Bab 10

Humor Series 30996

Azlan menghidupkan enjin motornya. Setelah 3 minit berlalu begitu saja. Kemudian, Azlan menyarungkan helmet dan terus memacu motornya. Melalui pintu keluar itu sambil matanya memerhati buat terakhir kali gadis idamannya itu. Sudahkah aku gambarkan betapa indah dan bidadarinya seorang Lisa ini?

Kali ini, Azlan dapat melihat sekali lagi wajah Lisa yang begitu indah setelah sekian lama.

Azlan tersenyum puas.

Baginya, biarlah dia terus berharap. Baginya, biarlah andai itu yang lebih manis. Azlan masih lagi takut sebenarnya, andai kata dengan hanya menyapa gadis itu, segala perasaan manis yang dia sedang lalui sekarang ini bertukar menjadi memori paling hitam. Siapa tahu?

Tidak mahu dia melalui saat sebegitu walaupun sebelum ni, semangat Azlan nak menegur tu bukan main membuak-buak.

Azlan nekad tidak mahu juga untuk menyapa. Tak mengapalah.

Tambahan pula, aku ni kan jenis pemalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience