DYI 06

Romance Series 2039

ANTARA percaya dengan tidak, Lana dan Tisha kini statue depan pagar rumah menanti kehadiran Izam. Diikutkan, dia peduli apa kalau pun mamat tu nak datang. Boleh saja dia pilih untuk stay dalam rumah dan sambung pembacaannya. Semuanya disebakan ugutan Izam!

Untuk ke sekian kalinya, dia mengeluh lagi. Masih tidak habis fikir mana mamat tu dapat nombornya? Even rakan sejurusannya pun dia tak bagi. Kalau pernah pun disebabkan presentation group yang memerlukan discussion dalam talian. Itu pun dia tak rasa diorang ada kaitan dengan Izam.

Then who?!

Bila bercakap soal ‘kaitan’, tiada orang lain. Cuma seorang je yang dia boleh curiga. Pandangannya ditolak ke sebelah kiri. Kelihatan Tisha sedang sibuk melayan telefon bimbitnya sambil ketawa ceria.

Terasa pandangan membunuh milik Lana tepat kepadanya, Tisha pantas menoleh. Dahinya berkerut. Sah! Lana tengah tidak puas hati? Terfikir kalau-kalau dia ada buat salah, tapi tak! Teringat akan kejadian lebih kurang dalam setengah jam lepas bila dia tiba-tiba diserang oleh Lana.

Oh, man…

Tisha mengeluh kecil dengan dahi yang masih berlapis. “Sumpahlah weh! Kau ingat aku ni jahat sangat ke tikam belakang kawan sendiri?!” jelasnya dengan nada tidak puas hati

Why me?! Banyak lagi yang dia boleh curiga, why me?! Ah… penat rasa layan emosi Lana. Ini semua salah Izam! Izam punca!

Dia sudah agak dari awal lagi. Dia pun sudah mengingatkan Lana tentang Izam. Cuma Lana yang buat tak peduli. Yakin sangat Izam takkan dapat nombor dia. Kalau Izam boleh gunakan strategi di atas padang menumbangkan lawan, inikan pula setakat Lana Alina! Nombor telefon? Hujung jari jelah bagi Izam tu!

He’s not just a mere strategist, he’s full of mystery! Once the mind is set, even he can think that he could fly without wings!

Bila terfikirkan kelebihan yang Izam ada, tiba-tiba rasa gerun menyelinap membuatkan Tisha menggigilkan badan untuk beberapa saat. Entah kenapa dia rasa lega bukan dia yang menjadi ‘mangsa’ Izam. Kesian pulak dekat Lana…

“Aku dah cakap, kau yang taknak dengar. Sekarang, kau nak tuduh aku pulak. Ha… padan muka!” ejek Tisa terus ke muka Lana.

Lana mengeluh lagi. Kepala tidak habis fikir! Dalam banyak-banyak manusia, kenapa dia insan terpilih itu? Kenapa mesti Izam nak mengganggu ketenteraman hidupnya? Apa yang lelaki itu nak, dia sendiri tidak boleh agak!

Bunyi hon kereta menarik perhatian Lana dan Tisha serentak ke satu arah. Kereta Honda jenis HR-V menghampiri. Bila semakin hampir, dapat dilihat Izam ditempat pemandu bertemankan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali Lana. Berhenti saja kereta itu tepat dihadapan mereka, teman Izam keluar dari kereta.

“Sorry, dah lama tunggu?” Razim menyapa.

Lana pandang kosong. Tengah sibuk berfikir sama ada patut atau tidak dia balas sapaan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“Sorry ye. Lana memang macam ni, dia tak suka bercakap orang yang dia tak kenal,” Tisha mencelah bila dilihat Lana membatu tanpa suara. Sungguh dia tidak faham sikap Lana yang satu itu. Yang peliknya, elok pulak dia tegur Izam.

Why?

“Oh, sorry. Aku Razim, kawan Izam. Dia ajak aku join sekali, if you don’t mind,” Razim memperkenalkan diri sambil anak mata menilik Lana atas ke bawah.

Inilah Lana Alina!

Dalam diam, dia mengagumi kecantikan Lana. Patut ramai yang tergila-gilakn dia! Kelembutan wajah yang dimiliki Lana sudah cukup untuk membuat ramai tergilakan dia. Izam is included! Teringat pula dengan cerita-cerita orang yang dia dah pernah dengar tentang Lana. Dia memang dah jangka pemilik nama Lana Alina memang ada tarikan, tapi dia tidak expect yang dia sendiri mampu puji Lana dalam diam.

“Dah puas kau renung anak dara orang?” Izam yang baru keluar dari tempat duduk pemandu bersuara menegur gelagat Razim.

Erk?!

Tersedar dengan kelakuannya, pandangan terus ditolak pada Izam. Sesungguhnya dia tidak menyedari tingkah sendiri. Terlalu tenggelam dengan mainan perasaan! Bukan sebab dia tertarik dengan Lana secara romantis, dia sekadar menghayati ciptaan-Nya yang hampir sempurna – Lana Alina.

“What? Kau pun dah tangkap cinta dengan Lana ke?” tegur Tisha kecil.

“Eh, tak. Bukan macam tu. just…,” ayatnya tergantung. Tidak tahu macam mana hendak jelaskan pada mereka berdua.

“I thought you will never come out,” Izam menghampiri Lana.

Lana senyum tidak ikhlas. “Kau expect apa?”

“Just… I already imagine how to break in if I don’t see you once I arrived. That’s all,” jujur saja dia maklumkan rancangan awalnya. “It’s unexpected that you’re here,” sambungnya kecil.

Lana sungging senyum mengejek. “Tak takut ke kalau kena tangkap sebab pecah masuk rumah orang? I can report you,” cuba diugut Izam. Ingin tahu reaksi lelaki itu.

“Then, you shouldn’t come out. Test me. Isn’t it your lucky day kalau aku kena tangkap dan tidur lokap?” balasnya pantas dan bersahaja sambil menilik wajah Lana.

Riak wajah Lana bertukar sedikit gerun. Sedar yang dia sedang bermain dengan api. Izam senyum kecil. “Sorry, I crossed the line,” ucap Izam kecil. “Tak perlu buat muka takut macam tu. Aku takde lagi keberanian sampai macam tu sekali. Jom,” tidak ditunggu bicara seterusnya dari Lana, dia terus kembali ke kereta. Enjin dihidupkan.

Lana masih tegak ditempat. Kepalanya tengah ligat memikirkan kata-kata Izam. Kalau dia ambil keputusan untuk abaikan amaran Izam dan tidak keluar, apa dia betul akan pecah masuk? Kalau Izam betul pecah masuk, bukan dia tidak boleh buat laporan. Apa yang mengganggu Lana adalah sikap tenang Izam.

Is he ready for the consequences? How fearless this guy could be?

“Oi, makcik!” jeritan Tisha mengejutkan Lana dari terus melayan perasaannya sendiri. “Jiran sebelah rumah ni tak pernah lagi bayar kau jadi mak guard. Nak layan perasaan pun masuk kereta dulu la weh,” tegur Tisha selambal.

Oh!

Tidak perlu ditanya mana dia akan duduk, tinggal seat depan saja yang kosong. Tanpa berfikir panjang, Lana terus masuk dan pasang seat belt. Tidak lama kereta kembali meluncur di jalan. Lana masih lagi bermain dengan fikirannya sendiri sambil memerhati pemandangan diluar. Sesaat dua, hatinya dicuit sesuatu yang buat dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.

“Have the answer?” tidak habis fikir, ditembak soalan dari Izam.

Terlupa dengan apa yang bermain dibenaknya, dia tolak terus pandangan ke arah Izam disebelah. Fikirannya yang agak kusut membuatkan sistem otaknya bergerak perlahan, soalan Izam dilupakan. Tidak sedar, dia kini sedang merenung Izam, lama.

“Something wrong with my face?” teguran Izam sekali lagi mematikan lamunanya.

“Ah… no,” sepantasnya dia kalih ke tempat lagi.

Berkerut sekejap dahi Izam. Sempat dia pandang Lana disebelah buat beberapa saat. “Are you okay?” soal Izam. Pelik dengan tingkah Lana yang seakan tidak fokus sejak tadi.

“Okay,” angguknya tapi tidak sedikit pun dia menoleh pada Izam. Sedar yang dia tidak fokus, dia cuba menenangkan diri dalam diam. Mata dipejam. Cuba dicari kembali semangatnya yang melayang entah ke mana.

Diam Lana mengheningkan suasana dalam kereta. Tisha di belakang yang tadinya sibuk dengan telefon kini fokus pada Lana. “Lana?” panggilnya kecil.

“Hmm,” itu saja respon Lana dengan mata yang masih terpejam.

Tisha jungkit bahu. Perasan yang Izam memandangnya dari cermin belakang. Mungkin berharap Tisha boleh jelaskan keadaan Lana. “No worries. Dia tengah bertenang,” itu saja yang dia mampu cakap. “Kejap lagi datanglah perangai meroyan dia tu,”

“Kenal memang dah lama ke?” Razim yang sedari tadinya diam, akhirnya bersuara.

Tisha angguk. “Since high school,” balas Tisha pendek. “I know. Kau pun dengar cerita how high and mighty her act. Aku tak nafikan,” sambungnya kecil sebelum anak mata kembali ke skrin telefon bimbitnya.

“Sebab dia rasa dia boleh dapat apa yang dia nak dan boleh tolak sesiapa yang dia taknak,” sedikit sinis nada Razim. Walaupun nadanya kecil, Izam dan Tisha masih mampu dengar dengan jelas.

Tisha kembali pandang Razim di sebelah. “Kau tuju dekat siapa? Izam atau Lana?” ada sedikit rasa tidak puas hati. Terasa ingin berdebat pulak di situ.

Baginya, Razim dan Izam tak kenal Lana. Hakimi Lana sebegitu adalah sesuatu yang melampau! Dia akui, diawal perkenalan dia dan Lana, bukanlah satu permulaan yang baik – pros and cons. Dia rasa macam terpaksa untuk berkawan rapat dengan Lana sehinggalah satu insiden yang membuatkan Tisha bertukar fikiran.

“Just saying…,” dalih Razim, malas untuk dia cakap panjang.

“You know… orang yang suka judge ni pun bukan orang yang baik. Anggap diri sendiri pun like high and might. Berlagak macam tahu semua benda, tapi dia lupa buruk sendiri,” sindir Tisha dengan senyum segaris.

“Ha?” spontan Razim bagi reaksi.

“Kalau kau rasa Lana ni ada masa nak berkawan dengan kawan kau ni, kau dah silap. Tak tahu apa-apa, duduk diam dan layanlah kitkat kau tu,”setepek dia bagi ke Razim. Tidak dibagi langsung Razim peluang untuk pertahankan diri. sempat pulak dia kerling kitkat ditangan Razim

Berkerut dahi Razim. “Yang kau emosi tiba-tiba ni dah kenapa? Period?” tidak puas hati kena tembak macam tu walaupun dia akui kebenarannya dalam diam.

Dihadiahkan satu jelingan membunuh ke Razim. Kalau ikut emosi yang betul-betul tengah emosi ni memang banyak benda dia nak luah. Dengan Izam pun dia rasa nak tembak disitu jugak. “Kau tu yang kenapa? Eh, kalau ikutka hati aku ni…,”

“Yang korang nak bertekak pasal aku dan Izam dah kenapa?” Lana yang sedari tadinya diam membisu akhirnya bersuara. Bila Razim dan Tisha pandang depan, Lana sudah pun menghadiahkan pandangan tajam pada mereka berdua.

Gulp!

“It’s not necessary korang habiskan tenaga bertekak macam ni. Aku tengah serabut, boleh diam?” keluhan keras dihujung ayat. Lana kembali pandang depan. Jiwanya yang tidak tenteram rasa semakin terganggu. Semangatnya masih dicari. Banyak benda dia nak tanya ke Izam, tapi entah kenapa mulut terkunci.

“Kau dah okay, Lana?” soal Tisha. Lupakan pasal Razim!

“Just… shut up. Please,” pintas Lana sedikit merayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience