Selepas dua minggu tanpa ada ganguan yang pelik terjadi pada kelas 4 Biruni,
kini tarikh 18 April merupakan tarikh di minggu yang diramalkan
berlakunya malapetaka lorong.
"Hari ini 18 April. Kita memang tidak dapat elak dari malapetaka tu kan?
Kenapalah saya dilahirkan di sini?" rungut Herien yang sudah keluar dari
hospital tiga hari yang lepas akibat tikaman daripada cikgu Ren di
pahanya. Herien, Han, Rin dan Shira dalam perjalanan ke perpustakaan
untuk berjumpa dengan cikgu John. Manakala pelajar yang lain sibuk
dengan kerja untuk persiapan majlis pengiktirafan Kampung Utara sebagau
bandar.
Setelah sampai di perpustakaan, Han mengetuk pintu untuk masuk, dan
kedengaran ucapan, "masuk" dari cikgu John membenarkan mereka masuk.
"Kenapa? Ada apa-apa hal yang cikgu boleh bantu?" tanya cikgu John
kepada mereka.
"Saya nak tanya, majlis esok dijalankan juga?" tanya Han.
"Ya, lagipun persiapan sudah hampir siap, kenapa?" tanya cikgu John.
"Tentang ramalan malapetaka tu. Sudah dua minggu berlalu, mungkin..."
"Saya ada sesuatu yang nak beritahu kamu" kata cikgu John.
"Tentang apa?" tanya Han.
"Tentang diari lama" jawab cikgu John.
"Diari? Diari apa?" tanya Herien.
"Diari yang dicatat oleh kawan cikgu yang bernama Rudy. Semua malapetaka
yang terjadi pada tahun 1980 dicatat olehnya di dalam diari tu" jelas Han.
"Ada sesuatu yang pelik tentang peristiwa tu" kata cikgu John.
"Peristiwa apa?" tanya Han.
"Malapetaka tu berakhir pada 17 Julai bukan pada 1 Ogos. Jika difikirkan
balik semua malapetaka itu berakhir pada 1 Ogos kecuali pada tahun 1980"
kata cikgu John.
"Apa maksudnya?" tanya Han.
"Cuba ingat balik, Rudy pernah menulis bahawa dia telah membunuh seorang
pelajar dan dia gelisah serta takut kerana perkara itu menghantuinya.
Jadi, dia memberitahui kawan-kawannya yang lain bahawa dia telah bunuh
kawannya itu tetapi semua orang tidak mengenali kawan yang dibunuhnya
itu. Apabila dia bertanya tentang bilangan pelajar yang menyertai
lawatan, semua pelajar serta guru mengatakan hanya 20 orang yang
menyertai lawatan itu bukannya 21 orang" kata cikgu John.
"Jadi kenapa?" tanya Herien.
"Ini bermakna orang yang dibunuh oleh Rudy itu bukannya manusia!" jawab
cikgu John.
"Jadi siapa dia?" tanya Shira.
"Dia adalah 'Orang Tambahan' " jawab cikgu John.
" 'Orang Tambahan'?" tanya Han.
"Ya. Jadi, ini bermakna jika 'Orang Tambahan' itu dapat dibunuh maka
malapetaka itu berakhir" jelas cikgu John.
"Jadi itu caranya untuk menhentikan malapetaka itu" kata Rin.
"Bagaimana kita nak tahu 'Orang Tambahan' tu?" tanya Shira.
"Itu saya tidak tahu" kata cikgu John.
"Susahlah macam ni" rungut Herien.
************
Keesokkan harinya, iaitu hari pengiktirafan Kampung Utara sebagai bandar
yang diadakan di Sekolah Menengah Utara. Han, Rin, Herien, Harry dan
Shira melakukan persiapan untuk majlis tersebut sebelum dimulakan 3 jam
lagi.
"Saya rasa akan terjadi sesuatu yang tidak diingini" kata Rin kepada Han.
"Terjadi apa?" tanya Han.
"Saya tidak tahu" balas Rin.
Mereka berdua membetulkan bunga-bunga yang berada di pentas.
Pada masa yang sama, pekerja yang membetulkan lampu pentas turun dari
siling pentas setelah membetulkan lampu. Rin mendongak ke atas syiling
pentas dan merasakan akan terjadi sesuatu pada lampu itu.
"Hey, kamu berdua tidak siap lagi ke?" tanya Herien yang sudah siap
membetulkan kerusi di dalam dewan tersebut bersama-sama dengan Harry dan
Shira.
"Sudah" jawab Han.
"Baiklah dewan ni sudah siap untuk digunakan. Tinggal lagi tiga jam
sebelum Menteri Besar datang. Popular lah sekolah kita nanti" kata Herien.
"Jangan nak mengarut, jika terjadi begitu bahayalah!" marah Shira.
"Oh ya. Maaflah" rayu Herien.
"Hey, Herien? Kamu masih ingat, kamu berjanji nak beritahu saya tentang
lorong itu?" tanya Han.
"Huh?" terkejut Herien.
"Kamu berjanji dengan perkara tu?!" marah Shira.
"Sabarlah saya tak sengaja tercakap macam tu" kata Herien kepada Shira
untuk menenangkan marahnya.
"Tak mengapa saya sudah tahu tentang perkara tu" kata Han yang cuba
menenangkan Shira.
"Lain kali jangan berjanji tentang perkara tu lagi!" tegas Shira.
************
Setelah tiga jam berlalu, para hadirin memenuhi dewan termasuklah Han,
Rin, Shira, Herien dan Harry yang turut hadir. Menteri Besar naik ke
pentas untuk mengiktiraf Kampung Utara sebagai bandar.
"Saya sebagai Menteri Besar di negeri ini berbangga dengan pencapaian
yang di tunjukkan di kampung ini. Terdapat banyak kemudahan seperti
hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain lagi. Baiklah tanpa
membuang masa lagi saya mengiktiraf Kampung Utara ini sebagai Bandar
Utara" ucap Menteri Besar.
Semua hadirin bertepuk tangan atas pengiktirafan itu.
Sebaik saja Menteri Besar mengiktiraf kampung itu sebagai bandar,
tiba-tiba beliau memegang dadanya dengan keadaan sakit, dan beliau
terduduk kesakitan. Para hadirin semuanya tidak sangka kejadian seperti
itu akan berlaku. Pengawal segera mendapatkan beliau yang terduduk
kesakitan. Pada masa yang sama, lampu pentas yang berada di atas siling
pentas jatuh dan menghempap semua yang ada di pentas. Keadaan menjadi
huru-hara. Han, Rin, Shira, Herien dan Harry terkejut dengan keadaan
itu. Darah banyak mengalir keluar dari atas pentas. Beberapa orang
kakitangan pegawai cuba membantu tetapi lampu pentas tadi meletup dengan
kuat dan mengakibatkan pegawai tersebut terpelanting jauh. Cikgu John
yang berada di situ segera menelefon bomba dan polis. Pentas terbakar.
"Semua cepat keluar!" arah cikgu John.
Han, Rin, Shira, Herien dan Harry keluar dengan perasaan yang tidak
disangka. Dewan tersebut terbakar.
************
Petangnya, dewan yang terbakar itu berjaya dipadamkan oleh bomba.
Menteri Besar dan pengwalnya serta pegawai yang lain maut.
"Tak sangka, boleh jadi seteruk itu" kata Han yang bersama dengan Rin,
Herien, Shira, dan Harry di bangku padang sekolah.
"Ya. Memang tidak di sangka" tambah Herien.
"Hey, Rin? Bagaimana kamu boleh tahu akan terjadi sesuatu yang tak
diingini" tanya Han.
"Saya hanya rasakan saja" jawab Rin.
"Kamu betul-betul pelik la, Rin" kata Herien.
"Ye la" sokong Harry.
"Kamu rasa begitu ke?" tanya Rin.
"Ya" jawab Shira.
"Tapi tidak mengapa kita tetap kawan, walau apapun yang terjadi" kata
tambahnya lagi.
"Ya, betul tu" sokong Harry.
"Kita pasti akan jumpa dengan 'Orang Tambahan' tu dan hapuskannya" kata Han.
"Dan kita akan bertahan sehingga malapetaka ini berakahir. Saya janji,
kita tak akan berpisah" tambah Han.
"Ya!" balas Herien, Shira dan Harry.
"Di mana pun 'Orang Tambahan' tu kita pasti akan jumpa" kata Herien.
"Kita pasti akan jumpa bersama-sama" tambah Han.
Rin hanya tersenyum sinis. Han, Shira, Herien dan Harry telah berjanji
akan bersama-sama untuk menghentikan malapetaka itu dari membunuh yang lain.
Share this novel