BAB 3

Romance Completed 497

Huh? Azalea kerut dahi. Lelaki ni nak apa sebenarnya??

Syairi & Azalea

“ Syairi !”

Syairi angkat muka. Dia menganggukkan kepala bila Kimi menunjukkan botol mineral kepadanya. Tangannya cekap menyambut botol mineral yang dibaling oleh Kimi selepas itu. Air itu diteguk rakus. Menyanyi lima lagu tanpa henti memang memeritkan tekak. Tapi dia rasa puas, dan tidak menyesal.

“ Ada budak cari kau.” Kimi ambil tempat sebelah Dino, drummer mereka dan berhadapan dengan Syairi

“ Siapa?”

“ Entah”

“ Lelaki?”

Kimi geleng. “ Perempuan. Hot jugak.” dia sengih.

Syairi tidak memberi apa-apa reaksi, sebaliknya dia bangkit dan mula mengorak langkah untuk keluar dari pintu belakang Oui. Rasanya dia tak pernah punya kawan perempuan jadi tak perlulah dia berjumpa dengan perempuan yang Kimi cakap tadi tu. Dia yakin, perempuan tu tak penting pun. Seperti perempuan-perempuan sebelum ini. Fangirls kata Kimi. Heh. Ingat dia artis ke nak ada fans-fans bagai?

Sambil berjalan, Syairi menarik keluar sebatang rokok dari kotak Dunhill sebelum kotak itu dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeansnya. Api rokok dinyala dan kemudiannya dia mula membentuk asap menjadi ‘O’. Perbuatannya terhenti bila dia terpandang seorang gadis yang sedang duduk bersila sambil bersandar di dinding Oui. Langkah kaki diperlahankan.

Dia berdehem, untuk menyedarkan gadis yang nampak macam terleka dengan sesuatu. Dan bila gadis itu mengangkat muka memandangnya, Syairi melangkah setapak ke belakang. Dia tak tahu kenapa. Lama dia memerhati wajah pucat dihadapannya itu sebelum dia bersuara..

“ This is my territory.”

Syairi & Azalea

Azalea lantas berdiri sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu. Dia sebenarnya tak faham apa maksud lelaki tu. Kawasan dia? Azalea meliarkan pandangan ke sekeliling tempatnya. Tak ada nama siapa-siapa pun kat sini. Ke....lelaki ni owner Oui ?

“ Awak buat apa kat sini?” Wajah pucat dan pandangan yang nampak sedikit sayu gadis itu membuatkan Syairi tidak sanggup berkasar dengannya. Kata hatinya mengatakan yang gadis itu tidak harus dikasari.

Tanpa berkata apa-apa, Azalea berpaling, hoodie dipasang dan dia terus melangkah pergi. Meninggalkan lelaki yang entah siapa-siapa itu. Bila terdengar suara lelaki itu tadi, hati dia rasa lain macam. Rasa yang sama bila mendengar band dalam Oui tengah menyanyi. Lelaki tu vocalist band tu ke?

Syairi menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan penuh pertanyaan. Rokok ditangan sudah lama dibuang bila melihat gadis itu nampak kurang selesa dengan asap rokok. Selalunya, dia tak ambil peduli. Kalau nak merokok, dia akan merokok. Biarpun kat depan dia ada seribu orang gadis yang buat muka tak selesa dengan asap rokoknya, dia tidak pernah kisah. Tapi gadis tadi tu...

Syairi menutup matanya dengan tangan kiri. Menghalang diri dari terus melihat gadis itu melangkah pergi. Tapi tidak sampai seminit, dia sudah merenggangkan jari-jemarinya dan melihat gadis itu dari celah jari.

Senyuman terukir dibibir.

Walau siapa pun gadis itu, Syairi akan sentiasa mengingatinya.

Syairi masih memandang jalan yang sudah kosong. Gadis dengan wajah pucat, pandangan sayu tapi masih nampak sangat cool (apatah lagi semasa dia memasang hoodie dan melangkah pergi) itu sudah hilang dalam pekat malam.

She’s really....something.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience