Ketibaan Izz Faris yang baru sampai di majlis tersebut disambut mesra oleh Adi Ashraf. Mereka berdua bersalaman seperti sudah lama tidak berjumpa. Sedangkan baru kemarin dua sahabat itu melepak bersama.
Tak lama kemudian, mereka berdua mula rancak berbual antara sesama sendiri. Sesekala meletus tawa antara mereka pada akhirnya. Perbuatan itu membuatkan pandangan Ariana Atilia teralih kepada mereka.
Serta-merta, pandangan mereka bertembung. Senyuman yang terpamer di wajah Adi Ashraf turut membawa senyuman pada wajah Ariana Atilia. Selepas beberapa ketika, isterinya mengalihkan pandangan daripada mereka.
Manakala, pandangan Adi Ashraf masih tertancap pada isterinya itu. Pandangannya silih berganti bertukar daripada isterinya ke arah Haris Irfan.
Rasa ingin tahu yang mula menjalar di dalam dirinya untuk mengetahui isi perbualan mereka berdua cuba dihiraukan sedaya upaya. Tak mahu menganggu privasi mereka.
Izz Faris yang sedang bercakap menghentikan perbuatannya apabila menyedari rakannya itu langsung tidak memberikan perhatian kepada dirinya. Dia menoleh ke arah pandangan yang menarik perhatian sahabatnya itu.
Sebaik dia melihat Ariana Atilia, Izz Faris mengeleng kepala. Lengan Adi Ashraf lantas ditepuk sedikit kuat. Membuatkan dia menoleh dengan riak wajah keliru dengan tindakan sahabatnya itu. Izz Faris hanya tersengih.
"Apa dah jadi dengan kau ni, Adi? Isteri depan mata pun kau sibuk duduk tengok lagi. Kenapa? Kau risau si Haris tu rampas Riana daripada kau ke?" seloroh Izz Faris selamba.
Jelingan tajam daripada Adi Ashraf diberikan sebagai balasan. Izz Faris segera mengangkat tangan tanda tak bersalah. Bahunya juga diangkat. Tetapi mulutnya masih tersengih kerang cuba memprovok Adi Ashraf.
"Apa? Aku cuma menyatakan fakta yang kau jealous, okay?" ucap Izz Faris cuba mempertahankan diri. Laju Adi Ashraf mengeleng kepala tanda menafikan.
Dia jealous? Lebih-lebih lagi, terhadap Ariana Atilia dan Haris Irfan yang merupakan hanya kawan baik semata-mata? Heh buang masa.
"Kau jangan merepek boleh tak, Izz? Kau tak nampak ke yang dia orang tu cuma kawan? Buta eh? Nak aku belikan cermin mata ke apa?" perli Adi Ashraf cuba membuka mata sahabatnya itu.
Izz Faris yang mendengar kata-kata Adi Ashraf sedikit terkejut. Dia segera meletakkan telapak tangannya pada dahi Adi Ashraf. Dia menjangka bahawa kemungkinan sahabatnya itu sedang demam atau apa.
"Apa kau buat ni, Izz?" soal Adi Ashraf pelik dengan tindakan Izz Faris yang tiba-tiba itu. Buang tebiat ke?
"Kau tu yang buang tebiat." jawab Izz Faris seperti membaca minda Adi Ashraf. Lelaki itu meletakkan tangan di dagu cuba berfikir. Sesekali dia mengerling Adi Ashraf di sebelah.
"Sejak bila kau boleh berfikir dengan matang ni Adi? Ha sejak bila kawan aku dah matang mental dan fizikal ni?" soal Izz Faris akhirnya. Tangannya disilangkan ke dada. Telinganya ditadah mahu mendengar penjelasan sahabatnya.
Adi Ashraf meraup muka. Faham sepenuhnya apa yang cuba dimaksudkan oleh Izz Faris disebalik kata-katanya itu. Lagipun tiada apa yang dia boleh sembunyikan daripada lelaki dihadapannya ini.
"Sejak aku dengan Haris berbincang berdua hari tu. Dia dah jelaskan segala-galanya dekat aku. Dia... dia percayakan aku sepenuhnya untuk jaga Riana." terang Adi Ashraf seringkasnya kepada Izz Faris. Dia menunggu untuk rakannya membalas apa-apa.
Akhirnya kedengaran nafas lega dilepaskan oleh Izz Faris. Pandangan redup daripada lelaki itu membuatkan Adi Ashraf tenang serta-merta.
"Hmmm, baguslah macam tu." balas Izz Faris kepada Adi Ashraf. Mereka berdua berjalan mendekati meja bulat yang disediakan untuk menyambung perbualan yang mungkin tidak akan habis sepanjang hari tersebut.
"Apa maksud kau dengan bagus tu, Izz? Bagus yang aku tak jealous ke bagus aku dah berbaik dengan Haris ni?" soal Adi Ashraf pula sebaik melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan Izz Faris.
"Dua-dua. Bagus yang kau dah berbaik dengan Haris. Tak adalah lepas ni aku tengok kau orang berdua nak berebut Riana tu macam barang ke apa." ujar Izz Faris dengan nada yang memerli.
Adi Ashraf menyedari niat rakannya itu menjulingkan mata ke atas. Ya dia tahu dulu hubungan dia dengan Haris Irfan memang tak berapa baik. Tapi perlu ke diungkit?
"And, yang paling bagus kau sebenarnya jealous bila tengok Riana rapat dengan lelaki lain. Kan? Mengaku jelah Adi. Kau sayang dia." tambah Izz Faris lagi dengan tujuan untuk cuba mengetahui isi hati sahabatnya.
Tetapi, reaksi Adi Ashraf yang diam tak berkutik membuatkan Izz Faris mengeluh kecil. Nampaknya apa yang disangkakan salah sama sekali. Sahabatnya masih tak dapat melupakan bekas tunangnya, Mawar Adriana.
"Kau percayakan dia?" soal Izz Faris mahukan kepastian. Adi Ashraf segera membuka mulut untuk menjawab.
"Siapa? Haris? Ya aku percayakan dia. Kalau tak, takkan aku biarkan dia sembang dengan Riana." jawab Adi Ashraf tenang. Dia sememangnya percaya terhadap Haris Irfan.
"Bukan dia. Maksud aku, Riana. Kau, percayakan Riana?" soal Izz Faris sekali lagi. Adi Ashraf mati kata.
Percayakah dia kepada Ariana? Boleh dikatakan dia percaya ke jika dia sendiri mengupah seseorang untuk menyiasat isterinya dia sendiri selama ni?
"Aku tak tahu, Izz. Haris pernah cakap yang Riana ada sembunyikan sesuatu daripada aku." jawab Adi Ashraf perlahan. Dia teringat semula perbualan dia bersama Haris Irfan sebelum ini.
Izz Faris mengangkat kening. Dia cuba membaca riak muka Adi Ashraf pada ketika ini. Tak lama kemudian, dia mula bersuara.
"Jadi, kenapa? Takkan kau tak percayakan dia sebab tu. Dia isteri kau, Adi. Kau pun ada sembunyikan sesuatu daripada dia. Atau lebih tepat lagi, kau sembunyikan pasal Mawar daripada dia. Kau tu pulak suami dia. Tapi dia still percayakan kau. Kan?" jelas Izz Faris panjang lebar. Cuba menyedarkan kesalahan sahabatnya itu.
"Dalam perkahwinan kepercayaan tu paling penting, Adi. Belajar untuk menghargai sebelum kau terlambat. Aku tak nak tengok kau rumah tangga kau hancur sebab ni. Aku nak tengok kau bahgia." nasihat Izz Faris pada akhirnya. Dia menyandarkan badan ke kerusi.
Adi Ashraf diam tak membalas. Dirinya masih cuba menghadam segala kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh Izz Faris. Dia menjatuhkan pandangan ke arah sahabatnya.
"Mana kau dapat semua ayat ni hah, Izz?" ucap Adi Ashraf cuba berseloroh. Tak mahu terlalu memikirkan dengan lebih mendalam. Izz Faris melepaskan tawa halus. Bahunya diangkat sedikit.
"Pengalaman." ringkas Izz Faris membalas. Sekilas, fikirannya teringatkan seseorang. Seseorang yang membuatkan dia mengalami pengalaman tersebut. Dia mengukir senyuman tawar apabila memori itu terlayar di fikiran.
"Okay, aku pergi lepak dengan Akid la sekejap. Lama tak lepak dengan dia. Aku pergi dulu. Kau pergilah layan tetamu tu. Sian Riana sorang-sorang." ucap Izz Faris meminta diri. Dia bingkas bangun berdiri.
Tindakannya itu diikuti oleh Adi Ashraf. Izz Faris menepuk belakang badan sahabatnya beberapa kali. Dia melemparkan kata-kata terakhir kepada Adi Ashraf sebelum beredar.
"Ingat Adi. Hargai sebelum dia pergi."
???????????????
"Sampai dia jatuh cinta dengan aku."
Ayat yang meluncur keluar daripada mulut Ariana Atilia langsung tak mengejutkan Haris Irfan. Dia pernah menjangka niat rakannya itu sebelum ini. Tetapi tak sangka pula tekaannya itu tepat sekali.
Sebaik meluahkan kata-kata itu, Ariana Atilia mencuri pandang ke arah suaminya buat seketika sebelum mengembalikan pandangan pada Haris Irfan. Dia menghela nafas lega selepas melepaskan perkara itu kepada sahabatnya.
Anak matanya digerakkan sesekali tanda dia takut dengan pandangan Haris Irfan terhadap niatnya yang sudah lama tersimpan itu. Risau sekiranya lelaki itu memikirkan dia sudah lupa tentang apa yang pernah terjadi sebelum ini. Padahal pada hakikatnya, dia sendiri takut dengan apa yang bakal mendatang terhadap dirinya.
"Kalau itu yang kau nak, aku okay. Aku sokong kau sepenuhnya." balas Haris Irfan tenang. Dia mengukir senyuman nipis.
Bersinar-sinar mata Ariana Atilia apabila mendengar balasan daripada sahabatnya. Riak wajahnya yang gembira jelas terpamer. Tak dapat menyembunyikan kegembiraan yang dirasai pada ketika ini.
"Betul ni? Kau... Kau tak marah aku? Tak nak tanya aku kenapa?" soal Ariana Atilia cuba mengetahui apa yang difikirkan oleh Haris Irfan sehingga bersetuju secepat itu sekali.
"Buat apa aku nak marah? Tak salah kalau kau Adi jatuh cinta dengan kau. Dia kan suami kau. Ke kau nak sampai aku yang jatuh cinta dengan kau pulak, Riana?" balas Haris Irfan selamba. Membuatkan dia menerima sepakan kuat dibahagian kaki daripada Ariana Atilia.
"Ouch, sakitlah! Aku gurau je. Aku cuma tak nak kau rasa tertekan untuk cerita segalanya dekat Adi dalam satu masa. Aku faham keadaan kau." bela Haris Irfan sambil mengurut kakinya yang sakit.
Mata Ariana Atilia yang mencerlung ke arahnya serta-merta berubah. Tak menyedari tujuan lelaki itu sebelum ini. Dia menundukkan kepala.
"Sorry. Sakit sangat ke? Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?" ucap Ariana Atilia tak puas hati. Dia mula rasa serba salah. Haris Irfan mengeleng kepala.
"Walaupun kaki aku ni still sakit, aku maafkan kau jugak. Dah aku nak pergi makan. Penat makan penyepak kau. Ha carilah suami kau tu. Cari jalan buat dia jatuh cinta dengan kau cepat. Ke itupun aku nak kena ajar, Riana?" bebel Haris Irfan yang mula bangun berdiri. Dia menyilangkan tangan ke dada.
Ariana Atilia sudah mula panas telinga mendengar bebelan sahabatnya itu. Tetapi bibirnya tak dapat menahan senyuman yang cuba terukir apabila memikirkan pelbagai cara untuk membuatkan Adi Ashraf jatuh cinta terhadap dirinya.
"Dah puas berangan?" celah Haris Irfan dengan nada menyampah. Tindakannya itu menerima jelingan tajam daripada Ariana Atilia. Lelaki itu hanya memilih untuk menghiraukan saja.
"Diamlah. Pergi makan sana. Ke nak aku suapkan?" halau Ariana Atilia sesuka hati. Haris Irfan melepaskan keluhan kecil. Ya memang dia bagi semua nasihat tu untuk dihalau pun.
Tetapi sebelum dia beredar pergi, dia memanggil nama sahabatnya sehingga Ariana Atilia menoleh. Dia menayang muka yang bermaksud 'apa'.
"Tak kisah apa niat kau. Kau kena bagitau dia akhirnya jugak, Riana. Ingat tu. Jangan sampai antara kau dengan dia, ada yang terluka." ucap Haris Irfan menitipkan pesanan itu sebelum beralih ke meja makan untuk menjamu selera.
Ariana Atilia terdiam. Dia faham sekali apa yang dimaksudkan oleh bait bait kata daripada Haris Irfan. Tetapi buat masa ini, dia memilih untuk menghiraukan sahaja. Dia tak bersedia lagi.
Beberapa lama kemudian, orang yang menghadiri kenduri tersebut semakin surut. Hanya beberapa orang sahaja yang tinggal. Oleh itu, Ariana Atilia mula mengemas apa yang patut. Tak mahu dilabel sebagai seorang menantu yang hanya tahu melayan tetamu sahaja.
Tetapi perbuatannya terhenti apabila menyedari Haris Irfan dan Izz Faris yang mahu pulang ke rumah. Dia segera mendekati mereka berdua untuk mengucapkan selamat tinggal. Kebetulan Adi Ashraf turut berada disitu.
"Bawak kereta elok-elok!" pesan Akid Ahnaf kepada mereka. Izz Faris menutup telinga apabila mendengar suara garau sahabatnya yang kuat itu menerjah ke dalam gegendang telinga. Ingat dia pekak ke?
Sementara, Haris Irfan menaikkan ibu jarinya ke arah Akid Ahnaf sebagai balasan. Mereka sekeluarga menghantar pemergian kedua-dua lelaki dengan pandangan. Tak lama selepas itu, mereka semua masuk semula ke dalam rumah untuk berehat.
Kelihatan semua sedang berehat di ruang tamu sambil berbual-bual. Namun ketiadaan Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia tertanya-tanya. Matanya diliarkan sekeliling cuba mencari kelibat suaminya itu. Tetapi hampa tiada.
"Akid, ada nampak Ash tak?" soal Ariana Atilia kepada adik iparnya, Akid Ahnaf. Lelaki itu cuba mengingat semula jika ada ternampak abangnya dimana-mana.
"Tak perasan pulak. Cuba tengok dalam bilik. Abang suka rehat dalam bilik sorang-sorang selalunya." maklum Akid Ahnaf bersahaja. Ariana Atilia segera mengorak langkah ke bilik mereka.
Sebaik dia membuka pintu bilik, jelas kelihatan suaminya sedang duduk di penjuru dengan sikunya diletakkan di atas lutut. Kepalanya ditundukkan seperti memikirkan sesuatu. Kehadiran Ariana Atilia langsung tak disedari oleh Adi Ashraf kerana terlalu hanyut dalam lamunan.
"Ash..." panggil Ariana Atilia lembut lalu memegang bahu suaminya. Tindakannya itu serta-merta menyedarkan Adi Ashraf. Bahunya terhenjut sedikit kerana terkejut.
"Sorry, aku tak ada niat nak buat kau terkejut. Kau okay tak ni? Tak sedap badan ke?" soal Ariana Atilia prihatin. Risau sekiranya kesihatan suaminya itu terjejas.
Adi Ashraf mengeleng kepala tanda menafikan. Dia melepaskan keluhan berat. Matanya mengerling wajah risau isterinya.
"Aku okay. Penat sikit kot." balas Adi Ashraf cuba meyakinkan isterinya bahawa dia benar-benar okay. Senyuman tawar singgah dibibirnya.
Ariana Atilia tahu ada sesuatu yang tidak kena tetapi dia hanya mendiamkan diri. Mungkin suaminya mahukan rehat dengan secukupnya. Dia memilih untuk keluar bagi memberi ruang kepada suaminya.
Buku kepunyaan arwah Mawar Adriana yang ditemuinya semalam menjengah ke dalam fikiran. Dia segera mencari semula buku tersebut di dalam laci pakaian di dalam bilik mereka.
Sebaik buku tersebut selamat berada dalam pegangan, dia mengorak langkah untuk keluar dari bilik. Namun sebelum itu dia memaklumkan terlebih dahulu kepada suaminya.
"Ash, rehatlah dulu. Aku ada dekat ruang tamu kalau kau nak apa-apa." maklum Ariana Atilia sambil menyorokkan buku tersebut daripada pandangan suaminya. Adi Ashraf mengangguk tanda faham.
Belum sempat Ariana Atilia melangkah keluar dari bilik, suara garau milik Adi Ashraf menghentikan langkahnya. Dia segera menoleh.
"Aku... Aku nak cakap something." ucap Adi Ashraf sambil menggosok belakang kepalanya yang tidak gatal. Ariana Atilia mengerutkan dahi. Dia menyilangkan tangan tanpa dia sedari.
Tindakan refleks daripada dirinya itu membuatkan Adi Ashraf memandang dirinya seperti mahu makan. Pandangan redup daripada suaminya itu juga bertukar beku. Mengingatkan dirinya kepada keadaan Adi Ashraf sebelum mereka berkahwin.
Suaranya bagai tersekat di kerongkong apabila dia menyedari dimana pandangan suaminya itu dijatuhkan. Tak semena-mena, sebuah soalan yang dilontarkan oleh Adi Ashraf membuatkan dia meremang satu badan.
"Mana kau dapat buku tu, Riana?"
-to be continued-
Finally, updated!
Enjoy reading!
Don't forget to vote!
And leave your comments ?
Stay tune!
Share this novel