"Kau pasti,dia suruh kita datang sini?"soal Eidlan.
"Ya tuan"ujar Razman,pemandu yang membawa Eidlan.
Dia sudah bekerja lama dengan keluarga Eidlan menyebabkan dia sudah menjadi orang kepercayaan Eidlan dan ayahnya.
"Apalah muslihat orang tua tu kali ni?"ujar Eidlan di dalam hati.
Kereta mereka menuju masuk ke lorong kecil yang disekitarnya dipenuhi dengan pokok-pokok getah.
"Tuan rasa dia suruh kita datang sini untuk apa?"soal Razman.
"Tak tahu.Tapi jangan risau saya dah suruh yang lain untuk bersiap sedia kalau ada apa-apa yang terjadi"
"Baiklah kalau macam tu"
Tidak lama kemudian,mereka akhirnya sampai ke rumah usang yang berada di celah ii pokok getah yang ada.
***********************************
"Abang mana anak kita ni?Dari tadi tak balik-balik.Hari dah nak dekat malam"ujar Mak Piah.
Dirinya mula berasa gelisah kerana Ishtar sudah lama keluar dan tidak menunjukkan tanda yang dia akan pulang.Tiada panggilan telefon darinya.
"Awak la.Saya dah pesan jangan bagi anak kita keluar.Walaupun dengan kawan dia sendiri.Kan diri sendiri yang risau"ujar ayah Ishtar iaitu Pak Rashid.
"Saya tak mahu kita terlalu mengongkong kebebasan Is,abang.Sebabtu la saya bagi dia keluar harini dengan Maisurah"ujar Mak Piah.
"Kita bukan mengongkong Piah.Kita cuma tak mahu apa-apa benda buruk jadi dekat dia.Tengok sekarang.Balik pun belum"
"Dia pun tak kisah kan kalau kita suruh dia duduk rumah sekalipun"sambung Pak Rashid lagi.
"Tapi abang,saya tengok banyak kes sekarang anak-anak memberontak sebab mak dengan ayah terlalu mengongkong.Kita tak tahu hati Is macam mana.Dalam hati dia siapa sahaja yang tahu"
"Saya tahu benda tu.Dan saya faham.Kita bukan kurung dia Piah.Cuma tak bagi dia ke mana-mana yang jauh dari kawasan kita.Kita tak halang pun dia nak pusing-pusing kampung"
"Abang,Is mungkin jugak teringin nak keluar sama-sama dengan kawan-kawan sekolah macam yang lain.Dia pun ada keinginan abang"
"Tambahan pulak dia anak tunggal.Mungkin dia bosan kalau terus duduk di rumah"
"Malas lah abang nak cakap dengan awak,Piah.Semua benda awak nak menang"
"Abang,saya cakap benda yang betul"
"Haishh,yalah....yalah.Dah kita tunggu Is.Kalau dia tak balik jugak lepas pukul 9,kita pergi balai polis"
"Ok,abang"Mak Piah terus merebahkan punggungnya di sofa.
"Dah jangan risau sangat.Doakan yang baik-baik.Doakan anak awak supaya selamat sampai"
"Baik,abang"Mak Piah terus menyandarkan badannya.
Fikirannya sekarang memikirkan Ishtar yang masih tidak pulang.
Dirinya berasa tidak sedap hati.Naluri keibuannya mengatakan bahawa anaknya dalam bahaya.
************************************
"Ermmm"Ishtar cuba menggerakkan badannya tetapi merasa sesuatu benda melilit badannya.
Matanya dibuka secara perlahan-lahan.
"Eh"matanya melihat sekeliling.Bilik yang kosong dan mempunyai satu mentol yang mencerahi ruangan itu.
"Aku dekat mana?"soal Ishtar di dalam hati.
Dirinya cuba mengingati sesuatu.Kejadian yang berlaku sebelum dirinya terkurung dan diikat.
"Jap,aku tadi dengan Maisurah....Mak dia pun ada tadi.Diorang ada dekat mana ya?"
"Semoga diorang selamat"ujar Ishtar.
"Klakk"kedengaran bunyi tombol pintu dibuka
Ishtar terus menutup matanya kembali.Berpura-pura pengsan.
"Woi"ujar lelaki itu sambil menggoncang lengan Ishtar.Cuba menggerakkannya.
"Ish, jantan ni.Pegang-pegang aku pulak.Kau tahu tak haram"ujar Ishtar dengan lantang.Dan...
Dia baru sedar bahawa dirinya berkata dengan kuat.
"Upss"dia tersengih ke arah lelaki itu.
"Oooo,kau pura-pura pengsan??"lelaki itu menunjukkan muka bengisnya ke arah Ishtar.
"Tak"ujar Ishtar sambil menggelengkan kepalanya.
"Kau masih nak bohong?"
"Tak"Ishtar terus menelan air liurnya.
"Huhh,baiklah.Kau nak makan tak?"soal lelaki itu.Ishtar terus menganggukkan kepalanya.
"Nak nasi ayam boleh"pinta Ishtar.
"Eh,kau ni.Main order-order pulak.Aku tanya kau nak makan ka tak.Bukan nak makan apa"
"Mintak ja pun.Itu pun tak boleh"Ishtar mencebik.
"Tak boleh.Aku ni bukan pembantu kau.Aku ni kerja dengan orang lain"
"Kau ni takut tak?Aku tengok lek jer?"soal lelaki itu.Pelik dengan wanita yang dihadapannya ini.
"Entah"Ishtar mengangkat bahunya.
Sebenarnya dirinya berasa takut,kerana semua orang yang diculik pasti merasa takut.Akan tetapi dia cuba mengawal perasaan itu.Tidak akan menunjukkan bahawa dirinya perempuan yang lemah.
"Dah la,kau duduk diam-diam.Aku nak keluar beli makanan dekat kau.Kau jangan buat benda bodoh ya...macam larikan diri.Kalau tidak keluarga kau pulak yang jadi mangsa"pesan lelaki itu.
"Baik"
maaflah author lambat update sebab minggu ni sibuk dengan jamuan raya dekat sekolah la,apa la... hehehe dan terima kasih ya yg sudi membaca.dah la ok bye
Share this novel