BAB 15

Romance Completed 13562

Selesai makan malam, ketiga beranak duduk menghadap televisyen, menonton berita TV3. Sudah menjadi kebiasaan keluarga itu untuk menonton berita setiap kali selepas makan. Jam menunjukkan pukul 8:20 malam. Memandangkan Encik Kamal masih belum diberitahu mengenai jiran baru di sebelahnya, Puan Maisarah pun lantas membuka bicara.

"Abang.. Jiran baru sebelah rumah kita ramah je Mai tengok.. Keluarga kita turut dijemput untuk datang ke rumah mereka hujung minggu ni. Katanya nak buat kenduri selamat rumah.."

"hm awak jangan cepat sangat menilai orang Mai. Belum tentu sekali pandang, awak anggap keluarga tu baik.."

Aqisha yang hanya mendengar tanpa sedar mengangguk kepala perlahan. Betul! Apatah lagi si mamat poyo tu. Menyampahh! Gerutu Aqisha dalam hati.

"Abang.. Jangan bersangka buruk dengan orang.. Abang belum tengok sendiri jadi abang tak tahu keluarga tu macam mana. Tunggu la hujung minggu ni nanti, mai yakin seratus peratus abang akan setuju dengan Mai.."

Aqisha yang baru teringatkan comel, kucing kesayangan lantas meminta diri untuk mencari comel.

"Comel..Comel...? Pur purr... Comel...?"

Aqisha mencari di seluruh rumah. Tiada.
Takkan comel belum balik. Jarang comel tak balik malam-malam ni. Hati Aqisha dipagut rasa bimbang. Aqisha meminta izin mama papanya untuk mencari Comel di luar rumah. Takut benar terjadi sesuatu kepada Comel.

"Comel sayang.... Comel...? Pur purr.."

Tetap sahaja tiada kelibat Comel. Tiba-tiba Aqisha terdengar riuh dari rumah LELAKI POYO di sebelahnya. Seolah-olah suara seseorang mengusir sesuatu.

• • • • • •

"wawa..! Kenapa Wa bawak dia masuk rumah ni... Eee geli la gelii. Bawak dia main jauh-jauh dari abang..!"

Suara Tengku Emran separuh menjerit. Keluarga itu ketawa geli hati melihat Tengku Emran yang terkinja-kinja melompat menjauh dari kucing berbulu putih itu. Lagaknya seperti melihat seekor lipas terbang. Comel cuba mengejar dan sesekali cuba mengelus-elus kepalanya di kaki Tengku emran yang dari tadi melarikan diri darinya. Tengku emran hanya mampu berlari mengelilingi rumah apabila kucing itu seperti galak sekali mengusiknya.

"wa....! Tolong abang wa... Ambik kucing tu.. Abang geli wa.... geli..."

Suara Tengku emran separuh merayu. Najwa yang dari tadi ketawa berdekah mulai mendapatkan Si comel dan mendakapnya.. Keadaan riuh tadi kembali aman.

"fuhhhh semput..."

Tengku emran menarik dan menghembus nafas. Nafasnya tercungap-cungap apabila terpaksa membuat marathon dalam rumah yang agak luas dirasakan kali ini. Puan Sabrina yang dari tadi tersenyum melihat anak bujangnya yang takutkan kucing mengalihkan pandangan kepada najwa.

"Najwa, dari mana kamu jumpa kucing ni..?"

Soal puan Sabrina.

"najwa jumpa kat luar tadi. Najwa tengok dia macam kelaparan, najwa bawak la masuk rumah bagi makan.."

"ibu faham Najwa kesian.. Tapi ni kucing orang. Najwa tak tengok ke loceng dekat leher dia tu? Jelas sekali dia ada tuan.. Tak baik Najwa buat tuan dia tercari-cari kucing ni.."

Najwa menunduk memandang lantai. Sedih mungkin. Si comel yang nampaknya sudah tidur kepenatan di dakapannya, dipeluk erat.
Sejurus itu, pintu rumah diketuk dari luar dan kedengaran salam diberi. Puan Sabrina bingkas bangun dari duduknya dan membuka pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience