Bab 6

Romance Completed 78326

Gia memandang seketika gate rumahnya sebelum menarik nafas panjang dan dihembusnya perlahan. Jantungnya yang tadi hanya berentak biasa kini mula berdetak laju dan kencang. Seram kalau tiba-tiba saja Madam Valona menerjahnya depan pintu nanti dan tak pasal-pasal kena marah free.

Mintak-mintaklah mummy tak tahu yang aku keluar rumah senyap-senyap tadi. Sempat Gia berdoa di dalam hatinya dan mula melangkah masuk ke dalam rumah.
Sebelum kakinya menjejak masuk ke dalam rumah, kepalanya dijengulkan ke dalam rumah di sebalik pintu rumah. Matanya melilau melihat keadaan di dalam rumah. Suasana rumah sepi seperti selalu. Line clear! Maybe mummy tak perasan yang aku curi-curi keluar rumah pergi ke rumah Jericho.

Gia mula melangkah masuk ke dalam rumah. Gayanya dah seperti pencuri yang berhemah tak nak kantoi dengan tuan rumah. Namun, belum sempat kakinya menjejak tangga, dia terpandangkan Madam Valona yang mula menurun satu persatu tangga sambil memandangnya dengan pandangan tajam.

Sah! Mummy tahu yang aku keluar rumah pergi rumah Jericho! Jantung Gia bertambah rentaknya. Mukanya ditundukkan apabila mummynya berdiri di hadapannya dengan pandangan maut.

“Where have you been?” soalan pertama yang keluar dari mulut Madam Valona. Tak payah Gia menjawab, dia sendiri dah tahu yang Gia memang keluar pergi ke rumah Jericho.

Kalau tak…dia nak keluar ke mana lagi kalau bukan ke rumah Jericho? Menipulah kalau dia saja-saja keluar jalan.

“Emmm…”

“Answer me!”

Kecut Gia dibuatnya. Berat mulutnya nak bagitahu Madam Valona yang dia pergi ke rumah Jericho.

“Kenapa senyap? Dah tahu buat salah terus senyap eh?!”

“Sorry mummy…”

“Berapa kali aku cakap jangan pergi rumah dia tu lagi! Yang kau ni degil sangat dah kenapa hah?!” jari telunjuknya menunjal-nunjal kepala Gia dengan suara kerasnya melantun tinggi dalam rumah agam tersebut.

“Sorry mummy…” Gia mula menangis.

“Kenapa kau ni degil sangat hah?! Susah sangat ke nak dengar apa yang aku suruh?! Benda yang simple pun kau tak boleh nak ikut ke hah?!” kali ini Gia pula dipukul-pukulnya. Benci dia bila Gia senyap-senyap keluar rumah semata-mata nak pergi rumah Jericho.

“Sorry mummy! Gia janji Gia dengar cakap mummy! Gia tak pergi dah rumah Jericho!” Gia mengangkat tangannya memohon maaf. Tak tahan dia bila asyik dipukul mummy. Sakit!

“Mummy! What are you doing?!” tiba-tiba suara Eric kedengaran. Eric yang tadi memerhati dari balkoni bergegas turun ke bawah menghampiri Madam Valona dan Gia.

“Eric tak payah masuk campur! Ini berkaitan hal mummy dengan Gia! Lama dia ni tak kena ajar!”

“Kalau ye pun mummy marahkan Gia, tak payahlah sampai nak pukul dia. Eric tengok kalau Vi buat salah besar sekalipun, langsung mummy tak marahkan dia. Ini kalau Gia baru buat salah sekecil kuman, mummy pukul dia bagai nak rak!” dah lama Eric perhatikan gelagat Madam Valona terhadap Gia dan Vi. Kalau dengan Gia langsung tak pernah berlembut tapi kalau dengan Vi…buatlah salah sebesar mana pun takkan dimarahi.

Madam Valona menjeling tajam ke arah Gia yang masih lagi menangis di situ. Panas membara hatinya bila Eric membela nasib Gia. Pantas dia membawa kakinya beredar dari situ menuju ke tingkat atas.

Eric memandang Madam Valona sehingga hilang dari pandangan matanya sebelum dia kembali menoleh tumpuannya kepada Gia. Rasa kasihannya kepada Gia makin membuak. Entah apalah nasib Gia sepanjang dia duduk di sini dan sikap Gia yang tak melawan menyebabkan dia rasa tak puas hati.

“Come…get up,” Eric menarik Gia untuk bangun. Melihat merah-merah pada lengan Gia membuatkan dia turut rasa sakit.

Eric membawa Gia menuju ke biliknya. Gia didudukkan di atas katilnya dan dia mengambil first aid kit yang disimpan di dalam laci meja solek.

Gia memerhatikan Eric yang menghampirinya dengan first aid kit di tangannya. Krim dibawa keluar.
Eric mencalit sedikit krim tersebut dan mula meratakannya di kawasan lengan Gia yang memerah akibat dipukul Madam Valona.

“Sssttt…sakit…” Gia mengaduh kecil. Kuat jugak mummy memukulnya tadi sampaikan dia terasa berdenyut sedikit bila abang Eric menyentuh di tempat sakitnya.

“Sorry…” Eric menyapu krim tersebut dengan lebih cermat.

Selepas siap menyapukan krim, Gia mengucapkan terima kasih kepada Eric. Eric menyimpan kembali krim tersebut ke dalam peti kecemasan dan mengeluh kecil. Matanya menikam ke dalam anak mata Gia yang berwarna coklat hazel.

“Gia…boleh tak abang nak tanya something?”

“Apa dia?”

“Kenapa Gia tak melawan je apa yang mummy buat tadi? I know it’s sounds inappropriate but you have to defend yourself. Abang tahu Gia tak melawan mummy sebabkan tatay Gia tapi dalam keadaan macam tu, you have the right to defend yourself. Gia tak layak dihukum macam tu,” suara Eric dengan nada tak puas hati.

“Tak apalah abang. Gia dah biasa kena pukul macam tu. Lagipun, Gia layak kena hukum dengan mummy sebab Gia tak ikut cakap mummy. Mummy tak bagi Gia pergi rumah Jericho tapi Gia pergi jugak. That’s why mummy marah sangat tadi,” walaupun dalam keadaan macam tu, dia masih lagi back up Madam Valona dan membuatkan Eric tak berpuas hati dengan jawapan Gia.

“Sebabkan Gia berlembut macam nilah mummy sesuka hati dia je pukul Gia. Sampai bila Gia nak kena hadap kehidupan macam ni hmmm?”

Vitalika pula curi-curi dengar perbualan mereka di luar bilik. Dia menyembunyikan sedikit badannya di sebalik dinding.

“Sampai bila-bilalah abang Eric. Selagi mummy tu masih mummy Gia, Gia tetap akan hormatkan dia. Lagipun apa yang jadi dulu semuanya salah Gia jugak. Gia punca kematian tatay. Gia tahu.”

“Tapi tak adil untuk Gia sedangkan Vi dapat layanan yang baik dari mummy! Walaupun Gia ada salah, tapi tak layak dilayan begini!” sampuknya sebelum Gia dapat
menghabiskan ayatnya.

Vitalika yang bersembunyi di sebalik dinding tersentap mendengarnya. Jelas pada pandangan dan pendengarannya yang Eric memang ambil berat pasal Gia. Sedikit-sebanyak hadir rasa cemburu di dalam hatinya.

“Tak apalah abang…sebelum Gia melangkah masuk dalam rumah ni pun dah banyak Gia hadap dengan mummy tapi Gia tak ambil hati.”

“Habis tu? Apa yang Vi buat dekat Gia dan tempiasnya kena pada Gia, takkan Gia langsung tak terkesan kot?” Eric masih lagi tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Gia.

“Tak…Vi tu adik Gia also my twinnie…Gia tak ambik hati langsung pun dengan apa yang dia buat dekat Gia sebab Gia boleh terima. Setiap kali Gia nak balas balik apa yang mummy dengan Vi buat dekat Gia, Gia akan teringatkan tatay. Gia akan pegang amanah tatay,” bibir Gia tersungging sedikit bila bercakap pasal tatay.

Tatay…Gia rindukan tatay…how I wish you were here with me right now and calm me with all your bad jokes.
Apa yang dikatakan Gia langsung terkesan di hati Vitalika. Selama ini jugak dia buntu dengan dirinya. Kenapa dia harus membenci Gia sedangkan benda yang berlaku pada tatay dulu bukannya seratus peratus kesalahan kakak kembarnya. Mungkin sebab mummy emosi dan terus-terusan menyalahkan Gia membuatkan dia turut terikut emosi sehinggakan kakak kembarnya begitu terluka dengan perlakuannya dan perlakuan mummy.

Tak betah lagi di situ, Vitalika berlalu dari situ dengan hatinya yang galau dan penuh rasa serba salah terhadap kakak kembarnya.

“Gia…” Eric menggenggam tangan Gia. “Abang nak Gia tahu yang abang akan selalu ada di belakang Gia. Kalau Gia rasa tertekan ke apa, Gia bagitahulah terus-terang dekat abang. Abang akan cuba solve problem Gia ok?”

Gia mengukirkan senyuman manisnya dan mengangguk. Gia bersyukur dikurniakan abang tiri seperti Eric yang begitu mengambil berat tentang dirinya. Bukan macam Danial! Suka ambik kesempatan ke atas dirinya!

“Oklah…Gia masuk bilik Gia dulu ok? Thank you sebab tolong sapukan ubat dekat tangan Gia,” ucap Gia sebelum bangun dari katil Eric dan melangkah keluar dari bilik Eric.

Baru saja Eric hendak mengorak langkah menyimpan first aid kit kembali ke tempat asalnya, dia ditegur oleh Danial yang berdiri di hadapan pintu biliknya.

“Wow…ada orang tu berlagak jadi superhero!” dari segi percakapan Danial, dia dah tahu yang Danial sedang memerli dirinya sekarang.

Bukannya dia tak tahu yang Danial ni sejak dulu lagi tak puas hati dengannya. Entah apa lagi yang tak dipuas hati lagi pun tak tahu. Dia nak syarikat daddy atas nama dia, ok aku dah serahkan. Itupun ada lagi yang dia tak puas hati. Huh! Penat aku nak melayannya.

“Entah bilanya aku jadi superhero.”

“Kau ingat aku tak tahu ke yang kau sebenarnya sukakan Gia kan?” Danial mengorak langkah masuk ke dalam bilik abangnya.

“Apa yang kau merepek ni? Kau jangan nak buat cerita boleh tak? Aku anggap Gia tu sebagai adik aku sendiri walaupun dia adik tiri kita! Cuma apa yang aku tak faham sekarang ni, apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku hah?” soal Eric dengan nada jengkel. Dahtu siap reka cerita lagi yang kononnya aku ni sukakan Gia. Gia tu aku dah anggap adik sendiri!

“Entah…setiap kali aku tengok muka kau ni aku tetap rasa tak puas hati. Tak tahulah kenapa…”

“Kau memang macam tu Danial. Aku bagilah satu juta depan kau sekali pun, kau tetap tak puas hati dengan aku sebab kau ni manusia tak normal.” Selamba saja Eric membidas adiknya.

“Oh yeah?” Danial cuma mengukirkan senyuman sinis.
“Ikut suka kaulah nak kata aku ni normal or not tapi aku nak ingatkan kau yang aku tak suka kau rapat sangat dengan Gia sebab Gia tu milik aku.”

“Huh? Gia milik kau? Kau mimpi ke kau mengigau sekarang ni? Sejak bila pulak Gia tu jadi milik kau? Dalam mimpi kau jelah Danial…”

“Wait and see because one day I’ll make her mine! Ingat!” Danial melangkah keluar dari bilik Eric dengan seribu satu rancangan yang mula diatur dalam fikirannya.

Eric pula mula tak senang duduk. Entah apa yang Danial nak buat pada Gia. Otak gila Danial bukannya boleh pakai sangat. Tak habis Eric memikirkannya. Macam mana aku nak selamatkan Gia dari jadi mangsa Danial. Dia tahu yang Danial bukannya sungguh-sungguh nakkan Gia tapi hanya ingin jadikan Gia sebagai perempuan simpanannya dan tempat melempiaskan nafsu.

Oh god! Help me to find solution and please protect Gia wherever she is! Doa Eric di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience