Bab 22

Romance Completed 21373

Syahir mengejar Naila. "Naila! Tolong aku kejap." Naila memandang pelik kepada Syahir. 'Apa kes mamat ni?'

"Aku nak nombor telifon Iris boleh? Aku kena buat satu projek dengan dia ni." pandai sahaja Syahir mencipta skrip. Dahi Naila berkerut. "Eh? Apesal nak buat projek sama pula? Kau bukan satu class dengan dia pun. Selalunya projekkan ikut class." Naila mula was-was.

Syahir ni muka je alim-alim meow. Tapi dalam macam lembu. Takde kerja usik orang guna cara tackle awek orang tu. Gila betul. Memang patutlah selalu lebam muka dia.

"Kau apa tahu?! Bagi jelah." suara Syahir bertukar keras. Dia ingin merampas telifon Naila yang berada di tangan gadis itu.

"Amboi kau! Sedap-sedap je kau nak kacau awek aku. Kau nak kena pelangkung dengan aku ke?" entah dari lubang doraemon mana, Aqeef berdiri dihadapan Naila. Terus Syahir pergi tanpa berkata apa-apa.

"Awak ok ke? Mamat tu nak apa, Rissa?" Aqeef kelihatan risau. "Awak takpayah risaukan saya. Iris! Dia nak no phone Iris tadi." mereka terus berlari ke rumah sewa Maila dan Iris.

Sesampai sahaja di rumah, jantung mereka berdegup laju melihat pintu rumah terbuka seluasnya. Mereka tanpa berfikir panjang masuk ke dalam

Apabila melihat Syahir yang hendak menghimpit badan Iris, penumbuk sulung Aqeef mengena wajah Syahir.

Naila memeluk rakan baiknya. Iris yang menangis teresak-esak itu memeluk rperat tubuh Naila. "Aku takut, Naila. Aku takut." Naila mengusap badan Iris. Nasib baik mereka datang tepat pada masanya. Dia tak boleh bayang apa yang bakal terjadi kalau mereka terlambat.

"Siap kau aku campak dalam lokap." Aqeef menendang tubuh Syahir yang sudah tidak berdaya itu.
***************
Hajah Laila memeluk erat Iris. Dia dan keluarga terpaksa bergegas ke sini apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Naila. Hanya Rayyan, Hareez dan Ilhan tidak dapat datang kerana ada urusan penting di universiti. Mulanya Rayyanlah yang paling klut mendengar berita itu. Tetapi memang dia tidak ada masa lapang. Dia hanya menyampaikan pesanan yang berjela panjang kepada isterinya agar menjaga keselamatan diri.

Irdina memang mengambil cuti sakit kerana keadaannya yang rasa mahu demam itu. Que juga turut menemani isterinya.

"Dya rindu Rayyan." ucap Iris perlahan. Dalam keadaannya yang masih dalam trauma terhadap peristiwa gelap itu, dia berharap suaminya itu berada di sisinya. "Sayang, Rayyan kan ada hal. Dia tetap cuba mohon juga cutikan? In sha allah dapatlah tu.

Mereka sekarang berada di hospital kerana badan Iris yang cukup lemah dan sedikit kecederaan fizikal di tubuhnya. "Umi teman Dya ea? Dya takut." Hajah Laila tersenyum sambil mengangguk. Izhan berada di dukungan Aqeef sudah tidur. Naila juga berada di dalam bilik itu.
***************
Pada pukul 3 pagi, Iris terjaga. Dia mencari-cari kelibat uminya. "Umi, umi." apabila tiada sahutan, dia duduk perlahan-lahan. Badannya masih lemah.

Matanya sudah berair. 'Sampai hati umi tinggalkan Dya.' dia berasa sangat takut sekarang ini. Dia tidak boleh rasa keseorangan, kalau tidak dia memang akan mengingati peristiwa hitam itu.

Iris cuba berdiri.

"Sayang, kenapa nak berdiri? Awak kan lemah lagi." tersentak Iris mendengar suara yang amat dikenali itu. Dia menoleh ke belakang. Sekujur tubuh Rayyan sambil memegang mug berisi air dijamah mata. Terpaku dia sebentar. Setitis air mata jatuh ke pipi.

Rayyan meletakkan mug itu ke atas meja lalu menarik perlahan Iris ke dalam pelukannya. "Maaf, sebab saya datang lambat. Kalau lah saya tak jauh dengan awak, mesti saya bipoleh protect awak. Saya minta maaf. Saya tahu saya gagal lindungi awak dengan Iz." Rayyan pula yang terlebih emosi.

Kalau dia berada di kejadian itu, memang mati Syahir itu dikerjakannya. Dia memang patur berterima kasih kepada Aqeef dan Naila. Kerana menyelamatkan isterinya.

"Saya rindukan awak." Iris menangis di dalam pelukan Rayyan. "Saya pun rindukan awak." Setelah agak lama mereka berkeadaan begitu, Iris merenggangkan pelukan.

"Dah? Alaa... nak peluk lagi." Rayyan merengek kecil sambil mendepangkan tangannya. Iris menarik sedikit hidung Rayyan. "Iz dengan siapa?" baru teringat tentang buah hati pengarang jantungnya itu.

"Dengan umi. Saya dapat cuti sekejap je ni. Ada program penting. Lepastu saya pula AJK bahagian pengurusan ni." Rayyan meneguk sedikit air kosong yang berada di dalam mug lalu dihulurkan kepada Iris. Iris pula selamba meneguk air itu hingga habis. Memang dia haus sebenarnya.

"Hmm.. oklah. At least awak sanggup tengok saya ni. Dapat juga saya tengok muka awak. Saya tak sangka Syahir tu memang gila seks." Iris melingkarkan tangannya pada lengan Rayyan. Rindu sangat dia dengan Rayyan.

"Tak payahlah cerita pasal si Syahir tu. Dia dah kena buang U tak silap saya. Yang lain saya tak tahu. Nanti, bila masa nak ambil Master nanti, kita gilir-gilir. Contohnya, bila saya dah habis, baru awak pula. Boleh? Nanti tak boleh jumpa selalu. Lagipun Iz dengan adik-adik dia kena jaga juga nanti." Rayyan menyuarakan pendapat yang paling bernas sekali pada fikirannya.

Terbeliak mata Iris. "Hello, Mr Rayyan. Apa maksud 'Iz dan adik-adik' tu?"

Rayyan tersengih. "Alaa... sayang. Takkan nak bagi saya anak sorang je? Saya nak anak ramai. Kalau boleh seramai askar catur. Boleh tak, sayang?" Iris mencubit geram lengan Rayyan.

"Gedik je. Takde-takde.. paling lebih lima je."

Rayyan pula yang membeliakkan mata. "Wow! Ramainya. Are you serious?"

"Yeah, I'm serious. Why? Awak tak nak ke anak ramai. Tak nak takpe." Iris ingin baring semula. "Saya confirmlah nak. You better keep your promise dear. Kalau boleh sekarang nak start dah." ujar Rayyan bersemangat wajar.

"Yang tu geli. Saya tak sihat ni. Tunggu Rayyan 1 tahun lebih ke." Iris mula melelapkan mata. Dah ada orang tersayang kat sebelah, memang lena ah tidur nya.

Cup. Sesuatu melekat dibibirnya. Terbuka luas matanya. "Sleep tight dear." Rayyan membaringkan badannya ke atas sofa selepas memberi kucupan selamat malam dekat isterinya.

"Every night bila kita bersama, sebelum tidur buat macam tu tau. Maybe orang lain kiss kat dahi or pipi. But saya lain. Special one. Ok, sayang?" Rayyan terua melelapkan mata. Iris tersenyum sendiri. 'Miluji te, Rayyan. I'll will always love you. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience