Naga Hitam

Horror & Thriller Series 22056

Ikan laga di dalam botol berpenutup merah di kedai makan itu berenang renang mengelilingi bekas bulat. Berpusing pusing tiada haluan seperti aku yang tidak tahu mana mahu dituju setelah Khalil meninggalkan aku kerana dia perlu pergi ke kelas.

Ikan laga ini mengingatkan aku tentang makhluk dalam air yang mengerikan itu.

Kisah ini tentang Jamal, dan ‘naga hitam’ dalam sawah di kampungnya.

Jamal baru berusia 16 tahun ketika itu. Muda remaja, tanpa apa untuk dirisaukan kecuali kerja sekolah yang perlu dihantar esok namun belum disiapkan.

Kakinya laju mengayuh basikal hijau miliknya yang sudah diturunkan turun menurun namun masih tetap digunakan kerana ia ‘masih elok’. Semua orang tahu basikal itu sedang menunggu masa sahaja untuk terpisah tayar dan komponen lainnya.

Setibanya di bawah pohon kelapa tempat dia dan rakan rakannya melepak, kaki diturunkan dengan tujuan untuk memberhentikan basikal itu kerana breaknya sudah rosak.

Badrul sedang duduk di atas akar pokok sambil kepalanya ditundukkan menguis nguis tanah berpasir dengan ranting kayu yang pendek.

“Termenung apa tu?” Tanya Jamal,menolak tongkat basikalnya dengan kaki agar ia tidak jatuh dan menyembah bumi dan menyebabkan dia dihambat ayahnya yang terlalu sayang akan basikal itu.

Badrul yang berambut seperti buah kelapa itu kekal diam.

“Rina merajuk dengan kau ke?” Jamal mengusik dengan senyuman seakan lelaki tua gatal.

“Ish kau ni!” Badrul meembaling kayu itu tepat ke kepala Jamal dan membuatkan tawa lelak itu meledak.

Rina ialah anak ketua kampung yang pantang benar kalau terjumpa Badrul. Ada sahaja yang akan digaduhkan. Sehingga satu kampung mengungut untuk mengahwinkan mereka berdua jika terjadi pergaduhan lagi.

Mana tidaknya, Badrul pernah masukkan katak ke dalam beg Rina dan Rina pula membalas dendam dengan menuang telur busuk ke dalam beg sekolah Badrul.

Kecoh satu kampung bila ibu bapa mereka serang menyerang walaupun memang sudah terang lagi bersuluh anak anak mereka memang nakal dan tidak boleh berjumpa.

“Jangan nak sebut nama Rina tu, meluat aku!” Badrul menjeling Jamal.

“Ha dah tu, kenapa termenung?” Tanya Jamal sesudah ketawa.

“Aku ada sesuatu nak bagitahu kau.” Badrul kelihatan gementar.

“Kau ni buat saspen je, apa bendanya?” Jamal merenung wajah Badrul.

“Aku nampak sesuatu di sawah semalam.”

“Sesuatu?” Tanya Jamal hairan. “Sesuatu tu… hantu ke?” Sambungnya lagi.

“Aku tak rasa benda tu hantu..Tapi aku takutlah. Aku tak boleh tidur semalam.” Badrul menelan liurnya.

“Apa yang kau nampak? Kau tahu kau boleh cerita pada aku,kan?” Jamal bertinggung di depan Badrul dan menggosok rambutnya yang bulat seperti buah kelapa itu.

Badrul baru berumur 14 tahun dan Jamal ibarat abang kepada Badrul. Apa apa sahaja pasti Badrul akan beritahu kepadanya, kalau Jamal boleh tolong, Jamal pasti tolong.

“Aku nampak naga.” Jawab Badrul pendek.

“Ha?” Jamal ternganga.

“Aku nampak naga hitam.” Badrul mengulang semula namun dengan lebih spesifik.Seakan akan penjelasan spesifik itu boleh membuatkan ceritanya kedengaran lebih logik.

“Dekat mana?” Tanya Badrul.

“Dekat sawah,” Jawabnya.

Mereka berdua diam.

“Depan rumah kau.” Dia menyambung.

“Jangan buat lawak lah Badrul.” Jamal tersenyum senget.

“Aku tak buat lawak, aku tak tipu, aku sumpah.” Badrul mengangkat sebelah tangannya, menunjukkan tapaka tangannya tanda bersumpah.

“Mana ada naga dalam dunia ni. Tak wujud. Kau tengok tv banyak sangat ni, Badrul.” Ujar lelaki berambut pacak.

“Tapi, aku nampak..” Badrul tertunduk. Kecewa kerana orang yang dianggap paling rapat dengannya pun tidak mempercayainya.

“ Cerita kat aku, macam mana kau terjumpa naga ni.” Jamal serba salah namun tetap mengambil tempat di depan Badrul untuk mendengar ceritanya.

“Jadi, ceritanya macam ni..”

+++

Badrul berjalan waktu senja itu dengan sebotol kicap dan sepaket gula di dalam plastik merah di tangannya.

Rumahnya akan dikunjungi tetamu mala mini, Ibunya menyuruhnya pergi membeli barang barang tersebut dengan not 10 ringgit berwarna merah.

Langkah kaki budak lelaki itu perlahan. Bosan. Kalaulah Jamal ada di sini, boleh juga dia naik basikal bersamanya, boleh juga dia berjenaka.

Namun budak itu tidak dibenarkan keluar menjelang maghrib.

Lampu lampu jalan mula dihidupkan memandangkan senja di kampung itu membawa kegelapan yang yang menyesatkan. Burung burung berkicauan, mula pulang ke sarang semula dan bunyi angin malam di jalan yang lengang itu berdesup desup.

Jalan ini jarang digunakan pada waktu waktu begini kerana orang orang kampung menggunakan jalan lain untuk pergi ke masjid untuk solat Jemaah Maghrib.

Sedar tidak sedar kakinya tiba di depan jalan rumah Jamal, mahu sahaja dia pergi mengetuk pintu rumah itu untuk bercanda dengan Jamal namun takut dimarahi ibunya senja senja begini.

Di depan rumah Jamal, ada beberapa puluh petak sawah. Sesetengahnya milik Jamal sementara yang selebihnya sudah dijual kepada orang kampung lain untuk diusahakan.

Pandangan budak lelaki itu dilepaskan ke arah sawah yang terbentang luas itu. Dari kejauhan terlihat bukit bukau yang dihiasi awan merah di puncak.

Saat itulah dia nampak, air di petak sawah yang tidak jauh darinya berkocak, seolah olah sesuatu yang besar berada di dalamnya.

Mata Badrul dikecilkan supaya dia boleh melihat dengan lebih jelas.

Waktu itu, kepala sesuatu yang besar keluar menjenguk dari dalam air.

“Besarnya ular..” Badrul tergamam. Kepala makhluk itu begitu besar, sebesar kepala lori yang selalu dilihat di depan rumahnya.

Namun ular ini lain...

Ia punya tanduk dan kepalanya terlalu besar.

Ia menjenguk keluar, menyebabkan bulu roma Badrul tegak berdiri seperti tiang lampu di sebelahnya kala ini.

Matanya yang besar disepetkan lagi dan dia benar benar yakin dia nampak makhluk itu.

Pada saat itu makhluk itu menoleh ke arahnya dan merenungnya lama. Matanya merah dan kepalanya bersisik dengan dua tanduk di atas kepalanya. Angin berderu dengan selaju lajunya.

“Astarghfirullahalazim.”Badrul menutup mulutnya dengan tangan dan lututnya jadi lemah longlai lalu dia jatuh terduduk di atas jalan tar itu.

Makhluk itu kemudiannya menyelam masuk ke dalam air semula.

Dan segalanya seakan kembali senyap. Ibarat tiada apa yang berlaku.

Badan Badrul menggigil.

+++

“Biar betul kau ni Badrul.” Jamal menelan liur.

“Aku nampak macam aku menipu ke, Jamal? Pernah ke aku tipu?” Badrul bersungguh sungguh melontarkan kata katanya.

Jamal kenal Badrul sejak dari kecil. Badrul tidak pernah menipu. Sedari dari kecil. Apa yang dirasakannya, apa yang dilihatnya, apa yang didengarinya, itulah yang akan diberitahu.

“Jom pergi tengok, kau tunjuk kat aku benda tu kat mana.” Jamal bangun berdiri dari posisi bertinggung tadi.

“Tak nak, aku takut.” Badrul menggeleng geleng kepalanya, beria ia.

“Aku ada kan, janganlah takut.” Jamal ketawa kecil.

“Sebab kau adalah aku lagi takut!” Badrul berseloroh.

“Kalau tak nak ikut takpe, biar aku je pergi.” Jamal mendekati basikalnya.

“Jamal! Janganlah, bahaya.” Badrul menarik lengan lelaki yang lebih tua itu.

“Ish kau ni, takde apa apa lah. Semua tu halusinasi kau je. Tah tah kau makan antibiotic banyak sangat kot.”

Jamal merentap tangannya dan membonceng basikalnya.

Badrul pada mulanya tidak berganjak namun berlari kearah basikalnya setelah dia mula mengayuh. Badrul duduk di belakang , tangan diletak di atas bahu lelaki itu.

Benberapa minit berkayuh, merek sampai ke hadapan rumah Jamal. Angin sepoi sepoi Bahasa menyambut kedatangan mereka.

Jamal dan Badrul turun dari basikal dan tongkat ditolak lalu Jamal mula berbicara. “Mana naga kau tu?”

“Jamal, janganlah tanya macam tu.” Badrul menumbuk bahu Jamal panik.

“Dah tu, nak tanya macam mana lagi?” Jamal menumbuk bahu Badrul semula. “Adinda, di manakah gerangan naga itu, adinda? Kakanda mahu menggorengnya lalu masak lemak cili api.” Jamal menahan ketawa.

“Kau ni bongoklah, Jamal.” Badrul mengenggam rambutnya dengan kedua dua tangan, seolah olah betul betul tertekan.

“Bertenang, adinda. Kakanda ada di sini.” Jamal berbicara lagi.

“ Sekali lagi kau buat lawak, aku bagitau mak kau pasal apa kau buat kat kedai pakcik Wan.” Badrul mengugut.

“Woi, janganlah!” Jamal menjerit.

Tiada siapa perlu tahu yang dia tidak bayar makan maggi goreng basah Jumaat lepas.

“Tahu takut.” Badrul tersenyum sinis.

“Okaylah, mana kau nampak binatang tu.” Jamal bertanya semula.

“Tu, dekat dengan pondok tu.” Jari Badrul menunjuk kea rah petak keempat dari tempat mereka berdiri.

“Jom.” Jamal berjalan diikuti Badrul di belakang.

Sesampainya di situ, dia merenung ke dalam sawah yang penuh air itu.

“Badrul, sawah ni bukannya dalam pun, mustahillah ada binatang besar hidup kat dalam ni. Kalau betul ada pun, mana dia sekarang?” Jamal bertanya.

“Manalah aku tahu.” Jawab Badrul takut takut.

Matanya yang besar melilau lilau, takut takut makhluk itu berada berdekatan.

“Takdelah, Badrul. Kau jangan risau. Entah entah kau nampak ranting kayu je.” Jamal cuba menenangkan rakannya.

“Ya kot..” Badrul mengangguk lemah.

“Jomlah, aku belanja aiskrim kat kedai pakcik Wan." Jamal merangkul bahu Badrul dan mereka mula berjalan menjauhi tempat itu.

“Okay, tapi kali ni kena bayar tau, jangan beli lepas tu lari tak bayar.” Badrul memerli sebelum mereka berdua ketawa besar.

Mungkin mereka tidak perasan , buih buih keluar dari dari dalam air sawah itu.

+++

Malam itu usai solat isyak dan menyiapkan kerja sekolahnya, Jamal masuk ke dalam biliknya. Malam itu panas sungguh, jadi Jamal ambil keputusan membuka tingkapnya.

Dia menikmati udara dari luar yang berderu deru masuk ke biliknya sebelum matanya tertancap ke arah sesuatu di dalam sawah di depan rumahnya.

Bulu romanya meremang. Makhluk itu memutar kepalanya dan merenung ke arahnya. Kepala bersisik dan bertanduk, benar benar seperti yang diceritakan Badrul.

Mata Jamal terbeliak.

Makhluk itu perlahan lahan keluar daripada air dan Jamal tergamam apabila ia terbang di udara. Badannya amat panjang, ibarat ular.

Tangan Jamal mengenggam birai tingkapnya kuat kuat, menahan dirinya daripada jatuh terduduk. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya.

Naga itu membuka mulutnya besar besar dan saat itu Jamal dengar bunyi jeritan kesakitan datang daripadanya, itulah bunyi makhluk itu. Ibarat bunyi bunyi ngeri itu datang dari dalam mulutnya. Ibarat binatang itu menelan manusia dan mereka sedang terseksa di dalam perutnya.

Ia berlegar legar di atas langit dan tidak lama kemudian kepalanya terpusing ke arah Jamal.

Jamal terus bersembunyi di belakang tingkap , jantungnya berdegup laju.

Bagaimana kalau makhluk itu terbang ke arahnya dan menelannya hidup hidup? Jamal tidak sedia untuk itu.

Bunyi jeritan itu masih kedengaran, malah semakin kuat. Jamal yakin makhluk itu sedang terbang ke arahnya.

Jantungnya ibarat mahu pecah. Mata ditutup rapat rapat dalam ketakutan itu.

Serta merta itu bunyi itu hilang. Jamal memberanikan diri menjenguk ke tingkap, air berkocak dan Jamal hanya nampak hujung ekornya sebelum makhluk itu hilang dtelan air sawah yang tidak dalam itu.

Bagaimana sawah yang tidak dalam itu boleh menempatkan makhluk naga sebesar itu?

Jamal tidak tahu dan tidak mahu tahu.

Aku merenung ikan yang masih berputar putar itu. Bagaimana kalau ikan sekecil ini tiba tiba menjadi besar dan menelan aku?

Share this novel

cassa_a_
2021-09-02 02:41:33 

hi author;)wow!i was fascinating w ur story.. I'm starting to like it ( ◜‿◝ )♡


NovelPlus Premium

The best ads free experience