Bab 29

Drama Completed 5973

Saraa yang baru bangun dari tidur terus keluar dari bilik tidurnya dengan membawa tuala untuk mandi.Suasana di rumah itu sunyi sahaja setelah Maklang dan Maksu sekeluarga berangkat pergi ke rumah mentua Shafira petang semalam.

"Best jugak duduk sorang-sorang macam ni, kan?" monolognya seorang diri sambil membancuh air kopi untuk diminum sebelum dia membersihkan diri.

"Best sangat,"

Saraa terus menoleh ke arah pemilik suara garau yang membalas kata-katanya.

"Ka...kau?!" dia terkejut.

"Hai adik manis," Haris memamdang Saraa yang berbaju lengan pendek dan berseluar yang hanya paras lutut itu dari atas ke bawah.

"Apa kau buat kat sini?! Bukan kau..,"

"Aku tak ikut diorang. Aku nak tinggal dengan kau," Haris mencelah lalu melangkah mendekati Saraa.

"Apa maksud kau hah?!!" Saraa cuak melihat Haris mendekatinya.

Haris menarik tangan Saraa kasar lalu memeluknya. Saraa meronta-ronta dalam pelukan Haris untuk melepaskan diri.

"APA KAU BUAT NI?!!"

"Haritu kau pandang rendah kat aku kan? Sekarang kau terimalah balasan kau!" Haris menarik rambut Saraa dan mendekatkan wajahnya ke wajah Saraa.

Tanpa berfikir panjang, Saraa menghentak kepalanya ke kepala Haris. Haris mengaduh kesakitan lalu melepaskan pelukan. Saraa terus berlari masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu bilik dengan tangan yang terketar-ketar.

Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Adam.

"Helo, assalamualaikum. Ye Saraa?"

"Adam, tolong aku!" ujar Saraa cemas.

"Saraa kenapa ni?" Adam risau mendengarnya.

"TOLONG AKU,CEPAT!" Saraa terus memutuskan panggilan.

Adam terus mencapai kunci motosikalnya lalu keluar dari rumah tanpa berkata apa-apa kerana risau akan Saraa.

Tok! Tok!

"Sayang, sayang bukaklah pintu, abang nak masuk ni," panggil Haris lembut.

Saraa tidak menjawab. Sebaliknya, dia menyorok ketakutan di sudut bilik. Akibat amat cemas, hormon adrenalinanya merembes dengan banyak menyebabkan jantungnya berdegup pantas dan menyukarkannya untuk bernafas.

"Sayang, sayang, bukaklah pintu," ketukan semakin kuat.

"WOI KAU NAK AKU TENDANG PINTU NI KE?!" nada Haris mula berubah.

"Adam, cepatlah datang tolong aku. Aku takut..," air mata Saraa mula mengalir.

Dengan sekali tendangan, pintu bilik sudahpun terbuka luas.

"Hai sayang...," senyumnya sinis.

"Haris, Haris. Kita bincang baik-baik ya. Aku minta maaf," rayu Saraa teresak-esak.

"Kenapa sayang nangis ni? Abang bukan nak apa-apakan sayang. Abang cuma nak buktikan yang lelaki hodoh dan miskin macam abang ni pun layak berkawan dengan sayang," Haris semakin mendekati Saraa.

Saraa cuba untuk melepasi tubuh sasa Haris supaya dapat berlari keluar dari bilik namun cubaannya itu gagal apabila Haris lebih tangkas menahan lalu mendakap pinggangnya.

"HARIS TOLONGLAH! Aku boleh bagi apa je yang kau nak asalkan kau lepaskan aku!" Saraa berusaha untuk melepaskan tangan Haris dari pinggangnya.

"Aku tak nak," bisik Haris di telinganya.

"ADAM! TOLONG AKU!!!" jeritnya sekuat hati sambil meronta-ronta.

"ARGH!!" Haris memegang kepalanya yang dipukul dengan objek keras dari belakang. Saraa terus mengambil kesempatan itu untuk berlari dan bersembunyi si belakang Adam.

"KAU BUAT APA NI HAH?!" tengking Adam.

"SUKA HATI AKULAH. BUKAN URUSAN KAU!"

"KURANG AJAR!"

Adam terus memukul Haris bertalu-talu dengan menggunakan kayu yang berada di tangannya sehingga Haris terkulai di lantai.

"Adam, Adam cukup!" Saraa menahan tangan Adam daripada terus memukul Haris.

"Ah! Lepaskan tangan aku! Biar aku ajar dia cukup-cukup!" Adam menepis tangan Saraa.

"AKU TAK NAK KAU JADI PEMBUNUH!" jerit Saraa sebelum dia tiba-tiba rebah.

"Saraaa?!!" Adam terus melepaskan kayu di tangannya lalu memeriksa keadaan Saraa.

"Saraa, bangun!" Adam menggoncang tubuh Saraa. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon 999.

...

"Saraa?"

Saraa membuka matanya perlahan apabila mendengar suara Mak Minah. Dia melihat keadaan sekeliling.

'Aku kat mana ni?'

"Mak Minah, Saraa kat mana ni?" tanyanya lemah. Dia hairan melihat Mak Minah menangis teresak-esak di sisinya.

"Kau kat hospital," jawab Adam ringkas.

"Ho...hospital?" Saraa mengerutkan dahinya.

"Kau tak ingat ke apa yang jadi semalam?"

Saraa berfikir sejenak.

"Ha...ris?" dia memandang wajah Adam meminta kepastian.

Adam mengangguk tanpa berkata apa-apa.

"Apa dah jadi kat dia?" tanya Saraa risau.

"Kau ni kenapa Saraa?! Kau tau kan apa yang dia nak buat kat kau?! Kenapa kau care pasal dia?! Ke kau suka sebenarnya dia buat macam tu?!" marah Adam. Dia sudah tidak dapat menahan emosinya pada saat itu.

"Adam! Kenapa cakap macam tu?!" tegur Pak Mail kasar.

Adam sedar akan keterlanjuran katanya. Dia memampar mulut sendiri.

"Ma..maafkan aku, Saraa," dia mendekati Saraa.

"Aku tak nak apa-apa jadi kat dia sebab aku tak nak kau masuk penjara je," ujar Saraa perlahan. Hatinya terguris mendengar kata-kata Adam sebentar tadi.

"Aku tahu. Maafkan aku, ya," pujuk Adam lembut.

"Mana dia sekarang ni?" soal Saraa lagi.

"Aku dah masukkan dia kat dalam penjara,"

"Oh..," Saraa menghembus nafas lega. Dia bersyukur kerana Haris tidak sempat mengapa-apakannya.

"Mak Minah dah telefon Maksu dan Maklang Saraa. Petang nanti diorang datang jenguk Saraa," sampuk Mak Minah setelah tangisannya reda.

"Tak nak! Saraa tak nak jumpa diorang!" jerit Saraa tiba-tiba.

"Saraa, kenapa dengan kamu ni, nak?" Mak Minah terkejut. Adam dan Pak Mail juga turut terkejut.

"Mak Minah, Saraa tau ni semua sebenarnya rancangan diorang. Diorang sakit hati dengan Saraa sebab tu diorang sanggup buat Saraa macam ni,"

"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Adam seakan-akan tidak percaya dengan perkara yang dikatakan oleh Saraa.

"Kau tak percaya aku ke? Aku tinggal dengan diorang, aku tahulah! Tolonglah percaya kat aku!" Saraa cuba meyakinkan semua yang berada di situ.

Mak Minah menggosok-gosok bahu Saraa lembut untuk menenangkannya. Dia juga sempat memberikan isyarat kepada Adam supaya mengiyakan sahaja apa yang Saraa katakan untuk tidak menimbulkam kekecohan di hospital tersebut.

"Ya, Saraa. Mak Minah percaya semua kata-kata Saraa tu. Nanti Mak Minah larang diorang jumpa Saraa, ya,"

p/s; maaf tau kalau membosankan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience