DBSS 3 -Tawaran

Romance Completed 524723

Berpusing-pusing gerakan tangan halus Aisya mengacau ketulan ais batu bersama jus mangga di dalam Collin Glass ,begitu jugalah lebaran senyuman manisnya tercetak pada bibir merah wanita genit itu. Rasa lega melingkari hati kerana akhirnya dia sudah bisa memerdekakan setelah hampir 4 tahun dia menjadikan pusat pengajian itu sebagai rumah keduanya.

"So, macam mana? Kau terima tak tawaran abang aku tu?" Fila memecahkan benteng kebisuan antara dia dan sahabatnya itu yang agak lama terbangun dengan gah.
Aisya mendengus perlahan.Sedikit kesal ketika lamunan dan angan-angannya dibunuh oleh seorang sahabat yang bernama Nur Syafilla binti Abdul Mizan, anak seorang Doktor Pakar di Hospital Besar Kuala Lumpur.

"Aku dah fikir baik-baik and...yes...aku terima.."Ujar Aisya yang sudah memecah tawa ketika melihat aksi Fila yang sudahpun bertepuk tangan kegirangkan saat mendengar jawapan 'yes' dari bibirnya.

"Yayyy..aku tak sabar nak bagitahu abang aku. Mesti dia happy sangat. Kau jangan risau, abang aku kata bos dia tu baik sangat. Kawan abang aku sendiri. Kalau kau sama kerja dengan abang aku , kau tak perlu risau dibuli, sebab abang aku akan sentiasa ada untuk kau." Ucap Fila penuh yakin dan kini dia sudah dapat melihat bayangan Iphone 12 Pro Max kesamaran pada pandangan benaknya.
"Hehe..."

"Tapi kan..kenapa kau dengan abang Firas beria sangat nak tolong aku? Ke korang ada plan jahat nak kenakan aku?"Perangkap Aisya dengan rasa penuh keraguan.

"Ish..mana ada. Kitaorang ikhlaslah. Lagipun kau juga yang kata kau nak cari kerja, sebab tak nak menyusahkan abang ipar kau kan! "

"Memanglah, tapi aku cuma rasa pelik. Aku pengalaman pun tak ada, baru habis belajar lagi ni. Tiba-tiba abang kau offer aku kerja dengan dia."

"Sebenarnya, abang Firas yang beria sangat. Dia kata syarikat kawan dia tu perlukan pekerja. Kau terima jelah...Bukan senang tau nak dapat kerja sekarang ni! "Bersungguh-sungguh Fila memujuk.
'Janganlah tidak setuju Ecah oi!! Punahlah harapanku ingin memiliki iPhone idamanku itu!'

"Kau tak nak kerja dengan abang kau sekali?"

"Eee..tak naklah. Silap- silap aku yang kena buli dengan Abang Firas tu nanti!"
Aisya ketawa sahaja dengan wajah cemberut Fila. Dia tahu, Fila dengan Firas pantang sungguh bersua, ada sahaja yang akan diperbalahkan mereka.

"Tapi...nakal-nakal abang aku, dia tak akan buli kau..sebab.....dia....."

"Sebab dia apa??"Aisya pantas memangkas saat Fila hanya membatu membiarkan kata-katanya bergantung tanpa noktah.

**********

TING TONG.....

Loceng rumah berbunyi. Aisya yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di dapur pantas berlari ke arah pintu. Sempat mata menoleh ke arah jam. Di hati pula bertanya-tanya gerangan siapa yang datang waktu malam-malam begini.

"Ummi..baba..."Sambut Aisya ceria ketika melihat dua wajah insan itu yang berdiri di muka pintu. Tangannya terus terhulur untuk menyalami dua manusia itu.

"Ecah sibuk ke?"Soal Puan Sri Malika serba salah setelah pelukan mereka terlerai. Wanita tua itu mengagak Aisya pasti sedang sibuk di dapur memandangkan bajunya sedikit kebasahan.

"Taklah. Cuci pinggan mangkuk je. Kami baru lepas makan malam tadi. Baba dengan Ummi dah makan? Kalau belum, Ecah panaskan lauk tadi. Banyak lagi yang tinggal."Aisya memperlawa ramah dengan nada kelunakan.

"Tak pa Cah..Kami dah makan dah pun. Mana yang lain, sunyi je rumah? Dah tidur ke?"Tan Sri Zaril memanjangkan kepalanya melihat ke tingkat atas.

"Ada bah...Abang dan anak-anak kat atas tu. Tunggu jap, biar Ecah panggilkan." Ujar Aisya yang kemudian laju meniti anak tangga ke tingkat atas. Semanis-manis raut wajahnya dibentuk dan seperti biasa dia akan memperlihatkan kemesraan mereka suami isteri kepada mertuanya itu agar semua percaya bahawa merekalah pasangan bahagia.

*

"Baba..Ummi..Datang mengejut je?Tak cakap pun...."Lufian menyapa sebaik sahaja menapak ke lantai bawah. Tubuhnya tertunduk untuk menyalami tangan-tangan insan terhormat itu.

"Ala...nak pergi melawat anak menantu cucu sendiri pun kena buat temujanji ke? Ke kedatangan kami ni menganggu?"

"Ish..mana da Ummi. Luf cuma terkejut jelah. Dah ummi dengan baba ni datang malam-malam. Tak pernah berlaku dalam sejarah "

"Pernah je dulu..tapi kena halau.."Puan Sri Malika tersenyum sinis.

'Dah la yang...Terdengar Ecah tu nanti, terasa pulak dia." Tan Sri Zaril bergeleng kepala melihat sikap isterinya.

"Laaa..Orang bukan cakap Ecah lah..orang cakap pasal....."Kata -kata itu terbiar tanpa sambungan saat tapakan Aisya mendatangi ruangan tamu itu ,membawa dulang terisi cawan-cawan kopi. Semakin cantik koyakan bibir Puan Sri Malika melihat layanan hormat menantunya itu terhadap mereka. Berbeza sungguh dengan 'yang lama'.

"Ecah bila habis belajar?"

" Habis dah bah..."Jawab Aisya yang sudah pun mengambil tempat di sisi suami 'kesayangannya'.

"Baguslah. Lepas ni, Ecah rehatlah dulu..Restkan otak tu"

"Tak kot bah...Abang kawan Ecah dah offer Ecah kerja dengan dia. Rasa rugi pula kalau Ecah tolak.."

"Laaa...Kalau Ecah nak kerja, kenapa tak kerja je dengan Lufian? Lagi senang kan?Boleh dekat-dekat..Pergi balik kerja pun sama.."Puan Sri Malika membuat usulan dengan riak penasaran.

"Bukan Ecah tak nak,tapi biarlah Ecah cari pengalaman kat luar dulu. Kan abang?"Aisya menayang senyuman manis bergula pada wajah cantiknya. Sakitnya hati seorang Lufian melihat sikap nakal isteri 'tercintanya' itu.

"Kalau Ecah dah cakap macam tu. Ummi dengan babah tak kisah.Janji Lufian benarkan."

"Ecah memang dah bincang dah dengan abang. Abang benarkan.."
Lufian mengetap rahang ketika melihat serautan riak tidak berdosa yang terpamer pada wajah cantik isteri 'tercinta'..
'Bersedialah kau dengan perang dunia nanti Aisya..! Dah bincang kau kata?Tak apa..lepas ni kita 'bincang ' lagi sekali.'

"Ya..ya. Memang Luf dah izinkan Aisya kerja. Luf tak naklah kongkong sangat isteri Luf ni..Luf sokong apa je yang sayang buat. Selagi benda yang sayang buat tak salah."Lufian memaniskan wajahnya semanis nada bicaranya. Wajah yang sedia kacak bertambah-tambah kacak lagi kerana sobekan bibir mengoda jejaka tampan itu.

"Ikut kamu berdualah.Asalkan kamu berdua tak lupa tanggungjawab masing-masing. Jangan sibuk sangat dengan kerja tu sudahlah."Puan Sri Malika menutup kata dengan sedikit senyuman. Senang hatinya melihat keromantisan pasangan suami isteri itu.

"Ummi jangan risaulah. Kami tak macam tu. Kan sayang?" Senyuman Tan Sri Zaril dan Puan Sri Malika kian melebar panjang saat melihat kemesraan ketika Lufian dengan selamba sahaja memeluk erat bahu Aisya.

"Err...err..aaa..betul tu mi..Ja..jangan risau..."Aisya yang sedang menahan geram akibat sentuhan lelaki itu terpaksa juga mengiyakan kata-kata suami 'kesayangannya' walau hati sudah menahan muntah kejijikan dengan sikap miang Lufian.

*****

"AISYA! You ni memang melampau kan?!"

"Apa?? Apa yang i dah buat?" Soal Aisya selamba sambil mengunci pintu utama itu.
Kemudian dia melangkah dengan gaya divanya menuju ke ruangan tamu.

"Apa yang i dah buat?" Lufian mengajuk sinis juga menukar nada suaranya. Naik menyampah bertambah rasa meluat yang berbakul-bakul Aisya dibuatnya.

"You ingat muka you hensem sangat ke bila you buat macam tu?Dahla tua,bertambah -tambah kedut kat muka you tu baru you tahu!" Maki wanita itu kegeraman.

"You pandai-pandai je kan buat keputusan sendiri? You kata you nak kerja kan? Bila yang you bincang dengan i?" Tempik Lufian menahan bahang panas di hati. Aisya terus menelan liur kesat. Pahit rasanya!

"Adalah..masa tu..."Jawab wanita itu sedikit bergetaran. Kali ini dia tidak berani menatap pandang wajah Lufian.

"Masa bila??"

"Masa tu lah...masa..Errr...masa...haaa...masa you tengah tidur..errr.... You tak dengar kot..!Salah you juga sebab you tidur mati!" Ujar Aisya dengan rasa keyakinan yang tinggi. Sempat menayang wajah bangga selain memuji diri sendiri kerana merasa bijak mencari alasan yang sungguh berakal.

"What ?? Masa i tengah tidur? Bila masa i tidur dengan you? Ke malam-malam you selalu pergi merayap cari i ? Boleh tahan gatal you ni Aisya!" Lufian memerli sinis.

"Woi!! Jangan nak memandai! Bila masa i cakap i tidur dengan you? You tu yang gatal!"

"Cakap....! Bila masa yang i benarkan you kerja? Bila masa yang you bincang dengan i? Cakap!!"

Aisya telan air liur. Dan saat itu juga dia kesirnaan kata-kata.

"i...i.. cakap je.."

"Depan ummi baba bukan main lagi berlakon. Lemah lembut macam dia tu wanita terakhir kat dunia! Suka hati you la! Bagus juga you kerja, tak payahlah i susah-susah bagi you duit. Jimat juga duit i..!"

" I pun tak ingin lah. Kedekut! You makanlah duit you tu sampai kenyang..!Biar you gemuk! "
Aisya terus berlalu membawa wajah yang kemasaman. Penat bertikam lidah dengan orang yang tidak berakal.

"Cakap orang gemuk, tak sedar pipi dia tu bulat macam pau ! Cium baru tahu!!" Lufian bermonolog sendiri bersama gelak kecilnya sambil berketapan bibir menahan rasa gemas.

***************

"Senang hati saya bang. Tengok Lufian dan Aisya dapat berbaik-baik. Saya tengok Lufian dengan cucu-cucu kita tu pun lebih terurus.Kalau nak dibanding dulu...."
Tan Sri Zaril mengeluh pendek sambil mengelengkan kepalanya berkali-kali.
'Nak mengumpat lagilah tu...'

"Awak ni yang. Janganlah nak dibandingkan lagi..tak baik. Karang terdengar Lufian,kecik hati anak awak tu..buruk mana pun,masing-masing ada kelebihan sendiri.." Lelaki itu menegur lembut namun malah membuatkan Puan Sri Malika mengerutu wajah.

"Kelebihan apa? Langsung tak ada kelebihan pun saya tengok. Kerja bukan main gigih, sampai berhari-hari tak balik,hujung-hujung menghabiskan harta anak kita juga!" Pangkas wanita itu dengan yakin.

"Memanglah..tapi orang tu dah tak ada dah yang...Sudah-sudahlah disebut lagi. "

"Saya tak akan lupa apa yang dia dah buat bang...Dia halau kita macam anjing kurap. Dia lupa ke siapa yang kutip dia. Kesian Lufian dapat perempuan macam tu. Nasiblah Aisya tu jauh lebih baik dari dia. Merasa juga cucu-cucu kita tu kasih sayang seorang ibu."

"Awak tak tanya ke bila Aisya nak bagi kita cucu baru lagi? Rindu pula bunyi budak kecil ."Tan Sri Zaril ketawa tanpa suara, yang pasti tampangnya kelihatan begitu memaksudkan kata-kata itu sebentar tadi.

"Abang ni pun,sabar lah. Ecah baru je habis belajar. Tapi betul juga apa abang cakap, rindu kan. Dulu masa Mya dengan Aliff baby, kita tak berpeluang pun lama-lama dengan dia orang."Bukan main lagi muka mak diaorang tu menjeling!" Puan Sri Malika meluah bersama serautan kesenduan tatkala memikirkan layanan arwah Hanim terhadap mereka.

"Abang pun tak tahu, kenapa arwah tu benci sangat dengan kita sedangkan kita tak pernah halang sikitpun perhubungan mereka tu dulu."
Akhirnya luahan seorang Tan Sri Zaril meledak keluar juga tika hati menahan parutan luka berbekas saat mengingat kembali kedinginan seorang menantu memperlakukan diri mereka.

Next chapter, BBP usahakan update hari ni juga ye.Thanks readers. Jgn lupa follow IG/FB utk sedutan next epi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience