34.

Romance Completed 46610

Mereka berhenti disalah satu rumah Villa dijalan Anggerik. Aura keluar menapak kedepan. Manakala Uthman mengambil baju ganti didalam bonet keretanya.

Asal Aura tak hidu bauan Melati, Akhirnya baju itu dibuangnya dalam Tong sampah dekat luar villa.

Aura yang melihat bercekak pinggang.

"Kenapa buang baju tu?" Tanya Aura geram.

"By tak nak Sayang terhidu wangian perempuan tu lagi." Kata Uth.

"Benda boleh cuci, kenapa nak buang?" Tanya Aura.

"By tak nak juga Bala dekat baju tu menghantui rumah tangga kita." Kata Uthman meninggalkan Aura dibelakangnya.

Aura tersenyum mendengar kata Suaminya.

"Tau takut." Kata Aura.

"By dengar tau" Ugut Uthman.

"Rumah siapa ni Aura?" Tanya Rasyid.

"Dd dan Mimih." Balas Aura.

"Dd tak boleh terima." Kata Rasyid sebak.

"Aura nak sekarang, Dd uruskan semula Syarikat Nenda. Dan dapam masa yang sama Aura nak Mimih jagakan Rumah anak Yatim dekat Banglo lama. Boleh kan?" Tanya Aura.

"Tapi tu semua peninggalan Nenda untuk Aura." Kata Rina.

"Jadi sekarang apa yang Nenda tinggalkan dekat Aura, Aura serahkan semula dekat Dd dan Mimih. Sebab Aura tak tinggal dekat sini dah. Aura dah jadi Orang minyak sekarang." Kata Aura.

"Hah?? Orang Minyak?" Tanya Rina.

"Hihihi. Jurutera Oil n Gas My." Kata Uthman.

"Habis tu Uthman dan Aura sekarang PJJ ke?" Tanya Rasyid.

"Eh taklah Dy. Uth posting disana dah lama dah sama macam Aura." Kata Uthman.

"And now ni rumah Dd dan Mimih. And kereta Aura tu walaupun tak besar mana, Tapi banyak jasa pada Aura. Aura serahkan Pada Mimih dan Dd.

"Ni surat yang menyatakan Aura dah serahkan Separuh dari share syarikat kepada TanSri Rasyid." Kata Abdul.

"Dd layak dapat semua tu. Kalau tak Dd tak berkembang Syarikat Nenda tu." Kata Aura.

"Hari ni Aura tinggal dengan Mimih dan Dd ye. Mimih nak tebus kesalahan Mimih pada anak Mimih ni." Kata Rina.

"Malam ni tak boleh My. Esok atau lusa ye. Kami tidur sini. Sebab Malam ni Umie nak kami bermalam dekat Banglo." Kata Uthman.

"Yeke. Takpe." Kata Rina.

"Takpe Mihh, Aura boleh tidur sini." Kata Aura nak melihat reaksi suaminya.

"Sayang..." Panggil Uthman.

"Apa?" Tanya Aura.

"Takkan By nak tidur sorang malam ni?" Tanya Uthman.

"By tidurlah dengan Melati tu." Kata Aura seperti berbisik dan hanya didengari olehnya.

"By dengar tau." Bisik Uthman ditelinganya.

"Berdosa tau tinggal suami." Ugut Uthman.

Mereka disana semua ketawa melihat Aura dan Uthman yang bergaduh macam anak kecil.

"Boleh tak jangan main ugut ugut ni." Kata Aura.

"Tak boleh." Kata Uthman.

Aura tidak pedulikan Uthman lagi.

"Jom Dd, Mih, Masuk tinggalkan dia dekat luar ni." Kata Aura selepas Tuan Abdul dan Melissa serta suaminya meminta diri.

Rasyid dan Rina masuk kedalam Villa. Dia melihat ruangan yang bertemakan Mordern.

"Cantik." Kata Rina.

"Lepas ni kita pergi shopping ye. Nak beli pakaian untuk Dd dan Mimih." Kata Aura.

"Tak payahlah. Rumah ni mesti mahal kan? Dah banyak dah duit Aura habiskan dekat Villa ni." Kata Rasyid.

"Takpe. Aura nak bahagiakan Dd dan Mimih. Lagipun belum ada sehelai baju lagi kat sini termasuk barangan dapur." Kata Aura.

"Jomlah." Kata Uthman.

"Tapi baju Dd dan Mimih ni? Mesti kamu malu nanti jalan dengan kami." Kata Rasyid.

"Dont Worry." Kata Uthman berlalu dari depan mereka.

"Aura teima kasih banyak sebab dah tolong Dd dan Mimih. Sanggup terima Kami semula. Walaupun dah banyak dosa qDd buat pada Aura." Kata Rasyid.

"Aura tak pernah simpan dalam hati. Sekarang, Dd dan Mimih adalah tanggungan Aura." Kata Aura lagi.

"Terima kasih Sayang masih sudi terima Mimih." Kata Rina.

"Aura anak Mimih sampai bila tetap Anak Mimih dan Dd." Kata Aura.

"Hmm. Lagi satu Mimih nak oesan. Jangan garang sangat dengan suami ni. Jaga sebaik mungkin, Jaga hati jaga juga perut dia." Kata Rina.

"Aura dah jaga Uth baik sekali. Tak oernah merungut pun." Kata Uthman masuk dengan bakul kertas.

"Nah untuk Dd dan Mimih." Kata Uthman.

Aura tercengang melihat bakul yang dibawa suaminya. Bukankah bakul tu dalamnya isi pakaian yang dibeli Uthman di Labuan untuk Umie dan Baba.

"Dd dan Mimih pergi ganti. Mandi ke apa. Aura tunggu kat bawah." Kata Aura.

"Ok." Jawab Rasyid berlalu naik keatas bersama Rina.

Gembira dengan pemberian dari Menantunya. Tak sangka Menantu dan anaknya menerimanya semula dengan ikhlas hati.

"Bakul tu?" Tanya Aura memandang Suaminya.

"Kenapa?" Tanya Uthman berpeluk tubuh.

"Bukan tu untuk Umie dan Baba ke?" Tanya Aura.

"By takkan biarkan mertua By berpakaian macam tu. Sedangkan By mampu belikan mereka lebih dari yang By bagi." Kata Uthman.

"Tapi." Kata Aura.

"No tapi tapi. Yang penting By dapat Sayang malam ni." Kata Uthman.

"Tidurlah dengan Melati tu." Kata Aura menjeling.

"Makin sayang jeling makin By geram." Kata Uthman memeluk pinggang Aura.

"Apa ni. Lepaskan Aura lah." Kata Aura.

"Sampai hati sanggup nak bagi By pada Auni tadi." Kata Uthman mula mengucup wajah isterinya.

"Biarlah." Kata Aura.

Uthman tahu hati isterinya kini hampir dapat ditakluk semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience