16

Drama Completed 10559

Rakan sekerja arash datang melawatnya.aku berkurung dibilik. hari ini ke 18 aku berpantang.. dan selama itu lah dia tidak menjengah ke bilikku apatah lagi menyentuh anakku. gadis yang ku ketemu di kedai baju tempoh hari turut hadir. pintu bilik ku diketuk.
"masuk lah"ujarku.gadis itu masuk ke bilikku dan duduk di tepi ku. pipi anakku di oles lembut
"alah comelnya"pujinya
"dah berapa hari dah"soalnya
"lapan belas"dia mengangguk.
"hensem macam arash"pujinya.aku tersenyum.
"saya simpati dengan apa yang terjadi, dalam usia muda macam ni awak dah tak boleh melahirkan lagi"ujarnya.aku terdiam. mana dia tahu
"arash ada beritahu, pelakunya masih belum dapat ditangkap"dia cerita akan kejadian itu pada gadis ini..siapa dia ni penting sangat ke dia ni sampai nak kena beritahu semua...
"dalam usia korang yang muda, arash mesti nak anak lagi.. kesian dia"ujar gadis itu lagi.apa....siapa dia yang nak cakap macam tu dekat aku..selimutku kugenggam kemas.
"arash.. baby ni muka macam you.. comel.. "tempik gadis itu. didukung bayi itu ke ruang tamu. dia duduk disebelah arash. arash mengusap anakku yang berada dipangkuan gadis itu. tampak seperti pasangan yang bahagia. airmataku menitis. aku kembali berbaring di katil.
"eh bila sampai.. maaf makcik baru balik dari gerai"ujar ibu yang baru pulang. ibu menghampiri ku.
"anisa nak makan"soal ibu
"takpe ibu.. anisa buat sendiri nanti"ujarku
"kenapa mata bengkak, nangis ye.. anisa dalam pantang jangan dilayan sangat perasaan, bahaya"ujar ibu..
"baik ibu"ibu keluar lalu kedapur untuk menghidangkan minuman kepada tetamu. aku hanya memerhati dari dalam bilik.. arash kelihatan selesa dengan situasi itu...sudah lama aku tidak melihat senyuman itu.

aku mahu mandi. aku bertembung dengan arash yang baru keluar dari bilik air.aku memandangnya tapi tidak diendahkannya malah dia berpaling ke arah lain.aku tahu ibu perasan akan reaksinya itu tapi aku diamkan saja.arash ada didapur sedang menikmati minum petang.
"anisa meh makan.. kejap ibu bancuhkan milo untuk anisa. aku duduk dikerusi. arash bangun dan berlalu pergi. hati aku cukup sedih dengan tindakannya itu.
"sabar ya.. anisa makan dulu kejap ibu cakap dengan dia.."ibu ke ruang tamu dimana arash berada
"iyan, kenapa buat anisa macam tu marah ibu
"iyan buat apa"soalnya
"kenapa kamu layan dia macam tak wujud"marah ibu lagi
"ibu nak iyan buat apa, macam mana"soalnya
"sejak anisa bersalin, kamu langsung tak hiraukan dia.. kamu langsung ambil peduli pasal dia.. sedangkan dia isteri kamu"marah ibu lagi
"dengan keadaan iyan macam ni, ibu nak iyan buat apa"ujarnya.nadanya tinggi seoktaf
"jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. "ujar ibu.
"apa iyan boleh buat dalam keadaan macam ni.. sedangkan iyan sihat pun tak boleh lindung isteri inikan pula bila dan bertongkat macam ni"ujarnya.sesalnya terluah.
"habis tu iyan nak biarkan je anisa dengan baby macam tu"ujar ibu lagi. arash terdiam. aku masuk ke bilik dengan harapan setidak tidaknya pandanglah aku walau sekilas. namun hampa. dia tidak mengendahkan ku.

Syirah datang melawatku. kali ini dia datang dengan sir rahimi.arash masih begitu.
"hajar nak apa apa, saya ambilkan"soalnya
"tak apa saya dah kenyang"balasku
"baby nama apa"soalnya.aku menggeleng
"belum beri nama lagi"dia agak terkejut
"dah berapa hari dah awak bersalin"soal sor rahimi
"dah 23 hari"aku terdiam
"nak saya uruskan pendaftaran bayi"pelawanya
"hah elok la ada yang nak tolong.. bin tu kalau boleh letak nama kau sekali.. "ujar arash. kami tersentak.sir rahimi kelihatan marah lalu keluar dari bilikku
"aku kalau boleh aku nak je tapi bapa dia masih hidupkan.. lagi pun dia isteri kau"tengking sir rahimi
"engkau kan ada hati dekat dia masa ni lah kau nak buktikan yang kau sayang dia"perli arash
"ARASH SUFIYAN"tempikku
"aku tak tahu apa masalah kau hingga kau jadi jantan bacul.. hajar memang tak layak hidup dengan jantan macam kau"syirah bersuara
"kalau kau nak tambat hati dia semula silakan aku tak halang.. sebab bagi aku dia bukan siapa siapa"kata katanya itu sungguh menyakitkan. aku menangis semahunya.sir rahimi dan syirah mendapatkan aku yang tereska esak.
"sudah jangan nangis, kita buat satu persatu dulu... saya pergi daftarkan nama baby dulu ya"ujarnya.aku mengangguk. aku syirah dan sir rahimi memilih nama untuk baby. HARIS AYASH. sir rahimi dan syirah pergi ke pejabat pendaftaran untuk mendaftar kelahiran Haris.aku terdiam. tiada apa apa yang yang ingin aku bualkan. Arash melintas dihadapanku tanpa sepatah kata apatah lagi memandangku. aku memmang tidak berguna lagi padanya.dia jijik barang kali.

"oh dah daftar ke.. HARIS AYASH. cantik nama tu."puji ibu. aku hanya tersenyum. ibu mendukung haris memberi peluang untuk ku makan dengan tenang.
"iyan.. apa iyan rasa bila ada orang amik berat pasal anisa dan baby"soal ibu
"baguslah"jawabnya tenang
"what... iyan takde rasa bersalah ke.. iyan takde rasa sedih"marah ibu
"nak marah untuk apa.. bagus la kalau ada orang amik berat pasal dia"wah senangnya dia cakap... aku ni bola ke main tendang tendang
"arash sufiyan kamu tahu tak apa yang kamu cakap ni"marah ibu
"biar lah ibu.. anisa pun dah tak kisah.. anisa dah boleh hadap dah semua ni.. cuma anisa minta jangan buat anisa seperti manusia yang bergantung tak bertali...kalau nak tamatkan tamatkan saja tak perlu tahan"ujarku.ibu terkejut. reaksi arash aku tidak pasti
"anisa bertenang ya.. jangan buat keputusan melulu.. "pujuk ibu
"tak ibu anisa dah fikir masak masak... anisa dah tak boleh beri iyan anak.. iyan pun dah jijik dengan anisa sbb kejadian tu.. tak pe anisa terima tapi jangan jadikan itu satu alasan yang dia boleh sesuka hati nak ikat anisa dan abaikan hak anisa untuk bahagia.anisa boleh bahagia dengan haris"ujarku
"dengan haris atau sir rahimi"tengkingnya
"kalau iya pun apa masalah kau.. kau yang beri izin untuk dia jalankan tanggung jawab kau, jadi bagi aku tiada masalah"provok ku. arash memandangku geram
"korang berdua ni kan...selagi ibu hidup jangan terlintas untuk bercerai tanpa sebab munasabah.. korang hanya mangsa...anggap ini ujian dari Allah.. sepatutnya saling membantu bukan saling bertelagah."marah ibu. kami terdiam. haris dipulangkan ke pangkuanku. arash berjalan ke biliknya dengan amarah.

"ibu nak jue tolong apa apa tak"soal gadis itu yang datang melawat arash.
"bawakan ini masuk bilik anisa, dia belum makan lagi"ujar ibu. tidak lama kemudian talam yang berisi nasi dan air masak diletakkan ke atas meja.
"hai baby... apa khabar hari ni"gadis itu memegang pipi haris.
"jue"panggil arash lembut. amboi kemain lagi...aku duduk dikerusi dan makan.malas aku nak amik kisah dorang.
"arash nak apa apa ke"soal gadis itu.. dalam tidak mahu ambil tahu telingaku tetap curi curi dengar.
"tolong ambilkan arash air.. dahaga"pinta arash
"kejap ya"gadis itu bangun dan ke dapur. nasi yang ku ramas menjadi bubur.
"bila buka besi"soal gadis itu
"minggu depan"ujar arash. mereka berbual mesra. aku teramat sedih.. kenapa dan mengapa.
"anisa dah habis makan"soal ibu
"dah ibu"ibu mengalihkan talam itu ke tepi
"ibu harap anisa beri masa untuk iyan..dia sebenar kecewa dengan diri dia.. dia perlukan kekuatan untuk bangkit semula"ujar ibu
"tapi ibu tak bermakna dia harus abaikan kami"aku tidak mahu mengalah
"dia tak abaikan cuma rasa bersalah dia..sebab dia gagal lindung anisa malam tu.. apatah lagi rahim anisa terpaksa dibuang..lagi lah dia sedih...rasa bersalah dia hanya Allah yang tahu"cerita ibu
"habis anisa tak sedih.. tak rasa bersalah.. anisa dirogol bukan suka suka nak dirogol"nada ku tinggi seoktaf
"dah tu kau jangan nak simpan harap yang tinggi"tempik arash
"aku tak simpan harap yang tinggi arash sufiyan.. aku cuma mahu hak aku dan haris sahaja.. kami pun berhak bahagia dan gembira"tempikku
"sudah sudah"marah ibu. arash dan gadis itu turun ke laman.mereka duduk di bawah pohon ceri.sakit hatiku hanya Allah yang tahu. aku menangis sendiri.
"weh kau kenapa"entah bila syirah datang bersa sir rahimi pun aku tak tahu.qayyum dan redza pulang bersama sir rahimi.
"aku tak tahu apa salah aku dia buat aku macam ni"syirah memelukku.sir rahimi yang memerhati.
"sabar ya, aku tahu kau kuat.. kuat demi haris"pujuk syirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience