tiga belas

Romance Series 207117

Hari ni adalah hari paling bersejarah dalam hidup aku. Shirahani akan jadi seorang isteri you alls!!

Pertunangan kami? Alhamdulillah berjalan dengan lancar beberapa hari yang lepas. Umi dan abi En Khalish pun dapat terima aku seadanya, begitu juga adik beradiknya yang lain.

Diri dalam busana yang bewarna soft blue dan bermanik ringkas hitam itu aku tatap gementar. Tudung bewarna sedondon aku betulkan sedikit.

Aku harap ini akan kekal selamanya.. biarlah aku berkawin sekali seumur hidup. Aku mengeluh berat.

"Shira.. apa mengeluh tu. Nak jadi isteri orang dah kan? Tak baik.. jom turun. Kita nak bertolak ke masjid dah ni." Nenek mengajak aku turun.

Aku tersenyum padanya, "Tak da apa la nek.. Shira cuma takut pulak nak jadi isteri orang ni..hehe." aku tersengih comel padanya.

"Biasalah tu.. Shira banyakkan selawat ye sayang.. jangan fikir bukan-bukan. Mari turun." Akhirnya aku turun jugak diiringi nenek ke bawah.

Kami ke masjid berdekatan dengan rumah mama dan papa. Aku diiringi duduk di tempatku.

Rakan-rakan dan ahli keluarga kedua pihak mula menghurungi masjid.

Memandangkan aku anak sulung yang akan berkahwin dalam keluarga belah papa, hampir seluruh ahli keluarga adik beradik papa hadir memeriahkan majlis akad nikah aku.

Tina dan mama berada di kedua belah aku. Mei pula sibuk menangkap gambar aku dan suasana sekeliling. Katanya sebagai kenangan. Adik-adik aku juga begitu. Haish..

Bila first time aku announced yang aku akan berkawin dengan En Khalish, memang aku jadi selebriti untuk beberapa hari.

Jumpa la staff mana-mana pun mesti mereka akan bertanyakan tentangku dan 'En Schizo' tu.

Banyak juga ura-ura yang aku dengar bahwa aku berkawin dengan dia hanya kerana harta semata.

Haish.. nasib tak jumpa depan aku. Kalau tak... dah bersepai gigi diorang aku tampar. Huh!

Tok kadi dan saksi semua dah ada, barang hantaran semua tersusun indah di bahagian tengah. Semua tu....

Aku sorang je pi cari tau.. huhuhu, sedih betul lah.. nasib la ada kawan-kawan yang kaki shopping, ada jugak orang nak teman.

En Khalish pulak hanya bagi kad debit dia je, katanya limit 25K. Gunalah..

Aku speechless.. wow.. banyak duit. Kalaulah aku ni pengikis, memang aku habiskan betul 25K tu.

Tapi aku bukan macam tu.. semua hantaran tu tak sampai 10K pun aku guna.

Tambahan pula duit hantaran mama dan papa mintak agak tinggi. So.. tak kan nak mahal-mahal lagi kan? Semua ni pun dah cukup bagi aku..

Tak lama lepas tu, En Khalish diiringi En Azri masuk ke dalam masjid.

Aku bertasbih dalam hati melihat si dia. Hati aku mula berdebar walaupun sejak dari tadi langsung tak ada gaya macam nak nikah.

Siap main pubg lagi dalam kereta tadi.. adush..

Aku pandang dia dari awal depan pintu sampailah dia duduk depan tok kadi. Langsung tak alih pandangan sehinggakan mama mencubit sikit lenganku.

"Aaip! Mata tu Shira.." Mama warning perlahan. Aku pulak terkejut beruk la.. Haha.

"Sorry ma." Aku tersengih padanya, cover malu.

Okay now.. kembali kepada wanita melayu terakhir balik.

Semuanya berjalan dengan lancar, dengan sekali nafas beserta mas kawin seribu. Aku sah menjadi isterinya.

Berdasarkan riak wajahnya aku tak dapat mengagak apa yang dia fikirkan...

Aku bersyukur aku menjadi isterinya.. memang aku bersyukur sangat. Daripada dia selesai melafazkan ijab dan kabul, aku dah tanamkan azam..

Aku akan jadi isteri terbaik untuk dia. Tak ada lagi malas-malas, tak ada lagi main-main.. aku akan buat betul-betul.

Sebab dia tanggungjawab aku.. suamiku.

Kalau tengok ayat ni macam pelik kan, patutnya lelaki la yang cakap macam tu..but sekarang aku pulak. Hahaha..

It's okay la, cuz aku akan habis-habisan untuk kekalkan rumah tangga aku. Tekad!

Lepas upacara pembatalan air sembahyang dan solat sunat, dia datang padaku.

Memang tak tipu, wajah En Khalish macam ada filter je aku tengok. Cerah semacam. Makin kacak pulak tu.

Haih lah.. angau sudah.

Buat pertama kalinya dia menyentuh kulit tangan aku, gosh!!!! Arghhhh.. I mental!

Badan aku terenjat sekejap, terhinjut sedikit bahuku akibat terkejut.

Saudara mara perempuan aku yang berada berdekatan tersengih-sengih dan ada yang ketawa halus.

I tak sengaja kay..

En Khalish tak bereaksi, dia meneruskan sarung cincin padaku dan begitu juga aku. Kulit dia lembut jugak la walaupun kasar sikit..

Hihihi, sempat I scan waktu pegang tadi. Ala.. ramas sikit je pun!! Kedekut betul.

Aku tatap mata dia tapi dia sedaya upaya tak nak pandang pada aku. Malu ke?

I don't know.

Lepas menyalami dia, En Khalish mula mengucup dahiku. Hangat sentuhannya buatkan aku terbuai seketika.

Dalam tak sedar aku tersenyum bahagia waktu dia mengucupku sambil memejam mata. Ala ala..

Waktu tu aku tak peduli dah apa orang nak kata, I bahagia sangat tau!! Lensa-lensa kamera di sekeliling aku abaikan.

Waktu dia lepaskan ciuman dia, aku masih tersenyum nipis padanya walaupun dia tak pandang wajah aku. Dapat aku lihat telinganya memerah.

Hahaha.. malu la kot.

Then after that, kedua buah family kami ada buat makan-makan sikit dekat dewan berdekatan perumahan mama dan papa.

Kami just tempah catering je so tak ada la sibuk sangat memandangkan cik abang Shira tu tak sempat menyempat nak kawin dengan Shira hari tu. Aish..

Dia dan aku melayan tetamu-tetamu yang hadir. Dapat aku rasakan En Khalish sebenarnya macam nak mengelak dari bertembung denganku. Sebabnya..

Aku tak pasti. Tak apa.. malam ni aku korek-korek rahsia dia. Siap lah!

"We.. korang gaduh ke apa ha? Sorang ke barat, sorang ke timur." Kak Az, rakan sepejabatku menegur waktu aku singgah meja diorang.

"Aku rasa kan kak, Abang Khalish tu malu malu lagi la dengan aku. Hahaha." Aku mula cover.

Yang lain pula hanya ketawa mendengar manganggap aku bergurau saja. Aku pun tak ambil kisah sangat.

"Amboi.. dah jadi 'Abang' la wei.. fulamak.. gampak la kau Shira dapat tackle En Khalish.." Rizuan yang duduk semeja pula menegur.

"Eh mestilah. Aku kan sweet orangnya. Hahaha."

Aku melayan tetamu dan sesekali menjenguknya dari jauh. Aku malas mahu pergi pada dia sebab aku tahu dia akan larikan diri.

Lama jugak la sebelum semua dah selesai. Balik tu pun aku balik asing dengan dia. En Khalish naik kereta dia dan aku naik kereta papa. Problem betul.

And this one jugak, balik je rumah.. memang penuh la family aku. Aku pun nak tukar la baju.. masuk bilik, dia tengah mandi. Punya la lama.

Tertido ke apa?

Aku keluar sekejap then masuk balik, dia dah tak ada. Mungkin aku kawin dengan wizard agaknya. Ke dia guna pintu doraemon. Boleh jadi jugak..

Sudah la Shira, Sudah!

Tak mahu buang masa, aku mandi dulu lepas tu turun nak bantu apa yang patut, aku dapat lihat masa menuruni tangga dia dikelilingi ahli keluarga lelaki aku. Haish..

Kene soal selidik ke apa? Tapi nampak semua macam ramah je, so aku abaikan.

Terasa jugak hati titanium aku ni sebenarnya, dari saat dia jadi suami aku sampailah la ni... En Khalish langsung tak bercakap sepatah haram pun dengan aku.

Hurm... Shira nak buat macam mane ek? Ada idea tak?

Tak apalah.. Malam ni aku akan face to face dengan dia. Tak kan dia nak tido asing kan..

Kalau dia tido asing la.. aku sendiri angkat bantal pi cari dia. Hahaha.. terdesak bebeno gayanya. Tak adalah..

Serius Shira.. serius!

Okay! Aku akan bincang dengan dia elok-elok malam ni. Ke... aku perlu goda dia jugak? Hurm...

Alang-alangkan apa salahnya right?. Hihihi. Teringat pulak baju tidur satin yang Tina dan Mei hadiahkan pada aku lepas majlis nikah tadi.

Aduh.. warna semerah-merahnya. Sebatu pon boleh nampak. Jarang? Tembus terus la.. Sudah la atas lutut. Gile a...

Mana dua orang tu beli pun aku tak tau la.

Tapi takpe.. nanti aku pk nak pakai ke tak. Kalau aku pakai pun, depan dia je kan? Dapat pahala lagi.. Alhamdulillah.

Malam ni En Schizo akan berdepan dengan Shira whether he want it or no. Fullstop!

Muahahaha.. habis la kau En Schizoku sayang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience