Rate

BAB 1

Romance Series 4292

Ting..Ting..Ting.. bunyi degupan jantung dari sebuah mesin. Adian lihat jam 3 petang. Baru sahaja lelaki semua solat Jumaat. Penghulu segala hari. Melainkan seorang lelaki yang terlantar bujur tubuh. Hanya dapat lihat dari cermin kaca. ICU. Hospital Selayang menjadi saksi kepada tubuh Azrie.

Adian menangis. Esakan seperti budak kecil. Rasanya baru semalam berbuka puasa bersama. Tiba-tiba nafas abang kesayangannya tersangkut entah kenapa. Sememangnya, Azrie pesakit jantung sejak kecil tapi bukankah tahun lepas Doktor dari Institut Jantung Negara (IJN) isytiharkan abang sihat sepenuhnya?

Adian rasa lemah. Hanya Allah dapat merubah segala takdir yang ada depan mata. Kelihatan dibilik doktor tak jauh dari bilik Azrie, Pn Adila dan En Zulkhairi sibuk bertanyakan tentang keadaan anak sulung mereka.

Pn. Adila seakan melangkah perlahan. Tinggalkan En Zulkhairi masih bincang dibilik doktor pakar. Pn. Adila menuju ke arah Adian yang lebam matanya menangis sepanjang hari.

Bahu Adian di sentuh "Adian..." Suara sendu dihujung telinga Adian.

"Abang.... dah tak lama. Doktor jangka mungkin hari ini atau esok."

Makin laju air mata Adian. Terlalu sedih. Tiada suara melainkan air mata yang basah. Adian bakal kehilangan abang kesayangannya. Tempat meluahkan perasaan, bergaduh, bermanja dan apa sahaja.

zrrruummm zrrrummm. gegeran telefon Adian terasa dalam kocek. Nombor dari kawan baiknya Nadrah.

"Hello..." suara Adian tersedu-sedu. Cuba tahan nada. Adian berjalan keluar dari kawasan ICU meninggalkan Pn. Adila yang masih berdiri di cermin wad anak sulungnya, Azrie.

"Dian.. kau okay ke?"

"Kenapa call aku?"

"Kenapa kau nangis, kau da tahu ke berita aku nak sampaikan ni?"

"Berita apa?" jantung Adian kencang. Apa pula kali ini?

"Hariz, dia dah bernikah dengan perempuan jiran dia"

Adian senyap. Adian tutup mulut. Hancur hatinya. Hariz lelaki paling Adian cintai. Hariz tiba-tiba hilang. Entah ke mana. Puas mencari. Tup..Tup.. Hariz dah bernikah. Kali ini Adian tak keluarkan air mata. Terasa hati terlalu hancur sehinggakan tiada lagi kolah di mata untuk dialirkan.

"hello?? hello? Adian? Kau dengar tak?"

Adian matikan talian. Terus matikan telefon. Adian cuba bina tembok kekuatan hati. Susunan tembok seakan mahu jatuh. Adian lemah. Namun, Adian masih gigih untuk melangkah malas masuk semula ke kantor abangnya.

Berita itu menambahkan berat rasa di dada Adian. Tiba-tiba, mata Adian membulat bila melihat mama dan papa cemas. Berlari Adian ke arah itu. Melihat abang dalam nafas kencang. Adian tidak dibenarkan masuk. Hanya perhati dari cermin. Doktor cuba sedaya upaya. Adian terpinga. Hilang arah. Samar. Tak tahu apa Adian perlu lakukan sekarang ni.

Tittttttttttt bunyi mesin. Satu petanda bahawa jantung seseorang itu berhenti. Adian melihat mama terduduk. Tekup muka. Papa pula peluk bahu Mama seakan cuba menenangkan Mama. Abang dah tiada??? Allah sakitnya.

Terasa dada Adian dihenyak dek batu yang sangat berat. Adian kehilangan kekasihnya. Adian kehilangan Abang. Dalam hari dan waktu yang sama. Mata Adian berpinar. Sakit.

"Adian????!!!!! menung apa tu" Profesor Abu Bakar berada betul di hadapan meja Adian.

"Saya tanya kenapa tak jawab?" Mata Prof. Abu Bakar menakutkan. Seakan nak terkeluar. Jauh sangat Adian termenung. Mengimbau kenangan pahit 3 tahun lepas. Adian terkebil-kebil. Tersengih macam kerang busuk.

"Hurmm Prof. Saya nak terkencing. Tak dapat nak fokus. Saya ke tandas kejap ya!" Terus angkat punggung berlari keluar. Selamatkan diri cepat!

Prof Abu Bakar geleng kepala. Prof Abu Bakar kembali ke meja depan.

Ashraff? Duduk sebelah meja Adian sempat belek buku rujukan Adian. Gambar lukisan Doraemon? Mentang-mentang Prof Abu Bakar tu bulat. Doraemon yang dilukisnya. Alahai Adian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience