BAB 6

Family Completed 669

*Ya Allah, kau selamatkanlah ibuku. Kau berikanlah peluang kepadaku untuk memohon kemaafan di atas kekhilfanku selama ini. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar, aku memohon dariMu Ya Allah agar aku di berikan peluang untuk memohon keampunan darinya. Aku juga berharap Ya Allah di berikan peluang untuk mebahagiakannya di dunia ini dan di akhirat sana.

**

*Ya Allah, kau ampunilah dosa hambaMu yang jahil ini. Aku telah menyakiti hati ibuku, Kau ampunilah aku. Sesungguhnya aku bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapanku itu lagi. Aku berharap Engkau menerima taubatku dan memberikan peluang kepadaku untuk menebus segala dosa-dosaku.

**

*Ya Allah, ibuku sedang bertarung nyawa. Kau sembuhkanlah dia, jika nyawa jadi galang gantinya, Kau ambillah nyawaku asalkan aku dapat menebus kembali dosa-dosaku terhadap ibuku. Ya Muhaiminun! Ya Muhaiminun! Ya Muhaiminun.

Fawwaz tidak henti – henti bersujud pada Illahi agar dirinya masih diberikan peluang untuk meminta maaf daripada ibuya. Ibunya kini menjalani pembedahan kerana kanser servik yang di hidapinya kini di tahap keempat. Sebaik sahaja mereka tiba di hospital, Doktor Suhaila memohon keizinan dari Amirah sebagai wakil untuk melakukan pembedahan keatas ibu mereka. Adik-beradik Fawwaz begitu terkejut kerana mereka tidak pernah mengetahui penderitaan ibu mereka selama ini.

Pembedahan selama 4 jam, akhirnya Doktor Suhaila keluar dari bilik pembedahan. Mereka sekeluarga bergegas menuju kearah Doktor Suhaila untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan ibu mereka.

“Alhamdulillah, pembedahan berjaya di lakukan tetapi kami tidak dapat berjanji ibu kalian mampu hidup lama atau tidak kerana kami khuatiri sisa kansernya masih ada di dalam badan ibu kalian. Apa pun saya nasihatkan agar kalian berdoa pada Allah. Biarkan ibu kalian berehat seketika.” Doktor Suhaila memberikan penerangan dan rangsangan kepada keluarga pesakit. Baginya, dia hanyalah seorang doktor yang tidak berkuasa untuk menetukan maut seseorang tetapi dia hanya mampu berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa manusia.

Fawwaz meraup kesyukuran kerana Allah memberikan peluang kepadanya untuk meminta maaf dari ibunya. Pada malam itu, Fawwaz memohon keizinan dari kakaknya untuk menjaga ibunya dan menyuruh kakak serta adik-adiknya balik berehat di rumah bersama-sama dengan Pak Hamid.

“Ibu, angah tahu ibu seorang yang kuat. Ibu pasti akan sedar dan masih dapat memberikan senyuman kepada kami. Angah minta maaf ibu sebab menyakiti hati ibu. Angah minta maaf sebab berdendam dengan ibu. Kalau angah tidak ikut rasa hati dan amarah, tentu sekali angah dapat melihat senyuman ibu setiap hari. Angah minta maaf ibu. Angah harap ibu kuat untuk bertemu dengan kami dan memberikan peluang pada angah untuk memohon kemaafan dari ibu.” Fawwaz terusan bercakap dengan ibunya. Dia tidak henti-henti memohon kemaafan di atas kekhilafannya. Dia juga bercerita tentang kenangan mereka sekeluarga dengan harapan ibunya mendengar setiap ceritanya dan ibunya bangkit dari koma. Fawwaz juga tidak lupa untuk membacakan yaasin kepada ibunya agar ibunya akan lebih kuat. Semuanya di lakukan oleh Fawwaz sehinggakan dirinya terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience