Bab 10

Romance Series 80702

DARI jauh sepasang mata yang teruja itu sedang asyik memerhati di dalam sebuah kelas yang bergema dengan nyanyian dari kanak-kanak kecil yang comel dan di bimbing oleh seorang guru. Niat yang menjadi keutamaanya ialah guru tersebut. Gaya penuh kasih sayang dalam mengajarkan kanak-kanak istimewa itu menyanyi dengan pelbagai gerak geri isyarat yang di lakukan. Pia tersenyum. Hatinya sudah lama terpaut. Dalam satu minggu itu setiap tiga hari dia akan pergi ke sekolah rendah pendidikan khas itu untuk menjamu matanya melihat guru tersebut di balik tingkap. Selain itu dia juga terhibur dengan telatah kanak-kanak yang bernasib sepertinya.

Berasa seperti di perhatikan, Farid menghantar pandanganya ke arah tingkap di sebelah kanannya.

Tiada.

Tapi dia yakin sangat bahawa dia sedang di perhatikan.

Pia yang tangkas bersembunyi di balik dinding itu mengurut dadanya perlahan. Hampir tertangkap oleh guru lelaki tersebut. Dia harus pergi, jangan sampai tertangkap lagi, jika tidak susah la dia nak melihat jejaka dambaannya lagi.

Buk !!!

Pia terdorong ke belakang, dia melanggar sesuatu. Di kutip payung kecil yang jatuh di genggamannya tadi lalu dia bangun.

Tidak terkedip matanya melihat seseorang yang dia terlanggar itu. Cikgu tadi ! Pia kegelisahan.

"Cik cari siapa?." Tanya Farid.

Pia mati akal. Sempat matanya tertancap pada tanda nama 'Mohd Farid'.

Macam mana aku nak berkomunikasi dengan lelaki ini ?

Pia menggeleng. Dia ingin pergi dari situ dan cuba bergerak ke tepi untuk melepasi Farid. Namun, Farid menahan gadis itu pergi.

"Saya selalu perasan yang cik datang sini. Tapi baru sekarang saya berani nak tanya. Apa tujuan cik datang sini?."

Geram dia dengan gadis yang tidak bersuara bila di tanya soalan yang harus dia ulang. Dia harus tahu apa yang gadis ini mahukan.

Pia kematian langkah. Lalu dia membuat gaya bahasa isyaratnya.

Bahasa isyarat Pia : Saya suka tengok awak mengajar budak-budak itu. Saya tak ada niat jahat pun."

Terkejut Farid. Gadis yang berwajah ketakutan ini bisu? Mujur la dia faham apa yang di sampaikan gadis itu.

Bahasa isyarat Farid : Kenapa nak kena sorok-sorok kalau cik suka tengok saya ajar mereka? saya tak marah pun kalau cik suka tengok. Tapi jangan la buat macam itu. Nanti akan menimbulkan syak wasangka.

Pia mengganguk.

Bahasa isyarat Pia : Tak apa. awak boleh cakap macam biasa je dengan saya. Saya tak pekak. Bisu je. Saya nak minta maaf kalau awak terganggu dengan kehadiran saya. Saya takkan buat lagi macam ni. Saya pergi dulu.

Pia mula menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat sebelum dia bergerak pergi. Farid hanya membiarkan.

"Sekejap".

Langkah Pia terhenti oleh suara lelaki itu. Farid datang mendekatinya. Pia memegang dadanya untuk menutup rasa denyutan nadi di dadanya yang terlampau laju.

"Boleh saya tahu nama cik?". Tanya Farid.

Pia terkesima. Kenapa Cikgu ini bertanyakan namanya?

Ah, tidak perlu fikir untuk mengetahui. Pia terus mengeluarkan buku kecil sticky notes dan selesai menulis dia mengoyakkan sehelai dari situ untuk di serahkan kepada Cikgu Farid.

SOPHIA HANA

sepasang mata Farid di halakan kepada Pia. Cantik nama persis orangnya.

"Lepas ni nak kalau nak datang tengok budak-budak ni belajar, masuk je dalam kelas tu. Saya akan bagitahu cikgu-cikgu yang lain. Awak jangan risau lepas ni dah tak lenguh kaki asyik berdiri di luar tingkap tu".

Farid tersenyum lalu dia berlalu pergi meninggalkan Pia yang terkesima di situ.

Pia? bagai mahu pengsan saat ini. Dia merasakan dirinya terbang di awangan melihat senyuman dari lelaki yang bernama Farid itu.

NURJIHAN perlahan-lahan mendekati Syifa yang sibuk menyusun barangan masak di atas meja dapur.

Sengaja dia mencucuk pinggang Syifa.

"pom". Usik Nurjihan.

"Eh pom meletup ! eh."

Tergaru-garu kepala Syifa ingin berhentikan latahnya.

"Cik Jihan ! ada je nak kacau saya. Haih".
Balas Syifa memarahi Nurjihan.

"Heheh, sorry.." Kata Nurjihan.

Matanya di liarkan ke sekeliling rumah.

"Tuan Syed ada dekat mana? Jihan naik bilik tak ada pun Kak?".

"ouhh, Tuan Syed dalam bilik fisio. Ben tengah tolong Tuan Syed nak latih berjalan".

Laju tangan Syifa memotong sayur sawi di situ.

"Saya dah potongkan sayur ni. Lepas ni Cik Jihan terus masak je okay?". Ujar Syifa.

Nurjihan mengganguk. Sudah rutin harian makanan Tuan Syed tidak lagi di masak oleh Syifa. Kini menjadi tugas Nurjihan kerana Tuan Syed sangat tidak suka orang lain yang masak untuknya setelah keberadaan Nurjihan di Villa Rose ini.

Setelah itu Nurjihan membawa naik dulang berisi makanan. Fuh boleh tahan jugak ye bau nasi jagung berlaukkan daging masak kicap ni. Menggoda perutnya yang sememangnya kosong saat ini. Apa pun keutamaan Nurjihan adalah biar Tuan Syed makan dahulu barulah hatinya lapang untuk dia mengisi perut sendiri.

Pintu bilik itu di tolak perlahan dan melihat anggukan daripada Tuan Syed sebagai tanda kehadirannya di situ di alukan. Saat ini Benjamin sedang memapah Tuan Syed untuk berjalan melatih kaki Tuan Syed agar kuat semula. Nurjihan meletakkan dulang makanan di atas meja.

terdengar deringan telefon bimbit berbunyi.

Sebelah tangan Benjamin meraba poket seluarnya. Terhenti langkah dia bersama Tuan Syed Iqwal. Dia melihat skrin telefon.

"Sekejap ye Tuan Syed. Ada panggilan penting".

"It's okay. Pergi jawab dulu". Jawab Tuan Syed Iqwal.

Benjamin memerhatikan Nurjihan yang sedang mengemas meja kerja Tuan Syed Iqwal.

"Cik Nurjihan, tolong saya pegang Tuan Syed sekejap." Pinta Benjamin.

Nurjihan dengan segera ke arah mereka dan menggangguk. Benjamin mengalihkan sebelah tangan Tuan Syed Iqwal yang berpaut padanya dan di letakkan di sekitar bahu Nurjihan.

Berhati-hati Nurjihan memegang lengan Tuan Syed Iqwal yang sememangnya tinggi darinya. Di kerahkan tenaga perempuannya semaksima yang mungkin untuk menstabilkan gerak kaki Tuan Syed.

"Jom Tuan Syed kita jalan perlahan-lahan". Ajak Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal mengganguk. Namun hatinya juga risau kalau Nurjihan tidak larat menampung beban badannya untuk berjalan.

"Kalau awak rasa tak boleh buat tak apa letakkan saya semula di kerusi roda".

Nurjihan menggeleng. "Tak apa Tuan Syed, saya boleh".

Nurjihan memimpin gerak kaki Tuan Syed untuk mengikuti gerak kakinya sementara menunggu Benjamin yang keluar sebentar dari bilik itu untuk menjawab panggilan telefon.

Entah bagaimana Nurjihan sendiri tersilap langkah bila kakinya tidak memijak sepenuhnya lantai dan tergeleceh. Akibat dari kecuaiannya itu Tuan Syed juga ikut jatuh.

Mujurlah mereka jatuh di atas sofa berdekatan. Kini keadaan mereka sangat janggal bila mereka jatuh terbaring bersebelahan. Mata Nurjihan ibarat di paku oleh pandangan mata Tuan Syed Iqwal. Lama mereka bertatapan seperti itu.

Tuan Syed Iqwal menelan air liur melihat pipi, hidung dan bibir Nurjihan yang memukau pandangannya dengan jarak yang sedekat itu.

Tanpa mereka sedar Benjamin yang mula masuk itu terlihat keadaan mereka yang sama-sama terbaring seperti itu.

Alamak ! wrong timing. Benjamin berpusing semula untuk keluar dari bilik itu dan berpura-pura menjawab panggilan telefon LAGI SEKALI !

Nurjihan menahan gigilan bila Tuan Syed Iqwal meyelakkan rambut yang menutupi sedikit matanya dan di selitkan di belakang telinga. Bebola mata Tuan Syed Iqwal tidak berhenti begerak menerokai segenap inci ruang yang ada di wajah Nurjihan.
Tangannya juga ibarat tidak boleh berhenti dari mengusap wajah gadis cantik yang berada di depannya kini. Tuan Syed Iqwal memejam matanya menahan gelora di dada.

"I'm sorry. Awak dah buatkan saya ralit. Kenapa tak tegur?".

Suara Tuan Syed Iqwal menyentakkan Nurjihan yang ibarat roh yang baru masuk ke badan semula.

"Err eh, maaf Tuan Syed ...Sebab saya kita terjatuh. Saya yang tak hati-hati tadi". Balas Nurjihan.

Pipinya mula merona kemerahan menahan malu. Malu bila Tuan Syed sedekat itu dengannya.

Tok..tok..

Pintu di buka dari luar. Kelihatan Benjamin yang baru masuk.

Benjamin menarik nafas lega bila melihat mereka dalam keadaan duduk di atas sofa itu dan bukan seperti tadi. Takut apa? takut menganggu.

"Mari Tuan Syed, kita sambung berjalan." Pinta Benjamin dan bergerak mendapatkan Tuan Syed Iqwal di sisi Nurjihan.

"Saya turun dulu. Ada kerja lagi dekat bawah". Nurjihan meminta diri.

Kepergian Nurjihan itu menggamit pandangan mata Tuan Syed Iqwal.

****
"Adoiii nak patah pinggang aku."

Di tumbuk-tumbuk sedikit belakang badannya berhampiran pinggang itu. Terasa sengal satu badan bila dari tadi tidak berhenti membuat kerja di Villa itu. Hari ini Tuan Syed membulinya habis-habisan. Baru tadi dia selesai mencuci rumah kucing-kucing peliharaan Tuan Syed. Setelah itu dia menyapu dan mengemop seluruh Villa di bantu oleh Syifa. Kini, dia baru selesai mencuci kolam renang pula.

Setelah selesai Nurjihan menarik kerusi untuk duduk di meja dapur itu. Air oren di dalam jag itu membuatkan dia haus.

"Penat ye Cik Nurjihan? hehe." Datang Syifa dari arah belakang

"Seronok eh Kak Syifa gelakkan saya?." Matanya di kecilkan menatap Shifa. Gelas yang di hulur Syifa di ambilnya.

"Wow ada air. Boleh la dahaga jugak ni". Benjamin juga entah sejak bila muncul di dapur itu.

"Rajin Cik Jihan ni Ben. Semua tempat dia cuci. Suruh Tuan Syed naikkan gaji nanti. hehe". Saja menyakat Syifa ni.

Tegelak Benjamin mendengarkan itu dan di tambah pula dengan wajah mencuka dari Nurjihan. Semestinya dia tahu tentang tugasan yang di berikan oleh Tuan Syed kepada gadis itu harini ini.

"Patutlah dari jauh pun boleh nampak berkilat kolam tu. Cik Nurjihan yang cuci rupanya".

Kata-kata Benjamin itu mengundang jelingan dari Nurjihan.

"Sakan awak ye Ben usik saya." Balas Nurjihan.

Ketawa Syifa dan Benjamin di situ.

"Saya tak faham la Tuan Syed ni. Semua kerja dia bagi saya buat. Jadi driver la, jadi Karlisa la lepas tu lagi kerja rumah semua ni.. Itu pun nasib baik la kerja tukang kebun je dia tak bagi saya. Kalau itu pun dia bagi, saya rasa baik awak semua berhenti je kerja." Panjang leteran Nurjihan.

"Itu tandanya Tuan Syed percaya dengan kebolehan Cik Nurjihan." Ujar Benjamin di susuli dengan anggukan dari Syifa.

"Banyak la percaya. Dah macam jadi suri rumah pulak rasa ni. Elok saya kahwin je dengan Tuan Syed tu senang."
Perli Nurjihan mengata tentang majikannya yang seorang itu.

"Betul ke? Kalau awak sudi, saya tak kisah".

Suara yang datang dari arah belakang Nurjihan itu mengejutkan mereka bertiga. Nurjihan keras di situ. Tidak berpaling ke belakang. Syifa dan Benjamin terkulat-kulat juga di situ.

"Err saya pergi tengok kejap yang lain tu buat apa kat depan." Benjamin melarikan diri.

"Eh lupa mesin basuh tadi ada basuh kain. Saya pergi kejap ye Cik Jihan". Syifa juga beredar melarikan diri.

Nurjihan ?

Dia menepuk-nepuk bibirnya yang keterlanjuran berbicara. Kan Tuan Syed dah dengar. Apa alasan kau pulak?

"Err....Eh saya tak siap lagi cuci kolam. Kejap ye Tuan Syed".
Berdesup laju dia keluar ke pintu belakang itu menuju ke kolam renang. Tak guna Syifa dengan Benjamin ni. Sedap diorang blah tinggalkan aku. Dah tu Tuan Syed datang pun tak cakap !

Selepas bayangan Nurjihan hilang dari pandangan. Tuan Syed Iqwal tergelak lucu. Yang bukan-bukan saja dari Nurjihan ini !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience