"Oklah,semua dah selesai.Kami balik dululah ya Man."Kata Dato' Faqif Azman kepada besan barunya.Datin Farah dan Datin Fauzana berpeluk sambil mencium pipi.
Si pengantin baru itu hanya diam sambil tersenyum melihat gelagat ibu bapa mereka.Faqih sesekali menjeling ke arah isterinya.
"Ha,Farah.Jaga anak i baik-baik ya!"Kata Datin Fauzana sambil mencium pipi anak keduanya itu.Fathia hanya diam membisu.
"Of course lah Ana.Dia kan dah dikira sebagai menantu dan anak kesayangan i."Kata Datin Farah pula sambil memegang mesra tangan kiri menantunya itu.
Faqih diam sambil menyalam tangan bapa mertua dan ibu mertuanya.
"Ini je ke barang Thia?"Tanya Datin Farah tatkala terpandang sebuah bagasi bewarna hitam yang besar dan sebuah beg sandang bewarna putih dan beg silang jenama Coach miliknya.
"Ya."Fathia menjawab ringkas sambil menyangkut beg silangnya ke bahu.
"Ma,Thia nak ke dapur jap.Tengok kakak dan Farha."Beritahunya.Yang lain mengangguk sambil berbual.
Fathia berlalu ke dapur mencari kakak dan adiknya.Sebaik sampai di muka pintu,dia melihat mereka sedang berbual sambil memakan keropok keju.
Matanya berkaca melihat adik beradiknya.Entahlah dia merasakan dirinya tidak bebas seperti dahulu.Tidak lagi mempunyai banyak masa untuk meluangkan masa dengan mereka.
Fazreen yang sedang ketawa memandang ke pintu.Terkejut dia melihat cecair jernih menuruni pipi putih mulus adiknya.Farha yang turut berpaling terus menghampiri kakaknya diikuti oleh Fazreen.
"Kak..."Panggil Fathia dengan suara yang tertahan.Fazreen faham perasaan adiknya itu.Dia pernah merasa tapi rasanya adiknya menanggung lebih lagi.Berkahwin paksa.
"Thia,kakak faham.Don't worry dik.I know Faqih will take a good care of my sweet sister.Thia promise me try to be a good wife ok dik?"Fazreen memaut lengan kiri adiknya.
Fathia tidak menjawab.Hanya menangis dan menangis.Farha yang melihat turut berasa sebak.Terus dipeluk tubuh kakaknya itu.
"Kak,Farha sayang kakak.Call ehh nanti."Farha memandang kakaknya.Fathia tersenyum lalu memeluk semula satu-satnya adiknya.
"Kakak pun Thia..."Fazreen turut memeluk kedua adiknya.
"Err,Thia jom."Panggil Datin Fauzana.Dia agak teragak-agak ketika hendak memanggil anknya itu.Fathia hanya mengangguk
Fatihah kemudian datang menghampiri ibunya itu.Fathia memandang wajah anak saudara kesayangannya.
"Tihah,mak ngah pergi dulu.Bye sayang."Ucp Fathia sambil mencium pipi mulus anak saudaranya.Fatihah yg masih mamai hanya mengangguk.
Fathia kemudian berlalu kearah keluarga mentuanya.Dia dudk di sisi Faqih.
"Oklah jom."Ajak Datin Farah sambil tersenyum memandang Fathia.Tangannya menggenggam erat lengan Fathia.
"Ok,take care syaang!"Ucap Datin Fauzana kemudian memeluk erat anaknya itu.
"Bye kak!"Kata Farha yg tiba-tiba muncul bersma Fazreen dan Fatihah.Fazreen tersenyum sambil mengangguk.
Mereka kemudian masuk ke dalam kereta.Kemudian kereta mewah Dato' Faqif Azman meluncur laju membelahi malam.
~~~~~~~~~~
"Ha,Thia.Welcome to your new home.Mummy harap Thia selesa hidup di sini.Kalau Faqih ada buat apa-apa kat Thia bagitahu mummy.Biar mummy ajar sikit dia."Kata Datin Farah sambil mengerling anaknya itu.
"Ishh,apa mummy ni!Ingat Faqih ni apa?"Katanya tidak puas hati.Muka sudah berubah masam.Fathia dan Datin Farah tergelak melihat mimik muka Faqih.
Faqih mengerling isterinya itu.Nampak cukup manis dan menawan sekali.Arhh,Faqih!! Jangan nak fikir yg bukan-bukan!
"Ha,dah-dahlah tu.Ada org tu duk tenung isterinya.Dah tak sabar ke?Relax dulu."Dato' Faqif Azman mengenakan anaknya.
Merah membahang muka Fathia tatkala mendengar usikan bapa mertuannya. Ah,parah malam ni...wuu nak nangis pulak rasa..
Faqih menjeling.
"Errr jomlah masuk.Nak buat apa tercegat kat sini?Dah lah sejuk."Faqih mengubah topik sambil menarik bagasi hitam isterinya masuk kedalam rumah.
"Aii,laju nampak.Jangan risau tak lari kemananya!"Datin Farah pula mengusik anaknya.Dipaut lengan si menantu.
Fathia hanya menunduk.Mukanya terasa panas.Ahh,sudahlah tu!
"Thia,mari papa bawak beg galas tu.Kesian pulak nampak."Dato' Faqif Azman cuba mengambil beg menantu barunya.
"Eh,tak apa pa.Thia boleh bawak.Setakat ada Macbook,charger dengan Ipad aja dalam ni."Kata Fathia,menolak lembut.
Dato' Faqif Azman tidak berkata apa.Hanya tersenyum dan mengangguk sebelum masuk ke dalam rumah.
"Ha,Faqih sempat dia layan cerita dalam tv tu lagi.Dah bawak Thia naik rehat! Jangan nak tengok tv 24 jam aja."Datin Farah mula membebel.
"Hah?Ah,yelah.Kejap nak record cerita.World War Z ni susah sikit nak tengok kat tv.Hehe."Faqih tersengih.
Menggeleng kepala Datin Farah dengan keletah anaknya yg sudah menjadi suami orang itu.
"Macam tulah Thia dia.Balik rumah duk dalam bilik je.Kalau boring cerita yang dilayan.Yang lain kerja."Datin Farah berkata.
Fathia hanya tersenyum sambil memandang suaminya yang segak dengan seluar jeans biru dan t-shirt lengan pendek bewarna putih.Kacak!
Haha,Fathia.Jangan nak over sangat puji mamat ni!Fathia mengingatkan diri.
"Ok settle!Hmm,bagasi tu dah ada kat bilik.Meh nak bawak beg sandang tu."Kata Faqih sambil mengambil beg sandang itu dari tangan isternya.
Fathia hanya membiarkan sambil merenung Faqih yang menggalas begnya itu.
"Ok,mummy nak ke dapur kejap nak minumair.Dah bawak dia naik bilik.Entah kemana pulak papa kamu tu pergi!"Kata Datin Farah sambil berlalu ke dapur.
"Hmm,err,awak jomlah."Ajak Faqih sambil memandang isterinya yang hanya berseluar jeans biru dan baju putih lengan panjang dan tudung biru itu.Manis dan ayu sekali.Cun!
"Hmm,ok."Jawabnya.Kemudian mereka memanjat tangga ke tingkat atas.Entah apa silap Fathia dia hampir sahaja jatuh akibat tersepak sedikit anak tangga jika tiada tangan sasa yang memaut pinggangnya.
Anak mata mereka bersambung.Faqih masih erat memeluk pinggang isterinya itu.Jantungnya berdegup kencang.Fathia apa lagi,makin laju jantungnya.
Kemudian dia menolak perlahan tangan suaminya dari memeluk erat pinggangnya.
"Lain kali,hati-hati sikit.Ada anak tangga yang tak berapa nak elok sikit."Katanya sambil memanjat baki anak tangga.
"Oh,err terima kasih."Ucap Fathia sambil mula memanjat anak tangga itu.Wahh!Cantik betul rumah Datin Farah ni.
Terdapat 4 buah bilik di tingkat ats dan 3 buah ditingkat bawah.Faqih membawanya ke salah satu pintu bewarna putih dan emas itu.
Dia membuka pintu bilik.Waaah! Hmm,lain sikit dari bilik aku.Huhu,rindu pulak rasa."Fathia bermonolog di dalam hati.
Terdapat sebuah katil bewarna putih dan emas yang bertatah berlian dia belakang katil itu.Kemudian ada satu sofa suatu sudut,meja dan kerusi serta sliding door yang terdapat dua buah sofa mini dan meja kopi disitu.
Kemudian ada satu Walking Closet bewarna putih dan satu pintu ke bilik air.Juga terdapat televisyen di dalam bilik tersebut.Bapak ahh.
"Tu beg awak.Mak Yah dah kemas closet tu.Ada bahagian awak kat situ.Nanti tunjuk.Hmm,rasanya itu aja.So saya nak mandi dulu."Kata Faqih.Fathia hanya tersenyum kemudian mengangguk.
Dia kemudian mencapai tuala di atas penyidai itu.Kemudian terus masuk ke dalam bilik air.
Fathia hanya memandang.
Dia duduk di atas katil bersaiz king itu.Empuk sekali.Kemudian dia menanggalkan tudungnya lalu di letakkan di dalam bagasinya itu.
Selepas itu dia mencapai telefon bimbitnya dari dalam beg silangnya itu.Elok jugak bukak Instagram.Bukan selalu boleh usyar ig Si Hani tu hehehe.Fathia tersengih jahat.
~~~~~~~~~
Aduhh,macam mana dia boleh lupa nak bawa masuk baju dan seluar trak nya masa nak masuk bilik air tu.Ah macam mana ni?Faqih menjerit di dalam hati.
"Takkan nak keluar dengan tuala aja mampus aku!"Katanya.Tapi time desperate ni hanya ada dua pilihan.
Satu,mintak Fathia ambikkan.Dua,keluar sebagai lelaki sejati dengan hanya bertuala.Ah,stress!!Faqih menggaru kasar lehernya.
"Ok,aku pilih second choice.Lelaki sejati kan?!Fine.Huh,let's go Faqih."Faqih cuba mendapatkab keyakinan dirinya.
Share this novel