"Mak Minah, Adam macam mana?" tanya Saraa kepada Mak Minah.
"Adam dah sedar. Dia dah dimasukkan kat wad biasa dah pun," jawab Mak Minah.
"Saraa nak tengok Adam, boleh?"
"Tentulah boleh. Meh Mak Minah tunjuk wad dia," Mak Minah memimpin tangan Saraa untuk ke wad Adam ditempatkan.
"Ha inilah wad dia. Saraa pergilah tengok dia," ujar Mak Minah setelah mereka tiba di hadapan pintu wad di mana Adam ditempatkan.
"Mak Minah dan Pak Mail tak nak masuk sekali?"
"Takpe. Saraa masuk je. Mak Minah dan Pak Mail tunggu kat sini,"
Saraa melirik ke arah Areena, Syafiqa, Shazrin dan Damien.
"Korang?" tanyanya.
"Kau masukla dulu. Mak Minah dan Pak Mail tentu lapar. Kitaorang bawak diorang pergi makan dululah," jawab Areena mewakili mereka semua.
Saraa mengangguk lalu terus mengatur langkah untuk melihat keadaan Adam.
"Assalamualaikum, Adam," ucap Saraa.
"Waalaikumsalam. Eh Saraa. Duduklah," ujar Adam dengan suara yang masih lemah.
"Kau okey?" tanya Saraa hanya sekadar untuk berbasa-basi.
"Aku okey je. Kau tak perlu risau pun tentang keadaan aku," jawab Adam sambil mengukir senyum di bibirnya yang masih pucat itu.
"Baguslah kalau macam tu,"
"Emm Saraa...," ujar Adam perlahan.
"Yes?" Saraa mendekatkan sedikit wajahnya ke arah Adam untuk mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Adam.
"Aku nak mintak maaf. Sebab aku, ibu dan ayah kau..," belum sempat dia meneruskan kata-katanya, Saraa terlebih dahulu menyampuk.
"Kau tak payah nak mintak maaf. Bukan salah kau pun. Dah ajal diorang nak sampai, kalau tak accident pun, diorang tetap akan meninggal jugak," Saraa memaksa dirinya untuk tersenyum. Dia tidak mahu Adam menyalahkan diri sendiri atas kematian ibu dan ayahnya.
"Tapi...,"
"Takde tapi tapi. Yang penting sekarang aku nak kau sihat. Ibu dan ayah aku dah takde tau, aku tak nak kehilangan kau pulak," air matanya kini mula mengalir. Dia sayu mengenangkan perkara yang terjadi pada dirinya.
"Okey aku janji dengan kau yang aku akan sihat macam biasa. Tapi aku tak nak kau menangis. Sebab tangisan kau ni membuatkan aku bertambah sakit," Adam cuba untuk memujuk Saraa.
"Okey aku tak nangis lagi," Saraa terus menyeka air matanya lalu mengukir senyum buat Adam.
"Macam ni la Saraa yang aku kenal. Kau mesti kuat tau,"
Saraa hanya mengangguk.
...
"Terima kasih tau korang sebab sudi bawak aku melawat Adam kat hospital," ujar Saraa.
"Your welcome. Kau kan kawan kitaorang, of course la kitaorang sudi bawak kau melawat Adam," jawab Damien dengan senyuman.
Areena mengangguk.
Saraa keluar dari perut kereta Damien lalu mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.
"Saraa!" laung Syafiqa dari dalam kereta.
Saraa menoleh ke arah Syafiqa.
"Nanti kalau ada apa-apa, call tau," pesan Syafiqa sambil menunjukkan isyarat telefon kepada Saraa.
Saraa mengangguk dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum," ucap Saraa apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terus duduk di sofa untuk menghilangkan rasa penat.
"Ewah, ewah Saraa. Hebat kau kan," Syaza mendekati Saraa sambil berpeluk tubuh. Mila dan Maklang turut mengekorinya dari belakang.
Saraa mengerutkan dahinya tanda tidak faham.
"Kenapa kau ni? Maksu dan Paksu mana?" tanyanya.
"Diorang sekeluarga keluar beli barang untuk tahlil arwah mak dan ayah kau. Dan kau? Sedap-sedap je keluar dengan kawan-kawan kau," jawab Mila.
"Aku melawat Adam je la,"
"Hah yela tu. Kau ni kan. Mak ayah kau baru je meninggal semalam tau. Harini kau dah keluar dengan kawan-kawan kau. Kau tu patutnya duduk atas sejadah, doa banyak-banyak untuk diorang," bebel Maklang panjang lebar.
"Eiii yela, yela, Saraa salah. Saraa mintak maaf. Puas hati korang?" Saraa malas untuk bertengkar.
"Ke kau ni sebenarnya suka sebab diorang dah takde?" Syaza tersenyum sinis.
Saraa yang sakit hati mendengar kata-kata Syaza itu terus menamparnya dengan kuat.
"Kau jaga sikit mulut kau yang busuk ni!"
"Hey! Ikut suka tangan kau je nak tampar anak aku, ya! Kau ingat kau siapa?!" Maklang menolak bahu Saraa untuk mempertahankan anak perempuannya itu.
"Aku Saraa Airisha Binti Azman!" jerit Saraa di muka Maklang sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.
Saraa menumbuk dinding biliknya bertubi-tubi dengan kuat. Wajahnya merah menahan amarah, air matanya mengalir dengan laju membasahi pipi.
"Ibu, ayah. Baru sehari ibu dan ayah takde, macam-macam dah diorang cakap tentang Saraa," ujarnya teresak-esak.
"Diorang nak Saraa buat macam mana baru diorang percaya yang Saraa sedih sangat sebab ibu dan ayah dah tak ada?"
"Saraa tak nak duduk sebumbung dengan diorang. Ibu dan ayah tolonglah Saraa,"
Dia menangis sepuasnya sebelum dia mula menyeka air matanya. Terserlah sinar kemarahan dan kebencian di matanya.
'Kau tak boleh lemah macam ni, Saraa. Nanti diorang akan ketawakan kau'
'Kau kena tunjuk yang kau tak termakan dengan tohmahan-tohmahan mereka!'
Dia mencapai tualanya lalu keluar dari bilik untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib.
Pada malam itu, dia menunaikan solat maghrib dan solat isyak di bilik arwah ibu dan ayahnya. Dia juga tidur di dalam bilik mereka.
...
Shafira mengetuk pintu bilik arwah ibu bapa Saraa.
"Saraa, Saraa dah bangun?"
Saraa membuka pintu bilik.
"Dah. Kenapa kak?"
"Jom kita sarapan sama-sama. Lepasni akak dah nak balik dah," ajak Shafira.
"Takpela. Akak sarapanlah dulu. Nanti pandai-pandaila Saraa nak makan kalau Saraa lapar," Saraa cuba mengelak.
"Saraa tak payah risau. Maklang takde. Akak, anak akak, Maksu dan Paksu je yang ada," ujar Shafira lalu menarik tangan Saraa untuk ke dapur. Saraa tidak mampu untuk menolak. Perutnya pun sudah lapar kerana tidak makan sejak semalam.
"Saraa, jom makan," ajak Maksu sejurus Saraa masuk ke dapur.
Saraa mengangguk lalu mengambil tempat di meja makan.
"Saraa, Paksu nak cakap sesuatu ni," ujar Paksu.
"Paksu nak cakap apa?" tanyanya.
"Paksu tak kisah kalau nak ajak Saraa makan sama sekali sekala. Tapi Paksu ni tak adala banyak duit sangat. Jadi..,"
"Abang. Kenapa cakap macam ni? Dia ni baru je nak makan," tegur Maksu yang tidak selesa dengan kata-kata suaminya. Shafira juga kelihatan tidak selesa.
Saraa tersenyum hambar mendengar kata-kata Paksunya itu.
"Paksu tak perlulah risau. Saraa tak akan menyusahkan Paksu. Tapi kali ni izinkan Saraa makan makanan Paksu, ya. Saraa lapar. Nak beli kat gerai pun, pukul 10 nanti baru ada," jelas Saraa.
Paksu tersenyum lega mendengar penjelasan Saraa.
"Takpe, Saraa makanlah dulu. Paksu izinkan,"
p/s; maaf kalau ada yang tak selesa dengan bab ni sebab Saraa melepaskan amarah dia dengan menumbuk dinding. itu semua hanya imaginasi saya sebagai penulis je. saya tak menggalakkan anda semua untuk menyakitkan diri sendiri hanya untuk melepaskan amarah. kalau anda mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan, boleh bukak link kat bawah ni kayyy. semoga membantu!
Share this novel