Bab 7

Action Series 1929

[Hispania.]

Entah sejak kebelakangan ini, perasaan Antoninus tidak tenteram. Seperti ada masalah menimpa keluarganya di Rom.

"Ah! Mana mungkin ada masalah yang tidak dapat diatasi."

"Tetapi kedengaran perang-perang kecil mulai timbul..."

"Ayah kan seorang panglima berkebolehan. Pakcik Antinous juga seorang yang tangkas."

Antoninus berpusing-pusing di atas katil kayu. Puas ditolak suara-suara negatif dengan positivitinya, namun semakin besar kegundahan hatinya pula.

"Ish!", dia melompat turun dan menggapai pedangnya. Lebih baik dia berlatih daripada terus membuang masa.

Bunyi libasan dan hunusan tajam memenuhi perkarangan tanah luas yang sepi. Tanpa sedar, dia telah membangunkan seseorang.

"Antoninus."

Antoninus berhenti berlatih. Laju dia berpaling. "Pakcik!"

Plinius tersenyum melihat anak saudaranya sungguh tekun menyembunyikan kegusaran. "Ada sesuatu mengganggu fikiran kau."

Bukan pertanyaan, tetapi satu pernyataan. Plinius seorang sarjana pendiam yang suka memerhati. Pasti saja dia perasankan riak gelora disebalik air muka tenang Antoninus.

Antoninus mengeluh. "Belum ada apa-apa berita daripada ayah?"

Plinius tidak terus menjawab. Langkahnya sederhana dan tangan tangkas menarik pedang keluarga itu.

Antoninus tersentak tetapi cuba di kawal. Dia membiarkan Plinius bertindak sesuka hati.

"Sungguh cantik. Megah dengan tatah tatah rias. Kau menjaganya dengan baik.", pedang itu dibelek.

Antoninus hanya mendengar tanpa menyampuk.

Plinius mencacakkan bilang pedang ke tanah lalu berkata, "Secantik manapun, bukan itu yang aku inginkan. Kerana itu, pedang ini menuruti susur galur Hadrianus."

Antoninus semakin pening memproses kata-kata pakciknya yang penuh teka-teki. "Aku hanya ingin mengetahui khabar mereka di Rom..."

Plinius menepuk bahu anak saudaranya yang kebingungan. "Seperti mana aku menolak pemberian bertuah warisan keluarga, kegundahan kau ini juga ada pilihan. Mungkin bukan hari ini atau esok, tetapi pasti ada sebab sesuatu itu untuk hari terkemudian."

Antoninus mengangguk. "Jadi maksud pakcik, kegundahan aku ini berasbab?"

"Mungkin itu, atau hanyalah perasaan kerinduan yang mendalam." Plinius menyimpulkan sebelum bergerak balik ke biliknya.

Antoninus masih diam memikirkan kata-kata pakciknya yang melompat-lompat. "Kerinduan yang mendalam...?"

****
[Rom.]

Adriana berlari laju, mengelak daripada ditangkap tentera-tentera Rom.

Dia telah ingat kejadian lalu. Dia telah ingat kekejaman orang di sekelilingnya. Oleh itu, mana mungkin dia akan terus tinggal di situ!

"Luciana!"

Adriana memeluk erat pinggang sepupunya. Orang inilah yang menemuinya tahun lalu. Lelaki berambut perang yang telah menceritakan segalanya.

"Kau baik-baik saja?"

"Baik. Teruskan perjalanan. Mereka semakin dekat."

Tiberius memacu kuda tunggangan dengan laju. Kekhawatiran kepada saudaranya memenuhi kepala.

Disebabkan ketangkasan dan pengetahuan akan hutan ini, mereka dapat lari daripada terus dikejar tentera Rom yang dihantar Antinous yang menyangka Adriana telah dibawa lari.

Setelah kehilangan jejak, beberapa pahlawan cuba mencari sebelum balik ke markas untuk memberi laporan.

"Tak guna!" Antinous menghentak meja dengan kuat. "Macam mana boleh hilang jejak!"

Hadrianus yang mendengar khabar itu turut meluahkan kekesalan namun kesibukannya dengan tanggungjawab negara menyebabkan perjalanan balik ke rumah ditangguh.

Antinous tidak senang duduk. Dia memikirkan pelbagai kemungkinan sehingga perlakuannya menjadi agresif.

Tentera yang melihat itu tidak berani menegur.

Manakala di bahagian hujung hutan berdekatan lembah dalam, Adriana dan Tiberius telah selamat sampai. Mereka disambut oleh orang berpakaian kulit.

"Tiberius, aku sungguh risau." kembar lelaki itu menepuk belakangnya erat membuat Tiberius tersengih.

Gaius melepaskan pelukan dan menjemput mereka masuk.

"Kau berehatlah dahulu. Perbincangan akan diadakan petang nanti. Jika tidak keberatan, aku sendiri akan menjemput kau.", Tiberius berkata lembut.

Kelembutan itu membuatkan Adriana menurut tanpa menolak.

"Itukah Luciana?", Gaius bertanya setelah Adriana beredar.

"Ya."

"Nampak sedikit dingin.", Gaius memberi komen.

"Dia masih terkejut. Berikan dia masa. Lagipun, dia membesar tanpa mengenali kita. Wajar saja dia bersikap berjaga-jaga. Walau macam mana pun, dia tetap Luciana kita."

Gaius mengangguk. "Kau membelanya bertubi-tubi."

Tiberius yang memeriksa riak kompleks adiknya cuba memujuk, "Sudahlah. Mari kita bersiap untuk hal petang ini. Pastinya kau juga belum siap mengumpul senjata."

Usikan Tiberius mengundang sengihan. Tanpa membantah, dia segera kembali menyelesaikan tugas yang tergendala.

Petang itu, seperti yang dijanjikan, perbincangan telah diadakan. Secara ringkasnya, mereka bercadang menuntut bela kematian ibu Adriana dan menjatuhkan pemerintahan bersifat tentera.

"Penguasaan Rom yang semakin hari semakin banyak lubangnya perlu dihentikan sebelum lebih ramai rakyat menjadi mangsa!"

"Para bangsawan memanglah seronok berhibur, tetapi yang menahan sakit itu hanyalah mereka yang tinggal sehelai sepinggang!"

Adriana hanya mendengar perbincangan itu tanpa menyerlahkan minatnya. Dia hanya ingin membalas dendam. Maka, dia tidak mengambil peduli tuntutan yang dianggap normal itu.

Pulang dari perbincangan, Tiberius menemui Adriana.

"Kau seperti kurang berminat... atau itu hanya sangkaan aku saja?"

Adriana menguis kain baju. "Bukankah semua tuntunan itu rentetan perkara normal?"

Tiberius menghela nafas dengan tenang. "Maksud kau?"

Adriana merenung mata coklat kehijauan kepunyaan Tiberius. Dia mencari ketelusan dalam pertanyaan Tiberius melalui mata itu sebelum mengambil keputusan untuk menjawab,

"Rasional saja sebuah kerajaan mempunyai golongan pemerintah dan diperintah. Tanpa wujud satunya, tidak akan wujud sebahagiannya. Lagipun, kesenangan untuk hiburan bukankah salah satu pendapatan untuk negara?"

Tiberius menggeleng mendengar kata-kata Adriana. "Melalui percakapan kau, memang ada kebenarannya. Namun, masih wujud cara untuk memajukan negara tanpa menindas rakyat sendiri. Tidak begitu?"

Adriana mengangguk perlahan, tersangat perlahan.

Tiberius menepuk bahu Adriana. "Selamat malam, Luciana. Semoga esok menjadi hari yang berbeza."

Adriana menyelubungkan diri di dalam selimut sambil hatinya menggetus, "Tentu saja esok ialah hari yang berbeza."

****
"Bagaimana dengan Luciana?" Gaius bertanya sebaik abangnya tiba di dalam khemah mereka.

"Dia baru masuk tidur."

Gaius sebenarnya terdengar perbualan abangnya dengan adik sepupunya tadi. "Sepertinya, Luciana benar-benar menjadi sebuah kegelapan."

Tiberius merenung tajam adiknya. "Apa yang kau mengarut?"

"Kata-kata makcik Aylin, tidak mungkin jauh panggang dari api."

"Kau tidak faham atau buat-buat tidak mengerti? Luciana tidak membesar dengan kita, sebab tu dia tidak menyedari! Lama-kelamaan nanti pasti dia akan baik-baik saja seperti yang telah diharapkan."

"Aku tidak yakin, Tiberius."

"Gaius!"

Gaius tidak ingin bergaduh dengan saudara sendiri. Oleh itu laju saja dia masuk tidur. "Selamat malam."

Tiberius meraup wajah. Dia beredar mengambil angin, sambil kata-kata adiknya bermain di minda.

Setiap kemusykilan ditangkis dengan kepercayaannya yang mendalam bahawa Luciana pasti saja masih Luciana mereka, mustahil akan berpaling tadah. Oleh itu, dia mempertaruhkan segalanya keatas wanita itu, melebihi kembarnya sendiri.

Luciana, si cik Adriana bersayap besi tidak mungkin menjadi batu penghalang reformasi mereka. Dia percaya itu!

Si cik Adriana bersayap besi. 'Cik Adriana' merupakan panggilan orang kepada Adriana yang merupakan seorang jelitawan berstatus bangsawan. 'Bersayap besi' menunjukkan status dirinya yang merupakan anak gadis kesayangan Antinous dan Hadrianus sehingga tiada yang berani menidakkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience