dua puluh tiga

Romance Series 207196

"Kau buat apa kat sini Lish..?" Azri menyapa Khalish di dalam pejabatnya. Lelaki itu menoleh sekali ke arah Azri dan kembali meneliti pc nya.

"Saja." balasnya sepatah.

Tanpa dipinta, Azri melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan meja kerja Khalish.

"Esok baru start keje kan? Asal ni? Ada problem ke?" Azri bertanya bertalu-talu sambil memusing-musingkan kerusi yang didudukinya.

Khalish mengeluh berat sebelum memandang rakan baiknya itu. Rahangnya bergerak-gerak bagaikan mahu berkata sesuatu tapi tak terluah di bibirnya.

"Nothing.. really.." Khalish cuba berdalih.

"Hurm.. macamlah aku baru kenal kau semalam Lish.. kau ade problem dengan Shira kan? Tell me.. kau tahu kau boleh percayakan aku."

Sememangnya Azri adalah kawan yang paling rapat dengannya. Mungkin lebih dari kawan, bagaikan abang. Setiap masalah yang tak mampu diselesaikan Khalish akan lelaki itu bantu walaupun sekadar nasihat sekalipun.

Perlahan-lahan Khalish mengangguk mengiakan. Dia buntu. Dia tak faham perasaannya pada Shira yang kadang-kadang berbeza.

Diceritakan segalanya tentang pertelingkahannya bersama perempuan itu pagi tadi. Bagaimana Shira bertanyakan soal Qis dan hubungannya hingga dia naik angin kerana tertekan.

Azri hanya mendengar tanpa niat untuk menyelit.

"Apa aku perlu buat sekarang..?" tanyanya perlahan. Bagi tahun ini, itulah pertama kalinya dia marah pada seseorang.

Shira, isterinya.

Disebabkan kawalan emosinya lemah, Khalish suka lari daripada perdebatan yang berkaitan emosi. Dia akan mudah naik angin dan tertekan. Sebab itu jugalah jika boleh dia tak mahu mencetuskan sebarang masalah berkaitan orang sekelilingnya.

"Bagi aku la.. Kau masalah nye.." Azri berkata selamba.

Khalish angkat kening kanannya, 'Kenapa?'

Azri mengeluh perlahan sebelum merapatkan kerusinya ke arah Khalish.

"Iye Lish.. Kau masalahnya sekarang ni.. Yang kau pergi layan perempuan tu kenapa? Kau dah ada isteri kan? Layanlah dia selayaknya sebagai seorang isteri.. jangan siksa batin dia."

Azri bertutur lembut. Dengan Khalish, paksaan dan desakan hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jadi Azri perlu kekal tenang dan sentiasa bertolak ansur apabila berbicara dengannya.

"Tapi aku tak suka dia.." Khalish menjawab yakin.

"Kau nampak tak? Itulah yang aku cakapkan.. kau masalah utamanya.. bukan Shira. Daripada apa yang kau cerita, aku yakin sangat Shira tu isteri yang baik.. Cemburu tu biasalah, perempuan kan.. bila perempuan ni cemburu, means dia sayang kau.. tak nak kehilangan kau. Cube kau fahami dan terima dia.. buka hati tu untuk dia masuk."

Azri menasihatinya lembut. Memandangkan Azri merupakan antara orang yang paling dia percayai, Khalish mula terpengaruh. Sedikit demi sedikit dia cuba menerima kenyataan itu.

"Tapi aku tak berkenan dengan perangai dia." Khalish masih lagi dengan jawapannya.

'Keras betul hati kau ni walaupun Schizo.. haih..' Azri menggeleng kepalanya beberapa kali.

"Lish.. rumahtangga ni, tak semestinya kau perlu sukakan dia untuk bahagia. Kau kene belajar terima dia.. baik buruk dia. Kalau kau tak sukakan apa-apa tentang behaviour dia yang tak elok or something else, cakap pada dia.. bawa berbicang. Tapi jangan semua bende perlu ikut otak kau je.. itu gunanya perbincangan, faham?"

Khalish hanya mengangguk pasrah apabila dileteri. 'Susah jugak jadi suami ni.. haish..'

"And one more thing, pasal perempuan tu.. Please Khalish, think openly. You already have a wife.. Lebihkan wife kau. Jangan kau terlalu sibuk pertahankan perempuan lain dan sakitkan hati isteri sendiri. Shira tu dah cukup lengkap segalanya. Kau jangan sampai dia terluka dan tinggalkan kau.. Kau nak ke?"

Jawapan pertama di fikirannya.

'Entah.. aku tak tahu.'

Khalish memang bodoh soal perempuan dan hubungan. Dia tak tahu bagaimana jika Shira meninggalkannya suatu hari nanti. Gembirakah dia? Sedihkah dia? Atau tak rasa apa-apa? Hurm..

Soalan Azri mengingatkan Khalish tentang perjanjiannya dengan Shira di Taman Perdana dulu.

6 Bulan..

"Kalau saya boleh buatkan En Khalish jatuh cinta dengan saya dalam tempoh tu..serta-merta perjanjian kita cancel, okay?"

Suara dan wajah ceria Shira terimbau di benak fikirannya. Penuh keyakinan.

Melihatkan Khalish yang hanya mendiamkan diri, Azri berkata lagi.

"Sekarang aku nak kau balik. Berbaik dengan Shira. Kalau dia merajuk ke apa, pujuk dia. Budak tu baik walaupun gedik sikit. And kau jangan cakap main lepas je, slow talk dengan dia."

Bagaikan bapa saja Azri mengarah, Khalish sudah memuncung mendengarnya.

"Faham tak ni? Ingat.. nak bahagia, bukan kau harapkan Shira je yang usaha, kau tu.. usaha lebih sikit." Azri memerli beserta senyuman nakal.

Khalish blur.

"Maksud kau?" tanyanya polos.

"Ya Allah ya Rabbi ya Karim.. Khalish sayang oi! Kau ni lah.. aduhhh." Tangan naik mengetuk dahi. Azri terngadah sebentar mendengar soalan cepumas Khalish.

"Apahal la kau ni bro? Tak paham aku. Itu pun tak kan la tak tahu? Orang ada bini disayang-sayang. Kau ade bini dibenci-benci pulak. Rugi betul.."

Azri mahu mengangkat punggung tapi ditahan Khalish,

"Kau nak apa lagi?" tanya Azri selamba. Dia tahu apa yang Khalish inginkan.. sengaja mahu berlakon.

"Macam mane.." wajah Khalish masih tak beriak, tapi lihat saja telinganya yang memerah, Azri tahu dia sedang menahan malu.

'Tahu pun sayang bini..hahaha'

"Mana apa? Cepatlah aku nak bla dah ni." sakat Azri lagi suka melihat wajah cuak Khalish walaupun tak jelas kelihatan.

"Kejap.. aku nak tanya.. ma..macam mana usaha yang kau maksudkan?" Khalish bertanya soalan kurang cerdik. Alahai...

Ketawa lelaki itu meletus jua, Khalish hanya memerhatinya dingin.

'Orang tanya gelak pulak.. lawak sangatlah tu.' desisnya.

"Okay la.. memandangkan aku ni pro, biar aku turunkan sikit ilmu master aku pada kau.." Azri kembali duduk, masih dengan senyumannya.

Khalish hanya mampu tebalkan muka. Dia hanya mengangguk pada Azri tanda setuju.

Nak bahagia? Jadi perlulah berkorban..

"Kau kenelah..."

~~~~~~~~~~~~~~

Selepas solat maghrib di masjid, Khalish memandu keretanya pulang ke rumah.

Dia masih terfikir jika benar apa yang dia akan lakukan selepas ini. Kata-kata Azri masih berlegar di benak fikirannya.

'Tak apalah.. tak rugi pun aku cuba.'

Kereta diberhentikan di perkarangan rumah. Dengan lafaz basmallah, Khalish melangkah keluar mula memasuki rumah.

Malas membunyikan bell, screen lock dibuka dan dia mula masuk ke dalam. Kasut dibuka dan disusun kemas di dalam rak bersama koleksi kasutnya yang lain.

Baru beberapa langkah dia masuk ke dalam rumah, pandangannya tertancap pada sesuatu di ruang tamu.

Kaki dibawa perlahan berjalan ke arah figura yang tertidur di atas sofa bersama Bob. Wajah Shira dipandang kosong.

Cute.

'Eh.. apa aku merepek ni? nonsense.'

'Hmm Azri kata.. kene gentleman, so aku nak buat apa ni?' dia statik berdiri di depan Shira agak lama. Hanya memerhati gadis itu dan berperang dengan dirinya.

'Ishh.. biar betul kau Lish.. nanti dia sedar kang, naya aku. Malulah..' Khalish tergeleng-geleng perlahan. Ragu-ragu tentang apa yang perlu dia lakukan.

Mata beralih pada Bob yang turut memandang ke arahnya.

"Daddy nak buat apa ni Bob?" tanyanya pada Bob perlahan.

Khalish mengeluh perlahan sebelum dia bertekad.

'Biarlah aku malu sekejap. Nak bahagiakan? So kene usaha Lish..ingat tu, usaha..'

Muka ditebalkan sebelum dia merapati Shira.

Share this novel

Yana Nur liana
2020-06-26 23:51:00 

lagi cepat lagi bagus ... hehe

Yana Nur liana
2020-06-26 23:50:36 

u are the best.. hehe makin suspen

Mimie Harmiza
2020-06-26 23:33:39 

bknaan com pmbaca ttg kisah rampas mrampas ni bg sy ok je..wlu byk jgk kisah mcmni..bkn mudah nk kerah idea.lgpun awak citekn ttg dont judge is cover..kdg kdg prlukn jgk cite kco hubungan org kn..demi mnambahkn sgala perisa dlm cite.wjrlh ada konflik.pnggangu.tp ttp dpt diharungi bsama


NovelPlus Premium

The best ads free experience