`Mana mereka ni? Lama sangat dah ni'. Ujar Hafi. Dia berdiri di hadapan keretanya begitu juga dengan Khairul. Khairul diam. Dia hanya memandang sahabatnya itu. Hafi yang perasan yang dia dijeling, pantas memukul bahu Khairul. Agak kuat. Khairul mengaduh. `Kau apahal? Tertiba pukul aku! Pukul bukannya perlahan! Kuat! 'marah Khairul. Dia menggosok bahunya. `Kau tu! Yang kau pandang aku macam tu kenapa? Dahlah soalan aku pun tak berjawab!' balas Hafi. Khairul hanya tersengih. `Hafi'. Panggilnya. `Apa'! Jawab Hafi kasar. `Kau dengan Qilla ada apa-apa ke? 'lancar sahaja mulutnya untuk bertanya. Hafi yang mendengar membulat matanya memandang. `Kau apahal tanya macam tu?' soalnya pula. `Takdelah.. Tadi aku tengok korang ni.. Semesra semacam je'. Balas Khairul. `Mana ada! Memandailah kau ni! 'balas Hafi. Dia sendiri tidak yakin apa perasaannya pada Qilla. `Yelah.. Yelah.. Cakaplah elok - elok.. Aku tanya je pun'. Balas Khairul. `Yelah.. Tu deme dah sampai dah pun'. Balas Hafi sambil memuncungkan bibirnya. Khairul berpaling. `Asal pandang kami macam tu? 'soal Hana. `Takde apa.. Saja'. Balas Hafi. Aku memandang mereka berdua. `Dahlah.. Jom.. Kami hantar korang berdua balik'. Ajak Khairul pula. Kami menurut. Khairul sempat menyiku lengan Hafi sambil tersengih. Hafi menjeling tajam ke arah Khairul. Hendak saja dipukulnya! Setelah masuk ke dalam kereta dan bergerak,aku pantas bersuara. `Asal dengan Khairul tadi? 'soalku. `Takde apa.. Dia tu gila sikit lepas kita usik dia tadi'. Balasnya sebelum tergelak. Aku hanya tersenyum. `Asal kau dengan Hana lambat tadi? 'soalnya pula. `Tadi.. Ada orang terlanggar aku.. Tapi kau kenal kot yang langgar aku tadi'. Ujarku sambil memandang Hafi. Hafi memandangku. `Sapa? 'soalnya pelik. `Budak kelas kita.. Yang budak kembar tu.. Yang langgar aku tadi tu.. Arif.. Arif Haikal'. Balasku. Hafi mengangguk sebelum memandang semula ke hadapan. Tertiba hatinya terasa panas. Aduh! Apahal dengan aku ni! Takkanlah aku cemburu! Hishh! Gumam Hafi dalam hati. Aku memandang ke luar tingkap. Kami hanya diam sepanjang perjalanan. Setelah sampai aku memandang Hafi dan ketika itu Hafi sedang memandangku. Sejak bila mamat ni pandang aku? `Thanks Hafi.. Jumpa besok'. Ujarku sebelum keluar dari kereta. Sebelum itu aku sempat mengambil barang yang dalam bonet Hafi sebelum kereta itu meluncur laju. Aku memandang sekeliling sebelum aku menuju ke tangga untuk masuk ke bilik. Aku membuka pintu dan aku melihat Hana sedang tidur. Aku tersenyum sambil menutup pintu. Aku baring di sebelah Hana sambil merenungnya. `Hana.. Kau dengan aku nasib sama.. Walau apa cara sekali pun.. Aku akan tetap lindungi kau.. Aku dah anggap kau sebagai adik beradik aku.. Aku tak nak apa-apa jadi kat kau.. Aku akan lindungi kau daripada orang yang berdendam dengan kau.. Walaupun aku tahu.. Aku terpaksa gadaikan nyawa aku sendiri.. Aku sanggup.. Aku tak nak apa-apa jadi kat kau.. Gumamku dalam hati. Aku pun tidak sedar bila aku menangis. Aku menyekanya. Aku pantas melelapkan mata. Aku pun penat hari ni. Besok Ada kelas lagi! Aduhh!
Share this novel