BAB 10

Horror & Thriller Completed 307

Dinzly melangkah keluar sendirian dari bangunan berpuaka itu. Lian yang hadir bersama beberapa anggota polis merapati Dinzly .

“Mana yang lain?” Tubuh Dinzly digoncangkan dengan kuat.

Dinzly menggeleng perlahan.

Lian tertunduk dan meraung.

“Dinzly …” Lydia turut berada bersama Lian. “Apa sudah berlaku?” soalnya.

Dinzly hanya membisu dan terus membisu sehingga mereka selesai disoal siasat oleh pihak polis. Apa yang mereka ceritakan tidak dapat diterima akal namun itu yang berlaku terhadap rakan-rakan mereka yang mati.

“Aku hantar kau pulang.” pelawa Lydia.

Dinzly mengangguk.

Lian pulang bersama keluarganya. Lian seperti orang sasau melihat keadaan Ian yang tragis. Kesal kerana meninggalkan Ian.

Dinzly masih membisu. Mungkin dia masih terperanjat atas apa yang berlaku di hadapannya. Fikir Lydia.

“Aku tumpang simpati.”

“Lydia…” Dinzly membuka mulut.

“Ya…”

“Kau temankan aku, boleh? Aku takutlah. Family aku tiada di rumah, Esok baru mereka sampai di Malaysia.”

“Okay, sudah tentu boleh.”

Lydia tersenyum lebar.

Dinzly menjemput Lydia masuk. Boleh tahan juga kehidupan Dinzly . Mewah. Dinzly mempersilakan Lydia duduk. Dinzly ke ruang dapur untuk mengambil air.

Perlahan-lahan laci dibuka. Dinzly mengeluarkan sebilah pisau. Bibirnya mengulum senyuman. Warna matanya merah menyala. Bekalan elektrik dibanglo itu mula terpadam. Kawasan kejiranan agak jauh dari banglo keluarga Dinzly .

Lydia cemas.

“Dinzly !” panggilnya.

“Aku ada di sini.”

Dinzly sudah berdiri di belakang Lydia.

“Kau ni menakutkan akulah.”

Dinzly melirikkan senyuman menakutkan Lydia.

“Kau okay ke? Kat mana kau letak lilin? tak pun lampu suluh?”

“Aku okay. Ada di belakang almari perhiasan tu.”

“Dinzly …”

Mulut Lydia dicekup dari belakang.

Dinzly mengangkat pisaunya…

Darah memercik….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience