BAB 2

Romance Series 3317

“Kak, lama lagi ke nak menghias padang ni? Penatlah..”Ivy mengeluh lemah dengan wajah lesu dan dahi yang merenik peluh. Tudung bawal merah jambu yang dia pakai sudah sedikit kuyup dengan peluh.
Nak dekat berjam-jam juga mereka, pelajar asrama dikerah menghias padang sekolah sempena menyambut hari penutupan sukan tahunan sekolah. Memang nasiblah pelajar asrama, sentiasa ditugaskan untuk menabur bakti membantu para guru jika ada acara yang akan dilaksanakan.
Dan semuanya ada ganjaran yang lumayan. Bukan percuma. Kadang-kadang merasa jugalah KFC cikgu belanja
“Sikit lagi. Kita habiskan pasang bendera-bendera ni, lepas tu dah siap.”Asha, Ketua biro asrama puteri dan juga merangkap rakan sebilik Ivy, menjawab.
Ivy pun sambung buat kerja ikat bendera, kali ini semua dia lakukan dengan laju. Tidak sabar hendak balik ke asrama dan berehat. Tulang-tulang dia semua sudah lenguh-lenguh, rindukan katil dia.
“Oh ya, kak. Pentas kat sana tu untuk apa ?”jari Ivy menuding ke arah pentas sederhana besar di tepi padang.
Asha menoleh ke arah yang ditunjuk Ivy. “Oh, tu…untuk persembahan.”
Ivy kerut dahi. “Persembahan apa? Takkan persembahan kumpulan tarian buat kat situ, tak pernah-pernah pun sebelum ni.”
“Tahun ni lah buat. Lagipun, bukan tarian je, ada persembahan lain lagi.”
“Persembahan apa?”
Asha senyum. “ni, mesti Ivy suka. Persembahan kumpulan band sekolah kita.”
Ivy makin berkerut dahi, hairan. “Sejak bila pula sekolah kita ada kumpulan band. Selama ni, Ivy tak tahu pun.”
“Tahun ni baru sekolah iktiraf secara rasmi, sebab mereka memenangkan pertandingan battle of the band tahun lalu bagi kategori bawah 18 tahun. Tempat pertama tau!''Asha menjelaskan.
“Mesti mereka hebatkan. Wah, tak sangka dapat juga Ivy tengok persembahan kumpulan band secara langsung. Selama ni tengok dekat dalam TV atau komputer saja, akhirnya. Harap-haraplah, mereka bawa lagu best besok. Lagu Green Day, Bunkface, One ok Rock, Hujan, atau Queen ke.”Ivy sudah berangan-angan, dengan muka cerah ceria.
“Amboi, sebut pasal kumpulan band terus hilang penat, ya. Sambung kerja, besok baru ada kumpulan band.”Asha pura-pura marah. “Okey, chief !” Ivy angkat sebelah tangan, buat tabik hormat. Asha ketawa saja dan mereka kembali melanjutkan kerja yang terhenti tadi.

************

“Panas !”jeritannya teredam di tengah-tengah hiruk-pikuk suara pelajar-pelajar dan juga suara cikgu pengulas di corong speaker yang menggempita.
Punggung dilabuhkan di atas rumput, tidak menghiraukan lagi uniform Puteri Islam yang dikenakannya itu akan kotor atau kusut. Acara kawad kaki beruniform bagi pembukaan acara sudah tamat dan dilanjutkan dengan acara sukan peringkat final. Semua pelajar sudah bersiap sedia menanti acara yang paling digemari, acara lumba lari 100 meter dan juga acara lumba lari baton 4x100.
Milo ais di dalam cup plastik diteguk menggunakan penyedut minuman, untuk melegakan tekak yang kering akibat cuaca panas. Nasib baiklah dia bersetuju menjadi puteri untuk pasukan kawad, tidaklah tekaknya sakit. Cuma tangan dia sahaja yang pegal sedikit kerana membawa papan nama berhias milik kontinjen Puteri Islam, dan juga sedikit leceh kerana berjalan memakai baju kurung Puteri Islam di tengah-tengah padang.
Dia duduk di tepian trek lumba lari bersama pelajar yang lain. Ingin menjadi penonton Fia yang akan bertanding dalam dua acara larian. Diantara penonton balapan lumba lari di tepi trek, dialah yang paling menonjol dengan menggunakan baju kurung Puteri Islam putih dan kain berwarna merah jambu serta flower crown berwarna putih di atas kepala yang dilitupi tudung berwarna merah jambu lembut. Pelajar yang bersama menonton dengannya semua memakai pakaian sukan sekolah. Ahli kawad yang lain pula lebih memilih untuk berehat di bawah khemah pasukan beruniform masing-masing. Merehatkan kaki yang sudah pegal kerana berdiri lama sepanjang acara kawad dan sekaligus ucapan daripada pengetua sekolah dan Pengerusi PIBG.
Sepanjang hampir dua minggu sukan tahunan berlangsung, ini adalah kali pertama dia turun ke padang. Dia tidak mengikuti acara sukan dan hanya mengikuti kawad. Jadi, sepanjang latihan kawad dia dan pasukan berlatih di tempat lain.
Acara larian bagi pelajar perempuan bakal bermula. Peserta-peserta sudah berada di trek masing-masing. Sua sana semakin marak. Pelajar sudah siap berkumpul, dan Ivy pun bangkit dari duduknya.
Matanya melilau mencari kelibat Fia dengan penyedut minuman masih di dalam mulut. Sebaik mata terpandangkan Fia, sebelah tangan diangkat lalu dilambaikan dengan bersemangat kepada Fia. Penyedut minuman dilepaskan daripada mulut sebelum dia berteriak kuat,
“Fia, lari laju-laju!”dan bersamaan dengan suara pengulas di speaker yang tiba-tiba senyap. Suaranya menggema kuat dan jelas.
Krik..krik..
Semua mata menuju ke arahnya dan Ivy yang sudah panas muka hanya mampu tarik sengihan serba salah. Fia pula hanya mampu tepuk dahi dengan muka pasrah. Masak betul dengan perangai random seorang Ivy.
Acara larian pelajar perempuan tamat, dan kini sudah tiba untuk acara larian pelajar lelaki.
Tubuh Ivy dirempuh membuatkan dia sedikit terhuyung-hayang. Berpusu-pusu pelajar senior perempuan berkumpul di sebelahnya, lengkap dengan kadboard yang dihiaskan cantik dan tertulis nama.
“Noah! Noah!”jeritan-jeritan sudah kedengaran.
Milo ais kembali dihirup dan dengan bingung, Ivy memandang ke arah peserta lelaki yang sudah berdiri di trek. Nak tahu juga siapa yang ada ramai sangat peminat.
Mata terbeliak dan dia tersedak minumannya sendiri. “Tu..tu…”
Mata dipejam celikkan sebelum susuk tubuh yang berdiri agak jauh darinya itu kembali ditenung. Setelah beberapa lama, senyuman lebar meniti di bibir.
Jumpa!
Akhirnya, setelah hampir sebulan dia dapat kembali bertemu dengan bidadara kacak bersinar yang ditemuinya dulu. Semakin kacak pula, walaupun hanya mengenakan T-shirt biru polos dan seluar track berwarna hitam. Rambut yang sebelum ini dilihatnya tersisir kemas menampakkan dahi, kini nampak sedikit berserabai menutupi dahi. Kulit putih cerahnya kelihatan bersinar disimbah cahaya matahari.
Dikalangan pelari disitu dan juga pelajar lelaki yang lain, dialah yang paling menyerlah. Ditambah lagi dengan tubuh tingginya itu.
Jadi, dialah yang ramai sangat peminat. Tidak hairan. Teringat nama yang dilaung-laungkan oleh beberapa senior perempuan berdekatan dengannya.
“Noah….”bisiknya perlahan. Ivy senyum lagi, masih memerhati pelajar lelaki itu.
Noah. Nama dia Noah.

Acara penyampaian pingat sudah selesai. Kini, acara yang paling ditunggu-tunggu sudah bermula. Semua pelajar sudah berkumpul di hadapan pentas, dengan semangat membara.
Ivy menyapu pandangan ke serata lautan pelajar. Mencari-cari pelajar lelaki bersinar yang dilihatnya tadi. Dia hendak menunjukkan pelajar lelaki itu kepada Fia yang sibuk membelek tiga pingat emas yang tergantung dilehernya.
“Mic test..Mic test..”
Sebuah suara tiba-tiba menggema dari atas pentas. Ivy yang berwajah lesu kerana orang yang dicarinya tidak jumpa kembali menghadap pentas.
Sorak sorai sudah mulai kedengaran. Sudah ada empat orang pelajar senior di atas pentas. Tiga pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Seorang pelajar lelaki berdiri dibelakang mic stand, seorang duduk di belakang drum, seorang pula bersedia dengan keyboard dan seorang lagi pelajar perempuan dengan gitar bass dengan tali gitar tergantung di leher.
“Hari ni, kami akan persembahkan dua buah lagu. Tapi, sebelum tu kena tunggu ketua dulu, dia sibuk nak simpan pingat-pingat yang dia berjaya borong. Jadi harap menunggu.”pelajar lelaki yang berdiri di belakang mic stand berbicara santai, rakan-rakannya yang lain hanya menggeleng melihatnya.
Lepas sahaja dia berkata begitu, seorang lagi pelajar lelaki berjalan naik ke atas pentas dengan gitar bersama dengannya. Langkahnya tenang dan santai. Setiap langkahnya seakan menghipnotis seluruh mata untuk tetap melihatnya.
Jeritan membahana semakin kedengaran bila sahaja dia sudah berdiri di tengah pentas. Meraup rambutnya yang basah dengan peluh ke belakang. Matanya memandang ke arah pelajar lelaki yang berada di belakang mic stand. Dia mengganggukkan sedikit kepalanya sebagai isyarat.
Sebelum suara ketukan stick drum kedengaran.
Ivy berdiri kaku dengan mata tunak memandang lelaki yang sedang bermain gitar. Alunan lagu We will rock you bergema kuat, dengan pelajar-pelajar yang bernyanyi sama tepat di bahagian korus dengan penuh semangat. Suasana semakin membahang dengan semangat masa muda yang membuak-buak
“Fia…”
Fia yang mendengar seruan namanya, beralih memandang Ivy yang seakan mamai dengan mata lurus ke atas pentas.
“Gitaris tu…bidadara shining shimmering splendid yang terserempak dengan aku tempoh hari..”
Fia kerut dahi pandang gitaris yang dimaksudkan oleh Ivy, sebelum kembali memandang Ivy yang masih kelihatan bingung dan nampak mamai.
“Jadi…?”
“Fia, aku rasakan…aku dah jatuh hati kat dia.”dengan nada kedengaran bingung dan perlahan sebaris ayat itu dituturkan. Mata masih memandang pelajar lelaki itu dengan pandangan mata yang penuh kekaguman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience