abangku baru sahaja mendirikan rumah. Rumah itu didirikan sebagai hadiah perkahwinan untuk isterinya. Rumah yang besar dan terserga indah itu hanya diduduki isterinya jika abangku bekerja. Oleh sebab itu, dia memintaku untuk tinggal di sana untuk menemani isterinya.
Aku sangat gembira dengan ajakan abang. Dia telah menyediakan bilik yang luas dan besar untuk keselesaanku.Bilikku berada di depan rumah, berseberangan dengan sebuah rumah lama yang kosong di tepi jalan akibat dari peninggalan kolonial British. Di halaman depan rumah terdapat sebuah pohon besar, kata abangku, pohon itu sudah ada sejak tanah itu dibeli.
Share this novel