BAB 9

Horror & Thriller Completed 3402

Dalam keadaan terkejut itu saya sempat jugalah melepaskan kaki saya dan bergerak cepat meninggalkan tempat itu.Sepupu saya sebenarnya tak tahu apa yang berlaku tapi saya sempat juga bercakap supaya dia berlari cepat.

Takut kami kena tarik masuk dalam rimbun buluh tu pula.kami pun berlari sekuat hati dan melintas perkuburan muslim yang kedua pula.

Dalam fikiran saya waktu itu terbayang alam bunian,hantu dan juga ular besar.

Kaki saya terasa sakit masa berlari ketakutan.

Akhirnya kami sampai juga dirumah masing-masing dengan selamat. Saya lihat kaki kiri saya tak ada juga kesan luka, yang ada hanya kesan lebam kebirua-biruan.

Kalau kena gigit ular sawa tentu ada kesan gigitan. Selepas beberapa waktu saya pergilah jumpa seorang bomoh di kampung saya untuk meminta rawatan sebab saya rasa badan saya lain sakitnya.

Bomoh tu pun cakap saya kena pegang hantu. Saya taklah terkejut apabila diberitahu. Saya pun dah agak,saya teringat kembali kejadian kaki saya yang kena pegang hantu hari tu.

Saya tak ada pun cerita pada bomoh tu yang kaki saya kena pegang hantu. Selepas ditilik barulah saya ceritakan hal yang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience