Bab 62

Drama Completed 35637

Tiada sesiapa tahu apa yang menimpa Tiara Adriana kecuali Ikhwan Hadi. Tambahan pula sudah tiga hari Tiara tidak menunjukkan muka di universiti selepas sahaja insiden yang berlaku antara dia dan Rafiq.

Hadirah dan Farhan ada juga beberapa kali cuba menghubungi Tiara, tetapi tidak dapat. Mereka ingin pergi ke rumah Tiara tetapi seringkali tiada masa. Kebelakangan itu mereka diberi banyak tugasan yang perlu disiapkan.

Akmal dan Hafiz juga melihat Hadi seakan-akan serabut. Tingkah laku Hadi menunjukkan dia seperti mempunyai masalah yang dia simpan seorang diri.

Melihatkan keadaan Hadi dan ketiadaan Tiara di universiti lagi menguat kan sangkaan Akmal dan Hafiz bahawa Hadi dan Tiara ada perselisihan faham.

Keempat empat teman Hadi dan Tiara rasakan kelainan. Kawan mereka tidak sama dengan kawan yang mereka kenal dahulu.
//
Tiara Adriana membetulkan tudungnya yang ditiup oleh angin pantai. Angin yang bertiup membuatkan dia berasa tenang walau fikirannya ketika itu bercelaru.

Tiara melihat keadaan sekeliling Pantai Klebang itu. Tiada apa yang berubah selepas dia dan Hadi datang ke situ. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Dia dan Hadi yang berubah.
Jikalau dulu dia datang ke situ bersama Hadi, tetapi kini dia seorang diri. Memori indah semasa hari itu masih segar di ingatan dan bermain-main di mata nya.

Tiara duduk di atas pasir pantai yang sejuk dan sesekali air laut mengenai kakinya. Sewaktu dia dan Hadi datang ke situ dahulu, Hadi ada duduk di sebelah nya. Berbual-bual bersama dengannya.

Tiba-tiba satu senyuman kecil meniti di bibir Tiara.

Sungguh kenangan itu terlalu indah buatnya. Dia datang ke Pantai Klebang itu untuk menenangkan jiwa nya. Ketika itu, ada satu masalah yang bersarang di fikiran nya.

Tangan kanan Tiara dibawa masuk ke dalam poket seluar nya. Satu surat yang berlipat dipegang dengan kuat bimbang jikalau dibawa terbang angin pantai.

Walaupun sudah beberapa kali dia membaca isi kandungan surat itu, tetapi dia tetap membacanya berulang kali seolah olah tidak jemu dengan ayat yang tertera di surat itu.

Satu keluhan dilepaskan. Hatinya berat untuk membuat keputusan. Dilema yang dihadapi nya ketika ini membuatkan dia keliru.

Pandangannya dialihkan daripada kertas dan memandang ke arah kanan. Tanpa disengajakan, dia teringat akan kenangan dahulu yang dia dengan sengaja menyimbah sedikit air laut ke muka Hadi yang membuatkan mereka berdua berkejaran antara satu sama lain.

Tidak semena-mena satu cecair jernih menitis daripada tubir matanya. Dia sudah tidak mampu untuk menanggung rindu yang dirasainya. Rindu itu semakin lama semakin berat.

Tiara tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika itu. Dia juga tidak mengerti dengan apa yang dia rasa. Sungguh dia buntu. Tetapi ada satu perkara yang jelas dia ketahui.

Hatinya berkali-kali berbisik ayat yang sama.

"Hadi. Aku rindu kau"
//
Ikhwan Hadi yang kelihatan wajahnya kosong berjalan terus menuju ke dewan kuliah. Setiap hari hanya perkara sama yang berlaku.

Dia tidak tahu sama ada hari itu Tiara datang ke universiti atau tidak. Hubungan Hadi dan Tiara dari hari ke hari semakin lama semakin dingin.

Dia tidak minta lebih. Dia hanya ingin mendengar suara ceria Tiara menyapa dan berbual dengannya seperti dahulu.
Kaki Hadi melangkah masuk ke dalam dewan kuliah sambil matanya meliar mencari kelibat Tiara.

Malangnya, tiada. Yang ada hanyalah rakan-rakan Tiara iaitu Hadirah dan Farhan. Mereka berdua yang sedar akan kehadiran Hadi di situ memandang Hadi.

Daripada riak wajah mereka berdua, ada sesuatu yang mereka tahu tetapi Hadi tidak mengetahui nya.

Hadi menuju ke mejanya dan duduk. Akmal dan Hafiz masih lagi tidak menunjukkan batang hidung.

Seorang demi seorang pelajar masuk ke dalam dewan kuliah itu dan setiap yang masuk ke dewan itu akan memandang Hadi.

Pada mulanya Hadi hanya menganggap perkara itu biasa tetapi setelah hampir semua yang datang memandang nya membuatkan dia rasa tidak selesa.

Dia melihat pakaian nya. Elok sahaja dan bukannya selekeh. Kemudian dia memeriksa keadaan rambutnya dengan skrin telefon pintar. Kemas dan tidak nampak serabut.

"Apa masalah dengan semua orang? Baru 'first time' ke nampak aku duduk dalam dewan ni?" kata Hadi dalam hatinya.

Dia melihat Akmal dan Hafiz masih belum sampai. Baru sahaja dia ingin menghantar pesanan ringkas kepada mereka berdua apabila kelibat temannya muncul di muka pintu dewan dan menuju ke arah Hadi.

"Lambat sampai" tegur Hadi.

Hafiz dan Akmal memandang Hadi. Mereka berdua tidak berkata apa-apa. Riak wajah mereka juga sama seperti Hadirah dan Farhan.

"Sekarang ni cuba cakap dengan aku. Apa masalah kau orang semua dalam dewan ni pandang aku macam aku ni pendatang asing? Aku rasa aku tak selekeh hari ni" kata Hadi.

"Di. Aku cuma nak cakap, aku harap kau sabar dengan apa yang akan jadi"

Kata-kata Akmal itu menjadikan Hadi semakin keliru. Sabar? Kenapa? Apa yang akan jadi?

Belum sempat Hadi ingin membuka mulut untuk bertanya, Sir Aisar, pensyarah mereka sudah masuk ke dalam dewan.

Selepas meletakkan begnya di atas meja, Sir Aisar berjalan ke tengah dewan kuliah itu dan memandang mereka semua.

"So, I have a sad news for all of you. Saya tak tahu kalau awak semua dah tahu atau belum. But one of your friends, Tiara Adriana has stopped studying at this university. She got an offer to study at a foreign university. Dia 'text' saya tadi, dan dia cakap yang dia tak sempat nak datang sini. Dia ada hal" terang Sir Aisar dengan panjang lebar.

Buat seketika itu, Hadi tersentak. Semuanya bagai terhenti. Apakah betul dengan apa yang dia dengar itu atau sebenarnya Sir Aisar maksudkan pelajar lain dan bukan Tiara.

"Tiara... Pindah? Kenapa aku boleh tak tahu?" kata hati Hadi.

Dia menoleh ke kiri dan memandang Hafiz. Melihatkan Hadi memandang nya membuatkan Hafiz menjadi cuak.

"Kenapa dia tak pandang Akmal? Aku pulak yang kena" bisik hati Hafiz.

"Betul ke apa yang Sir Aisar cakap tu? Kau tahu ke yang Tiara pindah?" tanya Hadi. Dia mula rasa tidak senang hati.

Akmal yang seakan tahu kesulitan yang dihadapi oleh Hafiz bersuara.

"Hadi. Sebenarnya kitaorang semua dah tahu pasal ni. Tiara mesej kitaorang seorang demi seorang cakap yang dia nak berhenti belajar dekat sini sebab dia dapat 'offer' dekat 'overseas' " kata-kata yang diucapkan oleh Akmal menikam kalbu Hadi.

Satu dewan kuliah ini sudah tahu tentang berita ini kecuali dia? Sampai hati Tiara tidak memaklumkan dia tentang perkara sepenting ini.

"Apa?..." Hadi kehilangan kata-kata.

"Dan Tiara jugak pesan dekat kitaorang supaya... Tak bagitahu kau pasal ni. Mungkin itu sebab semua orang pandang kau semacam je tadi" sambung Hafiz pula.

Hadi tidak percaya dengan semua ini. Dia tergamam. Kenapa Tiara memperlakukan nya sebegini rupa?

"Jadi, kau orang semua dah tahu kecuali aku?" Turun naik dada Hadi mendengar semua penjelasan daripada kedua-dua rakannya itu.

Dia tidak tahu apa yang perlu dia rasa ketika itu. Dia hilang dalam perasaan nya sendiri.

"Sampai hati kau buat aku macam ni, Tiara Adriana" - Hadi

"Maafkan aku, Ikhwan Hadi. Aku tak ada pilihan lain" - Tiara

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan bab kali ni dan sorry for late update:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience