Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 20

Humor Completed 61915

Fazira menjerit-jerit memanggil kakaknya sambil berlari sekuat hati untuk mendapatkan kakaknya setelah melihat dengan matanya sendiri tangan kiri kakaknya di gilis tayar kereta abang iparnya

"Ya Allah kakak,"
Fazira termegah-megah memeluk kakaknya
"Tangan kakak.., tangan kakak!!,"

Fazira cepat-cepat melihat tangan kiri kakaknya, Fazura masih menangis teresak-esak, membiarkan saja adiknya melihat tangan kirinya,

"Sakit tak kak!!,"
Fazira sudah tidak keruan kerana terlalu bimbangkan kakaknya

Fazura mengeleng-geleng, Fazira memeluk kakaknya

"Apa salah akak dik, apa salah akak,"
Tersendu-sendu Fazura, wajahnya di basahi air mata

"Dahlah kak, jom kita balik,"
Fazira menarik tangan kakaknya supaya mengikutnya pulang

**

"Woi Farid, kau baru je gilis tangan Fazura, kenapa kau tak berhenti?,"
Tengking Hamdan, berkerut wajahnya kerana geram

Farid Husin seperti hilang akal, tangannya terketar-ketar memegang stereng,

"Aku memang nak berhenti tapi aku tak boleh, aku kena utamakan kebahagian Awaisha,"

"Kau nie memang gila Farid!, kau tak kesihan ke pada Fazura,"

Farid Husin tergeleng-geleng, wajahnya di raup beberapa kali

"Maafkan aku Hamdan, aku terpaksa, aku terpaksa,"

"Ya Allah.., Farid! sedarlah, apa salah fazura tu,"

Farid Husin tidak menjawab, dia memperlahankan keretanya sebelum berhenti di tepi jalan

"Aku terpaksa Hamdan sebab Awaisha tak nak bermadu, ikutkan hati aku, aku tak nak ceraikan Fazura tapi aku rasa bersalah dengan Awaisha sebab tu aku turutkan saja kemahuan dia,"

Hamdan mengeleng kepala
"Maaf kan aku Farid, kau jangan terasa kalau aku cakap kau nie memang bodoh, kau nie memang takde perasaan, kau ingat apa yang kau dah buat pada fazura, kau akan bahagia, tak farid, kau tak akan bahagia,"

Farid Husin menampar-nampar mukanya, sebelum dia menjerit sekuat hati

"Apa aku dah buat, apa aku dah buat!!,"
pekik Farid Husin sambil menghentak beberapa kali dahinya di stereng

"Belum terlewat lagi Farid, pusing je balik, baik kau pergi jumpa Fazura semula,"

Farid Husin tergeleng-geleng
"Tak.. tak tak boleh, aku kena utamakan kebahagian Awaisha,"

**

"Ya Allah, anak aku,"
Puan Marbiah menangis memeluk anak sulungnya

"Mak..., mak..., apa salah Zura, apa dosa Zura mak, kenapa abang Farid ceraikan Zura, dia dah janji tak akan lupakan Zura,"

"Tak apalah Zura, anggap jelah ini semua takdir, Zura kena banyak bersabar,"
Pujuk Puan Marbiah, tangan kirinya mengosok-gosok belakang anaknya

"Kak.., sakit tak tangan kakak nie,"
Tanya Fazira, dia turut menangis sambil mengurut tangan kiri kakaknya

Fazura mengeleng

"Dah, Fazura pergi kemas pakaian-pakaian Fazura, tunggu mak dengan Fazira kat sini, kita kena keluar dari rumah nie sekarang juga,"

"Tapi mak, Zura nak beritahu pada mak abang Farid,"

Puan Marbiah mengeleng
"Tak usah Fazura, dalam keluarga Farid tiada siapa yang berani masuk campur hal dia, Zura jangan babitkan mak dia dengan masalah nie nanti mereka anak beranak bergaduh, tak elok,"

"Habis tu Zura nak buat apa mak, Zura sayang abang Farid, Zura tak nak tinggalkan dia mak,"

"Ya mak tahu Zura, tapi Farid dah ceraikan kamu, itu kenyataan Zura kena terima,"

"Betul tu kak, kalau dia masih sayangkan kakak, sepatutnya dia berhenti tadi, tapi dia tak berhenti walaupun kakak jatuh, tangan kakak kena gilis, dia tak berhenti kak,"
Ujar Fazira sambil memeluk kakaknya

"Apa salah kakak dik,"

Puan Marbiah dengan Fazira menangis teresak-esak, tubuh Fazura di peluk erat

**

Ke esokkan harinya

Hospital KPJ Ampang Puteri

Farid Husin hanya membisu ketika membantu Awaisha Laila mengemas pakaian-pakaian isterinya, sejak semalam dia tidak banyak bercakap membuatkan Awaisha Laila menjadi hairan

"Kenapa murung je nie bang, tak suka ke saya keluar hospital,"
Tanya Awaisha Laila, tersenyum

"abang suka,"
Jawab Farid Husin ringkas namun dia tidak memandang wajah isterinya

Awaisha Laila mengankat kedua tangannya tinggi-tinggi, sambil mendongak

"Akhirnya dapat juga keluar hospital, saya rindu sangat pada Zura, sampai hati Zura tak lawat saya, nanti jaga dia, saya cubit-cubit punggung dia,"

Awaisha Laila tergelak sendirian namun tidak bagi Farid Husin tubuhnya bagaikan membeku,

Berkerut kening Awaisha Laila memandang suaminya,

"Kenapa nie bang, saya tengok abang ni macam ada masalah je?,"

"Sha cakap, Sha tak nak bermadu,"

Awaisha Laila mengangguk

"Yelah, tapi saya cakap kalau saya berkahwin dengan abang dulu, tentulah saya tak nak bermadu, tapi sekarang nie Zura yang kahwin dengan abang dulu tapi dia tetap terima saya, jaga saya, cuba bayangkan kalau isteri abang tu anak Tan Sri Omar, tentu saya kena dera dalam rumah tu,"

Farid Husin menekup wajahnya
"Ya Allah apa aku dah buat nie!,"

"Kenapa bang, apa yang abang dah buat?,"
Awaisha Laila menjadi cemas dengan tingkah pelik suaminya

Farid Husin melutut, dia mengankat muka memandang isterinya, air matanya mengalir
"Abang dah ceraikan Fazura,"

Awaisha Laila langsung tergamam, bibirnya terketar-ketar, wajahnya bagaikan membeku, kedua kakinya melangkah mengundur

"Ab.. ab... abang ce.. ceraikan Zura, ta.. tapi.. ke..ke..kenapa?,"
Awaisha Laila menekan dadanya bagaikan tidak mampu bernafas

"Abang ingat Sha tak nak hidup bermadu,"

"A.. abang?,"
Nafas Awaisha Laila termegah-megah
"Kanapa abang, ke.. kenapa...!, kenapa abang tak tanya saya dulu, kenapa abang buat keputusan sendiri, apa salah Zura tu bang, saya yang sepatutnya abang cerai bukannya Zura,"

Awaisha Laila meraung sekuat hati sehingga terduduk di atas lantai, dadanya di tumbuk-tumbuk, betapa kecewanya dia dengan perbuatan suaminya

"Abang minta maaf Sha,"

"Jangan minta maaf dengan saya, abang sepatutnya minta maaf dengan Zura,"

Awaisha Laila menepuk-nepuk lantai,
"Kak minta maaf Zura, kak minta maaf,"

Farid Husin bergegas berdiri,
"Mari Sha, kita balik sekarang, abang nak minta maaf pada Zura,"

**

Teguh holding

Fazilah keluar dari pejabatnya sambil menatap skrin telefon pintar, separuh wajahnya berkerut kemudian berhenti di tepi meja Hamdan

"Geram betullah aku dengan suami aku nie, dah tergoda dengan masakan ipar aku, tak habis-habis ajak aku makan kat rumah Zura, dia ingat aku nie tak pandai memasak,"
rungut Fazilah sambil membalas mesej suaminya

Hamdan hanya diam, bola matanya merenung kosong monitor di hadapannya, rungutan bosnya lansung tidak di endahkan

Di saat kedua ibu jari Fazilah menaip mesej, bola matanya sempat menjeling ke arah hamdan, dia merasa hairan selalunya kalau dia merungut, Hamdan selalu menyindirnya

Fazilah mengeluh panjang, dia berdiri mengadap Hamdan sambil mencekak pinggang

"Kenapa nie gendut, putus cinta ke?,"

Hamdan mengeleng lemah

"Habis tu, kenapa murung je tu,"

Hamdan mengeluh berat, satu keping nota berwarna warni di carik kemudian dia menulis sesuatu, Fazilah cuba mengintip namun hamdan sengaja mengunakan badan besarnya menghalang pandangan Fazilah

Selepas melipat sekecil-kecilnya kertas nota tadi, Hamdan menghulurkan kepada Fazilah

"Jangan buka sekarang, buka bila puan Fazilah dah ada depan pintu Lif,"

"Hiss.., apa nie Hamdan, luahan cinta ke?, tapi aku memang selalu tak sefahaman dengan suami aku, tapi aku nie setia orangnya,"

"Ke situlah pulak puan Fazilah nie, itu bukan luahan cinta, saya dah ada girlfriend,"
Hamdan mengeleng kepala

"Habis tu nie apa,"

"Nanti puan sampai kat Lif baca jelah,"

Fazilah melepaskan nafas pelan sebelum mengankat bahunya

"Okay,"

Hamdan memerhati Fazilah keluar dari pejabat department sumber manusia, dia tidak berani berterus terang pada Fazilah apa yang belaku pada Fazura kerana dia bimbang Fazilah akan mengamuk

Sesampai saja Fazilah di hadapan pintu lif Vip, dia membuka lipatan kertas nota di berikan Hamdan tadi

"Farid dah ceraikan Fazura,"

Hampir tidak bernafas Fazilah di buatnya bila membaca nota yang di berikan hamdan, dadanya di tekan, dia cuba bernafas pelan-pelan, dia ingin pergi menemui Hamdan, tetapi dia berpatah semula, tingkahnya serba tidak kena, sehinggalah pintu Lif terbuka

Fazilah mengesat-ngesat air matanya, selepas masuk ke dalam Lif, jari telujuknya menekan butang ke tingkat 25

Pejabat pengerusi Teguh holding

"Bulan depan confirm Yah, wakil dari perusahan Jakarta tu datang semula untuk berbincang dengan kita,"
Kata Fuad Sobri

Dato sri Hassan kamarudin terangguk-angguk
"Along ada dengar apa-apa cerita pasal peguam yang kena pukul dengan Farid tu,"

"itu bukannya boyfriend gelap Awaisha Yah, kawan sekerja je,"

"Kawan sekerja pun, tak akanlah sampai berpeluk-peluk,"

Fuad sobri mengeleng
"Katanya dari pihak kat sana, waktu Awaisha kerja kat sana, dia anggap lelaki tu dah macam abang dia sendiri tak lebih daripada tu, entahlah betul ke tak Along pun tahu,"

"Yelah, pandai-pandailah Farid jaga bini dia,"
Balas Dato Sri Hassan kamarudin sambil bangun dari duduknya dalam masa yang sama pintu pejabatnya di buka secara tiba-tiba

"Ayah!,"

terangkat bahu Dato sri Hassan kamarudin akibat terkejut dengan suara Fazilah

"Kau nie Angah, boleh tak kau ketuk pintu tu dulu, nie main masuk je, buat ayah terkejut tahu tak,"
Tegur Dato sri Hassan kamarudin, tegas nadanya

Fazilah tersendu-sendu, pintu pejabat di tutup perlahan sebelum melangkah lemah ke arah Sofa

"Kenapa kau menangis Angah?,"
Tanya Fuad sobri, hairan

Fazilah tidak menjawab, punggungnya di labuhkan di atas Sofa sambil mengesat-ngesat air matanya

"Kenapa tu Angah, Angah bergaduh dengan suami Angah ke?,"
Tanya Dato Sri Hassan kamarudin pula

"Farid dah ceraikan Fazura Yah,"

"Astarfirullahalazimmmm!!!,"
Ucap Dato sri Hassan kamarudin sehingga terduduk di Sofa semula

"Betul ke Angah?,"

"Betullah,"

Fuad Sobri cepat-cepat berdiri bila melihat ayahnya mengosok-gosok dada

"Ayah okay tak Yah,"

"Kurang ajar punya anak, kenapa pulak dia ceraikan fazura tuuu.. , hiss geramnya Ayah!,"

Fuad sobri mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal

"Along rasa Farid nie dah gilalah Yah, tak habis-habis buat masalah, apa salah si Zura tu sampai kena cerai,"

"Angah dah cuba call zura, fazira dengan mak Zura, tapi diorang tak jawab,"

Dalam masa yang sama, Fadil Fitri membuka pintu pejabat, Anita yang sedang berdiri di belakang suaminya kelihatan menangis teresak-esak, wajah fadil Fitri pula pucat

"Kenapa Anita tu menangis Alang?,"
Soal Fuad Sobri, hairan

Fadil Fitri tidak menjawab, Anita terus meluru ke arah Fazilah

"Alang sendiri pun tak tahu kalau ada kawan Anita berjiran dengan Farid Yah, dia ada kirim satu rakaman kat Anita, tapi ayah jangan terkejut kalau ayah tengok,"

"Aduhhh!! rakaman apa pulak tu,"
keluh Dato Sri Hassan kamarudin sebelum mengaru-garu rambutnya

"Bagi along tengok dulu,"
Pinta Fuad Sobri

Jari telujuk Fadil Fitri mentatal di skrin Telefon pintar sebelum menyerahkan pada abangnya, Fazilah yang turut penasaran tentang rakaman itu terus sahaja berdiri di sebelah Fuad Sobri setelah Anita berdiri di sisi Fadil Fitri

Bola mata Fuad Sobri dengan Fazilah begitu fokus menonton rakaman dari telefon pintar Fadil Fitri namun selang beberapa saat, mata Fazilah terbeliak, tangannya mengigil-gigil menutup mulutnya

"Ya Allah Zura!!,"
Pekik Fazilah sekuat hati sehingga terduduk di atas Sofa, dia menepuk-nepuk pehanya tingkahnya tak ubah seperti di serang histeria

Dato sri Hassan kamarudin bergegas bangun, wajahnya cemas,

"Kenapa nie Angah?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin

Wajah Fuad sobri berkerut seperti ingin menangis, dia beristifar beberapa kali sambil menekan dadanya

"Ya Allah, kejamnya kau Farid,"

"Apa yang kejamnya Along, cuba beritahu Ayah,"

Fuad sobri tidak menjawab, Fazilah pula sudah tidak keruan membuatkan Dato sri Hassan kamarudin merasa geram

"Bagi sini Ayah tengok,"
Tegas Dato sri Hassan kamarudin, tangannya ingin mengambil telefon pintar dari Fuad sobri

"Jangan Yah, Ayah jangan tengok, bahaya yah,"
Kata Fuad Sobri sambil menyerahkan semula Telefon itu kepada adiknya

"kenapa pulak ayah tak boleh tengok?,"

"Ayah tak boleh tengok, kalau ayah tengok comfirm ayah masuk hospital,"

"Hiss kau nie Along,"

Fuad Sobri mengalih pandangan memandang Anita

"Anita, nanti boleh tak beritahu kawan Anita tolong delete rakaman tu, sebab itu masalah keluarga kita, kalau tersebar malu keluarga kita nanti,"

"Abang Fuad jangan bimbang, Anita dah mintak kawan Anita delete rakaman tu, dia pun cakap kat Anita dia memang tak akan simpan rakaman tu,"

Fuad Sobri menarik nafas lega

"Tapi.., Anita dah kirim rakaman tu pada Farah dengan Awaisha,"

Terperanjat Fuad Sobri
"Eh?, kenapa Anita pergi kirim kat farah nanti dia tunjuk pada mak, aduhh,"

**

Ampang Jaya

Farid Husin bergegas keluar dari kereta setelah memarkir keretanya di luar pagar rumah

Awaisha Laila masih di dalam kereta memerhati suaminya sudah masuk ke dalam pekarangan rumah, selepas dia menangalkan tali pinggang keledar dia bergegas membuka pintu kereta

"Zura!.. Zura!..,"
jerit Farid Husin wajahnya cemas, kakinya laju naik ke tingkat dua

"Zura! Zura!,"

Setiap pintu bilik di buka Farid Husin, dia memanggil nama isterinya, air matanya mula menitis bila melihat sekeping surat di atas meja solek isterinya

"Abang, Zura minta maaf jika Zura ada buat salah pada abang, Zura cintakan abang, zura sayangkan abang walaupun abang tak cintakan zura lagi, Zura mohon halalkan makan minum Zura, adik zura dengan mak Zura,

Terima kasih ya abang kerana sudi jadikan Zura isteri abang walaupun hanya sekejap tapi Zura tetap bersyukur, Zura doakan abang dengan kak Sha bahagia, tolong jaga farhan baik-baik ya bang,"

"Zura maafkan abang, maafkan abang Zura"
Farid Husin terus meraung bila membaca surat di tinggalkan Fazura

Awaisha Laila masuk ke dalam bilik, dia menangis teresak-esak sambil melangkah menghampiri suaminya

"Tergamak abang buat Zura macam nie, kenapa bang, hina sangat ke Zura tu!!,"

Awaisha Laila terus membaling telefonnya ke arah suaminya, Farid Husin pantas mengelak wajahnya terpinga-pinga

"Abang tengok kat telefon tu bang, tergamak abang buat macam tu pada Zura, arghhhh!!....,"
Awaisha Laila meraung sehingga terduduk di lantai

Farid Husin kelam kabut mengambil telefon pintar Awaisha Laila setelah skrin di hidupkan, dia terkejut bila melihat rakaman ketika Fazura mengejar keretanya

"Ya Allah apa aku dah buat!!,"
Jerit Farid Husin sekuat hati bila melihat kereta yang di pandunya mengilis tangan Fazura

tubuh Awaisha Laila sudah terbaring kaku di atas lantai tidak lagi bergerak, Farid Husin bergegas bangun mendapatkan isterinya

"Sha? Sha!?,"

**

R&R Seremban arah selatan

"Farhan nak apa-apa?,"
Tanya Datin Sri Sahara pada cucunya saat mereka berdua berjalan melewati gerai-gerai menjual makanan dan buah-buahan

Farhan memerhati setiap gerai, tiada yang menarik minatnya namun bola matanya terpaku bila melihat mainan

kening Datin Sri Sahara bertaut bila menyedari cucunya sedang memandang ke arah mainan di dalam sebuah gerai runcit

"Farhan nak mainan ke?,"

Farhan mengeleng kepala

"Kenapa, kalau Farhan suka nenek belikan untuk Farhan,"

"Jangan nek, nanti nenek tiada duit,"

Datin Sri Sahara mula merasa pelik, dia mengankat cucunya untuk di dukung

"Farhan ada mainan tak?,"

Farhan mengeleng kepala

"Nenek Hajar tak pernah belikan mainan untuk Farhan ke,"

"Nenek cakap, baju, makan penting dari mainan,"
Jawab Farhan, manis pandangannya memandang neneknya

Hampir menitis air mata Datin Sri Sahara mendengar jawapan cucunya

"Farhan cakap je, apa Farhan nak, nenek belikan untuk Farhan,"

Farhan terus merangkul leher neneknya
"Farhan tak nak apa-apa,"

Datin Sri Sahara menarik nafas cuba menenangkan hatinya

"Mak?,"

Farah mengesat-ngesat air matanya sambil meluru ke arah ibunya

"Kenapa dengan kamu nie Farah?,"
Soal Datin Sri Sahara, hairan

"Mak, kita kena balik sekarang juga,"

"Kenapa?,"

"Nanti dalam kereta farah beritahu mak,"

Datin Sri Sahara merenung wajah anak gadisnya seperti baru lepas menangis, hatinya mula merasa gelisah seperti ada sesuatu yang tak kena

"Farah dukung Farhan, mak nak beli sesuatu untuk dia,"

Selepas Farah mengambil Farhan dari Ibunya, dia memerhati ibunya masuk ke dalam gerai runcit membeli beberapa mainan

Selang beberapa minit kemudian Farah bersama ibunya sudah berada di dalam kereta,
Farhan kelihatan begitu teruja bila Datin Sri Sahara membelikannya mainan

"Nenek.. nenek, ini kereta, ini robot,"
Ujar Farhan, teruja sungguh wajahnya bila menunjuk mainan pada neneknya

Farah tersenyum tawar, wajahnya kusam memerhati kerenah anak buahnya

"Farah? cepatlah beritahu mak, kenapa kita kena balik?,"
Soal Datin Sri Sahara, wajahnya sudah menampakkan raut gelisah

Farah menghela nafas berat,

"Mak, apa yang farah nak beritahu mak nie, mak jangan terkejut atau pun menjerit nanti farhan takut,"

"Ya Allah, kau nie Farah, buat mak takutlah,"

Farah mengosok-gosok wajahnya, hatinya sungguh berat untuk beritahu pada ibunya, bimbang jika ibunya tidak mampu terima

"Cepatlah beritahu mak apa masalahnya,"

"Mak, Farid dah ceraikan Fazura,"

Datin Sri Sahara tergamam, giginya di getap, matanya membulat memandang Farah, jantungnya bagaikan berhenti berdetak, jika tidak kerana Farhan ada di ribanya dia ingin menjerit sekuat hati, dia ingin memaki hamun anak bongsunya itu

**

Awaisha Laila terpaksa di masukkan ke dalam hospital semula kerana mengalami tekanan yang berlebihan,

Farid Husin duduk di sisi katil isterinya sambil menekup wajah, dia menangis teresak-esak, Saat ini dia merasa sungguh menyesal, dia ingin pergi mencari Fazura namun dia tidak sanggup meninggalkan Awaisha Laila bersendirian, hatinya kini sakit bila teringatkan rakaman tangan fazura di gilis tayar keretanya bahkan ketika pekara itu belaku dia langsung tidak mahu memberhentikan keretanya

"Kenapalah dengan hidup aku nie, kenapa aku tegar buat macam tu pada Zura,"

Farid Husin mula merasakan dosa-dosanya mula membelenggu dirinya, bila dia merasa berdosa kerana telah menghalalkan sebuah alasan untuk dendamnya, dia merasa berdosa kerana merampas hak seorang gadis sehingga gadis itu mengandung, dia merasa berdosa kerana telah menghancurkan perasaan seorang isteri yang sangat mencintainya

Hanya kerana ego dan dendamnya, dia telah menghancurkan kebahagian rumah tangganya sendiri,

Bunyi nada dering Whatsapp menyedarkan Farid Husin dari lamunannya, dia segera mengeluarkan telefon dari poket seluar sambil hatinya mengharapkan yang mengirim mesej itu adalah Fazura

Farid Husin termenung kembali selepas dia menerima mesej dari kakaknya supaya datang ke rumah orang tuanya, dia sedar jika seluruh ahli keluarganya sudah mengetahui perbuatannya

**

Bukit Antarabangsa

"Pak!,"

"Kenapa kau ceraikan Zura Farid,"
Tengking Datin Sri Sahara selepas menampar wajah anak bongsunya

"Jawab Farid,!"

"Pak!,"

"Jawab Farid!,"

"Pak!,"

Setiap pertanyaan dari Datin Sri Sahara di susuli dengan bunyi tapak tangannya mengenai pipi anak bongsunya

Farid Husin hanya mendiamkan diri, membiarkan tangan ibunya menampar pipinya, dia sedar dia memang layak untuk di maki dan di pukul saat ini bahkan sekiranya ibunya ingin menikam tubuhnya sekali pun dia tetap akan membiarkan juga

"Apa salah Zura Farid, selama nie dia turut saja kehendak kau, dia masuk hospital pun di sebabkan kau, kenapa kau pergi ceraikan dia!, kau tau tak Farid!.., kau dah bawa mak dengan adik zura duduk sini, kau tahu tak mak zura tu dah jual rumah dengan tanah dia, semata-mata nak tanggung majlis sanding anak dia, sekarang kau dah ceraikan Zura, mana diorang nak tinggal Farid,"

Farid Husin terus memandang ibunya, dia tidak pernah tahu, jika ibu Fazura menjual rumah dengan tanah di kampung

"Betul ke mak?,"

"Betul Farid, kenapalah kau kejam sangat Farid,"

"TING TONG.., TING TONG,"

Kedengaran bunyi loceng tiang Pagar di luar rumah di tekan, Farah bergegas meluru ke arah pintu sambil di ekori Fazilah

Dato sri Hassan kamarudin melangkah menghampiri isterinya bila melihat wajah isterinya lemah

"Sabarlah sara, benda pun dah berlaku,"
Ujar Dato sri Hassan kamarudin memeluk bahu isterinya

Tidak beberapa lama kemudian, Farah dengan Fazilah kembali bersama dengan dua orang wanita berpakaian putih

"Masuklah nurse,"
Pelawa Farah

Dua orang jururawat itu mengangguk serentak sebelum melangkah masuk ke dalam rumah

"Ada hal apa ya?,"
Tanya Datin Sri Sahara, sedikit hairan

"Maafkan kami Datin, kami berdua dari hospital Kpj Ampang puteri, tadi kami berdua pergi ke Ampang jaya nak jumpa Puan Fazura, tapi rumah tu macam tiada orang tinggal, sebab tulah kami datang sini,"

Cepat sahaja Farid Husin memutar badannya, berdiri di hadapan jururawat itu

"Kenapa dengan Isteri saya?,"

"Sepatutnya semalam, puan Fazura ada appointment tapi puan Fazura tak datang, kami dah cuba call puan Fazura banyak kali tapi puan Fazura tak angkat,"

"Appointment apa?,"

"Puan Fazura punya kandungan,"

Mendengar sahaja kata-kata jururawat itu, Datin Sri Sahara terus rebah di pangkuan suaminya manakala Farid Husin pula kelihatan berlutut kemudian bersujud setelah itu suasana ruang tamu di selubungi dengan suara tangisan esak dari farid Husin

**

SEBULAN TELAH BERLALU

Kuantan Pahang

Taman sepakat

Suasana pagi begitu indah, dengan bunyi kicauan burung berterbangan di udara, embun pagi pula masih lagi kelihatan membuatkan kedinginan pagi itu sangat menyegarkan

Fazura bersama Fazira sedang berdiri di hadapan pintu sebuah rumah papan tidak bertiang, Fazira lengkap berpakaian sekolah manakala Fazura pula mengenakan baju kurung lama dengan tudung labuh paras dada,

"Mak, Zura dengan fazira pergi dulu ya,"
Ujar Fazura

Beberapa detik kemudian kelihatan kelibat Puan Marbiah melangkah keluar dari pintu rumah kemudian menghulurkan bekas nasi kepada Fazira

"Mak.., nasi goreng nie untuk mak, kenapa beri pada Zira,"
Ujar Fazira

"Ambil jelah, kat dapur tu ada lagi,"

Fazira menjadi serba salah kerana nasi goreng yang di masak kakaknya memang di tinggalkan untuk ibunya memandangkan dia balik dari sekolah agak lewat, kakaknya pula berkerja sehingga petang sebagai tukang masak

"Takpe ambil je dik, hari nie akak balik awal,"

Fazira mengangguk, selepas mengambil bekas makanan dari ibunya, dia dengan kakaknya memeluk ibunya sebelum pergi

Suasana mulai berubah bila cahaya matahari mula menyinar walaupun matahari masih belum kelihatan, Fazura berjalan di hadapan fazira, rumah yang mereka sewa teletak agak ke dalam dari jalan besar, mereka berdua perlu berjalan kaki setiap hari sejauh 1 setengah kilometer menaiki bas untuk ke bandar kuantan

"Kakak okay tak?,"
Tanya Fazira sambil berjalan rapat di belakang kakaknya

Fazura menoleh seketika
"Akak baik je Zira,"

"Adik lupa beritahu kakak semalam, cikgu Khairul kirim salam,"

Bibir fazura tersenyum
"Pagi semalam dia ada datang sarapan kat restoran, dia sempat berborak dengan kakak,"

"Kakak tak minat ke dengan cikgu Khairul tu kak, boleh tahan jugak handsome, baik pulak tu, kat sekolah dia selalu menanyakan keadaan kakak,"

Fazura hanya diam, dia tidak menjawab pertanyaan adiknya kerana saat ini wajah Farid Husin sedang berlegar di mindanya, sudah sebulan dia berada di kuantan, dalam masa sebulan itu dia tidak pernah melupakan bekas suaminya

Fazira sengaja memeluk tubuh kakaknya dari belakang, mengejutkan Fazura dari lamunan

"Zira?,"

"Adik tahu kakak tengah ingat abang Faridkan,"

Fazura tidak menjawab dan tidak juga mengangguk hanya Kedengaran keluhan kecil dari nafasnya

Fazira meleraikan perlukkan
"Dahlah tu kak, tak payahlah kakak ingat lelaki tu lagi, dia dah lama buang kakak,"

Fazura menoleh lagi, bibirnya mengukir senyuman paksa

"Hiss Zira nie, kasar betul bahasa tu, abang farid bukan buang kakak, dia cuma tak cintakan kakak lagi,"

Fazira tersengih
"Takde beza pun kak, sama je maksudnya, dia tak cintakan kakak, lepas tu dia buang kakak, sama je kan,"

Fazura menghentikan langkahnya, mengejutkan Fazira, Fazura memusingkan tubuh, wajah adiknya di tatap kecewa, Fazira pantas memahami tatapan kakaknya itu cepat-cepat memeluk kakaknya

"Adik minta maaf kak,"

**

BANDAR KUANTAN

Restoran Puan Ruby

Keadaan restoran begitu bingit dengan suara pelanggan, masing-masing dengan urusan sendiri, ada yang berborak kosong, ada yang berborak tentang politik, ada yang tergelak ketawa, apabila di kumpulkan semua ragam itu, maka tercetuslah suasana keriuhan di dalam restoran

Selepas menaruh lauk di atas meja, Fazura cepat-cepat masuk semula ke dalam dapur, seorang lelaki berpakaian kemas dari tadi memandang ke arahnya, bila Fazura keluar semula membawa lauk yang lain, lelaki itu melambai dan di saat itu pula anak mata Fazura sedang merayau memandang pelanggan, bibir Fazura tersenyum bila dia memandang lelaki itu,

Lelaki itu terus berdiri, dia melangkah menghampiri Fazura

"Sibuk ke Zura?,"
Tanya Lelaki itu, bibirnya tersenyum manis seorang cikgu SMK

Fazura mengangguk selepas menaruh bekas lauk dia atas meja, bola matanya menjeling ke arah jam dinding

"Cikgu tak mengajar ke hari nie?,"

"Mengajar,"
Cikgu khairul merapatkan sedikit kepalanya
"Saya mengular kejap,"

Fazura tersenyum
"Tak baiklah cikgu,"

"Habis tu nak buat macam mana kalau hati nie dah tertarik dengan masakan Chef Zura,"

"Ada-ada je cikgu nie,"

Cikgu khairul tersenyum lebar,

"Maafkan saya cikgu, saya kena sambung kerja, nanti tuan restoran marah,"

Cikgu khairul terangguk-angguk
"Yelah,"

Cikgu khairul memerhati Fazura masuk ke dalam dapur, Riak wajahnya sedikit kecewa, manakan tidaknya niat sebenarnya menegur fazura tadi ingin meminta nombor telefon tetapi dia masih tiada keberaniaan walaupun sudah mengenali fazura semenjak fazura berkerja di restoran, dia bukan sahaja menyukai masakan fazura tetapi secara diam hatinya sudah jatuh cinta dengan fazura

**

DUA BULAN TELAH BERLALU

Kuala Lumpur

Ampang Jaya

Farid Husin berbaring di atas sofa, tangannya di atas menutup kedua mata, sudah sebulan dia ponteng kerja semata-mata pergi mencari Fazura namun tidak berhasil begitu juga dengan detektif persendirian yang di upahnya sehingga kini tetap tidak dapat menemui Fazura

Awaisha Laila melangkah pelan, seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengejutkan suaminya, selepas melabuhkan punggungnya di atas Sofa, bola matanya merenung suaminya,

Sudah dua bulan dia melihat keadaan suaminya tidak terurus dengan rambut di biarkan panjang dan kusut masai, wajah suaminya sentiasa kusam dan di penuhi jambang,

Awaisha Laila juga tahu setiap malam suaminya akan masuk ke dalam bilik utama menangis dan merintih dan setiap malam juga ketika saat suaminya tidur, suaminya akan menjerit-jerit seperti mengalami mimpi buruk,

Suasana hening sejak tadi tiba-tiba di kejutkan dengan suara tangisan dari Farid Husin, Awaisha Laila mendiamkan diri, hanya matanya sahaja berkelip-kelip memandang suaminya

"Abang?,"

Farid Husin tersentak sehingga tangan menuntup matanya terangkat, kepalanya di angkat sedikit

"Sha?,"
Farid Husin terus bangun sambil mengesat-ngesat air matanya

"Kenapa Sha?,"

Awaisha Laila tidak terus bersuara, wajah kusam suaminya di tatap hiba,

"Abang, seminggu lagi kita dah nak berpuasa, mak ada call ajak kita makan makan kat rumah,"

"Kalau Sha nak pergi, pergi jelah, abang tak larang,"

"Kenapa pula saya saja yang pergi, kalau ada abang tak pergi, buat apa saya pergi,"

Farid Husin menghela nafas tenang
"Baiklah, nanti kita pergi sama-sama ya,"

Awaisha Laila tersenyum sambil mengangguk

"Oh ya, ada surat untuk abang,"

**

Kuantan

Taman sepakat

Fazura menjeling tajam ke arah adiknya, wajahnya merah padam seperti sedang marah, puan marbiah pula hanya mampu memerhati anak-anak gadisnya bergaduh

"Yang sakit tu kakak Zira, Tak perlu Zira masuk campur, perlu ke Zira hantar gambar tu pada abang Farid,"

"Susah sangat ke kakak nak lupakan dia, dah dua bulan kak, perut kakak pun dah membesar, ada dia cari kakak, takde kak, dia tak pernah cari kakak,"

"Kalau abang farid tak nak cari kakak, itu masalah kakak bukan masalah Zira, apa yang Zira dapat dengan hantar gambar tu pada dia,"

Fazira mengetap giginya memandang kakaknya

"Selama nie, adik masih belum lupakan saat tangan kakak kena gilis dengan kereta dia, Adik marah, adik geram sangat, adik hantar gambar tu sebab nak tunjuk pada dia, masih ada lelaki kat dunia nie yang sudi menyukai kakak, yang sudi mengahwini kakak,"

Fazura duduk di lantai menyandar belakangnya di dinding papan, wajahnya lesu kepenatan, baru sahaja pulang dari berkerja dia bergaduh pula dengan adiknya hanya semata-mata dia enggan membenarkan adiknya memberikan nombor telefonnya pada Cikgu khairul walaupun hubungan dia dengan cikgu itu semakin rapat namun dia masih belum bersedia untuk menjalin hubungan yang lebih jauh

"Suatu hari nanti, bila adik mencintai seseorang waktu tu adik akan tahu bertapa sukarnya untuk melupakan orang itu dik, walaupun orang itu melupakan adik, bukan mudah untuk kakak lupakan abang Farid dik, tak semestinya dengan bercinta dengan cikgu khairul perasaan kakak pada abang farid akan hilang,"

"Kenapa kakak tak nak cuba dulu, kakak ingat adik dengan mak tak tahu, kakak menangis setiap malam, bila kakak tidur kakak merintih nama Farid, sampai bila kak, sampai bila kakak nak ingat lelaki yang dah lupakan kakak,"

Fazura tidak membalas, hatinya sungguh kecewa dengan sikap adiknya, dia berdiri dari duduknya, dengan tubuh yang penat dia mengayun langkah masuk ke dalam bilik, selepas membentangkan tilam, Fazura baring mengiring di sebelah kanan, beberapa detik kemudian, bahunya di tepuk lembut ibunya

"Rehatlah Zura, jangan ambil hati dengan sikap adik kamu, dia cuma terlalu risaukan kamu,"

"Zura akan cuba mak, Zura akan cuba lupakan abang Farid,"

**

Hospital KPJ Ampang puteri

Seluruh ahli keluarga Dato sri Hassan kamarudin bergegas masuk ke dalam hospital, selepas Awaisha Laila mengirim mesej di Whatsapp group memberitahu Farid Husin di masukkan ke dalam hospital

Wajah Datin Sri Sahara kelihatan cemas, dia berjalan laju sambil di ekori suaminya, Farah pula sedang mendukung Farhan, Fuad sobri, Fadil Fitri, Anita dengan Fazilah berjalan di belakang Farah

Pintu bilik di buka dari luar, Awaisha Laila yang sedang duduk segera berdiri selepas melihat ibu mertuanya membuka pintu

"Sha.., kenapa dengan Farid?,"
Tanya Datin Sri Sahara sambil melangkah menghampiri sisi katil

"Abang Farid pingsan dekat rumah tadi mak,"
Jawab Awaisha Laila setelah di mencium tangan ibunya

"Farid sakit ke Sha?,"

Awaisha Laila mengeleng
"Doktor cakap, abang farid terlalu tertekan,"

Fazilah mengeluh pelan bila melihat wajah adik bongsunya
"Dah tak macam rupa orang dah Farid nie,"

"Farid cari fazura lagi ke Sha?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin sambil memandang Awaisha Laila

Awaisha Laila mengangguk, selepas itu dia melangkah ke arah almari di sisi kepala katil, dia mengambil beg tangannya, mengeluarkan sekeping gambar

"Ini yang membuatkan abang Farid pingsan,"

Awaisha Laila menunjukkan gambar yang dia keluarkan tadi kepada ibu mertuanya

Alangkah terkejutnya Datin Sri Sahara bila melihat gambar Fazura bersama dengan seorang lelaki, Dato sri Hassan kamarudin, dan yang lain-lain turut terkejut

"Fazura ke yang kirim?,"
Tanya Fuad sobri

Awaisha Laila mengeleng
"Fazira yang kirim, dia ada tulis surat marahkan abang Farid, dia cakap walaupun abang Farid buang kakak dia, tapi masih ada lagi lelaki yang sudi jadikan kakaknya sebagai isteri,"

Fuad sobri tergeleng-geleng
"memang patut fazira tu marah, depan mata dia, dia tengok tangan Fa..?,"

"Along,"
Tegur Fazilah, giginya di getap ketika memandang abang sulungnya

Fuad sobri menutup mulut, diam-diam bola matanya menjeling ke arah ibunya masih menatap gambar tadi, memandangkan ibunya masih belum tahu tentang video rakaman tangan Fazura di gilis

"Cantiknya Zura, muka dia pun dah nampak tembam,"
Datin Sri Sahara tersenyum-senyum

"Mak tengoklah Perut dia, dah nampak besar,"
Kata Anita pula turut melihat gambar itu

Air mata Datin Sri Sahara menitis namun bibirnya tersenyum
"Mak redha kalau Zura dah jumpa pengganti Farid, mak harap sangat dia bahagia,"

Datin Sri Sahara memberikan gambar itu kepada Anita kemudian dia keluar dari bilik sambil mengesat-ngesat air mata yang menitis dan di saat pintu bilik masih terkuak Awaisha Laila melihat kelibat anak lelakinya sedang mengejar ibu mertuanya sambil di ekori Farah

**

Kuantan

Taman sepakat

Cikgu khairul tersengih-sengih sendiri bila melihat Fazura dengan Fazira begitu sibuk menghidangkan beberapa juadah berbuka puasa

Ini kali pertama dia berbuka atau datang ke rumah Fazura, selepas dua bulan dia mengenali Fazura, dia tidak menyangka fazura akan mempelawanya untuk berbuka puasa di rumah gadis itu,

"Mana air tembikai yang cikgu khairul bawa tadi, hidanglah sekali,"
Pinta Puan marbiah

"Kejap mak,"
Jawab Fazura

Fazira sudah duduk di sebelah ibunya, tidak lama kemudian Fazura datang membawa satu jug berisi air tembikai, dia duduk di sebelah Cikgu khairul

Cikgu khairul melihat jam di tangan
"Lagi satu minit,"

Fazura tersenyum,

Tepat jam 7.25 petang Azan berkumandang, Cikgu khairul terus membaca doa, Fazura menghulurkan buah kurma kepada Cikgu khairul, bibir Cikgu khairul tersenyum

"Cikgu nak makan apa dulu, nasi ke mee goreng,"
Tanya Fazura, lembut

"Bagi saya nasi saya tak sabar nak rasa masakan Zura,"

Fazura mengangguk sambil tersenyum, tangannya mencedok nasi di taruh di atas pinggan, Fazira pula membantu ibunya, setelah itu mereka berempat terus menjamu hidangan yang terhidang, Cikgu khairul kelihatan begitu berselera menikmati masakan Fazura sehingga menambah nasi sebanyak dua kali

Selepas berbuka puasa, Cikgu khairul menjadi imam untuk solat mahgrid, setelah selesai, dia duduk sebentar untuk bercakap dengan ibu Fazura

"Saya nie kerja Cikgu je makcik, keluarga pun biasa je bukan ye keluarga kaya, tapi saya ikhlas nak melamar Fazura menjadi isteri saya,"

Puan marbiah menoleh memandang anak sulungnya, Fazura tampak tenang, dia sekadar mendengar, walaupun hatinya masih belum melupakan bekas suaminya akan tetapi dia perlu menerima kenyataan, bekas suaminya sudah lama melupakannya

"Tapi Cikgu, ayah dengan mak Cikgu boleh ke terima anak saya, Zura nie kan mengandung,"

Cikgu khairul tersenyum
"Makcik jangan risau, sebenarnya mak dengan ayah saya dah pernah jumpa Zura kat restoran, diorang suka sangat masakkan Zura, saya pun dah ada cerita tentang Zura, Mak dengan ayah saya pun dah setuju kalau saya nak jadikan Fazura isteri saya,"

Puan marbiah menghela nafas tenang
"Makcik bukannya apa Cikgu, Makcik tak boleh bagi keputusan, semua tu terpulang kepada Zura kalau dia setuju, makcik pun setuju,"

Cikgu khairul terus memandang Fazura sedang duduk di sebelah Fazira

"Buat masa sekarang Cikgu saya tak boleh nak bagi jawapan sekarang, lagi pun saya baru je bercerai, tapi kalau cikgu tak keberatan, boleh tak saya bagi jawapan selepas hari raya,"

Cikgu khairul tersenyum lebar
"Sudah tentulah boleh, saya tak akan memaksa Zura, saya harap zura fikirlah betul-betul sebab semua tu adalah masa depan Zura dengan anak zura yang akan lahir nanti,"

Fazura terangguk-angguk,
"Terima kasih cikgu,"

**

Bukit Antarabangsa

Selepas sahaja selesai solat mahgrid berjemaah seluruh ahli keluarga Dato sri Hassan kamarudin bergegas ke arah meja makan untuk berbuka puasa, Datin Dibah bersama anak lelakinya turut berbuka sekali di rumah Dato sri Hassan kamarudin begitu juga seluruh ahli keluarga Said bohkari

Suasana agak kecoh, memandangkan kaum lelaki makan di ruangan tengah, kaum perempuan pula makan di ruang dapur, Datin Sri Sahara, Awaisha Laila dengan puan Syakilah kelihatan sibuk ke hulur ke hilir untuk memastikan semua hidangan cukup

Farhan pula sejak tadi tak nak mahu berengang dengan neneknya mengikut sahaja ke mana neneknya pergi tapi bila dia nampak ibunya dia akan terus bersembunyi

Awaisha Laila langsung tidak mengendahkan kerenah Farhan sebab dari farhan lahir lagi dia tidak pernah rapat dengan anaknya itu

Rambut Farid Husin sudah kelihatan panjang walaupun masih mengenakan songkok, janggut dan jambangnya juga semakin lebat, bibirnya tersenyum melihat Farhan berlari mengikut ibunya ke sana sini, tak ubah seperti sikapnya dulu mengikut ke mana sahaja neneknya pergi

"Farid dah jumpa Fazura?,"

Pertanyaan Said bohkari mengejutkan Farid Husin namun dengan tenang dia mengeleng

"Tak pakcik, Dah puas saya cari tapi tak jumpa,"

"Pakcik dengar adik Fazura ada kirim surat,"

"Memang ada tapi alamatnya tiada, macam mana nak cari,"
Dato sri Hassan kamarudin mencelah

"Lupakan jelah Farid, dia pun dah ada pengganti, buat apa lagi nak cari,"
Fuad sobri pula mencelah

"Alaaa.., Fazira tu tipu je, sengaja nak sakitkan hati abang Farid, hari tu chat deng..?,"
Bob terus terdiam, dia memandang wajah-wajah di hadapannya sedang menatap tajam padanya, dia sedar dia sudah terlepas cakap

"Bob ada chat dengan Fazira ke?,"
Tanya Fuad Sobri

Bob tidak menjawab, kepalanya di tunduk tangannya cepat-cepat menyuapkan makanan dalam mulutnya

Farid Husin terus bangun, kedua kakinya di ayun menghampiri Bob, dalam masa yang sama semua yang sedang duduk di situ terus memerhati ke arah Farid Husin

"Kenapa dengan kamu tu Farid,"
Tegur Dato sri Hassan kamarudin bila melihat anak bongsunya tiba-tiba berlutut di sisi kerusi anak lelaki Datin Dibah

Bob berpura-pura buat tak nampak bila Farid Husin berlutut, tindakan Farid Husin itu bukan sahaja mengejutkan ahli keluarganya yang ada di situ, Datin Sri Sahara yang mendengar bunyi kecoh di ruang tengah cepat-cepat berdiri untuk pergi melihat sambil di ekori Puan syakilah Datin Dibah dan yang lain-lain

"Bob.., abang merayu sangat pada Bob, abang sanggup beri apa saja apa yang Bob nak, tolonglah beritahu abang kat mana fazira tinggal,"
Rayu Farid Husin sambil menangis

"Ayah,"
Farhan berlari ke arah ayahnya namun Awaisha Laila cepat-cepat mendukung anaknya itu, bulat mata farhan memandang ibunya

Bob hanya diam langsung tidak mengendahkan rayuan Farid Husin, dengan selamba dia menyuap makanan dalam mulutnya seakan-akan tiada apa yang belaku, walaupun ketika itu semua orang sedang memandang ke arahnya

"Tolonglah Bob, Abang merayu,"

"Woi Bob, kau nampak ke abang farid kau tu minta tolong atau kau nak mama tampar muka kau baru kau nampak,"
Tegur Datin Dibah dengan wajah berkerut

"Aduhhh mama nie, Bob nak makan pun tak senang, Bob bukannya tak nak tolong, tapi Fazira dah bagi amaran kat Bob jangan bagi tahu sapa-sapa, lebih-lebih lagi pada abang Farid,"

"Laa.., kenapa pulak Fazira cakap macam tu, benci sangat ke dia dengan abang iparnya, bukannya dia yang kena cerai,"

"Tentulah dia benci Mama, tangan kiri Kak zura sampai kena potong sebab kena gilis dengan kereta abang Farid,"

"Betul ke Bob!,"
Farid Husin serta-merta berdiri dia memegang kedua bahu Bob dengan wajah terkejut

"Apa yang si Bob merepek tu, mengapa pulak tangan Zura sampai nak kena potong,"
Tanya Datin Sri Sahara sambil bola matanya merayau memandang ahli keluarganya

Fuad sobri, Fadil Fitri, Fazilah, Anita dengan Awaisha Laila hanya mendiamkan diri, walaupun mereka turut terkejut namun mereka semua tahu puncanya

Bob mengangguk sambil memandang wajah Farid Husin,

"Betul abang Farid, sekarang nie kak Zura pakai tangan palsu, macam mak dia,"

Farid Husin tersentak, sehingga kedua kakinya melangkah mengundur, bola matanya melirik-lirik memandang ahli keluarganya sambil kepalanya tergeleng-geleng, dia merasakan tubuhnya seakan-akan sedang melayang

"Ya Allah abang!,"
Awaisha Laila bergegas mendapatkan suaminya sudah terlentang tidak sedarkan diri

"Woi Bob, betul ke tangan Zura dah kudung?,"
Soal Fuad sobri selepas Farid Husin pingsan

Bob tersengih-sengih
"Bob garau je,"

"Puk!,"

"Ini makannya,"

"Sakitlah Mama,"
Bob mengosok-gosok kepalanya selepas di hempuk tapak tangan ibunya


Setelah beberapa minit berlalu, Farid Husin kembali sedar, selepas dia membuka mata, orang pertama yang dia cari adalah Bob

Selepas Farid Husin merayu, nak tak nak Akhirnya Bob memberitahu pada Farid Husin, Fazura sekarang berada di kuantan namun dia tidak mengetahui alamat rumah Fazura,

Fazilah menyuruh Bob menanyakan kepada Fazira akan tetapi Farid Husin membantah, Farid Husin bimbang jika Fazira akan mengesyaki Bob kerana selama ini Bob tidak pernah meminta alamat Fazira

Farid Husin menyusun rencana menyuruh Bob memberitahu pada Fazira, Bob akan pergi ke kuantan bersama Datin Dibah untuk melawat ahli keluarga di sana

"Habis tu Bob nak cakap apa?,"

"Bob cakap jelah Bob rindu dengan Fazira, nak berbuka puasa sama-sama,"
Fazilah mencelah

"Bilalah nak pergi?,"
Tanya Dato Sri Hassan kamarudin

"Lepas solat jumaat?,"
Jawab Farid Husin

Dato sri Hassan kamarudin mengangguk
"Ayah dengan mak pun nak ikut,"

"Angah pun nak ikut,"

"Along pun,"

"Alang dengan Anita pun nak ikut sekali,"

Dato sri Hassan kamarudin memandang Said bohkari

Said bohkari tersenyum
"Takpe.., biar pakcik je yang jaga syarikat,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience