(sessantadue)

Other Series 152481

"Urgmmm.. um.." pandangan yang kian kelam tadi beransur kabur dan mulai jelas.

Perkara pertama yang menyapa pandangannya adalah derasan air yang mengalir entah dari mana, menghayutkan segala benda dan serpihan bangunan yang hancur dilanda badai.

'Apa yang berlaku ni..?'

Tangan yang memegang erat pinggangnya dari belakang digenggam. Perlahan-lahan, kepala ditolehkan ke belakang.

"Mika.."

Hampa.

"Gwaenchanh euseyo?" (Cik tak apa-apakah?) seorang lelaki korea dalam lingkungan 30an memeluknya erat daripada dihanyutkan aliran air.

"Apa? Mana Mika? Zen?" Aleena panik. Sekeliling dipandangnya kalut, mencari kelibat mereka.

"Jinjeonghae.. Modeun geos-I jal deol geos-ibnida." (Bertenanglah.. Semuanya akan baik-baik je.) ujarnya.

Tubuh Aleena yang sedikit meronta diperkuatkan dipegangnya. Jelas pada pandangannya wanita itu ketakutan dan mulai menangis di dadanya.

Perlahan-lahan dinding bangunan yang dipegangnya sebagai penahan dari ditolak aliran air tadi diselusurinya, mencari tempat yang selamat.

Tangga besi di sebelah bangunan itu dicapainya dan Aleena ditolaknya ke atas kerana dia tahu wanita itu tak pandai berenang. Kemudian dia turut melonjakkan diri ke atas dan terduduk kepenatan melawan arus.

Ryn Jyeong, dialah yang menyelamatkan Aleena yang sudah pengsan dibawa arus kencang tadi.

Jika diikutkan ketinggian paras air tika itu, mereka kini ditingkat 2. Sekeliling diperhatinya, mencari kelibat manusia tapi hanya beberapa badan tak bernyawa saja yang kelihatan. Tersangkut pada segala kehancuran dan hanyut perlahan-lahan dibawa arus.

Air daripada pantai Haeunde dan Ilsan sepanjang Ulsan yang disebabkan penyesaran air akibat gempa bumi bawah laut di Lautan Pasifik berdekatan Jepun dan perairan Korea Selatan mengundang kepada gempa bumi bermagnitud momen 7 menghasilkan tsunami pada tika itu.

Jyeong kembali menatap Aleena yang menggigil. Tudungnya entah hilang ke mana, tubuhnya calar-balar dengan kesan-kesan luka kecil. Bibirnya pucat dengan wajah yang memerah akibat menangis.

"Ya. You're not Korean? Where you come from?" Jyeong bertanya sekali sebelum duduk agak jauh dari Aleena. Memerhati.

Aleena tersembik menahan tangisnya sebelum menggeleng perlahan.

"Malaysian." hanya itu saja yang dituturkannya. Dia bangun dan memerhati sekeliling, mencari kelibat insan-insan yang amat diharapnya.

'Honey.. Zen.. '

"Am.. sir?" Aleena memanggil lelaki tadi.

"Yeah?" jawabnya.

"Could you please help me find my family?"

~~~~~~~~~~~~~~

"Uhuk! Argh.. urgmm.." air keluar dengan banyak dari eso Zen apabila dirasakan seseorang menekan kuat dadanya.

Dia berpaling ke tepi, kelihatan Dom berdiri membelakanginya memandang derasan air berhadapan mereka, menghayutkan mayat-mayat, segala barangan musnah bahkan kenderaan juga.

Sungguh perkara ini tak terjangka mereka. Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya. Beberapa jarinya patah akibat hempasan kuat badai bergandingan dengan bangunan runtuh tadi. Untung-untung saja tidak mati dihempap.

Terdapat juga luka-luka pada sekitar tubuhnya dan batang hidung mancungnya akibat dilanggar objek tajam.

"Get up Zen. Don't be a shit and wasting my time." tutur Dom dingin.

Kot ditubuh lelaki itu sudah hilang. Ada kesan lelehan darah segar dari serata tubuhnya melalui celahan koyakan pada baju bewarna kelabu yang dipakai.

Kepala lelaki itu juga terdapat aliran darah merah gelap membasahi sebelah kanan wajahnya. Dari dahi.. membasahi bahagian mata dan ke pipinya.

Parahkah lelaki itu?

Zen mula teringat, sebelum bangunan itu tumbang bersama air laut, Dom lah yang menariknya dan Aleena ke dalam pelukan sebelum bangunan kaca itu menimpa mereka.

Walaupun tak semuanya disedari Zen, dia yakin dan pasti bahawa Dom tak melepaskan pegangan pada bajunya.

Hanya..

Hanya Aleena saja yang terlepas apabila ada satu palang lampu jalan yang melanggar kuat tangan Dom, memisahkan Aleena daripada mereka... mengikuti arus deras.

Air laut yang ganas dan tak surut-surut ditambah dengan keadaan diluar kawalan membuatkan Zen panik dan dia lemas.

Mujur saja lelaki itu menyelamatkannya. Dan kini.. mereka perlu mencari dan selamatkan Aleena pula. Susuk tubuh Dom hanya diperhati dari belakang. Tak berani menegur.

Dom tak tahu dari mana dia perlu mencari Aleena, selamat lagikah wanita itu? Bagaimana jika apa-apa berlaku padanya?

Memang dia boleh jadi gila jika kehilangan Aleena buat sekian kalinya.

"We have to find her." dia menoleh seketika pada Zen yang sudah berdiri di belakang.

"Si Dom."

*srry fr the shrt chptr, enjy it. g.nt

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-08-04 00:55:23 

pendek sgt hensem boy..x smpt nk enjoy pun .hahaha..buat suspen lg ada..nk tunggu stu minggu lgi..matilah nak.haha.


NovelPlus Premium

The best ads free experience