Bab 6

Romance Completed 13562

° ° ° ° ° ° ° ° ° °

"Cepat bawak masuk barang ni Im. Najwa, jangan main dengan kucing orang tu,nak. Tolong abang kamu angkat barang ni masuk. Kejap lagi lori yang bawak barang kelengkapan rumah sampai."

"Baik,ibu."

Kedua-dua beranak menjawap serentak. Najwa, gadis comel berumur 7 tahun yang sejak sampai tadi, leka mengusap kucing berbulu putih dengan loceng di lehernya di hadapan pagar rumahnya segera melangkah mengangkat barang masuk ke dalam rumah yang baru dibeli oleh keluarganya. Dia, Puan Sabrina dan abangnya, Tengku Emran terpaksa meninggalkan rumah lama kerana harus mengikut ayahnya, Encik Ibrahim yang ditukarkan tempat bertugas. Mereka sekeluarga kemudian masuk ke dalam rumah dan meneliti keadaan rumah itu.

"Cantik rumah ni bang. Pandai abang pilih rumah. Dekat lagi tu dengan sekolah Najwa. Boleh la Sab hantar dia pegi sekolah berjalan kaki dan menikmati suasana persekitaran baru."

"buat apa hanta dia ibu? Suruh aje dia naik basikal. Lagipun jarak rumah kite dekat je pun. Ibu boleh tengokkan dia dari jauh dahlah. Bukan ke orang tu cakap dia dah besar dah?"

Tengku Emran memandang Najwa di sampingnya sekilas.

"Eleh abang. Jeles lah tu orang dah pndai naik basikal. Dia yang dah tua taktau pun riding basikal."

Najwa mencebik lalu membalas pandangan abangnya, tajam.

"amboi amboi amboi. Menjawap eh? Babab kang. Org ni taktau riding basikal tapi pandai bawak vehicle besar besar. Hahh, kau tahu? Tak kan? Tunggu dh besar betul2 baru kau boleh dapat lesen mcm abang. Setakat basikal, apedehal?"

Tengku Emran membalas sindiran adiknya.

"Emran... Adik kamu baru 7 tahun manelah reti bawak kereta macam kamu. Haa yang kamu ni ayah tengok, sampai sekarang pun tak reti bawak basikal. Tak malu ke diri dah bergelar bujang tapi masih naik basikal pun berlatih dengan roda 3?"

Bangggg! Peluru sindiran terkena tepat pada jantung Tengku Emran. Perasan air muka Emran bertukar riak, Puan Sabrina cepat membela anak bujangnya.

"abang, bagi la dia sedikit peluang. Jangan buat dia rasa makin down. Takpe emran... Emran boleh cuba belajar slow-slow naik basikal. Kadang-kadang, kita kena atasi rasa takut tu. Mungkin bukan sekarang, tapi ibu percaya Emran boleh lakukan. Anak ibu semuanya kan berani dan kuat. Kan?"

Setelah mendengar pujukan ibunya, Emran kembali mengukir senyuman dan mengangguk. Betul la kata orang, hanya kata-kata ibu yang boleh menyejukkan hati. Sayang mak sangat-sangat!

4 beranak kemudian dikejutkan dengan bunyi lori dan sesuatu pecah berderai di luar rumah. Mereka berempat bergesa ke luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience