Dato Far merenung isterinya dan anak sulungnya yang menangis bagai hujan yang tidak pernah berhenti,begitu juga hatinya sebak sedalam dalamnya.Dia sangat sedih.
Anak mutiara yang dia disayangi dan dikasihi terlentang di atas katil wad kecemasan dengan berlumuran darah.Tapi bagaimanapun dia tetap tabah.Andai tuhan mengambil nyawa sang puteri yang disanjung dia redha.
Nadia yang menerima berita dari An bergegas ke hospital. Matanya bengkak. Sebelum ke hospital asyik menangis dan menangis.
Abang Mira dan Rash setia berdiri bersebelahan dengan wad kecemasan.
Andryian sudah mundar-mandir di depan bilik wad kecemasan bagi menghilangkan rasa resah.
Mereka masing2 tersentak apabila pintu wad kecemasan terbuka dan keluar seorang doktor melayu lelaki berhadapan dengan mereka.
"Doktor macam mana dengan Emira?!" Soal An.
"Emira sudah stabil. ALHAMDULILLAH.. tak ada apa yang teruk pun hanya luka2 biasa sahaja. " jawab doktor itu .
Kesemuanya menghela nafas lega. Syukur ya Allah!"
Terima kasih doktor!". Jawab An.
Sama2." Nanti saya akan pindah dia ke wad biasa dan kalian semua boleh menjenguk Mira.Saya minta diri dulu. " sebelum doktor itu beredar An berjabat tangan dengan Doktor itu .
Share this novel