Tiga Puluh Tiga

Other Completed 44787

Cinta meninggalkan mereka dan menunggang Ducafi meninggalkan Pangkalan.

Mereka yang ada dipadang membantu HyQarl yang separuh mati dibelasah Cinta. Mereka tak menyangka Cinta yang mereka kenal dulu lemah, bukanlah Cinta sekarang. Seorang HyQarl kaki pukul isteri tumbang ditangan seorang Cinta Jasmin.

"Aku tak tahu apa masalah korang." Kata Thariq.

Luthfi menceritakan semuanya hinggalah dia berada disini sekarang.

"Habis tu, Awak percaya?" Tanya Thariq sambil memicit dahinya.

Ghaffar menghampiri mereka dan melihat HyQarl yang luka sana sini.

"Kau dah rasa bukan Qarl, Kekuatan Seorang perempuan yang dilatih menjadi seorang Perisik." Kata Ghaffar.

"Aku rasa kalau Luth takde tadi, Kau dah Arwah." Kata Ghaffar lagi.

"Aku taknak belasah kau. Cukup isteri aku belasah kau. Sekali lagi kau ganggu rumah tangga aku dan Cinta Jasmin aku akan pastikan kan duduk dalam penjara." Kata Luthfi dan berlalu meninggalkan Mereka.

Luthfi memandu keretanya pulang semula ke Villanya. Dia harus menemui Isterinya. Dia melihat motor Cinta ada parking didalam laman.

Dia keluar dan masuk kedalam. Melihat isterinya yang sibuk mencari sesuatu.

"Sayang Cari apa?" Tanya Luthfi.

Tiada balasan dari Cinta. Cinta bedlalu naik kebilik mereka dan mencari lagi dimana Wallet dan Phonenya.

"Sayang cari ni ke?" Tanya Luthfi memancing isterinya agar melihat kearahnya.

Tekaannya benar, Cinta menoleh kearahnya melihat Sallet dan Phonenya.

Dia mendekat dan merampas keduanya dari tangan Luthfi. Dia berlalu dari bilik mereka dan mulai menapak menuju keluar.

"Sayang please dengarkan Abang dulu." Pinta Luthfi.

Phone ditangannya bergetar. Dia menjawab panggilan tanpa melihat nama.

"Kenapa?" Tanyanya apabila mendengar suara Al ditalian.

"Panglima tunggu kau di Lapangan. Kau tak baca whatsapp ke Cinta?" Tanya Al.

Cinta menamatkan panggilan malas nak berdebat. Dia membuka whatsapp dan melihat Panglima menyuruhnya berada di Lapangan kerana dia akan membuat terjunan payung bersama Team Helang Rimba.

Dia berlalu meninggalkan suaminya tanpa sepatah. Mungkin mulut boleh mengukir senyum sekarang, Tapi hatinya tak dapat nak berbohong, Terasa bila suami tak mempercayainya.

"Sayang." Panggil Luthfi.

Cinta memecut keluar dari perumahan Villa itu. menuju kejalan besar dan dia harus sampai sebelum pesawat berlepas.

Luthfi menghubunginya sentiasa namun tiada satu panggilannya dijawab oleh Cinta.

Dia cuba menghubungi Thariq sejam selepas dia dan Cinta bertemu diVilla.

"Riq, Ada Cinta tak kat sana?" Tanya Luthfi.

"Dia diatas awan. Ada latihan terjunan payung bersama team dan Panglima Ghaffar." Kata Thariq.

"Ooo macam mana keadaan HyQarl?" Tanya Luthfi.

"Kena tahan dekat Ward. Dengar cerita kakanya mengamuk tadi bila dengar dia dibelasah bekas isteri." Beritahu Thariq.

"Aku takut Cinta dalam bahaya." Akhirnya terluah lerisauan dimulutnya.

"Jangan risaulah. Dia ada dekat lapangan. Tengah buat terjunan. Sebelum dia ke Sempadan Thai." Kata Thariq.

"Bila dia lena hantar kesana?" Tanya Luthfi.

"Minggu ni. Love tak bagitahu kau ke?" Tanya Thariq.

"Mungkin dia lupa." Kata Luthfi. Sedangkan semalam dianpangsung tak kisahkan isterinya.

Dia sanggup tinggalkan isterinya bersama Rissa didalam Villa. Apabila dia dihospital dia melihat lagi hambar yang dihantar.

Memang jelas wajah Cinta yang seperti terkejut dengan perlakuan HyQarl padanya. Dan malam itu juga dia menghubungi Thariq bertanyakan kejadian itu. Nasib dia cepat kalau tak mungkin pergaduhan mereka akan makin panjang.

Cinta yang duduk dalam pesawat dengan wajah masam mencuka. Teamnya tak berani nak tegur apalagi melihat.

Lain pula Panglima Ghaffar yang mula menyakat anak buahnya itu.

"Jangan macam tu muka tu, Pekas tua bekedut sana sini." Kata Ghaffar.

"Cinta masih tak puas hatilah dengan dia tu. Kalau dapat hempuk kepala dia dengan Helmet tu mungkin hati Cinta akan puas." Kata Cinta.

"Oo kalau dia mati baru puaslah?" Tanya Ghaffar.

"Aku tak kejam sangat. Cukup bagi dia koma aku dah puas." Kata Cinta.

Ghaffar melihat Cinta dari dua sisinya. Dia akan jadi gadis oaling lembut dan ceria disatu sisi malah disisi lagi satu dia akan menjadi watak yang sangat mengerikan.

Mungkin bagi Ghaffar inilah dua sisi yang ingin dilihatnya dari dulu. Dua watak dalam waktu sekali.

"Saya akan posting dia ke Pahang. Asak jangan risau. Saya juga tak sangka dia akan senekad tu." Kata Ghaffar.

Mereka diberikan taklmmat sedikit sebelum melakukan terjunan setinggi beberapa batu dari atas awan.

Terjunan diketuai oleh Panglima Ghaffar dan diakhiri Oleh Cinta Jasmin.

Terjunan yang pertama selepas dia jejak semula ke tanah kelahirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience