VS19

Drama Completed 85759

Totoya Hilux milik Daim sudah lurus kedalam parkir rumahnya. Eva dah awal-awal turun dan memasuki rumah wanita itu.

Nafas ditarik selepas tubuh terbenam kedalam rumah, langkah kaki Daim diteruskan hingga masuk ke ruang dapur.
Peti ais dibuka, kotak Dutch Lady Strawberry diambil dan dituangkan kedalam gelas.
Terasa sejuk di tekaknya saat susu berwarna pink itu mengalir perlahan.

Dua kali teguk, gelas sudah kosong. Daim meletakan gelas kosong dan kotak susu diatas seraya menarik kerusi dan menghenyakan punggungnya.
Hujung jari menyentuh sisi dahi kiri, baru terasa pedih. Mungkin terluka akibat terkena stereng kereta sebentar tadi.
Kalau lah lambat sikit Daim memusing arah pacuan empat rodanya, dah tentu keretanya akan kemalangan.

Dia tak salah Eva, Daim tahu Eva kecil hati atau mungkin juga wanita itu marah kerana dengan sengaja dia mencuri ciuman wanita itu.
Maafkan aku Eva.. mungkin kau rasa aku bertindak melulu. Tapi hati aku bagai dipagut sekali saat bibir mekar kau aku sentuh.

Daim meramas belakang tengkuknya, mata dipejam erat.
Kenapa lah Eva nak jumpa dengan Lukas lagi? Masih mekar kah cinta mereka?
Sekali lagi keluhan dilepaskan.

“Im..”

Cepat Daim membuka mata, Eva yang memasuki dapur tiba-tiba, dipandang. Tubuh wanita itu menghampirinya
Medical kit yang berada ditangan diletakan diatas meja, seraya Eva melabuhkan punggung bersebelahan suaminya.

Daim hanya kaku melihat.

Eva merapatkan kerusinya menghampiri Daim, juntaian rambut didahi lelaki itu diangkat naik. Mata surup memandang segaris luka dihujung dahi kiri dengan darah merah yang sudah kering.
“sakit Im?”

Daim telan air liur, mengangguk tidak menggeleng pun tidak.

Soalan Eva tidak dijawab, namun wanita itu tidak mengalah.
Botol kecil berwarna coklat dengan perkataan FLAVIN diambil dari dalam Medical Kit dan membuka penutupnya.

Kapas kecil didalam ‘Zip bag’ dikeluarkan dan mengambil sedikit cecair berwarna kuning yang keluar dari botol FLAVIN.

Tanpa meminta kebenaran, sekali lagi hujung rambut Daim diselak keatas, dan Eva menekap lembut kapas yang sudah basah dengan ubat pada luka lelaki itu.

Daim terus diam, Pipi terasa hangat saat nafas Eva dihembus perlahan. Matanya tegap pada bibir wanita itu yang masih belum puas dirasa.
Ingin dia sentuh sekali lagi kelopak bibir Eva, ingin di kulum hingga liur wanita itu dapat disatukan sepenuhnya dengan lidah Daim.
Hargg! Daim pejam mata. Kepala digeleng laju!
Blue brain sila menjauh!

Melihat aksi Daim, segera Eva melarikan wajah, kening bercantum erat.
“Sakit ke Im?”
Soalan yang sama dirasa, namun kali ni lebih tegas.

Kelopak mata Daim dibuka.
“Err.. tak.. aku okay.”
Hah. Tergagap kau Daim?

Eva mengangguk, kerjanya kembali diteruskan. Selesai meletakan ubat berwarna kuning, sekeping ‘plaster’ diambil dan dilekatkan pada luka lelaki dihadapanya.
Hati dipaut rasa bersalah, jika dia tak ikut kata hati tadi, dah tentu Daim takkan terluka. Lebih parah jika Daim tak sempat mengelak, mungkin mereka akan mengalami kemalangan yang lebih teruk.

Aargghh! Kenapa lah kau buat sesuatu tanpa berfikir panjang Eva?

Sekali lagi hujung jari Eva menyentuh luka Daim yang sudah ditampal plaster.
“Kau taknak pergi hospital ke Im?”

Daim mengeleng kepala.

Jari kecil Eva terus bermain di dahi lelaki itu.
“Betul kau tak sakit?”
Sekali lagi soalan cepu emas ditanya lagi.

Dengan perlahan, Daim mengambil tangan Eva dan diturunkan kebawah sebelum menekap tapak tangan kecil itu kedada bidangnya.

Eva menurun pandangan dan bercantum dengan bola mata Daim yang sedia memandangnya.

“Sini yang sakit Eva.”
Makin kuat Daim merapatkan tangan Eva pada sisi kiri dadanya.

Kali ni mata Eva turun lagi mengenainya kedudukan tangannya yang masih dalam gengaman lelaki itu.

“Hati aku yang sakit Eva...”

Eva faham walaupun jika Daim tak menyatakannya.
“Maafkan aku Im.. ini semua salah aku.”

“Ssshhh...”
Daim meletakan jari terlunjuknya pada bibir isterinya.
“Dah lah Eva, kita jangan cakap lagi pasal tadi.”

Liur pekat ditelan payah dari kerongkong Eva, mata kembali bertaut dengan pandangan tajam Daim yang selalu membuat hati wanitanya cair.

Dada kekar Daim terangkat tinggi saat nafas ditarik, kedua tangannya mencapai bahu Eva dan menjarakan sedikit wajah wanita itu darinya.
Jika dibiar nafas Eva menampar rautnya, Daim takut dia sekali lagi tak dapat nak kawal perasaanya.
“Selepas ni apa saja yang kau nak buat, please.. aku mintak kita berbincang dulu..”

Eva tak menjawab, wajah ditundukan namun Daim menyeka dengan jarinya sebelum mengangkat kembali wajah wanita itu supaya memandangnya.

“Kita jadi seperti dulu ye, jangan gaduh, jangan bermasam muka. Apa saja marah kau pada aku, kau luah kan.”
Daim berhenti sejenak sebelum menyambung ayatnya.
“ Aku mungkin tak boleh jadi suami idaman kau, tapi bagi aku peluang supaya hubungan kita terus bersama seperti dulu.”

Kelopak Eva tak berkelip, bola mata tegap memandang Daim.

“Jika kau ingin terus bersama Lukas, aku takkan halang, aku...”

“Aku taknak bersama Lukas.”
Eva pantas memangkah ayat Daim.
Matanya menangkap halkum lelaki itu yang semerta bergerak kebawah menelan liur.
Aku nak bersama kau Daim.

“Eva...”

Mmm...
Wajah Eva kembali diangkat ketika suara garau husky milik Daim melalui koklea telinganya.

Tangan Daim mengambil kedua sisi kepala Eva dan dirapatkan kewajahnya.
“Aku...”

“Im!!! Kau kat mana?! Gambar kau tengah viral sekarang ni!”

Serentak wajah Eva dan Daim menoleh ke pintu dapur. Dan saat tu juga tubuh Clara tersembul di muka pintu.

Wajah kakak Daim itu kedu ketika melihat pasangan suami isteri dihadapanya. Mulut dibulat besar, kelopak mata dikedip berkali-kali.
Antara terkejut dan teruja, Clara rasakan dua-dua perasaan itu sedang bermain di fikirannya sekarang ni.
Lantas air liur diteguk sebelum bersuara.
“Oopps! Sorry, akak kacau daun.”
Bibir menyengih tinggi sebelum badannya ingin dipusing kembali keluar dapur.

“Errr.. Takpe kak, Eva nak balik rumah ni.”
Segera tubuh Eva menolak kerusi duduknya dan menegakan badan.

Clara kembali berpaling. Hati rasa serba salah.
“Eh! Takpe la, korang terus kan lah. Akak nak naik bilik.”

Teruskan apa?
Errgghh Kak Clay tolong la jangan fikir lebih-lebih. Malu Eva.
“Err.. Eva ada hal, Eva balik dulu ye.”
Tanpa menunggu jawapan lagi, Medical Kit yang barada diatas meja diraih laju dan kaki Eva panjang melangkah keluar dari dapur menuju kerumahnya.

Makin lebar senyum Clara saat adik ipar melintas malu dihadapannya.

Seraya hilang tubuh Eva, Clara berpaling dan melangkah menghampiri Daim.
Tangan disilang kedada.
“Kalau ye pun nak beromen, bawa lah Eva masuk bilik. Kau ingat rumah ni kau sorang je ke duduk?”
Pitching Clara naik seharkat namun hatinya bersorak girang saat melihat aksi hampir 18sx adiknya sebentar tadi.

“Akak masuk tiba-tiba, kenapa?”
Daim angkat hujung bibirnya, memperli.
Padahal dia sendiri cuba tutup kalut dihati.

Jika laungan suara anak dara tua Clara tak didengar tadi, dah tentu hari ni dia dapat merasa bibir Eva untuk kali kedua.
Hargh! Potong stim la kakak aku ni!

“Eh ley... dulu kata tak suka, suruh kahwin macam nak dihantar berperang. Dua-dua buat muka, marah-marah. Sekarang? Suka lah dapat kahwin dengan Eva?”
Clara menjuih bibir bawah hingga terkeluar.

“Dah lah kak, Im nak naik atas. Mandi. Panas dah badan ni.”

“Panas?”
Clara menarik lengan Daim yang dah mendirikan tubuh.
“Takkan lah aksi sikit macam tu dah panas?”

God! Mengarutlah kak Clay ni!
Daim menarik lenganya dari tangan Clara, malas dijawab lagi.
Makin menjawab, makin menjadi.
Walau Daim lelaki, dia pun ada perasaan malu.

“Tunggu lah Im! Akak nak tunjuk gambar gentleman kau ni hah!”
Clara meleret jemarinya pada skrin telefon bimbit. Sementa badanya menghalang tubuh Daim yang ingin keluar dari dapur.

Daim tegak menunggu, sebelum Clara mengangkat telefon bimbitnya dan menyua kewajah lelakinya.
Saat matanya menikam pandang gambar diskrin, tangan segera meraup wajah.

Antara malu dan gembira, Daim tersepit pada dua perasaan itu.

Mana taknya gambar dia bercium dengan Eva telah tersebar walau kejadian ni belum sampai 2 jam berlalu.

Ye.
Dia malu, seolah-olah aibnya terbuka walaupun semua tahu yang Eva adalah isterinya yang sah. Namun dalam keadaan lain Daim sendiri gembira, bila dia dapat tutup gossip tentang Eva berjumpa dengan Lukas.

Ah! Parah kau Im!

“Gila extreme la adik akak ni! Kalau ye pun nak kissing, tunggu balik rumah lah. Nasib korang berdua dah sah.”

What ever lah kat Kak Clay.
Daim kembali mengatur langkah bila mendengar tawa Clara membawa maksud perli yang dalam.

Clara membiarkan langkah Daim melintasi tubuhnya namun kaki adiknya terhenti dimuka pintu sebelum berpaling semula kearahnya.

“Kak Clay dalam empat hari lagi, Im akan pergi Tembeling River, ada stunt shoot kat sana.”

Clara angguk kepala.
“Tahu.. Kau pergi dengan Eva kan?”

Daim kerut dahi.
“Mana Kak Clay tahu?”

“Tadi kak clay borak dengan Untie Dahlia, dia yang cerita.”

Mak aiii... begitu pantas viral mulut, lebih pantas dari sosial media?
Nampaknya tak boleh sorok apa-apa dah lagi selepas ni.
Jangan-jangan aksi luar kawalan Daim dan Eva tadi pun akan di ceritakan kepada mama Eva.
Oh! No!

“Okay lah Akak tahu, Shooting maybe ambik masa dalam 5 atau 6 minggu bergantung pada keadaan, tapi Im tak lama, lepas Im setting anak buah Im kat sana, Im akan keluar semula.”

“Kenapa kau nak keluar awal? Habis tu, kau nak tinggal Eva sorang dalam hutan?”
Clara menurunkan silang tangannya dan melangkah menghampiri adiknya.

“Eva bukan tinggal sorang kak, ramai lagi crew lain. Lagipun bukan masuk ke dalam hutan sangat, area luar je, ada chalet kat sana. Kelengkapan semua cukup.”

Pakk!
Clara menampar sisi bahu adiknya.
“Bukan masalah mana Eva tinggal, masalahnya sekarang kau sanggup tinggalkan Eva belakon kat sana? Tak sayang bini ke Im?”

Eh! Siapa kata tak sayang?
Kalau boleh lo ni jugak Daim nak cempung Eva masuk bilik dia, lepas tu kunci tu kemas-kemas tak bagi keluar!
Boleh tak?
“Im banyak kerja la kak, Takkan Im nak tinggal Cafe Im lama-lama, lagipun yang sebuah lagi cafe kat bandar tu nak dibuka. Siapa nak tengok kan?”

Kali ni Clara memaut bahu adiknya dan membawa lelaki itu ke ruang tamu.
“Yang tu kau jangan risau, next week akak tak ikut flight lagi, akak akan ditukar ke management unit, working in office hour and everyday akan ada di rumah, So akak akan tolong tengok kan both of your cafe bro.”

Daim menjarakan tubuh dari Clara, wajah wanita itu dipandang.
“Akak tak jadi stewardess lagi ke?”
Pelik, takkan tiba-tiba clara ditukar unit, bukan kah kerjaya pramugari tu adalah cita-cita wanita tu sejak kecil?

“Akak sendiri mintak tukar, dah dekat bebelas tahun akak ikut flight, merata dunia akak pergi. Penat lah Im. Akak nak rehat, nasib management unit masih kosong, akak diberi peluang menjadi pengajar untuk new cabin crew.”
Sebulan yang lepas, Clara mengambil peperiksaan bagi melayakannya menjadi pengajar latihan kepada pramugari yang baru masuk. Nasib menyebelahinya dan beliau lulus mendapatkan jawatan sebagai pengajar.

“Okay lah tu kak, atlist akak masih belum terlambat nak cari jodoh.”

Wajah Clara disengetkan memandang adiknya yang masih berdiri tegak.
“Kau ingat aku ni dah tua ke Im?”

“Kak.. umur akak dah masuk 38 tahun tau, kira tua la tu kalau tak kahwin lagi.”

“Amboi... mentang-mentang lah kau dapat kahwin awal, kau kutuk aku ek!”
Clara menjengkit kakinya, cuping telinga kanan Daim ditarik kebawah.

Badan Daim terikut menunduk saat telinganya ditarik.
“Sakit lah kak.”

Clara juih bibir.
Sikit terkesan dengan kata-kata adiknya sebentar tadi, tapi nak buat macamamana. Memang selama ni pun dia tak pernah jumpa lelaki yang dirasakan sesuai untuk dirinya.
Clara bukan tak cantik. kalau takde rupa, takkanlah dia boleh menjadi salah seorang kru kabin Air Asia, hanya dengan sekali temuduga sahaja.
Cuma hatinya yang sukar dibuka pada mana-mana lelaki.

Laju daim mengosok hujung telinganya saat Clara melepaskannya. Pedih!
Ni lah sikap kakaknya yang sorang!
Suka melakukan kekejaman fizikal pada tubuh Daim.
Dalam kata lain, Clara Amanda adalah seorang wanita yang agak kasar sikapnya, mungkin sebab tu lah takde lelaki nak kan dia.
Macamana agaknya Clara melayan penumpang semasa dalam penerbangan.
Mmmm... curious..

“Im.. akak nak tanya sikit boleh?”
Clara kembali bersuara selepas masing-masing mendiamkan diri.

Daim tak menjawab, cuping telinga yang berbirat masih digosok dengan tapak tangan.

“Err.. selepas wife Firman meninggal, dia ada couple dengan mana-mana perempuan lain ke?”

Firman?
Firman mana ni?
Takkan kak Clay maksudkan Firman Issac a.k.a western Chef di cafe Daim?
Mmmm...Kepala Daim disendeng memandang wajah kakanya.
“Apahal pulak tiba-tiba akak tanya pasal staf Im?”

Clara mengaru-garu tepi kepalanya, bibir senyum simpul.
“Err.. saja je nak tahu, tak boleh ke?”

Kali ni Daim pula silang tangan didada.
Melihat rona wajah Clara yang dah merah, dia tahu ada sesuatu yang perempuan tu ingin sorokan.
“Tak salah nak tanya, tapi kenapa muka Kak Clay blushing?”

Hah?!
Clara bulat mulut, kedua pipi disentuh laju.
Terasa panas, tapi betul ke blushing?
Aduhhh...
“Kau taknak jawab dah lah! Akak nak naik bilik nak tidur, esok kerja!”
Tanpa menunggu balasan dari Daim, kaki Clara mengorak laju mengira anak tangga.

“Eh! Sabar lah kak! Tak habis lagi kita borak pasal Firman!”
Sengaja Daim tinggikan suaranya, hatinya terpanggil untuk mengagak bahawa kakaknya ada hati kepada Western Chef yang bekerja dikafenya.

Daim tiada larangan andai mereka berdua bersama, dia kenal dengan Firman nak dekat 2 tahun. Daim tahu Firman lelaki yang baik. Tapi boleh ke Clara masuk dalam hidup lelaki tu sekaligus menerima anak perempuan Firman?

Huh! Complicated kisah kita adik beradik ni Kak Clay.

*****

“So Im... macamana life kau lepas berkahwin ngan Eva?”

Daim yang duduk berhadapan Farina mengangkat wajah dan memandang wanita itu.
Senyuman diukir lebar.
“kau sendiri tahu kisah aku dan Eva kan.”

“Im.. sudah lah.. benda ni dah 10 tahun lepas kot, kau lupa kan semua. Mulakan hidup baru dengan Eva.”

Daim melepas keluh, pandangan dihala keluar jendela Kafe.
Sebentar tadi Farina dan suaminya datang menemui Daim di kafenya, lama tak jumpa katanya. Sengaja datang nak berborak.

“Im... Aku tahu kau cinta mati kat Eva, Aku pun tahu Eva sayang kan kau.. jangan lah keras kepala lagi Im.. dah terang-terang tuhan aturkan hidup kau berdua, just follow the rules Im. Aku pasti korang akan bahagia.”
Dahi Farina berkerut menyatakan ayatnya. Kadang-kadang dia merasakan Daim terlalu degil untuk menurut perasaan sendiri sehingga lupa akan perasaan Eva terhadap diri lelaki itu.

“Bukan senang aku nak lupakan apa yang aku dah buat dengan arwah Danish, aku rasa aku lah kawan yang paling kejam Rina.”

Mata farina masih melirik aksi Daim yang menyandar belakangnya kekerusi sambil sekali lagi mengeluh nafas.
“Im.. salah kau cuma tak berterus-terang je, tapi jangan kau nak blame diri kau sebab Danish meninggal, dah memang tertulis ajal dia awal, Im.”

Daim berpaling kembali kearah farina.
“Mungkin Danish dah takde dan aku tak perlu risau, apa yang aku lakukan sekarang ni, tapi Akilah masih tak boleh terima aku Rina, dia masih berdendam dengan aku.. Aku pandang muka dia terus aku ingat balik apa yang aku dah lakukan pada abang dia.”

Farina menegakkan duduknya, wajah dirapatkan kepada Daim.
“Kau ada jumpa Akilah ke?”

Kepala Daim diangguk laju.
“Aku terjumpa dia sebulan yang lepas, masa aku melawat kubur mama ngan papa aku, kebetulan dia datang melawat kubur Danish.”

“Kau jangan fikir lebih Im, kau kan tahu Akilah tu tinggal dua beradik dengan Danish dari kecik, bila Danish pun pergi, Of Course la dia sedih, lagipun masa Danish pergi, dia masih sekolah rendah, tak tahu cerita sebenar.”

“Sebab tu aku rasa, aku perlu jumpa dia Rina, aku perlu ceritakan hal sebenar.Tapi aku tak tahu macamana nak cari dia. Setahun lepas kematian Danish, aku dengar rumah diorang dah dijual. Dan aku tak tahu mana Akilah tinggal, masa aku jumpa dia tanah perkuburan hari tu, Akilah taknak cakap sangat dengan aku.”

Kali ni Farina turut mengangguk kepalanya.
“Aku dengar dia tengah belajar kat University sekarang ni, aku akan cuba dapatkan maklumat tentang dia, nanti aku bagi tahu kat kau.”

“Thanks Rina.”
Daim suak rambutnya ke belakang.
Demi kebahagian dia dan Eva, Daim perlu padamkan segala kenangan pahit yang menikam jiwanya selama 10 tahun ni.

“Eh! Im kau ada kat kafe ke?”

Serentak Farina dan Daim mendongak memandang Clara yang menghampiri meja mereka.
Tapi itu bukan kejutan.
Yang lebih terkejutnya bila kedua pasang mata Farina dan Daim menangkap figura Eva yang berjalan dibelakang Kak Clara.
Ah! Sudah...

“Akak buat apa datang sini?”

Eva pandang jerk kearah suaminya.
Kenapa takut sangat Clara datang?
Takut tahu hubungan kau dengan Farina?

Perasaan cemburu mula timbul dibenak hatinya.
Dari luar lagi dia dah perasaan tubuh Daim dan Farina yang sedang berborak manja memandangkan kedudukan meja mereka bersebelahan dengan jendela.
Errgghh! Tak habis lagi ke kau nak ganggu Daim, Farina?!

“Akak nak makan aglio oglio.”

Daim yang tak hiraukan pandangan tajam Eva, masih membawa bola mata pada Clara.
“Kenapa tak call je Im, Im boleh hantarkan kat rumah.”

Clara senyum simpul, tali tas tangan yang bersilang didadanya dimain dengan jari.
Kalut dihati cuba ditutup.
“Err.. takpe lah akak cakap dengan Firman sendiri, mintak tolong buatkan.”
Sekilas padangannya dipusing kebelakang.
“Kak Clay nak masuk kitchen, Eva nak ikut?”

Wajah Eva yang sedang tadi merenung kepada Daim, kembali diangkat memandang Clara.
Tangan disilang kedada, muka sombong ditunjukan. Taknak mengalah!
“Takpe kak, akak pergilah, Eva nak duduk sini berborak dengan KAWAN LAMA Eva.”

Tanpa menghiraukan ada api yang makin membara, Clara mengangguk kepala lantas melangkah kaki menuju ke dapur kafe berkenaan.

Setelah tubuh Clara hilang, Eva mengambil kerusi bersebelahan Daim dan menghenyakan punggungnya.
Badan disendeng sedikit merapati tubuh suaminya. Sengaja.
“Apa hal kau datang jumpa SUAMI aku Farina?”

Farina melawan mata tajam Eva yang seakan menikam wajahnya.
Senyum ingin disimpul namun ditarik kembali.
Dia faham Eva cemburu ketika mendengar ayat ‘SUAMI’ ditekan kuat oleh wanita itu.

“Eva.. dia datang dengan...”

“Aku tak tanya kau Daim, aku tanya Farina.”
Eva pangkah ayat Diam sebelum sekilas pandanganya pada lelaki itu dan sebentar kemudian kembali menatap Farina dihadapan mereka.

Sekali lagi Daim menarik rambutnya kebelakang.
Tolong jangan mulakan aksi lagi Eva..

“Aku datang sini nak jumpa kawan lama. Salah ke?”
Sengaja Farina menusuk jarum, walhal hatinya ingin menyembur tawa. Eva tak pernah habis menongkah cemburu pada dia.

“Kawan lama kau tu, suami aku dah Rina. Dulu dia single kau boleh jumpa, sekarang ni Daim dah kahwin dengan aku, dan kau pun dah ada laki, tak malu ke jumpa dengan suami orang?”

“Eva..”
Daim cuba meraih lengan isterinya, Namun cepat Eva melarikan.

“Ingat Farina. Kisah kau dan Daim dah lama mati. Daim milik aku seorang, kau takde hak nak ambik tahu hal suami aku lagi.”

Kali ni bibir Farina tak tahan lagi untuk mengukir senyum, belakangnya disandar, sebelum kedua tangan disilang kedada.
“Jadi kau mengaku lah Daim suami kau?”

Eh! Apa kebenda soalan minah ni?
Eva kerut dahi.
“Dah memang Daim suami aku, satu Negara tahu pasal kami, takkan kau tak tahu Farina.”
Kedua tangan turut disilang kedada. Taknak mengalah.

Mata Farina dikalih kearah Daim, sekali lagi senyuman diukir.

Hello Farina! Aku tengah bercakap dengan kau ye!
Suka-suka pula kau senyum pandang Suami aku.
Hati Eva makin membara, jemari dibawah meja dah membulat membentuk penumbuk.

“Hye Eva!”

Eva mendongak taktala namanya diseru.
Hairul!

Hairul memandang wajah kaku Eva sambil punggungnya dihenyak disebelah Farina.
“Aku ingat kau busy, so aku datang sini jumpa Im je.”

Kerongkong Eva perit menelan liur.

“Aku datang dengan suami aku Eva.”

Eva menoleh pandang kearah Farina lantas melirik kepada Daim disebelahnya meminta pertolongan.
Ye! Eva malu.

Daim perasan, jemari Eva dibawah meja diambil dan digengam erat. Bibirnya dirapatkan ke cuping telinga wanita itu.
“Farina datang dengan Hairul, tadi Hairul keluar sekejap bercakap telefon.”

Bisikan garau Daim menjengah kuat telinganya.
Arrgghh! Rasa cam nak applause je dahi!
Malu Eva ooii!

“Aku datang bawak kan hadiah untuk korang berdua, sorry, aku tak dapat datang wedding korang, aku kat sweeden dengan Farina. Honeymoon kali ketiga.”

Eva lirik Hairul yang memeluk kuat isterinya disebelah. Lagi lah pipi cembungnya terasa panas. Bibir terus kelu.

“Korang berdua bila nak honeymoon?”
Hairul terus bersuara tanpa sedar perkara yang sedang melanda ketiga-tiga manusia dihadapanya ini.

“Aku ngan Eva busy la Rul.”
Daim menjawab spontan, tanganya masih meramas jemari Eva dibawah meja. Sejuk.

“Busy pun, korang kena take time together bro, mana tahu korang boleh dapatkan kawan untuk anak aku nanti.”

Mata tajam Daim membulat memandang Hairul.

Hairul faham, bibir mengukir senyum.
“Farina pregnant almost 6 week.”

“It is bro! Tahniah weii.. laju jugak kan.”

Hairul ketawa besar mendengar ayat Daim. Bahu Farina makin kuat ditarik merapatinya. Bangga.
Farina hanya senyum simpul.
“Sebab tu aku suruh kau laju-laju kayuh bro, boleh jadi kawan anak aku nanti”

Glup!
Eva telan liur.
Cukup lah cakap pasal anak!
Muka ni rasa nak sorok bawah meja!

Daim menoleh sekilas isterinya sebelum bibir turut mengorak senyum.
Bila la aku nak ‘kayuh’ dengan Eva? Sampan pun tak de lagi!

“Eva, aglio-oglio akak dah siap. Akak nak balik, Eva nak balik dengan akak atau dengan Im?”

Serentak keempat-empat pasang mata memandang Clara yang menghampiri sambil menjimbit bungkusan makanan ditanganya.

Eva yang mendengar, menarik jemarinya yang masih berada dalam gengaman Daim dan dengan pantas mendirikan tubuh.
Kedatangan Clara seolah-olah satu pertolongan pada dia.
Eva perlu balik, dia perlu lari dari semua ni! Eva malu.
“Eva ikut akak balik!”
Laju sekali tangannya mencapai lengan Clara sebelum menarik wanita itu keluar dari kafe.

Farina tergelak kecil sambil mengelengkan kepalanya berkali-kali.
“Gila teruk lah bini kau jelouse Im.”

Bahu Daim turut terhenjut-henjut ketawa.

Hairul yang melihat hanya mampu mendiamkan diri tanpa tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.

*****
Kegelapan makin menghiasi langit malam.
Eva membolak balikkan tubuhnya diatas tilam.
Kejadian tengahari tadi, masing tergiang-giang diingatan.
Kenapa lah dia terburu-buru menuduh Farina berjumpa sendirian dengan Daim? Sedang tanpa dia tahu Hairul ada di kafe saat itu.

Argghh!
Malu nya muka aku ni!
Eva Natasha! Kenapalah kau tunjuk jangan rasa cemburu kau tu!
Rambut blonde diserabutkan sebelum badan diguling-guling atas katil macam tengiling.

Terasa kejadian tu masih segar, Eva pantas menurunkan diri dari katil dan menuju ke balkoni rumahnya.
Udara malam disedut cuba menganti oksigen di otak agar perkara yang memalukan tadi dapat dilupakan.

Shreekkk!
Terdengar pintu gelangsar kaca pada bilik Daim dihadapan dibuka.
Pantas Eva paling tubuh ingin masuk kembali kedalam bilik. Takut bersua dengan suaminya diseberang sana.

“Eva.”

Aisshh...
Eva pejam mata, langkahnya lambat menyebabkan Daim sedar akan dirinya di balkoni.
Perlahan tubuh dipusing semula, mata dibuka. Daim berdiri di balkoninya dengan jogger pant panjang tanpa baju.

What?!
Tanpa baju!
Oh Daim please.... walau pun hari dah makin gelap tapi aku masih nampak six pack kau dari sini tau!
Tolong jangan naik kan nafsu aku.

Tanpa Eva sedar, Daim turut menelan liurnya melihat isterinya dibalkoni sebelah dengan hanya memakai gaun tidur yang terbelah didada serta paras lutut. Makin seksi penampilan Eva bila gaunnya dari fabrik satin,
Walau dalam gelap, masih nampak kedua bonjolan didada Eva.
Kau buat urat saraf aku menegang Eva!

“Lewat kau balik?”
Sengaja Eva tukar suasana, padahal mata dah rasa macam nak telanjangkan tubuh Daim.

“Aku banyak kerja.”
Daim membawa hujung Vape kebibir dan menyedut perlahan, itu je cara supaya uratnya kembali kendur.

Eva mengangguk laju.

Jeda.

“Eva... dua hari lagi kita bertolak ke Tembeling River, kau pergi dengan aku.”

Eva kerut dahi.
“Pengarah dah set perjalanan aku dengan artis lain, naik satu van.”

“Takde.. kau kena pergi dengan aku, aku bawa Hilux aku. Lagi senang nak masuk hutan.”

Ishh.. nak jadi ditaktor pulak Daim Akli ni!
“Kalau aku pergi dengan kau, apa kata pengarah nanti.”

Daim menurunkan Vape ke sisi, satu tangan memegang pagar balkoni sebelum badannya ditundukan sedikit.
“Diorang nak cakap apa? Kau bini aku. aku pun salah seorang crew. Takde, kali ni kau kena pergi dengan aku. muktamad.”
Hujung ayat Daim ditegaskan.

Eva mengendur bahu, malas bergaduh lagi.
“Ye la.. aku ikut kau.”

Rahang kekar Diam terangkat sewaktu mendengar jawapan Eva.

“Dah lah! aku nak masuk tidur.”
Eva kembali memusing badan

“Eva...”

Apa lagi mamat ni!
“Ye! Kau nak apa lagi?”

Tubuh Eva berpaling semula, mata menangkap figura Daim yang sedang berdiri tegak sambil kedua tangan dimasukan kedalam poket seluar.
Makin melting aku dengan pose Daim saat ni!
Rasa nak peluk!.

“Kau jelouse aku dengan Farina tadi?”

Kali ni kerongkong Eva bergerak kebawah menelan liur.

“kalau kau jelouse kau cakap kat aku Eva.”

Walaupun agak jauh, Eva cuba mencari anak mata Daim.
Nafas disedut panjang.
“Salah ke kalau aku cemburu Im”

Daim orak senyum...
Cemburu tandanya kau masih sayang kat aku Eva.

“Tak salah... tapi cemburu kau kuat sangat, kalau bagi slow sikit boleh ke?”
Sengaja Daim menyakat isterinya.
Nak pegang jauh. Pandang pun dah cukup...

Eva cemburut wajah, bibir bawah diketap kuat.
“Malas aku nak layan kau Im!”
Sekali lagi Eva paling wajah.

“Eva!”

Eva kendur bahu, dia boleh longlai dengan suara garau Daim.
Wajah dipusing kembali.

“Good night wifey..”

Wifey?
Dalam keadaan yang makin gelap, Eva dapat menangkap senyuman diwajah Daim menerbitkan lesung pipit di pipi kirinya.
Ye! Satu ketika dulu wajah kekar berlesung pipit itu penah menjadi angau mimpi. Dan sehingga kini wajah itu terus mengulit mimpi.

Segala dendam seakan terkubur. Eva ingin cium pipi Daim.
Eva ingin nyatakan yang dia rindu pada suaminya sendiri.
Bibir bawah makin kuat digigit menahan rasa.
Jangan gelojoh Eva.

“Tidurlah.. jangan lupa mimpi kan hubby kau ni.”

Arrgghh! Cukup Daim!
Lidah Eva kelu, tanpa jawapan, tubuh terus berpusing dan tanpa menunggu lagi.
kaki diderap panjang masuk kedalam bilik sebelum pintu gelangsar ditutup rapat.

Daim di seberang mengekek suka.
Kepala digeleng berkali-kali.
Setelah tubuh Eva sepenuhnya hilang, nafas ditarik dalam.
Bintang yang hanya beberapa ketul di langit hitam dipandang, sekali lagi bibir mengukir senyum.

“Aku rindu kan kau Eva.. Aku rindu kan isteri aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience