Rate

TANS| 1

Action Series 4211

KHALEED duduk di atas lantai dengan bersila. Matanya dipejam lembut. Kedua dua belah tangan diletakkan di atas lututnya.

Khaleed memejam mata sambil menerawang kan fikirannya. Tanpa sedar, ada satu tubuh yang mendekatinya dari belakang.

Badan Khaleed ditepuk dari belakang. Dengan tindakan respon daripadanya, Khaleed mencapai tangan itu dan mengunci tubuh lelaki itu. Keningnya bertaut melihat lelaki itu.

"Hey, Khaleed. Okay okay, release me.." tersengih lelaki itu.

Khaleed kemudian melepaskan di tangan lelaki itu. Menundukkan kepalanya tanda meminta maaf.

"Dark, what are you doing here?" Tanya Khaleed spontan. Melihat bapa angkatnya, Dark yang membetulkan jaket di badan.

"Khaleed hmm.." Dark kemudian melihat dirinya yang tidak berbaju. Kemudian, Dark menepuk tangan berpuas hati. Khaleed sudah sesuai untuk melakukan tugasnya.

"Dark.." Khaleed menegur sekali lagi. Melihat Dark yang termenung sendirian.

Dark tersentak. Kemudian, dia menyeluk saku seluarnya. Dia mengeluarkan seutas rantai berwarna hitam.

Tangan Khaleed dicapai. Dark meletakkan rantai itu di atas telapak tangan anak angkatnya. Khaleed terus meneliti rantai pemberian ayah angkatnya itu. Dia mengerutkan dahinya.

"But, Dark, kenapa bagi Khaleed benda alah ni?" Dark kemudian menepuk dahinya yang flawless.

"Khaleed! Kau tak ingat hari ni hari apa?" Dark sudah pening. Khaleed dengan polos menggelengkan kepalanya.

"Today is your birthday. 12 December!" Dark menggelengkan kepalanya. Tak sangka Khaleed boleh melupakan hari jadinya.

Sebetulnya, ia adalah hari dimana Khaleed berjumpa Dark. Bukanlah hari ulang tahunnya.

Khaleed membelek rantai itu. Dia mengangguk. Dark memberikannya senjata. Senjata yang tersembunyi.

"Ehem ehem, Happy 19th Birthday, Khaleed"

Khaleed menunduk separuh.

"Thanks" jawab Khaleed dingin.

"Khaleed pun dah 19, bila Dark nak berpunya pula ni?" Khaleed memandang Dark dengan serius.

Ya lah, dia bosan, nak main dengan anak buah pulak. Lagipun, Dark masih muda lagi. 35 tahun? Mudalah tu~

Muka Dark berubah tegang. Dark berdiri tegak.

"Khaleed, kau kena ingat ini. Kita ni tak layak untuk beristeri. Mereka terlalu baik. Kau kena ingat, kita ni hidup sendiri. Kita ni tak layak untuk hidup bahagia." Dark memandang Khaleed yang telah dibesarkan selama 14 tahun. Pandangannya serius.

"Hati kau dah berpunya ke?" Soal Dark.

"Never" Khaleed menggeleng pantas. Tak mungkin dia akan jatuh cinta pada seorang gadis. Nak berjumpa pun susah. Lagi lagi berada di Jepun ini. Tak mungkin.

Dark tersenyum sinis. "Hmm, sempena birthday kau, ni hadiah sebenar aku" Dark memberikan satu helai sampul berisi surat.

Khaleed mengambil sampul itu. Dibuka perlahan Lahan.

"Mulai esok, nama kau bukan lagi Khaleed Daniel. Dan esok, kau akan berjumpa dengan client pertama kau" Dark berkata serius. Khaleed menganggukkan wajahnya.

Kemudian, dia melihat nama yang tertulis di atas surat itu.

Ameer Nashitar.

Nama barunya.

___________________________________________

Gadis itu berlari lari anak ke arah stesen bas. Habislah. Ini stesen terakhirnya!

Tidak!! Bas terakhir sudah pergi!

Dengan larian pecut hasil sukaneka sekolah menengah dahulu, Gadis itu berlari ke arah depan bas lalu mendepakan tubuhnya. Ya Allah cari mati budak ni! (Jangan tiru aksi ini di dalam kehidupan seharian)

Bunyi hon bas terus bergema kuat. Pemandu bas yang sudah berumur tu menggosok dadanya. Terkejut. Nasiblah matanya yang tua itu masih tajam lagi.

Gadis itu tersenyum senget sambil menaiki tangga bas.

"Maaf pakcik. Maaf" gadis itu menunduk berkali kali meminta maaf. Baru menyedari kesalahannya.

Pemandu bas itu mengangguk sahaja.

Gadis itu berlari duduk di belakang sekali. Pada waktu malam seperti ini, biasanya tidak ramai yang menaiki bas.

Dia termenung ke luar tingkap bas. Merenung nasibnya tadi jika tidak bernasib baik.

Tiba tiba, satu deringan telefon berbunyi. Gadis itu dengan pantas, mencari telefonnya yang sudah mengamuk untuk diangkat.

"Assalamualaikum? Siapa ni?" Jawab gadis itu.

Suara menghela nafas kedengaran.

"Sara, kau kat mana?!" Sekali lagi gadis itu melihat kembali screen telefonnya.

Habislah dirinya.

"Yes, boss! Kenapa call saya malam malam?" Sara menjawab pantas. Melihat orang sekeliling melihat dirinya, Sara menepuk bibirnya yang bersuara kuat itu.

"Ni Pakngah nak cakap" suara lelaki itu kasar sambil menghela nafas sekali lagi.

Sara mengangguk faham. 

"Sara Saira, adik kat mana?" Ayah Sara, Aysar bersuara lembut. Risau akan anak perempuannya yang masih muda itu. Sara terus menggigit bibirnya yang mulus.

"Adik kat dalam bas. Dalam setengah jam adik sampai. Daddy tunggu tau. Suruh Mama tunggu sekali." Ucap Sara kegelisahan. Sedar tak sedar, sudah 10: 25 malam. 

Suara di dalam telefon berganti lagi. 

"Sara, kau tunggu dekat stesen kau lepas ni. Turun. Nanti aku datang ambil." Hazeeq selaku bossnya bersuara kuat. Kasar. Sara geramm Jee! Kemudian, telefon terus dimatikan begitu saja oleh boss nya yang garang.

Sara mengangguk. Lega kerana ada orang yang akan mengambilnya. Namun Sara tetap gelisah kerana akan ada singa yang menjemputnya!

.

.

.

.

.

.

VOTE AND COMMENT!

Wait for next chapter guys~ :) vote & comments ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience