Bab 13 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Meeting you was fate. Becoming your friend was a choice. But falling in love with you was beyond my control.~

"Umi, dah la.. dah jam 5." Nafla sekali lagi menggosok bahu uminya. Bagi hint supaya segala rancangannya berjalan dengan lancar.

Tengku Naina mengangguk lalu menguraikan pelukan. Pipi Eshal dipegang.

"Umi rindu sangat dengan Sarah."

Sekali lagi air mata Eshal merembes keluar dengan laju. 'Sarah'? Sudah lama orang tidak memanggilnya dengan nama itu. Nama yang banyak duka dan luka terpalit di situ.

"Sarah juga rindu umi." Eshal separuh berbisik di telinga Tengku Naina sebelum menjarakkan kedudukkan antara mereka.

Eshal toleh sedikit kepada Nafla. Eshal mengangguk kecil kepada Nafla dan Nafla membalasnya dengan senyuman. Nampaknya Nafla betul-betul mengotakan janjinya. Eshal teringat perbualannya dengan Nafla minggu lepas.

* * *

"Eshal..." Nafla menegurnya sebaik sahaja muncul di dapur. Ketika itu Eshal sedang mengemas dapur selepas sesi minum petang untuk anak-anak Taska. Sekejap sahaja lagi waktu kerjanya akan berakhir.

"Ya, Cik Nafla." Eshal toleh sedikit ke belakang. Kebetulan kerjanya sudah hampir siap. Tunggu bilas cawan-cawan yang terakhir sahaja.

"Can we talk for a while?"

Eshal tidak segera menjawab, sebaiknya cuba mencari apa jawapan yang sesuai. Sebenarnya sejak Eshal dapat tahu Nafla ini kakak kandung Eshan, dia jadi segan. Segan kerana dia penyebab utama keluarga wanita itu dilanda masalah yang bertimpa-timpa. Teringatkan hakikat itu dia mula rasa serba salah dan rasa dirinya sangat kerdil saja jika dibandingkan dengan seluruh ahli keluarga Tengku Eqbal.

Sekiranya dia tahu pemilik sebenar Taska Permata Budi Maryam ini milik keluarga Tengku Eqbal dan Tengku Naina sebelum datang interview dulu, pasti awal-awal lagi Eshal akan

menjauhkan diri. Niatnya muncul kali ini, bukan untuk berjumpa dengan mereka tapi untuk bina sebuah kehidupan baru.

"Eshal?"

"Erk... sure, sekejap.'' Eshal sedikit tersentak. Cepat-cepat dia menyudahkan kerjanya kemudian tangan dilap terlebih dahulu sebelum mendekati Tengku Nafla yang sedang menunggunya di meja kecil yang sedia ada di ruang dapur. Lambat-lambat dia menarik kerusi, matanya sesekali melirik kepada Nafla. Muka itu sedikit serius.

Tengku Nafla Maryam tenung sekejap perempuan yang sedang mengambil tempat dihadapannya. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan dan dibincangkan dengan Eshal. Jawapan yang tepat sudah pun diperolehi dan dia cuma perlu pengesahan sahaja dari tuan punya badan.

"Ada apa Cik Nafla?" Eshal segera mematikan tenungan Nafla terhadapnya. Segan dengan cara Nafla tengok dia itu, bukannya dia tidak perasan yang Nafla selalu curi-curi pandang dia. Dia pula jadi naik hairan.

Nafla membetulkan duduknya. Kedua tangannya diletakkan secara bersilang di atas meja. Mata tepat difokuskan kepada Eshal.

"I'm just curious. Who are you actually, Eshal?"

"Hah?" Hanya yang itu yang keluar dari mulut Eshal. Terkejut dengan soalan Nafla yang dikirakan sangat berterus terang.

Nafla ketap bibir dengar respon dari Eshal. Tersalah soalan, kah?

"Sejujurnya saya selalu tertanya-tanya, siapa awak sebenarnya Eshal? Maybe it something weird tapi saya rasa saya perlu berterus terang dengan awak"

Pemulaan dari Nafla pun sudah buat jantung Eshal Maisarah jadi tidak reti duduk diam apatah lagi dengan soalan-soalan yang seterusnya. Eshal rasa kali ini dia tak mungkin akan terselamat lagi dari soalan Nafla yang dia sendiri tahu berbaurkan tentang apa.

"A.. apa.. apa tu Cik?" Tersekat-sekat Eshal bertanya. Sungguh dia berdebar, dapat dirasakan soalan dan cerita Nafla yang akan datang bakal membuatkan jantungnya berdegup tidak normal seperti selalu.

"Awak kenal dengan adik saya, kan?"

Ah sudah! Soalan Nafla itu Eshal rasa macam baru saja dilempar batu besar ke muka. Tepat mengena tanpa bengkang bengkok!

"A.. apa maksud Cik?" Sekali lagi Eshal tergagap walaupun sudah berusaha untuk menyembunyikan rasa terkejutnya dengan soalan Nafla itu.

"Awak sebenarnya Sarah kan? Sarah yang Eshan suka. Sarah yang Eshan cinta, kan?"

Tersekat rasa air liur Eshal, payau. Langsung liurnya tidak berani nak turun ke celah kerongkong saat ditanyakan begitu. Bagi Eshal, pertanyaan Nafla itu terlampau direct!

'Sarah yang Eshan suka? Sarah yang Eshan cinta?' Berulang-ulang pertanyaan itu dalam hati Eshal. Satu pengakuan yang dia tahu selepas Eshan membawa diri ke Turkiye. Satu penyataan yang dia tahu melalui Baariq. Rupanya selama ini Eshan baik dengannya ada makna. Bukan sekadar kawan biasa seperti yang selalu lelaki itu katakan padanya.

"Awak, Eshal Maisarah kawan kepada adik saya, Eshan Maisur 10 tahun lalu. Awak Sarah, perempuan pertama yang berjaya buat adik saya jadi seorang lelaki yang setia. Dan awak, perempuan pertama yang adik saya bertekad bawa balik ke rumah kami untuk jumpa dengan kedua orang tua saya demi sebuah perlindungan. Awak orang itu, kan?''

Bertalu-talu Eshal diserang oleh soalan-soalan dari Nafla. Dan yang pasti setiap soalan itu membuatkan lidah Eshal seolah-olah dipasung tanpa boleh bergerak walaupun seinci.

Lihat riak Eshal yang kaku dan kelu itu, Nafla makin yakin setiap butiran kata-katanya itu adalah tepat dan betul. Eshal rupanya perempuan itu. Perempuan yang dikirakan sangat bertuah kerana berjaya menakluk sekeping hati 'nakal' milik Eshan Maisur.

"Awak kenal adik saya kan?" Sekali lagi Nafla bertanyakan soalan yang sama. Kedengarannya sedikit mendesak Eshal. Tapi ya, dia sengaja mendesak Eshal. Dia mahukan jawapan yang tepat dari Eshal. Walaupun tidak mudah tapi dia mesti dapatkan jawapan itu. Dia perlu kembalikan Eshal kepada Eshan.

Eshal pejam mata. Tangannya dikepal erat di bawah meja cuba cari kekuatan diri. Cuba tangkis, cuba tepis setiap rasa yang datang bila bertalu-talu ditujah soalan dari Nafla. Mahu sahaja dia mengiakan tapi tidak semudah itu. Tidak semudah itu dia perlu mengaku dia adalah 'Sarah' yang dimaksudkan oleh Nafla.

Otaknya ligat berfungsi mencari alasan terbaik untuk menolak tujahan itu. Tiba-tiba telinganya seakan-akan dengar bisikan Baariq yang acap kali ingatkan dia. Dan dia masih ingat segala pesanan Baariq. Habis suara Baariq, datang pula suara Mak Som dengan pesanannya. Berselang seli antara suara Baariq dan Mak Som.

Ingatannya singgah pula kepada segala amaran dan cacian dari Datin Joanne dan Datuk Waazin. Senyum menyinis yang menakutkan dari keduanya. Segala perbuatan mereka dan yang paling dia ingat kejadian malam yang penuh duka dan darah. Eshal masih ingat segala ancaman demi ancaman yang diterima. Eshal tidak sanggup! Tidak sanggup untuk laluinya sekali lagi!

Tidak! Eshal pejam matanya kejap seraya perkup telinga. Seakan terdengar hilai tawa mereka ditelinganya. Dia perlu jauhkan diri dari Eshan. Bukan untuk dia sahaja tapi untuk kebaikan semua orang. Termasuklah kebaikan keluarga Tengku Eqbal dan juga untuk kebaikan anak-anaknya.

Nafla tergemap dengan tindakan Eshal yang tiba-tiba sahaja memerkup telinga. Tangan itu menggigil kecil. Dan Nafla perasan ada sesuatu yang berbekas di belakang telapak tangan Eshal. Bergaris panjang ke bawah sehingga garisan itu terselindung disebalik handsock yang dipakai. Seperti parut. Sebelum ini dia tidak perasan tapi kali ini dia yakin dengan mata yang melihatnya. Itu parut bekas luka.

'Apa yang sebenarnya terjadi pada awak, Eshal?' Soalan itu cuma bergema dalam hati Nafla. Untuk bertanya, dia tidak sampai hati.

"Eshal, awak okay?"

Senyap. Eshal tarik nafas dalam. Cuba gunakan beberapa teknik untuk kawal penafasannya dari pengalaman lalu. Seketika begitu. Eshal sedut nafas dalam dan bersedia untuk menjawab soalan Nafla yang tertangguh sebentar tadi. Tangan dijatuhkan dari telinga, matanya dibuka lalu ditalakan tepat ke muka Nafla.

"Tak." Eshal membalas sepatah.

Nafla terbungkam.

"Saya tak kenal adik Cik Nafla." Sambung Eshal kemudiannya. Ada ketegasan disitu.

Terbuka sedikit mulut Nafla. Terkejut dengan jawapan Eshal. Tidak sangka Eshal seberani itu.

"Apa maksud awak, Eshal?"

"Saya tak kenal adik Cik Nafla." Sekali lagi Eshal bertegas.

"Awak jangan nak tipu saya, Eshal! Walaupun saya tak kenal siapa awak sebelum ini tapi saya tahu dan saya yakin awak adalah Sarah. Sarah, yang adik saya tergila-gilakan tu!" Kalau Eshal bertegas, Nafla juga sama.

"Macam mana Cik Nafla boleh yakin sangat yang saya ni Sarah, sedangkan kita tak pernah kenal pun sebelum ni?" Eshal masih berani menyoal Nafla walaupun dia sendiri rasa hampir lelah dengan setiap tujahan Nafla.

"Macam mana saya boleh yakin? Saya tak terus asak awak tanpa bukti kukuh Eshal. Saya dah cari maklumat tentang awak sebelum saya datang dan tanya kepada awak sendiri. Saya cuma mahukan kepastian dari awak. Dan saya tahu awak akan cuba untuk menafikan yang awak itu Sarah."

Terdiam Eshal.

"Kenapa? Kenapa awak cuba sembunyikan diri awak, Eshal? Kenapa awak perlu berniqab macam ni? Adakah kerana Eshan? Awak cuba lari dari Eshan ke?"

Lagi soalan yang ditanya Nafla buat Eshal terkelu lidah untuk menjawab. Berniqab? Adakah kerana dia tidak mahu dikenali Eshan? Bukan! Ini semua kerana ada sesuatu yang dia perlu sembunyikan dan berniqab ini salah satu jalannya. Walau apa pun niatnya, dia akhirnya rasa selesa dengan memakai niqab. Terasa dirinya dilindungi dan selamat dari mata-mata nakal yang bukan ajnabinya. Eshal angkat muka bila terdengar satu keluhan dari Nafla.

"Saya minta maaf kalau awak rasa saya macam mendesak awak. Sejujurnya saya tahu awak adalah Sarah. Kawan Eshan yang Eshan suka 10 tahun lepas dan tak mustahil sekarang pun dia masih tunggu awak. Cuma..."

Eshal dekatkan badannya ke meja, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Mahu juga dia dengar apa pula alasan Nafla kali ini. Sedangkan kalau diikutkan reaksi Eshan pada pertemuan mereka kali pertama bulan lepas, bukan main 'garang' lagi Eshan tayang mukanya.

"Cuma apa?"

"Eshan.. He has been suffering from amnesia for the past 2 years. He had an accident in Turkey. Realizing the coma, he didn't remember everything."

Terlopong mulut Eshal. Eshan... hilang ingatan?

"Ya, Eshal. Eshan amnesia. 6 bulan Eshan koma. Bila dia sedar, semua benda dia tak ingat kecuali nama Sarah. Dalam ingatan dia cuma ada seorang perempuan yang dia kenal, iaitu Sarah. Tapi dia tak pernah bagitahu kami. Dia cuma luahkan kepada doktor peribadinya saja. Kata Doktor, itu satu perkembangan positif Eshan. Bagi dokor, hubungan korang sebagai penguat untuk Eshan bangun dari koma dia."

Eshal terbungkam. Tak tahu mahu berikan reaksi apa. Terkejut, patutlah itu reaksi Eshan bila mereka berjumpa sebulan lepas. Dalam tak sedar rupanya selama ini bukan hanya dia saja yang sakit tapi Eshan juga. Mereka sama-sama menderita.

"Jadi dia... dia macam... macam mana sekarang?"

Nafla capai tangan Eshal.

"Saya perlukan Eshal. Boleh Eshal tolong saya?"

"To... tolong macam mana tu Cik?"

"Tolong pulih kan Eshan. Eshan perlukan Eshal. Macam mana Sarah boleh ubah Eshan dulu, saya pasti Eshal juga mampu pulihkan Eshan. Kami perlukan Eshal."

Eshal menunduk. Menekur tangannya yang bersatu dalam genggaman Nafla. Hatinya mahu sahut permintaan Nafla tapi akalnya memberontak. Hakikat yang satu, dia bukan Sarah yang dulu lagi. Dia adalah Eshal yang penuh dengan ketidaksempurnaan. Dia bukan Sarah lagi. Dia sekarang Eshal!

"Saya... Saya tak rasa saya mampu." Perlahan-lahan Eshal tarik tangannya.

"Eshal... Kenapa?"

"Saya bukan Sarah lagi. Saya tak layak untuk Eshan." Bersama ungkapkan itu, air matanya bertakung, memenuhi kelopak mata.

"Eshal..." Nafla tergamam lihat mata Eshal yang sudah mula bergenangan air mata.

"Saya bukan Sarah yang dulu. Kalau cik tahu siapa saya, cik juga tak sanggup lihat saya. Saya bukan... Saya bukan Sarah lagi."

"Saya tak faham. Apa maksud awak Eshal?"

Eshal makin menunduk, menangis. Air matanya jadi murah dan galak menitis. Sedangkan selama ini dia cuba berlagak kuat tapi bila ada orang mempertikaikan siapa dia, mulalah hatinya menjadi nipis, senipis tisu. Hatinya terusik, hatinya terluka.

Nafla makin takut bila tengok Eshal menangis bersungguh-sungguh itu. Bagaikan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Eshal. Nafla bangkit lalu mendekati Eshal. Tubuh Eshal dirangkul ke dalam dakapannya. Bahu Eshal dielus perlahan.

"Lepaskan Eshal. Lepaskan segala tangisan dan derita itu kalau itu yang membuatkan Eshal rasa lega. Saya minta maaf andai kata saya terlalu memaksa Eshal. Saya seorang yang pentingkan diri sendiri dan pentingkan keluarga saya sahaja tanpa fikir apa perasaan Eshal sekarang. Saya minta maaf."

Makin kuat tangisan Eshal. Lengan Nafla dipegang kuat seolah-olah sedang meminjam kekuatan dari Nafla.

'Saya tak tahu apa yang telah awak lalui Eshal tapi saya yakin ianya sangat menyakitkan awak. Saya janji saya akan tolong awak. Saya akan kembalikan Sarah ke dalam Eshal semula supaya dia mampu berada dekat dengan Eshan. Itu janji saya, Eshal!' bergema suara hati Nafla. Satu janji yang dibuat oleh Nafla dan dia akan kotakan janji itu suatu hari nanti.

* * *

"Sarah... Umi..."

"Eshal. Eshal umi.. Mulai sekarang, panggil Sarah dengan nama Eshal. Biarlah nama Sarah terkubur bersama kenangan pahit tu. Eshal cuba untuk melupakan semuanya dan Eshal harap umi juga boleh tolong Eshal." Eshal terlebih dahulu memintas. Tangan Tengku Naina digenggam erat, memohon pengertian dari ibu angkatnya itu. Sebetulnya itulah yang sedang berlaku sekarang. Eshal atau Sarah sedang mencuba untuk melupakan segala kenangan pahit yang menyakitkan dan sedang bertatih untuk membina kehidupan baru tanpa gangguan dari musuh-musuhnya.

Mulanya Tengku Naina sedikit tercengang dengan permintaan Eshal namun selepas difikir mungkin ada kebaikan, dia mengangguk kecil.

"Baiklah, kalau itu yang Eshal mahukan. Umi akan panggil Eshal." Tengku Naina sentuh pipi Eshal lagi. Mata berkaca Eshal ditenung.

"Assalamualaikum..." Adham melaung depan pintu pagar mewakili Eshan dan Munir, pemandu Eshan.

Tersentak perbuatan Tengku Naina terhadap Eshal, segera dia jatuhkan tangan. Mereka berempat menoleh ke pintu. Nafla bergerak ke pintu, menjenguk ke luar. Eshal segera membawa diri ke dapur. Dadanya berdebar menanti apakah yang akan berlaku selepas ini.

"Waalaikummusalam. Hah sampai pun. Masuk la."

Adham terlebih dahulu melangkah masuk ke ruang tamu Taska Permata Budi Maryam diikuti oleh Eshan dan Munir.

"Sorry lambat, jem sikit tadi." Adham menerangkan dulu kenapa mereka lambat.

"Emm.. faham. Dekat Tesco sana tu memang teruk jem." Nafla membalas, faham sangat jalan sekitar sini. Teruk betul sesaknya.

"Cik, tandas mana?" Eshan mencelah.

"Tandas dekat dapur, belah kiri."

"Okay." Eshan berlalu ke tandas yang terletaknya berhampiran kawasan dapur.

Eshal pantas berpusing tubuh menghadap sinki bila terpandangkan kelibat Eshan yang berbadan tegap dan sasa itu menghampiri kawasan dapur. Eshan tetap seperti dulu, sentiasa kemas dan segak dimatanya. Nampaknya 'amnesia' tidak mengganggu penampilan seorang Tengku Eshan Maisur.

"Maaf, tandas dekat mana ya?" Suara itu menegur di belakang.

Eshal cuma tunding jari ke arah tandas tanpa berniat mahu berpusing menghadap Eshan. Macam biadap, tapi pedulikan. Dia masih tidak bersedia untuk bersua muka dengan Eshan.

Eshan mengerut kening dengan cara perempuan dihadapannya. Malas ambil peduli, Eshan berlalu ke tandas.

* * *

"Bau apa ni?"

"Opocott!" Hampir terlucut gelas di tangan Eshal, terkejut dengan soalan yang tiba-tiba sahaja datang dari belakangnya. Cepat-cepat dia berpusing ke belakang. Bulat matanya, Eshan!

'Alamak, kenapa dia ada lagi dekat sini?'

"Amboi melatah..." Seraya itu ada senyuman kecil menghiasi bibir walaupun cuma beberapa saat sebelum sirna sepenuhnya.

Eshal juga sedia tayang riak biasa walaupun jantung berdegup kencang. Terkejut dengan pertemuan yang tidak disengajakan ini.

"Bau apa ni?" Soalan itu diajukan buat kali ke dua kepada si dia yang sedang menyusun gelas di atas dulang. Kakinya diatur mendekati meja makan, dekat dengan gadis itu.

"Bau apa?" Eshal meliarkan matanya, mencari bau apa yang dimaksudkan oleh Eshan.

"Bau wangi. Macam pandan. Somethings delicious, I guess."

"Oh.. bau ni ke?" Eshal angkat tudung saji, baki nasi lemak daun pandan bersama ayam berempah yang dimasaknya tengahari tadi masih elok di simpan di situ.

Eshan turun pandangan matanya ke arah situ. Nasi lemak yang berwarna hijau, beraroma daun pandan menerjah matanya. Eshan bungkam. Entah kenapa bila terpandangkan menu itu dia rasa sebak. Seolah-olah ada sesuatu menyekat dikerongkongnya.

"Nasi lemak?"

"Ha'a nasi lemak pandan. Tengahari tadi Eshal masak. Han nak ke?" Sekonyong-konyong itu Kak Ita muncul menjawab bagi pihak Eshal.

Eshan angkat muka, matanya terus ditalakan kepada Eshal.

"Awak masak?"

Eshal angguk.

"Lain kali jangan masak nasi lemak ni lagi." Eshan mendengus dan dia keluar dari dapur.

"Eh, dah kenapa Han ni..." Kak Ita berdecit, pelik sungguh dengan Eshan.

Manakala Eshal pula kulum senyum disebalik niqabnya. Nampaknya betul apa yang Nafla cakap, Eshan tak pernah lupakan dia!

Sedikit-sedikit.. rahsia mula tbongkar.. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience