BAB 3~NONA..?

Romance Completed 19151

SETELAH berjaya melakukan pembedahan atas tunangnya. Ariel terduduk lemah di ruangannya, sambil membelek-belek subang di tangan.

"Kau dah kenapa?. Dari bilik bedah lagi, kau dok termenung. Macam tak percayakan sesuatu. Why?." Soal Raffa hairan.

"Kan aku pernah cakap dekat kau, yang aku pernah rogol seorang gadis ni. Dan, sampai sekarang aku masih cari dia. Aku nak tahu sangat keadaan dia. Tapi malangnya aku tak jumpa."

“Jadi apa masalahnya, dengan tunang kau?. Tadi pun, hampir saja dia mati tau. Sukalah kau kalau dia mati."

"Aku serius ni."

“Ada nampak aku main-main ke?. Bukan kau sendiri ke yang cakap, yang kau tak suka dia. Harap dia mati cepat, supaya kau boleh lari dari perjodohan tu. See, kalau kau tak tolong dia tadi. Memang arwahlah dia."

"Dialah, perempuan yang aku rogol tu."

"Apa!?. Seriuslah!. Kau jangan main-main."

"Kalau aku tahu Nona cantik tu, tunang aku. Taknya, aku rosakkan dia. Huh. Ni kalau dia bangun. Tahu aku ni tunang dia. Alamatnya, matilah aku."

"Bukannya mati lagi. Masuk kubur terus."

“Apa aku nak buat ni?. Streslah. Dalam sehari, 2 masalah datang sekaligus."

“Tapi dari kondisi dia tadi. Eca berpeluang untuk hilang ingatan. Sebab, kecederaan pada kepala dia teruk. Kau sendiri tengok tadikan keadaan dia macam mana. Peluang untuk dia hilang ingatan besar. Jika benar, dia hilang ingatan. Kau tak perlu risau, tentang kisah hitam korang tu. Dia takkan ingat punya.

"Lambat laun ingat juga dia nanti."

"Memanglah. Tapi kau yakin, itu gadis yang kau cari?."

"Aku tak pasti. Rupa macam dia. Tapi tak mungkin, Nona cantik kesayangan aku tu orang kaya. Kancil pun lapuk."

"Orang pandai berubah. Sekarang 2024. Setahun yang lalu, lama tu."

"Aku rasa bukan dia. Mungkin saja pelanduk dua serupa. Nona yang bersama aku setahun yang lalu, dia berisi. Chubby gitu. Rambut dia pendek, warna perang. Baju pun macam orang kampung. Tak mungkin itu Eca."

"Kalau kau rasa itu bukan dia. Baguslah. Taklah bangkrup company kau nanti. Datuk Noah, bukan orang yang boleh bawa main. Walaupun dia dok kampung, tapi jika melibatkan cucu kesayangan dia. Malam ni juga dia berangkat ke KL tau. Macam sekarang."

“Kalau tidak kerana company aku nak lingkup. Taknya aku setuju kahwin dengan budak manja tu."

"Kau belum kenal dia. Bolehlah cakap macam tu. Nanti, kalau dah kena panah cinta. Kentut pun wangi bunga ros."

"Kau. Pandai-pandai je. Dahlah, aku nak kemas barang ni dulu. Habistu nak balik."

"Awalnya kau balik. Eca macam mana?."

“Aku dah tolong diakan. Pandai-pandailah hidup. Aku nak tengokkan Arhan, pasti dia rindukan aku."

"Arhan siapa pulak ni?."

"Aku penat. Nantilah aku cerita."

"Oklah, aku pergi dulu."

"Kalau ada apa nanti, bagitahu aku."

"Baiklah Dr.Ariel." Jawab Raffa lalu melangkah pergi.

Sedang dia sibuk mengemas biliknya, terlihat telefon bimbitnnya mendering tanpa henti, membuat dirinya rimas dengan deringan itu, lalu di angkatnya malas.

"Assalamualaikum papa."

"Waalaikumsalam Ariel."

"Papa call Ariel ni ada apa?. Ariel busylah sekarang."

"Macam mana dengan keadaan Eca?. Pembedahan semua lancar?."

"Alhamdulilah. Semuanya lancar. Hanya saja, menunggu dia sedar. Tapi, kecederaan dia memang teruk, terutama pada bahagian kepala. Kalau lambat, boleh membawa maut."

"Alhamdulilah. Papa tak sempat pergi jengguk dia. Maklumlah, mama kamu tak berapa sihat. Tak boleh di tinggal sendiri. Well dia makin membaikkan?."

"Macam tulah pa, tapi masih belum sepenuhnya ok. Tengoklah macam mana keadaan dia nanti. Kalau dia dah sedar, baru Ariel tahu, kondisi dia seperti apa."

"Oklah. Papa nak kamu jaga dia sebaik mungkin. Jaga dia sampai Eca betul-betul pulih sepenuhnya, kerana dia bakal isteri kamu, lagipun kita dan keluarga dia rapat. Jangan di sebabkan kamu, semuanya musnah. Papa tak nak perkara ni berlaku."

"Pa !, Ariel takda masa lah nak jaga dia 24 jam. Ada banyak lagi pesakit yang memerlukan Ariel, bukan dia saja. Dah cukup untung Ariel selamatkan dia. Takkan perlu jaga dia juga."

“Ini kewajiban kamu untuk jaga dia, kerana dia pendamping hidup kamu nanti.”

"Malam ni, Ariel busy. Jadi Ariel dah suruh Dr Raffa uruskan dia sementara Ariel takda. Jadi papa jangan risaulah."

"Ariel !, ini perintah papa. Kamu harus laksanakan. Papa nak kamu jaga bakal isteri kamu tu sebaik mungkin. Jangan sampai anak kamu papa bagi dekat orang lain."

“Jap. Macam mana papa tahu?.”

"Ingat kamu boleh sembunyikannya dari pengetahuan papa ke?. Memang taklah. You know jika orang-orang tahu tentang perkara ni yang kamu dah ada anak, hasil dari hubungan terlarang. Papa yakin yang reputasi kamu akan terjejas sekaligus papa juga terkena tempiasnya. Bahkan keluarga Eca, akan tarik balik kerjasama mereka dengan kita. Ariel tahu sendiri akibatnyakan. Jadi tolong, papa mohon jaga Eca dan layan dia sebaik mungkin. Jika tidak, semuanya akan musnah dengan sekelip mata. Kamu tak nakkan, Star Diamond group lingkup."

Ariel menghela nafas panjang, lantas menghembus perlahan sambil menyandar belakangnya di kerusi.

"Baiklah pa, Ariel akan jaga dia seperti mana yang papa inginkan. Tapi dia tahu ke yang Ariel ni bakal suami dia ke?." Soal Ariel menginginkan kepastian.

"Tak, sebab sekarang belum masanya. Dia perlukan waktu untuk cerna apa yang berlaku sekarang. Jadi, kamu buat seperti dokter dan pesakit. Jangan bagitahu dia yang kamu tu bakal suami dia. Papa tak nak dia terkejut." Pesan papanya.

"Ok !, tapi kalau Ariel tercakap macam mana?. Ariel rasa lebih baik berterus terang jelah. Apa susahnya. Lambat laun, dia akan tahu juga siapa Ariel ni."

"Papa tak perduli dengan pendapat kamu. Ingat !, jangan sesekali bagitahu dia tentang perjodohan ni. Jika tidak, nahas kamu papa buat. So papa letak telefon dulu. Tapi ingat jaga dia sebaik mungkin, seperti mana kamu jaga nyawa sendiri. Kalau papa dapat tahu yang kamu hanya sambil lewa sahaja, apatahlagi berkasar dengan dia. Jangan salahkan papa kalau anak kamu papa hantar ke rumah kebajikan anak yatim, atau papa bagi dekat orang lain. Papa tak main-main. Kalau berani, buatlah." Ugut ayahnya, Lalu mengakhiri panggilan.

"Ish, boleh pulak dia nak hantar cucu dia sendiri ke rumah kebajikan anak yatim. Anak dia siapa sekarang ni, aku ke Eca?. Mentang-mentang keluarga dia berjasa, aku tak boleh nak bersuara. Oi !, kenapalah hidup aku macam ni." Keluhnya.

Di capainya sekeping gambar yang terletak di atas meja, lalu menatapnya dengan tatapan sinis. "Muka bukan main cantik lagi. Ada iras-iras Jisoo Blackpink. Tapi sayang, kau bukan gadis pilihan aku. Kenapalah nenek pilih kau jadi isteri aku sedangkan banyak lagi perempuan dekat luar sana yang lebih baik dari kau. Hanya kerana keluarga kau banyak berjasa, aku perlu kahwin dengan kau. Huh. Tapi kalau di pikirkan balik, kau tak salah sebab, kita sama-sama di jodohkan. Well kita cuba. Tapi aku tak jamin, kita bahagia. Sebab aku, playboy. Tak cukup satu perempuan. Nasib kaulah dapat aku." Katanya, beserta ketawa girangnya.

“Baik aku pergi enjoy dulu. Tenangkan fikiran. Dan kau, nanti-nantilah ya.” Katanya, lalu melangkah pergi.

• • •

KELUHAN demi keluhan yang keluar dari mulut Tuan Arwin ketika memikirkan tingkah anak bujangnya. Rasa kecewa, rasa marah menjadi satu. Namun, semuanya sudah terjadi. Apa yang penting sekarang, adalah perkahwinan mereka harus di laksanakan.

"Macam mana dengan Eca?."

"Alhamdulilah sayang, semuanya berjalan dengan lancar. Hanya saja anak kita ni. Rasa nak hempuk je kepala dia."

“Apa lagi yang dia buat abang?.”

"Huh, entahlah sayang. Abang dah pening dengan perangai anak kita tu. Kalaulah tak jadi perkahwinan ni. Apalah yang terjadi pada company kita nanti. Abang risau."

“Biarlah dia menentukan pasangan dia sendiri. Kalau boleh pun, sayang tak nak Eca jadi menantu kita. Eca mana reti jaga Ariel. Budaknya tak matang lagi. Baik Qis, pandai juga buat kerja dapur."

“Eca anaknya manja sebab dia satu-satunya anak sekaligus cucu perempuan dalam keluarga dia. Setakat kerja dapur. Banyak pekerja yang buat semua tu. Buat apa susah-susahkan.”

"Tetap saja dia sebagai perempuan, harus belajar basic tentang rumahtangga. Takkanlah Ariel hari-hari, makan masakkan tukang masak je. Jemulah dia."

"Tentang tu, sebaiknya sayanglah yang ajar dia. Sayangkan ibu mentua dia."

"Tengoklah. Orang macam tu takda telinga, susah nak masuk otak."

"Suka hati sayanglah. Walaupun sayang tak suka dia, Eca tetap akan jadi menantu kita tau. Jangan lari dari takdir ni." Kata Tuan Arwin lalu melangkah keluar dari biliknya.

‘Ish. Mentang-mentang dia kaya. Kekurangan bagaikan kelebihan. Puih.’

• • •

RQ ROYAL CLUB,

Tempat yang menyediakan, hiburan yang semestinya menyenangkan. Namun club ini hanya menerima pelangan vvip dan ia pasti berumur 21 tahun keatas sahaja. Club ini di buat hanya untuk bersenang-senang tanpa mengambil kira keuntungan sama sekali, kerana pemiliknya sudah cukup kaya sehingga tidak memerlukan duit lagi. Gila bukan?.

Sementara di ruangan private, terlihat Ariel hanya termenung sahaja. Tanpa ia sedar lagi, kehadiran Tan dan Adry yang berada di sampingnya.

"Dr Ariel. Kenapa di kau hanya termenung sahaja. Ada masalah ke?."

"Eh !. Korang bila masa ada dekat sini?." Soalnya hairan.

"Dah kau termenung sampai ke bulan. Mana kau perasaan kami ni. Kau dah kenapa?. Nampak monyok je dari tadi. Putus cinta ke?."

"Yelah. Berat sangat ke masalah kau tu, Dr Ariel?." Soal Adry.

"Nak di katakan berat, taklah juga. Aku hanya keliru. Itu saja."

"Aku tahu, mesti kau perlukan hiburankan. Kebetulan, tu ada amoi baru. Pucuk muda, baru masuk 18 tahun. Tengok mata dia, asyik pandang kau je. Apalagi, sikatlah." Pujuk Tan.

"Bro, aku dah bertunang. So aku kena jaga perasaan tunang aku." Tolak Ariel, sambil menunjuk cincin di jari manisnya.

"Apa?,  tunang !." Kata mereka serentak.

Betapa Tan dan Adry terkejut dengan apa yang di katakan playboy seperti Ariel. Tunang?.  Itu mustahil bagi seorang Ariel akan setia pada satu perempuan sahaja.

"Kenapa muka korang macam tu?. Santailah. Dah macam tengok kuman bagi ucapan pulak." Katanya, sambil meneguk air suam itu.

"Wei !, siapa yang tak terkejut. Kau tu mana cukup dengan satu perempuan je. Bahkan setiap hari, kau tukar-tukar perempuan untuk hiburkan kau. Aku macam tak percaya. Seriuslah."

"Yelah. Kau jangan main-main."

"Aku dah lama bertunang, hanya saja aku tak hebohkan pada korang. Lagipun, aku tak suka dia pun. Semua yang terjadi, atas perjodohan keluarga. Aku harus turuti, kalau nak hidup lama."

"Dengan siapa?. Yana ke?." Soal Tan ingin tahu.

"Jangan sebut nama dia lagi, menyampah pulak aku dengar."

"Ai. Kau dengan diakan cinta mati kot, sampaikan ada anak bersama. Sekarang, kenapa menyampah pulak?."

"Ya, itu dulu. Sekarang aku dah bertunang dengan seorang gadis menurut aku oklah, dari Yana. But sejujurnya aku tolak perjodohan ni sebab, dia bukan yang aku cari. Namun jika di pikirkan balik, keluarga dia banyak jasa pada keluarga aku. So nak buat macam mana, teruskan jelah."

"Siapa?, kami kenal ke?."

"Kenal. Tapi buat masa ni masih rahsia. Aku tak nak bagitahu korang dulu."

“Ala. Kau sukalah buat kami penasarankan.”

“Biasalah hobi."

"Tapi, dia terima ke kau yang playboy ni?."

"Aku tak kisah sama ada dia terima aku ke tak. Jika dia tak terima aku, maka siap dia aku kerjakan. Tak silap-silap, malam pertama dekat hospitallah jawabnya."

"Kau memang tak pandai berubah. Dah jadi bapa-bapa pun, still dengan perangai psycho kau tu."

"Hei Adry. Kalau aku jadi Ariel pun, aku buat benda yang sama.  Barang baik kot. Rugi tak rasa."

"Betul."

"Suka hati kaulah."

"Tapi tulah, aku mengharapkan gadis setahun yang lalu, yang akan menamatkan pencarian cinta, dan menjadi pendamping hidup aku buat selama-lamanya. Tapi, takdir pulak menyatukan aku dengan si budak sengal tu. Oi, stres."

"Ok, ok. Aku tak nak kau stress, so nah air beer terbaru dekat club aku. Sedap tau."

"Aku dah berhenti minum alkohol." Lalu meneguk air suam yang telah di sediakan. Membuatkan kedua-dua kawannya saling berpandangan satu sama lain.

"Oh ok !." Itu sahaja yang mampu Tan katakan, kerana Ariel banyak berubah. Dari setia pada yang satu, dan yang paling mereka terkejut adalah Ariel berhenti minum alkohol. Sedangkan kawannya itu pencandu minuman keras.

"Baiklah, aku gerak dulu. Tak dapat lama."

"Eh, awalnya. Lepaklah dulu."

"Aku nak tengokkan tunang aku. Kang dia lari,  masalah pulak yang datang."

"Oh, kalau macam tu. Hati-hatilah, dah malam juga ni. Kalau ada masa nanti, kami ke sana."

"Ok." Jawab Ariel, lalu melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience