Part 19

Humor Series 90875

"So, kau nak buat apa? Lepas ni, STPM is coming soon. Kalau kau tak buat apa-apa sekarang, so cerahlah masa depan kau untuk jumpa Emir lagi tahun depan."

Kata-kata Amira membuatkan aku termenung sejenak. Sejujurnya, apa yang harus aku buat? Senang, minta kerjasama dengan ibu bapa Emir. No problem if Emir takde masalah dengan mereka. Tapi, nampak gayanya Emir dengan ibu bapa dia sendiri macam negara Jerman Barat VS Jerman Utara. Tidak sekufu. Sorang ke barat, satu lagi ke timur.

Pening kepala aku. Masalah. Masalah.

Peristiwa Jumaat lepas cukup untuk membuatkan aku membulatkan tekad mencari jalan penyelesaian dengan ibu bapa  Emir. Lama-lama dibiarkan makin cerah dan sangat terang untuk aku bersua muka semula dengan Emir tahun depan.

100% diyakini akan berjumpa semula.

KLMJ. Kenangan lalu merosak jiwa.

Aku tarik nafas sambil pejam mata. Otak mula merangka rancangan untuk diusulkan kepada ibu bapa Emir. Sekurang-kurangnya, tak payah insafkan Emir 100 peratus, 10 peratus pun aku rasa dah cukup bersyukur sangat sangat. Takpun 5 peratus ke.

Yang paling penting, dia tak repeat paper STPM LAGI.

Panggilan telefon menyentakkan aku dari lamunan. Aku pandang ke arah skrin telefon.

Puan Mawardah.

Aku gesek ikon hijau lalu memberi salam.

"Cikgu Althea ye, jadi tak petang ni nak jumpa?"

"Jadi. Pukul berapa Puan?"

Aku lihat ke arah jam.

"Pukul 3 boleh? Pagi ni saya ada urusan sikit."

Aku tarik nafas. Nasib baik. Buatnya dia nak jumpa aku sekarang, aku yang sasau mencari plan untuk insafkan mafia seorang tu. Perey, bak kata orang Sarawak.

"Boleh. Kat mana nak jumpa ?"

"Hm... Kat rumah boleh?"

Aku diam. Rumah? Bermakna Emir akan ada sekali lah? Argh! Sudahlah Jumaat lepas kami berdua bergaduh. Jumpa lagi sekarang. Makin bertambah lagi nampak gayanya aura kebencian antara Emir dengan aku.  Entah-entah Perang Dunia Keempat bakal  meletus nanti. Stress.

"Emir takde kat rumah hujung minggu macam ni. So, Althea tak payah risau tentang Emir."

Aku tarik nafas lega. Fuh, nasib baik.

"Boleh. Pukul 3 nanti ye. Puan send location kat saya nanti."

"No problem. Terima kasih Cikgu Althea, kerana sudi ambil berat terhadap Emir. Saya sendiri pun dah tak tahu nak buat apa dengan Emir."

Suara Puan Mawardah sebak. Sebak mungkin mengenangkan perangai Emir sedemikian. Kalaulah aku ditakdirkan menjadi ibu seperti manusia bernama Emir, rasanya aku bakal dicop sebagai mak tiri Snow White tahap super saiya. Dapat anak baik, boleh lagi tunjuk muka baik bak malaikat, tapi kalau spesis darah tinggi berulam jantung seperti Emir?

Nescaya muka bak syaitan aku tadahkan.

"Dah menjadi tanggungjawab saya sebagai guru Puan. Emir tu anak murid saya. Sebagai guru, saya tak nak Emir terus berperangai macam ni. Emir ni baik sebenarnya,"

Hakikat sebenarnya aku taknak menghadap Emir lagi tahun hadapan. Sakit jantung , strok jawapnya.

"Apa-apapun, kita jumpa petang ni ye puan.  Terima kasih juga sebab sanggup bagi kerjasama dengan saya."

Bagus ada ibu bapa yang macam ni sebenarnya. sekurang-kurangnya, tidak menyalahkan guru atas sebab perangai murid yang mengatakan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka terletak 100 peratus di tangan guru. Sayangnya mereka tidak sedar bahawa, guru hanyalah memainkan peranan sedikit sahaja dalam kehidupun seseorang murid. Ibu bapalah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak, sejak dari kecil lagi. Kalau tidak, manakan wujud pepatah Melayu, bapa borek anak rintik dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Kedua-dua pepatah ini membincangkan tentang bagaimana peranan dan suri teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa mampu membentuk nilai moral dan sikap anak-anak. Guru hanya watak sampingan sahaja dalam kehidupan anak-anak. Ibu bapalah yang memainkan peranan penting untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka.

"Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Emir. "

Aku aminkan doa Puan Mawardah. Gesek ikon merah, aku pejam mata. Masih berbaki beberapa jam lagi sebelum jam 3.

Plan yang dirangka perlulah komprehensif dan bersifat intensif, tapi itu kata aku.

Kata Emir? Hari biru la nampaknya. Dia bukannya boleh dipercayai sangat . Sebab Emir Hafiz adalah Emir Hafiz dan tetap Emir Hafiz. Mafia STKH.

Jam 2 petang, aku terima Whatsapp daripada Puan Mawardah untuk mengawalkan pertemuan. Aku iakan sahaja. Lagi cepat lagi baik. Lagi cepat aku beredar daripada terserempak dengan Emir. Apatah lagi bertentang mata dengan Emir. Entah-entah yang bakal melayang  nanti kerusi meja sofa lampu kat ruang tamu rumah Puan Mawardah nanti.

Aku keluar, meminjam kereta Amira memandangkan aku jarak rumah Emir agak jauh daripada kawasan rumah dan aku tidak bersedia menanggung risiko untuk merempit dengan skuter ke rumah Emir. Amira pula dengan senang hati meminjamkan keretanya, siap pakej suruh Emir bawak balik ke rumah.

Choii, mulut!

Sampai di taman perumahan keluarga Emir, aku garu kepala. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh aku. Buta arah. Failed sebagai seorang guru Geografi kalau macam ini. Aku belek semula location yang dihantar oleh Puan Mawardah. Walaupun selalu ikat jamin Emir, satu perkara yang tidak pernah lagi dilakukan adalah menghantar Emir balik.

Lama berpusing, akhirnya aku jumpa rumah keluarga Emir. Aku telan air liur. Ini rumah orang kaya. Bukan sebarang kaya. yelah, terlupa pulak. Dr. Awal adalah pengarah hospital manakala Puan Mawardah adalah pegawai tinggi di sebuah jabatan dalam kementerian. Duita bukan masalah lebih-lebih lagi Emir adalah anak tunggal. 

Tak campur lagi datuk nenek Emir ini. Ayahnya juga salah seorang pemegang saham  untuk STKH. Nasib baik ayah Emir tak bagi muka sangat ke Emir sendiri. Kalau tidak, makin naiklah level samseng dia kat sekolah.

Aku tekan loceng di depan pagar rumah. kepada Puan Mawardah, aku sudah maklumkan kedatangan aku. Takut pulak dia tertunggu-tunggu nanti. Walau bagaimanapun, 15 minit berlalu kelibat siapa pun, waima Puan Mawardah mahupun Dr. Awal.Whatsapp Puan Mawardah senyap sahaja. Aku cuba mendail nombor telefon Puan Mawardah, namun disambung oleh 'this is buihh-buihhh' sahaja.

Aku kerut dahi sambil menekan beberapa kali loceng. Janganlah gagalkan plan yang sedia ada ini. Sudahlah aku merangka  beberapa plan tadi, Plan A, Plan B dan Plan C.

Ketika aku sedang bersandar elok, pintu pagar dibuka. Hampir terjatuh ke belakang apabila aku sedang mendail nombor telefon Puan Mawardah beberapa kali di bawah terik mentari panas.

Aku cepat-cepat masuk dalam dan meletakkan kereta di tepi garaj. Entah kenapa jantungku berdegup dengan kencang. Bagaikan ada sesuatu yang bakal berlaku. Malah hatiku berdebar-debar sejak semalam. Petanda apakah ini? Minta-minta tiada perkara buruk yang bakal berlaku.

Tiba di hadapan pintu, aku berdebar lagi. Tanganku berpeluh. Kepalaku mula membayangkan reaksi yang bakal dihadapi kelak. Semoga Emir tiada di rumah, doaku.

Ternyata doaku tidak makbul.

Baru sahaja aku ingin mengetuk pintu, pintu rumah sudah terbuka. Terjengul wajah Emir di balik pintu.

"Kau buat apa kat sini?"

Suara garau Emir menghentikan mulutku untuk memberi salam. Hampir sahaja aku menjerit apabila terlihatkan  keadaaan Emir yang tidak sempurna. Muka bangun tidur, rambut serabai tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Melotot mataku.

"Emir Hafiz!! Awak... Awakk....! Awak....!"

Sungguh aku tak terluah ayat yang ingin disampaikan. Kelu seketika. Cuci mata sugguh aku sebab Emir ini.

"Awak apa? Ayat itu biar jelas sedikit. ni awakk.. awak.. awak aje!" Gerutu Emir sambil menutup mulutnya. Menguap.

"Pergi pakai baju boleh tak?!" Arahku dengan perasaan berdebar yang makin mengganas. Seumur hidupku tidak pernah lagi aku melihat secara live badan lelaki, tolak adik beradik lakilah.

Tipu. Dalam tv, internet nak nak lagi drama korea  berlambak ada. Itu dalam ruang maya. Real life tak pernah jumpa lagi.

"Ini rumah aku ikut suka hati nak pakai baju ke tak. Nak berbogel pun boleh."

Emir buat rolling eye.

Aku bengang. Sakit hati mendengar jawapan Emir. Rasa nak baling aje pasu merah kat tepi aku ni.

"Mana Puan Mawardah?"

Aku berbalik semula ke tujuan asal. Banyak menyimpang jauh akibat melihat tayangan umum ini.

"Entah, mana aku tahu." Kasar suara Emir.

Aku ketap bibir. Musnah, Pelamin anganku musnah sama sekali. Masalah betul kalau Emir ada.  Hancur plan aku. Daripada Puan Mawardah, berganti pulak dengan wajah serabai Emir yang menyambutku.

"Awak tahu dia ke mana ?"

Aku cuba tanya lagi.

Emir tunjuk wajah grumpy. Muka low blood pressure awal-awal pagi.

"Kan aku cakap mana aku tahu!  Datang ni kenapa?"

Emir pincing mata melihat aku. Aku telan air liur. Tak cukup dengan dia yang tengah 'seksa' itu,tambah lagi jelingan maut, aku ketar kaki. Kata berani nak hadap Emir, hakikatnya aku sendiri pun takut sebenarnya berhadapan dengan mafia seorang ni. Tak boleh dijangka.

Bala! Bala!

Takkan aku nak cakap ' saya datang ni nak jumpa ibu awak, untuk plan macam mana nak insafkan awak. STPM nak dekat dah.'

Untung-untung aku kena tibai terus.Seram eden.

"Kau dengan umi rancang sesuatu ke?"

Emir buat serkap jarang. Aku telan air liur. Tepat mengenai sasaran.

Dia bersandar di tepi pintu sambil peluk tubuh. Seronok agaknya tayang body kat aku. Nasib baik takde 10 inchi ke hadapan perutnya itu. Elok je kempis dan tegap. Nice body.

"Puas dah?"

Aku tersentak. Puas?"

"Puas dan ushar badan aku? Tergoda?"

Naik darah merah ke mukaku. Astaghfirullah-al-azim. Aku istighfar beberapa kali. Ya ALlah, apa aku buat ni? ZIna mata sungguh. Emir ni pun satu, tayang body kat aku. Ingat free show, model Victoria Secret versi lelaki ke?

Aku mencebik. "Eh, memang taklah saya nak tergoda."

Emir senyum sinis.

"Kalau Puan Mawardah takde, saya balik dulu."

Lebih baik beredar sekarang sebelum apa-apa terjadi. Precaution. Hanya aku dan Emir sahaja sekarang. Kalau ada dua wajib ada yang ketiga. Lebih baik elak.

Tiba-tiba bulu romaku berdiri. Ada sesuatu yang sedang enak menggesek-gesek di kali seluarku. Aku telan air liur. Perlahan-lahan aku toleh bawah.

Hampir luruh jantungku melihat bebola putih sedang enak menggesek-gesek di kakiku. Mukanya diangkat bersinar galak sambil mengiau-ngiau. Aku tarik nafas dalam-dalam. Jantungku mengepam darah hampir 3 kali ganda daripada biasa. Peluh mula menitik.

Tanpa mempedulikan apa-apa, aku pantas angkat kaki. Tidak kira apa-apapun aku harus selamatkan diri daripada bebola putih berkenaan. Trauma dan fobia daripada zaman kanak-kanak sudahpun cukup membuatkan aku menghidap Ailurophobia.

Ketakutan terhadap kucing.

Entah macam mana aku tersepak akan sesuatu dan jatuh. Aku pejam mata erat-erat dan aku jangkakan akan jatuh di atas simen tetapi seperti ada sesuatu yang menyambut tubuhku.

Sesuatu yang lembut tapi tidak terlalu keras.

"Aduh, kau ni dah kenapa?"

Aku pantas buka mata.

Muka Emir berkerut, bagaikan menahan sakit. Dan kedudukan kami berdua agak dekat.

"Nak lari pun tengoklah kiri kanan. Gila ke apa?" Bebel Emir sambil mendengus.

Aku kelip mata. Eh?

"Kau okey tak ni?" Suara Emir kendur.

Aku pandang posisi aku dan Emir. Terbeliak mataku apabila melihatkan aku yang sedang elok landing di atas badannya. Aku ingin cepat-cepat bangun namun suara di belakangku menyebabkan rohku bagaikan ingin keluar dari jasadnya.

Sungguh! Macam rasa Malaikat Izrael datang cabut nyawa aku sahaja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience