Pada petang itu, Maksu, Paksu, Afrina, Maklang dan Syaza duduk di ruang tamu sambil menikmati minum petang.
"Kita memang kena jaga budak tu ke?" keluh Paksu kepada Maksu.
"Eish abang ni. Tak baik tau cakap macam tu. Kalau dia dengar nanti macam mana?" Maksu mencuit lengan suaminya itu.
"Biarlah dia nak dengar sekali pun,"
"Abang.... Saraa tu dah besar. Pandai-pandai la dia nak jaga diri sendiri. Dia cuma duduk sebumbung dengan kita je. Lagipun rumah ni rumah pusaka, semua ahli keluarga ada hak duduk kat sini, termasuk Saraa," jelas Maksu.
"Kenapalah Along pergi cepat sangat," keluh Paksu lagi.
"Tapi aku rasa lega jugakla sebab Along dah takde," sampuk Maklang pula.
"Astaghgirullahal'azim, Alang. Kenapa cakap macam tu?!" Maksu terkejut dengan kata-kata yang keluar dari Maklang.
"Yela... Sekurang-kurangnya aku tak payah nak fikir alasan untuk tak bayar duit yang aku pinjam dari arwah hari tu,"
"Eh, Maklang. Bukannya hutang tu wajib dibayar ke?" tanya Afrina keliru.
"Memangla. Tapi arwah tu kan abang Maklang. Maklang pasti yang arwah dah halalkan duit tu sebelum dia meninggal hari tu," jawab Maklang selamba.
"Boleh pulak macam tu, ya," Afrina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Ha, Su. Alang ada idea," ujar Maklang secara tiba-tiba.
"Idea apa?" Maksu mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.
"Apa kata kita kahwinkan saja Saraa tu. Aku dengar anak ketua kampung kampung sebelah berkenan dengan dia. Bolehla tu. Dia senang, kita pun senang," Maklang mengemukakan ideanya.
Afrina tersedak apabila mendengarkan idea Maklangnya itu.
"Uish Maklang. Extreme sangat tu. Saraa tu kan masih muda," ujarnya.
"Eh, eh, Afrina. Kau nak back up Saraa ke? Bukan ke kau tak suka kat dia?" sampuk Syaza yang berpeluk tubuh mendengar ujaran Afrina.
"Aku tak suka kat dia sebab dia rapat ngan Adam, tu je. Tapi kalau dah tiba-tiba nak kahwinkan dia, tu memang dah extreme sangat," jelas Afrina.
"Betul tu, Alang. Takkanlah sampai macam tu sekali. Si Saraa tu pun bukan menyusahkan kita sampai kita nak kahwinkan dia," ujar Maksu pula.
"Tapi abang setuju dengan cadangan Alang," Paksu bersuara.
"Kita kahwinkan dia, dia pindah rumah suami dia lepastu kita dengan Alang aje yang duduk kat rumah ni. Kan senang macam tu,"
"Ha, betul tu," Maklang tersenyum mendengar kata-kata Paksu.
Tanpa mereka sedari, Saraa mendengar seluruh perbualan mereka itu. Air matanya mengalir membasahi pipi.
'Sampai macam ni sekali korang benci kat aku. Apa salah aku kat korang?' monolognya dalam hati.
...
Usai menunaikan solat isyak, Saraa duduk di ruang tamu sambil menonton drama melayu di televisyen dan menjamu nasi goreng yang dimasaknya sebelum maghrib tadi.
"Kak Saraa, Kak Saraa makan apa tu?" Mikail mendekatinya.
"Mika nak jugak," Mikail membuka mulutnya supaya Saraa menyuapnya.
Saraa menyuapnya tanpa berkata apa-apa.
"Sedap!" puji Mikail ikhlas.
"Kalau Mika nak lagi, suruh mak Mika yang buatkan," ujar Saraa dengan nada mendatar.
"Tapi Mika nak yang Kak Saraa punya. Sedap," Mika mengangakan mulutnya lagi untuk meminta nasi goreng Saraa.
Saraa hanya memerhati sahaja Mikail mengangakan mulutnya.
'Ni makanan aku bukan makanan kau. Bapak kau pun berkira nak bagi aku makanan dia, kenapa aku nak bagi kau makanan aku pulak?' bisiknya dalam hati.
'Astaghgirullahal'azim Saraa. Dia ni budak lagi, dia tak tau apa-apa'
"Kak Saraa! Cepatlah suap Mika," Mikail menggongcang-goncang lengan Saraa.
Saraa tersedar dari lamunannya lalu menyuap Mikail.
"Bukan Mikail dah makan ke tadi?" tanyanya.
Mikail mengangguk.
"Lapar lagi," jawabnya lalu menunjukkan senyuman comelnya kepada Saraa.
Saraa menggeleng kepala mendengar jawapan Mikail itu.
"Mika, Mika buat apa tu?" tegur Sufrina mendekati mereka berdua.
"Makan," jawab Mikail ringkas.
"Makan apa?"
"Nasi goreng. Sedap!"
"Oh ye ke?"
"Kakak nak nasi goreng?" tanyanya sambil menunjukkan nasi goreng yang ada dalam pinggan Saraa.
Sufrina melihat nasi goreng yang ada dalam pinggan Saraa. Nampak sedap. Dia menelan air liur melihatnya.
"Kalau nak, ada lagi sikit kat dapur tu. Ambillah," ujar Saraa apabila melihat perilaku Sufrina.
"B..boleh ke?" Sufrina teragak-agak.
Saraa hanya mengangguk.
"Thank you," ucap Sufrina lalu berlalu ke dapur.
"Mika nak jugak!" Mikail berlari mengekori kakaknya.
Saraa mengeluh.
'Kenapa kau nak jugak buat baik kat dia, Saraa?'
'Kalau dia nak, biarlah dia buat sendiri, Saraa!'
'Kau jadi kejam sikit tak boleh ke?'
'Tapi aku taknak timbulkan masalah'
'Biarla dia nak makan nasi goreng tu. Nanti kalau tak habis, membazir pulak'
"Urgh!"
...
Kini sudah seminggu pemergian arwah ibu dan ayah Saraa. Sudah seminggu juga dia tidur di bilik mereka. Saraa terbangun dari tidurnya apabila mendengar bunyi muzik yang terlalu kuat di ruang tamu.
"Siapa pulak yang bising-bising ni?" dia melihat jam di dinding bilik.
"Baru pukul 9," ujarnya lalu mengemas katil sebelum berlalu keluar untuk melihat gerangan yang membuat bising itu.
"Eh, Saraa! Jomlah join! Kita karaoke sama-sama," tegur Afrina yang melihat Saraa keluar dari bilik arwah ibu bapanya. Ceria.
"Hah? Karaoke?"
"Ha'ah. Kau tau tak Af dapat tawaran sambung belajar kat luar negara! Hebat, kan?" ujar Syaza pula.
"Oh. Congrats," ucap Saraa tidak berminat.
"Jomla Saraa join kitaorang. Tak payahla sedih-sedih lagi," ujar Afrina selamba.
Saraa naik darah mendengarnya. Dia mengetap giginya kuat.
"Kau cakap apa? Tak payah sedih?! Ibu dan ayah aku baru seminggu tau meninggal, sekarang kau nak suruh aku karaoke dan tak payah sedih lagi?! Manusia jenis apa kau ni?! Tak ada sensitiviti langsung!" tengking Saraa.
"Aaaa m..maaf. Aku tak sengaja," Afrina terkejut mendengar Saraa meninggikan suaranya.
"Kau senangla cakap, mak ayah kau ada lagi!" marah Saraa lagi.
Paksu keluar dari bilik apabila mendengar kekecohan yang berlaku.
"Hey, hey kenapa ni?" tanyanya.
"Paksu, Paksu tolong ajar sikit anak Paksu yang sorang ni. Ajar dia tentang sensitiviti. Jangan nanti dah belajar kat luar negara, dia tak tau tentang sensitiviti orang kat sana," Saraa cuba mengawal kemarahannya.
"Apa dia dah buat? Dia bukak lagu je, kan? Apa masalahnya?" Paksu cuba untuk mempertahankan anaknya.
"Saraa tak kisah kalau dia nak bukak lagu ke, karaoke ke, melalak ke, tapi ingat sikit. Ibu dan ayah Saraa baru seminggu tau meninggal. Hormatlah sikit. Nanti takut kalau Paksu dan Maksu dah takde, dia tak bacakan yaasin, tapi berkaraoke," Saraa sudah tidak dapat menahan kata-katanya lagi. Tangan dan kakinya sudah sejuk akibat terlalu marah.
"Hey, mulut kau tak payah nak kurang ajar sangat," tengking Paksu lalu mengangkat tangannya untuk menampar Saraa.
Saraa masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Dia mengukir senyuman sinis.
"Paksu nak tampar Saraa? Kalau Paksu rasa apa yang Saraa cakap tu salah, silakan tampar Saraa. Saraa tak kisah. Tapi apa yang Saraa cakap tu, tak ada salahnya, kan? Paksu tak ada hak nak naik tangan kat Saraa," katanya sambil memandang tepat mata Paksunya.
"Sa..Saraa.. Dahla tu.. A..aku mintak maaf. Aku y..yang salah," ujar Afrina yang takut melihat sisi kasar ayahnya.
Saraa tidak mengendahkan permintaan maaf Afrina. Dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam bilik. Sebelum dia masuk ke dalam bilik, dia berpaling ke arah Paksu yang masih berdiri kaku.
"Paksu nak tahu tak? Dulu Saraa hormat sangat-sangat dengan Paksu. Sekarang? Aku takde rasa sikit hormat pun kat kau. Tapi takpe. Paksu masih salah seorang dari ahli keluarga Saraa," ujarnya dengan nada mendatar.
Paksu tergamam sementara.
"Af. Tutup lagu tu. Kalau nak sangat berkaraoke, pergi kat pusat karaoke, bukan kat sini. Nanti ayah bagi duit," arahnya sebelum berlalu ke beranda untuk meredakan kemarahan.
Afrina hanya menuruti sahaja arahan ayahnya.
Share this novel