetapi tiada sesiapa yg peduli. Baru sekarang mereka tahu dah berlaku depan mata baru nak riuh sekampung, rasa menyesal apalah. Walid hanya mengangguk tanda setuju saja. Dia kerap tiada di rumah menyebabkan walid ketinggalan sedikit bab ini.
Kau memang pandai ceramah doo..bila nak pasang sorang ni..kami dah cukup kuata..ko bila lagi? Bersuara Azfar pula seronok saja mendengar bebelan mulut Azman. Dialah orang yg paling bising dalam rumah ini. Kalau tak ada Azman, rasa tidak sempurna keluarga ini. Bonda dan Wirda sudah lama berlalu ke dapur. Mahu sediakan makan malam sekejap lagi. Di biarkan saja para teruna itu berbual.
Haishhh...Tahun depan aku pasang sorang..yg ni top 1 class punya tau. Bidadari turun dari langit. Jawab Azman bangganya memberitahu semua itu. Walid dan Azfar mula tertarik dengan apa yg Azman katakan itu. Mereka terus menyoal dan mengikis rahsia Azman. Tidak lama lagi lengkaplah keluarga besar mereka. Walid tersenyum sendiri. Melihat anaknya sudah tumbuh panjang dan bertanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga masing-masing. Dia bersyukur sudah membesarkan anak lelaki yg budiman dan bertangunggjawab. Mendapat menantu yg baik dan penyabar orangnya. Semua ini adalah jalan hidup yg terbaik telah Allah swt tentukan buat mereka semua. "Hendak telan manisnya kenalah rasa pahit dahulu."
Sayang..dah bangun..Tegur Azhar apabila melihat Munirah sedang duduk di atas kain sejadah. Seperti sudah selesai menunaikan solat Maghrib. Perlahan-lahan Azhar melabuhkan dirinya di sebelah Munirah. Menatap wajah Munirah yg sudah mengukirkan senyuman selepas melihat dia masuk ke sini lagi. Azhar memegang lama dahi Munirah. Mahu periksa jika Munirah demam atau tidak. Dia terus mengukirkan senyuman menampakkan gigi.
Abang ni..suka sangat batalkan wuduk saya. Mana abang pergi..tinggalkan Irah sendiri dalam bilik. Sampai hati. kata Munirah mengundurkan semula senyumannya. Pandangannya di tundukkan ke bawah. Mahu Azhar memujuk semula rajuknya ini.
Ermm..maaflah. Abang solat berjemaah dekat bawah tadi dengan yg lain. Sayang tengah restkan tadi..abang tak nak ganggu. Dah rasa ok belum? Rasa nak selsema? Sakit tekak ke? Pujuk Azhar lembutnya sambil tangannya mencuit sedikit pipi gebu Munirah itu. Suka Azhar berbuat demikian. Isterinya ini comel sangat. Kecil saja wajahnya apabila memakai kain telekung. Muncung mulut Munirah sedikit. Dia menggeleng saja kepala untuk jawapan Azhar itu. Munirah terus merebahkan badannya di dalam pelukan Azhar selepas Azhar mendepakan tangannya itu. Azhar memeluk tubuh kecil Munirah. Mereka berdua mendiamkan diri sekejap. Melayan perasaan antara satu sama lain. Perasaan tenang yg sentiasa wujud bila mereka berdua dalam keadaan begini.
"Irah sayangkan abang"
"Abang pun sayangkan Irah"
"Sayangku Munirah... Seberat apapun beban yang akan kita hadapi, percayalah akan selalu ada aku yang menemani. Aku sangat mencintaimu, dan aku berharap kau akan selalu ada di setiap langkah kehidupanku..tetaplah bersamaku.."
"Dari jauh aku mendo'akanmu, do'a yang bukan sekadar kata-kata, melainkan sesuatu yang air matapun tak sanggup menterjemahnya."
"Sejujurnya ku tak bisa..."
"Hidup tanpa ada kamu aku gila...
Seandainya kamu bisa...
Mengulang kembali lagi cinta kita...
Tak akan ku sia-siakan kamu lagi...."
Abang tak akan biarkan orang lain menyakiti Munirah lagi. Tak akan.
.................................................................
"Cinta hatiku takkan pernah bisa
Menggantikan oleh yang lainnya
Pernah kucuba dan kurasakan
Tapi 'ku tak daya"
"Jangan pernah kau cuba untuk meminta
Aku pun di sini tak pernah rela
Tolong jagalah dan kau kuatkan hatimu untukku
Hatiku milikmu"
Kedengaran suara Munirah bernyanyi di dapur sambil tangannya sibuk sahaja mencuci ayam untuk masak tengah hari kejap lagi. Lagu milik Siti Nordiana 'Hatiku Milikmu ' di dendangnya merdu sekali. Bukan Azhar saja yg boleh bernyanyi, Munirah juga boleh dan orang lain juga boleh. Yg bezanya hanyalah sedap dengar dan tidak sahaja.
Ermm..Semua bahan sudah siap..Jum masak. Laki aku ni pun tiber je nak makan masak lemak ayam cili api pula. Nasiblah sempat minta resepi dari bonda haritu. Nasib sayang saja. la..la..la..la. Cakap Munirah sendiri lalu mengelap sedikit tangan basahnya di sapu tangan. Munirah tidak pergi kerja hari ini kerana walid berinya cuti. Kalau di ikutkan banyak saja Munirah cuti tanpa ada hadnya. Walid tak pernah kisah pun kerana tahu Munirah akan siapkan kerjanya ambil masa sehari saja. Cekap sungguh Munirah bekerja dalam pengurusan HQ.
"Meoww"
Kedengaran suara kucing mengiau di situ. Munirah terus pandang ke arah depan pintu sliding door itu.
White!!! Putihh!! Jerit Munirah kuatnya terus berlari membuka pintu. Dia mendukung dan mengomol badan White dan selepas itu giliran Putih pula di buat perkara yg sama. Sudah lama White dan putih tidak datang ke sini. Azhar pernah berbohong dekat Munirah yg White dan putih sudah mati dilanggar kereta. Mengelupur dan menangis Munirah selepas itu. Azhar apa lagi gelabahlah tidak tentu pasal terpaksa memujuk semula. Nasiblah Munirah percaya yg mereka belum mati kalau tidak sudah lama dia kena tidur di ruang tamu lagi. Perangai menyakat Azhar tak ubah seperti dulu. Ada saja gelagatnya mahu kenakan Munirah.
Napa dah lama tak datang sini?? Mummy rindulah..Daddy tu jahat tau..dia kata anak-anak mummy ni dah mati. kejam. Lepas ni tinggal dekat sini tau!! Mummy nak bela korang dua. Nanti kita minta izin dekat daddy. Biarlah dia tu alah bulu kucing. Mummy tak pun. Lapar tak?? Jum makan. Kata Munirah dekat White dan Putih. Macam tak logik sahaja berbual dengan kucing. Macamlah mereka akan faham. Tetapi White datang bergesel di kakinya. Tanda fahamlah tu. Munirah mengambil makanan kucing lalu dituang ke dalam bekas makanan itu. Gelojoh sekali mereka berdua makan. Asyik merantau sangat sampaikan bulu putih gebu itu sudah kotor semula. Munirah tak sabar nak mandikan mereka berdua nanti. Munirah tersenyum sendiri di situ. Masih seronok melihat White dan Putih sedang makan.
"Pon..pon"
Kedengaran ada sebuah kereta membunyikan hon di depan pagar rumahnya. Munirah hanya mencuri lihat saja dari jauh disebabkan dia tidak memakai tudung. Terlihat sebuah kereta perodua Axia berwarna merah menurunkan cermin keretanya ke bawah.
Oiii Pompuan..kau tak nak beri aku masuk ke? Jerit Kyra apabila melihat Munirah masih tidak membuka pintu pagar itu. Macamlah dia tidak nampak tubuh kecil Munirah berada dekat tepi kolam itu. Jelas lagi terserlah disebabkan Munirah memakai baju berwarna kuning dan berseluar putih. Kyra sudah memaklumkan kepada Munirah akan datang ke sini tetapi tidak pula memberitahu pukul berapa. Sengaja dia mahu memberi kejutan kepada Munirah. Nak serbu masuk ke dalam rumah Cikgu Azhar. Inilah masanya dia menggorek rahsia Munirah.
Ehh kau ke Minah..Aku ingatkan siapalah tadi. Dah macan penyagak tahu tak..Jap aku ambil remote. Jawab Munirah terus bangun dan bergegas masuk ke dalam rumah. Bibirnya terus mengukirkan senyuman riang. Dapat juga spent time dengan sahabat baiknya ini. Selalunya Azhar ada sekali. Jadi percakapan mereka berdua agak terbatas sedikit. Kali ini bolehlah mereka berdua berbual merapu. Perempuan sama perempuan.
Wehh..kau beli kereta baru ke noob? Mana keta antik bapa ko tu? bapa kau tak wariskan dekat kau ke? Tanya Munirah sambil mengeluarkan jus limau dari dalam peti sejuk lalu menuang ke dalam gelas. Diberi kepada Kyra yg baru saja melabuhkam dirinya di kerusi meja makan. Sementara mereka berbual dapatlah dia masak juga. Kyra datang tak kena dengan waktunya. Masa nak masak jamu laki pulang nantilah dia nak bertandang sekarang.
Kuajo kau. Coihh..tak kuasa aku naik kete tu. Baru keluarlah ni. Nasib exam kali ni result masyuk punya. Boleh la minta. Ko tu apa kurangnyerr..kete Myvi Cikgu Azhar kan ada. Entah-entah dah jadi milik ko sepenuhnya. Jawab Kyra sambil memerli sedikit dekat Munirah. Kalau tak perli memang tak sah hidupnya. Geram saja dia melihat senyuman sinis Kyra itu. Mesti ada niat tertentu di sebalik semua ini.
Kau buatlah macam rumah sendiri..aku nak masak kejap. Ujar Munirah sambil mengeluarkan semula ayam yg telah dicuci tadi dari peti sejuk. Kyra mengangguk tanda faham saja. Sejak kawannya ini berkahwin memang semua kerja ini sudah biasa dilakukannya. Kyra tabik springlah dekat Munirah. Sudah banyak berubah sekarang. Tidaklah seperti dulu asyik nak menyusahkan orang saja. Sudahlah keras kepala dan asyik nak betul saja. Nasiblah Cikgu Azhar pandai ajar sikit Munirah ini. Memang mereka berdua jodoh tak kenal usia.
Wehh comelnya kucing ni..kucing siapa ni? Tanya Kyra apabila perasan ada dua ekor kucing sedang berehat di luar pintu. Segera ia menghampiri mereka berdua.
Kucing akulah tu..kucing siapa lagi? Engko pun soalan..haishh..Macam nak minta penamporrr. Jawab Munirah menggelangkan kepalanya saja. Saja dia mahu bergurau dengan Kyra. Kyra memandang lama wajah Munirah yg tiada reaksi itu.
Nyah..kau biar betul?? Sejak bila kau suka kucing ni?? Wehh..aku bermimpi ke ni? Kata Kyra sambil menampar mukanya sedikit. Tidak keriuan apabila memdengar semua ini. Dia tahu separuh mati Munirah takutkan kucing. Tambah pula kucing yg berbulu lebat seperti dua ekor kucing ini. Munirah terus mengukirkan senyuman riang apabila melihat wajah Kyra terkejut seperti itu.
Sejak aku berkahwin dengan Cikgu Azharlah. Dah la kau ni..apa peliknya. Nak makan puding karamel aku buat tak? Balas Munirah selambernya terus membuka peti sejuk dan membawa keluar puding karamelnya itu. Kyra hanya mengangguk tanda "nak" saja. Dia kembali duduk semula di atas kerusi. Tergamam Kyra apabila melihat diri Munirah betul-betul banyak berubah sekarang. Sudahlah pandai memasak, pandai mengemas dan yg tidak sangka sudah sukakan kucing. Apabila rahsia cikgu Azhar gunakan sampai Munirah berubah menjadi seorang isteri Mithali seperti ini. Kyra masih tertanya-tanya lagi.
Wehh Rah..Kau masih..maksud aku..kau dan cikgu Azhar dah..macam mana ehh nak tanya ni..Soal Kyra masih cuba menyusun ayatnya supaya kelihatan normal dan teratur sedikit. Kyra berfikir sejenak. Pada mulanya kedatangannya ke sini maru memberi sesuatu pada Munirah. Dilupakan sekejap kerana ada perkara lebih mustahak lagi yg ia mahu soal selidik tentang Munirah.
Apa soalan kau ni?? Aku tak fahamlah..Aku ni masih apa?? Dah kenapa aku dan suami aku pula ni? Tanya Munirah soalan berbalas soalan semula. Munirah mencekakkan tangannya di pinggang. Masih menunggu apa yg sebenarnya Kyra mahu bertanyanya. Kyra memberikan senyuman meleret saja.
Ermm..kau..kau dah jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri ke? Tanya Kyra menggunakan ayat berlapis sedikit. Dia memandang Munirah dengan penuh makna sekali. Muka Munirah merah padam. Menahan malu yg teramat sangat. Soalan Kyra tak pernah nak logik langsung. Munirah menghela nafas panjang sekejap sebelum bersuara.
Nur Syakira Iwani Bt Yahya.. Kalau kau dah berkahwin benda apa first kau kena buat? Haishh dia ni. Aku lepuk kang. Suami aku nak anaklah..sampai bila aku nak simpan. Ready tak ready lain cita ok.. Ujar Munirah tidak berlapiknya. Dia terus sambung masak seperti biasa. Merah padam mukanya sampai ke telinga. Dia sendiri tidak sangka akan terlepas cakap begitu kepada Kyra. Tidak tentu pasal Kyra tersenyum seperti kerang busuk di situ. Mesti ada sesuatu sedang bermain di fikirannya. Tak senonoh betul sahabatnya ini. Habis segala rahsianya akan tsrbongkar bila bersama Kyra. Siapa lagi yg tahu kalau bukan tidak rakan baiknya ini. Bibir Munirah terus mengukirkan senyuman. Dia sendiri pun tidak sangka sudah merancang dengan Azhar semua ini. Munirah terfikir juga kadang-kadang, umur Azhar sudah mencecah abad kalau mereka masih tangguh lagi sampai bila dia nak bergelar "papa" nanti. Azhar apa lagi bukan main seronoklah dengar semua ini. Penantian selama ini berhasil juga. Tidak sia-sia dia menunggu. Rumah tangga mereka akan bertambah bahagia jika hadir cahaya mata nanti.
Share this novel