25bh. April 2009, Sabtu.
“ Syifa, cepat la siap.” Jeritan Mira, roommate aku di kampus ini membuat aku kelam kabut.
“ Sabar la. Bagi la aku ikat rambut kejap.” Ucap aku pantas menocangkan rambutku yang panjang hampir mencecah pinggang. Aku ikat ponytail. Senang, dan ringkas. Kemudian sweater aku capai.
“ Yang pergi ikat rambut tu kenapa? Biar la lepas. Lagi cantik. Yang bantai sweater tu kenapa? T-shirt dah la.” Mira dah start membebel. Suka hati aku la. Aku hanya menjulingkan mata ke atas. Malas nak layan. Sweater pendek Adidas warna putih itu aku sarung tanpa mempedulikan Mira. Mira sudah mencebik bibir.
“ Ha… cebik la bibir tu. Aku cancel tak ikut karang baru tahu.” Aku menggertak Mira. Cepat – cepat Mira senyum. Huh… saje je minah ni. Suka ganggu aku punya cuti. Bagi la ku rehat. Dah la weekday macam nak pecah kepala otak aku, hari yang takde kelas pun nak kacau aku jugak?
“ Ala… Syifa, jangan la macam tuh. Aku nak kenalkan kau dengan pakwe aku. Nanti, takde la kau tersialap tergoda dengan kehenseman pakwe aku tu.” Aku menepuk dahi. Hek’eleh pompuan ni… setakat muka Hakim tu, takdenyer aku nak terpikat. Lagipun aku tak gila lagi nak kacau pakwe member.
“ Kau jangan nak mengada. Aku naik balik sat lagi….” Aku tak berura-ura nak berpatah balik.
“ Jangan la… Diorang dah tunggu kat bawah tu.”
“ Diorang?” Mira tersenyum keji. Aku dah agak dah. Kali ni jantan mana pulak yang diseret untuk jadi mangsa aku.
“ Hm… Hakim dengan Luth. Budak Building Survey.” Aku hanya mengangguk. Tak kuasa nak layan dah. Terima aje la.
Sesampai kami di bawah, kelihat dua orang lelaki sedang menunggu di tempat letak kereta bersandar sambil berbual pada kereta Satria Neo warna hitam yang telah dimodifikasikan. Sesekali terdengar gelak tawa mereka. Ntah kenapa, tawa itu seperti selalu aku dengar. Tapi aku sendiri tak pasti bila.
“ hi Guys….” Panggilan Mira membuatkan kedua mereka berpaling. Wajah itu. Wajah itu muncul kembali depanku. Kali ini di alam nyata. Sekian kalinya air mata ini menjadi murah semurah-murahnya.
26hb. April 2009, Ahad.
Kenangan semalam menjelma kembali di depan mataku. Aku buntu.
Aku lihat Mira menjadi kalut. Begitu juga dengan Hakim. Cuma dia saja yang tenang. Berjalan perlahan menghampiriku, perlahan tubuhku dirangkul erat. Esakanku semakin kuat. Dalam pada itu, aku lihat Mira seakan terpinga – pinga. Begitu juga Hakim.
“ Ain…. Really miss you.” Kata – kata ringkas itu membuatkan air mataku bertambah lebat. Aku menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan. Dia aku tolak kuat. Satu penampar yang aku kira agak kuat aku lepas ke wajahnya.
“ Mana kau pergi selama ni? Kenapa tiba – tiba hilang kemudian muncul balik dalam hidup aku?” Kata – kata yang bersulam tangisan aku lempar kepadanya.
“ Aku tak berani nak hadapi kenyataan. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang sedih disebabkan aku. Aku mintak maaf.” Kata – kata itu membuatkan aku terkedu.Begitu juga pemerhati kami, Mira dan Hakim.
“ Syifa, aku dah tahu semua. Luth dah cerita pada aku.” Aku hanya memandang Mira tanpa kata. Aku masih tak dapat terima yang selama hampir 3 tahun aku di kampus ini, aku sekampus dengan dia, yang berbeza Cuma fakulti.
“ Syifa, samapi bila kau nak hukum Luth? Aku tahu dia sayang kau. Tak pernah berubah pun sejak dulu.” Mana kau tau dia tak berubah Mira? Tapi kata – kata itu Cuma terbungkam dalam hati.
“ Syifa, aku membesar sama – sama dengan Luth di UK. 7 tahun aku dengan dia. 7 tahun aku berusaha dapatkan dia. Tapi, yang ada dalam hati dia Cuma budak montel itu jugak. Sungguh aku tak tahu itu kau Syifa. Aku Cuma tahu, dia panggil budak tu Ain. Tak kan kau tak faham lagi Syifa?” Kata – kata Mira aku sambut sepi.
Aku memeluk lutut mengadap langit. Suasana di kawasan kolej kediaman ini sepi. Jam menunjukkan angka 10. Masih awal untuk naik ke billik. Telinga aku masih terngiang – ngiang kata – kata Mira, kata – kata Hakim, dan kata – kata Luth a.k.a Zunnun Lutfi. Tiba – tiba telefon bimbit aku berbunyi tanda ada mesej baru masuk.
~xbek termenung mlm2. Nnt mimpi buruk. Aku berkerut dahi. Siapa pula hamba allah yang baik hati bagi aku nasihat free ni?
~did I know u?
~ did u 4get ur 1st luv?
Aku terpinga. Zunnun? Mana dapat nombor aku. Ni mesti keje Mira.
~ xkenal. Xmoh layan.~
Pantas aku membalas mesej itu.
~Ain, kau masih seperti dulu. Comel dan manja.
Gulp… sah. Memang Zunnun.
~kau ada masalah dengan attitude aku?
~ xde. B’coz that I’m in luv with u.
Buat sekian kalinya aku meneguk air liur aku yang tiba- tiba jadi pekat ni.
~ But I hate u
~no syg. U luv me. Just admit it.
Sayang? Alamak, kenapa aku rasa muka aku panas? Kene simbah dengan asid? Aku tengok kiri kanan, cari kut – kut la aku boleh Nampak Zunnun menyorok kat mana. Takde la pulak. Aku cepat – cepat angkat kaki naik ke bilik.
~ cepatnya naik? Dh surrender ke?
Aku tak nak layan. Jantung dah macam nak pecah. Nak cepat – cepat sampai ke bilik.
~ that’s cute. That’s my Ain.
Sah… Zunnun ni nak kenakan aku lagi. Aku dah nazak dah ni. Memang la aku marah pada dia. Tapi dalam marah ada sayang. Hek’eleh…. Tetibe aje Zunnurain Syifa jadi minah jiwang. Aku tersenyum sorang – sorang. Tiba-tiba deringan telefon buat senyum aku yang paling comel itu tadi termati. Alamak. Zunnun calling. Mati aku. Perlahan – lahan aku angkat jugak.
“ Hello….”
“ Hm….” Aku tak leh nak jawap panjang – panjang. Gugup.
“ Dah nak tidur?”
“ Hm….” Lepas tu lama jugak la Zunnun diam. Dia buat aku rasa macam duduk dalam sauna.
“ Ain….” Akhirnya setelah 10 minit, bersuara juga dia.
“ Hm….” Aku masih tak tahu nak jawap macam mana.
“ I love you…” Serentak itu juga talian diputuskan. Aku terpinga sekejap. Perlahan – lahan senyuman tersungging pada bibir. Sekelip mata aku teringat keadaan 8 tahun sudah dalam perpustakaan sekolah. Comelnya apabila Zunnun Lutfi malu. Terutama tellinga yang merah itu. I love you too…. Ucapku. Biarpun Cuma sekadar bergema dalam hati, aku yakin dia memahaminya.
Certot ni aku tulis 15 tahun lepas. Sebab tu kalau kau orang tengok ayat-ayat dia, memang cringe gila. Aku pun tak boleh nak hadam. Tapi, ini antara certot pertama aku tulis, so dia ada sentimental value dengan aku. Aku akan remake? Maybe.. Satu hari nanti. Sebab apa? Sebab aku rasa aku sayangkan watak Ain dengan Luth ni.
Share this novel