BAB 10

Humor Completed 1124

Hubungan mereka suami isteri kini sudah semaki baik. Disebabkan kes urut-mengurut, Dhia sudah mula untuk mengenali suaminya itu dengan lebih dekat lagi. Setakat ni, rasa cinta Dhia sudah naik tujuh puluh peratus.

“ Hai…Dhia. Aku tengok semenjak dua menjak ni, kau makin berseri-seri la. Bos pun semakin hansem. Untung badan kau kan? Dapat suami macam tu?” usik Mimi pada Dhia.

“ Hello, kau jangan nak mengada-ada kat sini ya. Aku dan suami aku tu masih dalam proses mengenali hati budi.”

“ Apa pulak proses kenal-mengenal ni? Kau kan dah kenal dengan suami kau tu sejak sekolah lagi kan? Ok, macam ni aku nak tanya kau sesuatu. Kau dah mula sayang kat suami kau? Kau dah jatuh cinta pada suami kau?” soal Mimi.

“ Aku…aku…masih tak ada jawapan untuk itu. Aku tak tahu apa yang aku rasa ni sama ada perasaan cinta atau sekadar tanggungjawab seorang isteri?”

“ Ehhh..kenapa pulak macam tu. Aku tengok bos layan kau baik punya. Pekerja-pekerja kat dalam bangunan ni pun dah mula syak sesuatu tentang hubungan kau dengan bos. Dah hamper tiga bulan kau kahwin kan? Takkan kau masih ragu-ragu pada suami kau? “ Tanpa mereka sedar, perbualan mereka itu didengari oleh Harraz yang baru sahaja ingin menapak masuk ke dalam pejabat. Harraz masih menanti jawapan isterinya dengan berdebar-debar.

Tiba-tiba, “ Hai darling?” sapa seorang perempuan yang sambil memeluk lengan Harraz dengan erat sekali. Harraz pantas menoleh ke sisinya melihat gerangan yang berani memeluknya di tempat kerja.

“ Sara? Sara buat apa kat sini? Bukan Sara kat oversea ke?” soal Harraz yang terkejut dengan kedatangan adik perempuannya yang terlebih manja itu. Ini kalau orang tak tahu hubungan aku dengan Sara ni, mungkin orang sangka kami berdua ni pasangan bercinta.

“ Abang, Sara tengah cuti sem. Saja je datang sini. Rindu la kata abang. Lagipun, hari tu Sara tak sempat nak pergi majlis kahwin abang.” Harraz tersenyum. Adiknya ini memang manja orangnya.

“ Oh..begitu. Jomlah ikut abang masuk dalam. Kita bual-bual kat sana.” Dengan langkah yang selamba, Harraz dan Sara berjalan beriringan sambil lengannya masih dipeluk oleh adiknya itu. Harraz hanya membiarkannya sahaja. Dhia ternyata terkejut sekali melihat pasangan yang baru sahaja melintas di depannya. Seolah-olah dirinya seperti halimunan. Harraz langsung tidak memandangnya. Dhia sedih sekali kerana ternyata suaminya itu tidak pernah mencintainya. Benarlah selama ini semua hanya lakonan sahaja.
Harraz sengaja tidak memandang isterinya itu. Alang-alang da Dhiaa Sara kat sini, bolehlah Harraz menjalankan langkahnya yang terakhir untuk memikat isterinya itu. Harraz ingin menguji isterinya sama ada cemburu atau tidak? Harraz menekan butang intercom.

“ Tolong buatkan dua Nescafe panas dua.” Arah Harraz pada Dhia. Ishhh!!! Tak guna betul la. Selamba badak ke dia ni nak suruh aku buatkan Nescafe. Menyampah!

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat Harraz sambil membawa dulang yang berisi dua cawan Nescafe. Senyuman ku ukir walaupun terpaksa.

“ Ini dia Encik Qimie. Kalau tak de apa-apa, saya keluar dulu.” Ucapku lalu berlalu pergi. Harraz dapat meneka air wajah isterinya itu. Kelihatannya erti menahan rasa sedih. Jika benar telahannya, bermakna rancangannya hari ini dikira berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience