Rate

Bab 34 Kenyataan Sebenar

Romance Completed 278243

"Ayah, sampai bila pernikahan kami ini kena sorok dari pengetahuan Anis?" Tanya Adib pada ayahnya Encik Amri.

"Kenapa? Adib dah tak tahan ke?" Ucap Encik Amri sambil tergelak melihat muka Adib yang mulai masam.

"Bukan begitu ayah, Adib rasa Anis perlu tahu kenyataan yang sebenarnya. Bukankah dalam hal ni Anis adalah watak utamanya?" Sahut Adib menjelaskan pada Encik Amri.

"Kita tunggu dulu mertua kamu balik dari luar negara, nanti kita boleh bincang soal ni." Sambungnya.

"Kasihan Anis yang tak tahu apa-apa ayah." Kata Adib sambil menekan-nekan lembut keningnya.

"Abah Anis kata, dia takut mengganggu fikiran dan pelajaran Anis." Sahut Encik Amri sambil berfikir. " Tapi sekarang secara tak sedar, kita sudah mengganggu ketenangan Anis."

"Adib serba salah pada Anis, Adib tak nak Anis fikir yang bukan-bukan tentang Adib." Sahut Adib menjelaskan pada Encik Amri.

"Sekiranya Anis Umairah sudah tahu yang Adib ini adalah suaminya yang sah, apa yang Adib ingin lakukan?" Encik Amri menatap mata Adib ingin mencari kepastian.

"Mungkin Adib ingin hidup berdua dengan Anis, segala keperluan Anis Adib akan penuhi sepertimana semestinya dalam pernikahan." Kata Adib perlahan-lahan.

"Termasuk keperluan kamu? Begitu?" Kata Encik Amri lagi.

"Kalau Anis relakan apa salahnya!" Sahut Adib sambil tersenyum tipis.

"Ayah dah agak, kamu pasti minta benda tu!" Sambil menggeleng pelan.

"Bukan begitu juga ayah!" Dalih Adib Umair.

"Ayah faham Adib, apa lagi Anis sekarang sudah ada di depan mata kamu. Anis sah kamu sentuh, tapi kita kena beri pengertian pada Anis terlebih dahulu. Takut Anis tak dapat terima kenyataan nanti. Apa pun keputusannya, ayah harap kamu bijak dalam mengendalikan Anis nanti. Semoga pernikahan rahsia ni kekal sepertimana kehendak kami sebagai orang tua kamu." Sahut Encik Amri berjela-jela.

Adib menggangguk faham.

"Kamu pergilah berehat, esok kau kena jalankan pula tanggungjawab sebagai seorang guru di sekolah. Amanah yang Allah telah berikan ini jangan di persia-siakan." Encik Amri menasihati Adib agar sentiasa jujur dalam kerjanya dan bertanggungjawab.

"Baik ayah." Adib pun masuk ke dalam biliknya dan mengemas buku-bukunya yang akan dia bawa esok.

Pada keesokan paginya, Adib berbaju kurta ke sekolah, kerana hari itu adalah hari jumaat. Adib kelihatan segak dan tampan.

"Wah Adib, semangat nampak hari ni?" Tegur Puan Saleha pada Adib yang bergerak menuju ke meja makan untuk bersarapan. Adib hanya tersenyum mendengar sapaan ibunya.

"Anis mana ibu?"

"Kejap lagi Anis turunlah tu!"

"Hari ni biar Anis ikut Adib ke sekolah, Adib dah trauma biarkan Anis pergi sekolah sorang-sorang."

Puan Saleha dan Encik Amri tergelak mendengar rungutan Adib Umair pagi itu.

"Bingung ye cari isteri semalam?" Tanya Puan Saleha yang masih tergelak mendengar rungutan Adib.

"Gila tak bingung? Sudahlah number handphone dia Adib tak tahu, nak cari pun Adib rasa macam orang gila."

"Begitulah kalau dah ada tanggungjawab Adib, ayah harap Adib boleh menjadi suami yang baik untuk Anis." Sahut Encik Amri sambil meminum secangkir kopi.

Tidak berapa lama kemudian Anis pun turun untuk bersarapan.

"Assalamualaikum, maaf Anis lambat!"

"Tak apa Anis, mari sarapan dulu...! Sahut Puan Saleha lembut.

"Hari ni Anis ikut abang pergi sekolah, abang tak mahu lagi dengar penolakan!" Tegas suara Adib kedengaran. Anis cuma mengangguk singkat.

____________________________________

"Abang Adib berhenti depan sekolah saja, Anis tak nak orang tahu Anis tumpang kereta abang." Kata Anis pelan. Setelah mereka telah berada di dalam kereta.

Adib berkerut dahi mendengar kata-kata Anis.

"Anis malu ke ikut kereta abang?" Ada terasa ngilu di hati Adib seolah-olah Anis tak sudi menaiki keretanya.

"Bukan begitu abang, Anis tak mahu orang pandang lain pada Anis. Ramai pelajar sini yang jadikan abang sebagai idolanya." Jelas Anis agar Adib faham keadaan sebenar.

"Kenapa Anis nak fikir pasal orang lain pula? Abang bimbang keselamatan Anis!" Tegas Adib kedengaran.

"Tolong abang faham Anis, Anis tak nak orang fikir yang bukan-bukan tentang Anis." Anis berharap agar Adib boleh mengerti.

"Okay kalau Anis nak macam tu, tapi abang turunkan Anis dekat perhentian bas sekolah. Boleh?"

Anis mengangguk perlahan.

"Terima kasih Abang sebab faham.

"Sama-sama Anis." Jawabnya sambil mengelus singkat kepala Anis.

Adib pun memberhentikan keretanya di tempat yang mereka telah sepakat.

"Ingat, balik nanti Anis kena ikut kereta abang balik!"

"Baik. Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam Anis."

Bahagian pagar sekolah, Aina Natasha ada menunggu Anis yang baru sahaja sampai di sekolah.

"Anis!" Aina melambaikan tangannya. Setelah itu Anis datang mendekati Aina senyuman yang tercetak di bibirnya.

"Sudah lama ke berdiri di sini?" Tanya Anis melihat sekeliling, beberapa pelajar yang baru juga sampai.

"Baru juga Anis...ohya, aku nak tanya satu benda ni kau kena jawab dengan jujur!" Tanya Aina hati-hati.

"Apa dia?"

"Tadi kau ikut kereta cikgu Adib ke?" Soal Aina Natasha pada Anis.

Anis membenarkan,  mengangguk perlahan.

"Untunglah kau Anis, dapat naik kereta mewah!" Ucap Aina heboh sendiri.

Anis meringis melihat kehebohan rakannya itu sambil berjalan mengikuti lorong berjalan kaki menuju ke kelas.

"syhhh!! Perlahan-lahanlah sikit suara tu!" Anis menutup mulutnya menggunakan isyarat berdirikan jari telunjuknya.

"Apa hubungan kau dengan Cikgu Adib?" Tanya Aina dengan mengecilkan volume suaranya mendekatkan bibirnya ke telinga Anis.

"Hehe, aku tumpang rumah cikgu Adib sekarang ni!" Sambil melirik Aina Natasha yang terkejut beruk.

"Apa? Biar betul?" Aina membulatkan matanya lebar-lebar seperti tak percaya kenyataan yang dia dengar. "Maksudnya kau dan Cikgu Adib tinggal sebumbung?" Sambil melirik kiri kanannya, takut ada telinga asing mendengar perbualan mereka.

"Betullah Aina, abah dan umie aku sahabat baik dengan keluarga Cikgu Adib." Jelas Anis agar Aina tidak fikir yang bukan-bukan. "Abah dan ibu aku pergi keluar negara, jadi mereka menitipkan aku dengan keluarga Cikgu Adib." Anis menjelaskan dengan detail.

"Oh macam tu!" Angguk Aina faham.

"Bestlah dapat belajar sama-sama." Kata Aina bersemangat.

"Tak adalah Aina, aku cuma belajar di bilik saja... tak pernah pun belajar sama-sama dengan Cikgu Adib."

"Rugilah kalau macam tu!" Sahut Aina  tak terima.

"Tolong rahsiakan ya Aina!" Sahut Anis sambil mendapat anggukan dari Aina.

"Tenang, rahsia kau ni selamat dalam genggaman aku!" Sambil menunjukkan penumbuknya pada Anis.

Anis tergelak melihat gelagat Aina yang spontan dan memeluk bahu Aina menuju ke kelas mereka.

Cikgu Farah dari kejauhan melihat Anis dan Aina yang berborak rancak menuju ke kelas. Patut ke dia bertemu semula dengan Anis? Apa yang harus dia cakap kalau sudah berhadapan dengan Anis? Banyak persoalan yang bermain-main di fikirannya tika ini. Layanan Adib pada dirinya pun tidak seperti biasa sudah. Dia harus berbuat apa agar situasi yang terjadi sekarang boleh seperti awal-awal mereka bertemu. Dia merasa kekok atau menjauhkan diri!!

Awal update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience