BAB 8

Humor Completed 26855

Qisha melihat ke bawah, dia ada nampak rantai emas putih yang berkilau-kilau di dalam kolam. Dia kembali merenung muka Khalish yang sudah pucat. Sejuk kut. Dia hanya mengangguk sekali, kasut sekolahnya ditanggalkan.Nasib baiklah dia pakai baju sukan, tudungnya pula sudah dipin kemas supaya tidak terangkat.Dia masuk ke dalam air, nasib baik juga air tak sedalam mana.

“Apasal kau tak boleh ambil sendiri? Mengada-gadalah kau ni”

“Ala tolonglah. Aku dah cuba masuk dah tadi tapi itulah….” Khalish tak terus sambung, dia hanya diam.Qisha mengambil rantai itu, perlahan-lahan dia melangkah. Licin lantainya..

“Ye ke? Entah-entah kau takut air ek?” teka Qisha.

“Mana ada”

“Habis tu, apasal pulak aku yang kena masuk?” tanya Qisha, suaranya sudah meninggi.

“Sebab kalau aku masuk, nanti aku basah”

“Apa masalahnya? Kau memang dah basah”

Khalish terus diam, dia tak tahu nak kelentong apa lagi.

“Yalah, memang aku takut air. Lebih tepat lagi, fobia. Sekarang kau diam dan ambil je la rantai tu”

Qisha tersengih, dia sudah tahu rahsia Khalish. Lepas ni boleh la dia update fac pasal Khalish… huhu..

Dia mengambil rantai itu lalu diberikan pada Khalish. Selepas itu Khalish menarik Qisha naik ke tepi kolam.

“Baguslah ni, sekarang ni kita berdua dah basah” ujar Qisha dengan suara yang menjengkelkan.

“Dalam lokerkan ada baju bersih, pergilah salin”

“Banyaklah kau, inilah baju bersih yang aku ambil daripada loker. Sekarang aku nak pakai baju apa?”balas Qisha, dia kemudiannya memandang jam. Sudah pukul 6 petang.

“Wei, aku dah lambat!!!” Qisha berlari ke pintu, dia bergegas turun ke padang sekolah untuk bertemu dengan model untuk kerja khursusnya. Khalish ikut dari belakang, semua barang-barang Qisha dibawanya. Qisha tau lari je, beg , kasut serta stoking ditinggalkan.

“Model aku dah pergi, semua ni kau punya pasal la. Aku nak kena hantar kerja khursus ni dua hari lagi” Qisha memukul kepalanya sendiri apabila sedar pelajar tingkatan dua yang diupahnya sudahpun meninggalkan sekolah.

“Apa bendanya kau ni? Kerja khursus selalu cikgu bagi masa sebulan, paling kurangpun dua minggu. Kenapa masa kau pendek sangat”

“Aku tangguh”

“Dah agak dah”

“Apapun, ni semua salah kau”

“Okaylah, aku jadi model kau. Model untuk apa?”

Muka Qisha sudah bercahaya, dia tersenyum lebar.

“Betul ke?”

Khalish mengangguk sekali, malas nak jawab. Bukankah dia sudah cakap yang dia sukarela jadi model Qisha, tak perlulah ulang banyak kali.

Qisha mengeluarkan sesuatu dari begnya, Khalish sudah merasakan bulu romanya merembang.

Apa bendanya yang pink-pink tu,.. reben? OH MY GOD!!!!!!!!

“Kau pakai baju ni. Aku kena lukis kartun cinderella untuk buku cerita kanak-kanak. Buku cerita kanak-kanak, itulah kerja khursus aku”

Khalish sudah terkedu, dia melihat baju Cinderella yang dipegang oleh Qisha dari atas hingga ke bawah.

“TIDAK!!!!!!!!” Khalish berlari secepat mungkin.

“Sudah tok sah buat drama la… Cepat pakai” Qisha mengejar Khalish.Senyuman terukir di bibirnya, tak sabar nak update fac….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience