BAB 19

Romance Series 68161

"Macam mana keadaan maya? dia okey?" soal taufiq pada danisya , "Dia still trauma lagi , doktor tak benarkan pihak polis soal siasat dia lagi sebab keadaan dia yang tak mengizinkan"

Maya sekarang berada di hospital dan di kawal oleh pihak polis , keadaann maya yang agak teruk membuatkan polis sukar untuk menyoal siasat maya dan perlu menunggu sehingga keadaan maya okey...

"Abang danish dah tahu kan hal ni?"

"Dah ,dia kata dia tunggu keputusan dari pihak polis je yang penting sekrang ni kes sofea" jawab taufiq sambil mereka berjalan menuju ke tempat sofea pula...

"Saya kesian tengok keadaan sofea dengan danish tu , baru je nak bahagia eh ada pula bergacau kalau la saya thu siapa yang tikam sofea dah lama saya patah patahkan tulang dia tu" kata danisya sambil membuat gaya dann taufiq hanya mampu mengeleng kepala sahaja...

Sofea cuba membuka matanya dengan perlahan sehingga matanya terbuka luas , "Erm" rintih sofea danish yang mendengarnya terus ke arah sofea...

"Sofea , sofea kau dah bangun?" soal danish sambil memerhatikan wajah sofea , "Kejap kejap aku panggil doktor kejap" ujar danish sambil menekan button merah yang ada di katil sofea...

Danisya dan taufiq kelihatan hairan bila doktor dan nurse terburu buru masuk ke bilik sofea , "Apa jadi?" soal danisya dan cuba untuk masuk ke bilik sofea tapi danish pula yang keluar...

"Abang apa jadi? kenapa sofea?" tanya danisya sambil memegang bahu abangnya , "Call keluarga sofea kata sofea dah sedar"

Danisya terus mengukirkan senyuman , "Abang serius kan ni? okey okey sekrang juga danisya call"

"Syukur alhamdulilah" ucap taufiq lalu menepuk bahu danish , "Peluang yang ada jangan sia sia kan" pesan taufiq...

Tak sampai 5 minit doktor pun keluar dari wad sofea , "Alhamdulilah keadaan puan sofea semakin baik cuba puan sofea perlukan rehat yang cukup untuk pulihkan luka di perutnya , jadi puan sofea kami akan pindahkan ke wad biasa" ucap doktor....

Danish memberitahu kepada ahli keluarga yang lain , selesai sahaja pemindahan sofea danish dan danisya pun hendak masuk ke bilik sofea tetapi nurse menahan mereka...

"Maaf , tuan danish dan cik danisya buat masa ni puan sofea tak nak berjumpa dengan sesiapa kecuali ahli keluarganya sahaja" kata nurse tersebut..

"Tapi saya suami dia"

"Ye saya tahu , tapi puan sofea tak nak di ganggu sekrang" jawab nurse lalu terus beredar dari situ , "abang" tahan danisya apabila danish cuba membuka pintu bilik sofea..

"Jangan la biarkan dulu , mungkin dia perlukan masa jadi abang kena tunggu ingat pesa doktor sofea tak boleh tertekan dia baru lepas keguguran" pujuk danisya...

Danish terpaksa menuruti kata danisya lalu dia duduk di kerusi , "Kenapa dia tak nak jumpa aku? aku suami dia"

Taufiq kemudian datang sambil membawa makanan yang berkhasiat untuk diberikan kepada sofea , "Eh asal tk masuk? masuk la" kata taufiq

Danisya terus menarik lengan taufiq , "Eh kenapa awak ni? saya nak bagi sofea ni" ujar taufiq sambil menuju makanan yang dia beli...

"Tunggu sini dulu , sofea tak nak di ganggu" , "La kenapa pula? dia baru je sedar kan?" tanya taufiq , mereka hanya diam dan mengabaikan soalan taufiq....


**************************************
Liya baru tiba di rumah sherry , lalu liya terus ke bilik sherry tapi apa yang liya lihat dapat membangkitkan kemarah liya....

"Where are you going sherry? kau nak lari tinggalkan aku sorang sorang dekat sini dengan masalah yang kau buat?" soal liya dan menahan tangan sherry dari pada mengemas...

"Lepasla"

"Aku tak akan lepaskan tangan kau , jawab soalan aku mana kau nak pergi?"

Sherry menarik kuat tangannya tapi tidak di lepaskan oleh liya , "Aku nak berambus dari sini dua mangkuk tu dah kena tangkap jadi aku takut diorng tu bocorkan rahsia"

"Ye aku tahu kau nak berambus tapi kenapa kau tak bgitahu aku? kau sengaja nak tinggalkan aku kan?" marah liya...

"Sherry jawab soalan aku" paksa liya dan sherry terus merentap kuat tanganya , "Ye aku nak tinggalkan kau biar kau yang kena tangkap"

Liya terus tersentap , "Aku anggap kau macam adik beradik aku sendiri tapi tak sangka kau sanggup tikam aku"

"Aku tak nak kehilangan jawatan tu jadi kau kena berkorban untuk aku" arah sherry ,Baru liya nak berlawan mama kepada sherry membuka pintu bilik sherry...

"Sherry ada orang nak jumpa katanya urgent"

"Mommy sherry tak nak jumpa" tolak sherry , "Maaf cik shery sila ikut kami ke balai" suara tegas dari piham polis dapat menakutkan liya dan sherry...

"Bukan salah saya , tapi ni semua salah dia ha dia yang rancang saya cuba buat apa yang di suruh je" ujar sherry sambil menuju ke arah liya...

"Cik liya ikut kami ke balai" kata pihak polis lagi , sherry dan liya di gari oleh pihak polis dan di bawak ke balai untuk soal siasat kes maya....Khai dan tom buka segala rahsia sherry dan menyatakan sherry yang upah mereka untuk menculik dan merogol maya....

Ibu bapa sherry hanya mampu melihat anaknya di bawa ke balai polis , mereka redha dengan apa yang berlaku kerana ini atas kesalahan sherry sendiri....

Mak sal menyuap kan bubur pada sofea , syamsul pula memerhatikan sambil menyadarkan dirinya di dinding wajah sofea yang kelihatan kesedihan memukul perasaan syamsul...

"Kenapa halang danish dari masuk jumpa adik? dia suami adik kan jadi kenapa macam ni?" soal syamsul yang membuka suara...

"Adik okey ke tak?" soal syamsul lagi , "Syam" panggil pakcik daus terus syamsul diam...

"Cakap dengan mak sal , kenapa sayang" pujuk mak sal pula sambil mengusap wajah sofea...

Sofea mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah mak sal , air mata sofea mula bertakung mak sal yang melihat itu terus memeluk sofea dengan penuh kasih sayang......

"Sabar sofea ini semua dugaan , allah lebih sayangkan baby tu jadi sofea kena kuat ya nak , bangkit dari kesedihan sayang" pujuk mak sal...

Suasana menjadi sunyi sepi hanya mendengar esakkan dari sofea sahaja , "Sofea tak thu macam mana nak hadap danish mak sal , kami hilang anak kami sebab kecuaian sofea sendiri" kata sofea...

"Ya allah sofea , kenapa pula macam tu? danish risaukan keadaan sofea tau dia orang yang senang duduk asyik tanya pada nurse bila isteri saya akan sedar? macam mana keadaan isteri saya?"

"Dalam keadaan macam ni sofea perlukan suami sofea , sofea perlukan kekuatan untuk diri sofea sendiri jadi jangan salahkan diri tu sayang" pujuk mak sal dan sofea terus menangis......

Farhan memberikan phone kepada irdina di situ terpapar hospital dan nombor bilik sofea , "Dia dekat hospital tu , Aku dah cek memang confirm"

"Kau nak buat apa? kau hasut sofea ke?" soal farhan , "Nah tengok tu"

"Eh bila masa pula kau tidur dengan danish ni?" tanya farhan yang terkejut melihat gambar irdina bersama danish yang tidur satu selimut tanpa pakaian....

"Tu bukan danish tapi tu faris , aku upah orang untuk edit wajah faris ke danish nampak macam real kan"

Farhan mengangguk laju , "So aku yakin sofea mesti percaya dan lepastu diorng akan bergaduh besar" ujar irdina dengan yakin manakala farhan pula hanya mengangguk setuju sahaja...

Setelah puas menangis akhirnya sofea mahu berjumpa dengan danish , Danish yang dengarkan itu terus tersenyum dan perasaan nya terus bertukar kepada gembira...

Danish masuk ke bilik sofea sambil tu dia memerhatikan sofea yang duduk di atas katil , "Saya minta maaf sebab saya"

"Dah , tak ada apa pun aku faham keadaan kau sekrang" sampuk danish lalu duduk di sebelah sofea , Danish mengambil tangan sofea lalu di pegang erat...

"Mungkin itu bukan rezeki kita , jadi kita kena redha dengan apa yang dah berlaku dan sekarang mungkin dia tunggu kau di syurga" pujuk danish sambil mengusap perlahan tangan sofea....

Sofea diam , "Aku tak akan salahkan kau dengan apa yang berlaku , ini semua bukan kehendak kau sebab ini semua kehendak tuhan jadi ikhlaskan" tambah danish lagi...

Sofea terus memeluk danish dan cuba menahan tangisannya , "Aku sayang kau kau atau lebih tepat lagi aku cintakan kau" ucap danish...

"Awak tipu"

"Ya allah sofea aku tak tipu , aku cintakan kau" jawab danish kali ini dia mengangkat wajah sofea dan menyuruh sofea memandang tepat ke matanya...

"Aku cintakan kau , aku tengok kau dengan keadaan kau penuh darah buat aku takut , aku takut aku kehilangan kau buat selamanya" kata danish...

"Saya pun cintakan awak , awak suami yang terbaik untuk saya" balas sofea lalu mereka pun berpelukkan , "Tukar la jangan la panggil kau aku , tak romantik la"

"Okey dah tak panggil kau aku dah , tapi panggil sayang hubby boleh?" soal danish , Sofea hanya membalas dengan senyuman sahaja dan danish sudah memahaminya....

***************************************

Sudah 3 hari berlaku dan sekrang keadaan maya beransur pulih manakala sofea pula masih di wad , "Belum boleh balik ke?" soal sofea pada danisya..

"Belum lagi , tu ha doktor nak tengok keadaan luka perut tu" kata danisya.....Danish terpaksa hadir ke meeting oleh kerana datuk mempunyai urusan lain jadi danish la mengantikannya...

"Kejap aku nak pergi beli makan yang sedap sedap , makanan hospital ni tak berapa sangat ha kau tunggu tau" pesan danisya sambil mengambil handbagnya...

"memang kena tunggu , karang lari ha tak pasal pasal kena bebel dengan tuan besar pula" bisik sofea....Melihat danisya keluar dari bilik sofea pun baring kan dirinya lalu mencapai phonenya..

Baru beberapa saat danisya pergi pintu bilik sofea di buka semula , "tinggal apa? tinggal dompet ke?" soal sofea yang tidak memandang ke arah pintu...

"Tinggal tunggu masa untuk malaikat maut cabut nyawa kau" ujar irdina dan sofea terus duduk dari baringnya , "Irdina apa awak buat dekat sini?"

"Aku datang sini sebab nak settlekan masalah , aku nak tuntut hak aku"

"Hak awak? saya tak pernah ambik apa apa pun dari awak?"

Irdina mendekatkan dirinya kepada sofea , "Minta cerai pada danish dan suruh dia kahwin dengan aku" ucap irdina...

Sofea mengeleng , "Saya tak akan buat macam tu , saya sayangkan dia dan dia pun sayangkan saya jadi kenapa kami perlu pisah?" lawan sofea lalu irdina menekan luka di perut sofea...

"Argh , apa awak buat ni" rintih sofea sambil memegang tangan irdina yang ada di perutnya , Irdina menujukan gambar yang ada di phonenya...

"Kau tengok ni , gambar ni masa dia pergi ke paris dan kejadian ni baru lagi"

Sofea memandang ke phone irdina , sofea terkejut dengan gambar yang dia lihat dan dia rasa yang dia ditipu oleh suaminya sendiri , "Ni tipu kan?" soal sofea...

Irdina mengeluh dan melepaskan tangannya dari perut sofea , "Ini bukan kali pertama kami tidur bersama , kami buat semua tu atas dasar suka sama suka dan atas kemahuan sendiri , sekrang aku nak kau minta cerai dengan danish dan aku akan kahwin dengan dia , kejadian di paris tu aku dalam keadaan subuh dan kalau aku mengandung yeah 100 persen itu adalah anak danish"

"Dia kesana atas urusan kerja , awak tk boleh tipu saya irdina" ujar sofea yang cuba mendalihkan semua yang di katakan oleh irdina..

Irdina tergelak kecil , "Aku bohong kau? aku tak akan berdepan dengan kau kalau aku tak ada bukti" marah irdina lalu meletakkan pregnancy test di meja sofea...

"Aku tahu kau reti baca tu , is double"

Sofea mencapai pregnancy test irdina dengan tangan yang mengigil dan cuba untuk menguatkan dirinya , "Kau tahu kan dia nak kan anak sangat sangat dan kau baru lepas keguguran , so now aku mengandung anak danish , darah daging danish"

"Kau tak kesian ke pada baby ni ? kau nak dia dilahirkan tanpa seorang ayah ? tanpa kasih sayang seorang ayah?" tanya irdina yang cuba mainkan perasaan dan fikiran sofea...

"Aku tahu kau seorang yang sangat baik hati , jadi aku perlukan danish so kau kena berundur" tambah irdina lagi....

Irdina yang melihat keadaan sofea terus tersenyum kerana dia berjaya menipu sofea , "Dia kata dia cintakan kau atau sayang kan kau tu semua tipu , dia hanya cinta dan sayang pada aku seorang je sebab tu kitaorang terlanjur atas dasar suka sama suka"

Irdina terus mengambil pregnancy test di tangan sofea , "Aku tahu kau boleh fikir mana baik dan mana yang tak , so aku tunggu berkembangan dari kau tpai ingat jangan beritahu pasal kandungan ni sebab danish akan suruh aku gugurkan baby ni" pesan irdina dan terus keluar...

Irdina tersenyum puas kerana dia berjaya , "Puas aku huum tak sangka kau mudah di tipu" bisik irdina sambil memakai kaca mata hitamnya....

Polis selesai menyoal siasat maya dan keterangan mengenai kejadian di hotel itu , Selesai sahaja di soal siasat taufiq pun masuk ke bilik maya...

"Maya saya nak minta maaf sangat sangat pada awak , apa yang jadi pada awak semua tu berpunca pada kami" kata taufiq yang duduk di kerusi sebelah katil maya...

"Saya tak salahkan awak ataupun danish , saya ikhlas nak tolong dan mereka takut saya ceritakan hal sebenar jadi diorang culik saya untuk tutup mulut saya"

"Saya nak berterima kasih pada awak sebab awak sudi tolong danish , danish akan datang melawat awak dia sangat sangat terhutang budi pada awak"

Maya tersenyum , "Betul ke sofea di tikam dan disebabkan tikaman tu sofea keguguran? saya dengar dari nurse yang cerita tentang isteri putera danish"

Taufiq mengangguk perlahan , "Pihak polis masih siasat lagi kes tu"

"Kesian danish dengan sofea , baru nak bahagia dengan kedatangan si kecil tapi" kata maya , "Tapi tuhan lebih sayangkan dia" tambah maya lagi...

"Tu la kan , ah awak rehat dulu saya nak pergi office kejap saya ada kerja sikit lepastu saya akan datang semula dengan danish okey" terang taufiq...

"Okey" jawab maya , taufiq pun terus keluar dan menuju office untuk selesai kan beberapa kerja di situ....Maya pula berehat di bilik dan di jaga oleh seorang pengawai polis d luar biliknya takut ada kejadian yang tak terduga terjadi di situ....

Share this novel

Rohani Hussin
2021-12-14 15:49:22 

Jahatnya irdina ni..harap cepat2 la update..lma.sgt tggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience