ADRIAN QAIS terus tersenyum sebaik saja dia melihat ramai pelanggan yang mula masuk ke dalam restorannya itu. Restoran Itali yang diilhamkan oleh ibunya. Kejayaannya itu terhasil dari sokongan keluarganya sejak dia kecil lagi.
Ibu Adrian merupakan wanita berdarah Itali dan telah berkahwin dengan Ayah Adrian yang sememangnya berasal dari Malaysia. Ibunya itu merupakan seorang tukang masak di Itali dan sejak kecil lagi, Adrian sering membantu ibunya di dapur.. Dari situlah Adrian mula mempunyai minat untuk menjadi tukang masak seperti ibunya.
Namun, kebahagiaan mereka sekeluarga tidak lama apabila ibunya disahkan menghidap kanser hati dan akhirnya mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk meninggalkan negara Itali dan kembali semula ke Malaysia setelah Nenek Adrian memaksa mereka pulang.
“Kenapa Mama rahsiakan semua ni dari Ian? Kenapa Mama tak cakap yang Mama sakit?” soal Adrian dengan wajah yang risau.
Puan Rose tersenyum lalu memeluk anak lelakinya yang ketika itu berusia 15 tahun.
“I’m so sorry, Ian.. bukannya Mama sengaja nak rahsiakan semua ni dari Ian.. Tapi Mama taknak buat Ian risau..” kata Puan Rose perlahan.
“But you already make me worrried!” Kata Adrian lalu memeluk ibunya itu.
Puan Rose hanya ketawa.
“Mama kan sihat lagi ni.. Ian jangan risau okey? Kita kan dah janji nak buka restoran kita kat Malaysia macam yang Ian nak?” Soalnya.
Adrian terus tersenyum lebar.
“Ian nak jadi chef macam Mama!” Kata Adrian dengan senyuman yang lebar.
“You can be whatever you want, son.” kata Encik Harith. Ayahnya itu.
Adrian memeluk Ayahnya sambil tersenyum. Dia berjanji akan membuka sebuah restoran yang diilham dari Puan Rose.
“Err.. Chef?” panggil Dani. Lelaki itu masih lagi muda dan berusia 24 tahun. Dia sedang menjalani latihan praktikal di restoran itu.
Adrian menoleh. “Yes?”
Dani tersenyum.
“Boleh tak Chef tolong rasa dessert ni? Saya dah ikut resepi Chef ni dengan betul tapi diorang cakap.. tawar.” Kata Dani perlahan.
Adrian tersenyum.
“Tawar? Let me try.” kata Adrian lalu berjalan ke arah dapur dan mengikuti langkah Dani.
Adrian terus mengambil sudu dan merasa dessert yang bernama Creme Brulee di dalam pinggan itu.
“Hm.. Yes. It does.” Adrian terus mengambil bahan-bahan di dalam kabinet.
Dani menundukkan wajahnya. Joe yang merupakan ketua chef di situ terus mencebikkan bibir ke arah Dani.
“Macam manalah boleh tawar? Resepi ni yang paling simple kot. Tu pun susah ke nak buat? Nasib baik aku yang rasa dulu.. Kalau tak, habis kita kena marah dengan customer! Kau ni memang tak boleh diharap langsung lah!” marah Joe.
Dani terdiam
Adrian memandang Joe.
“Joe. What’s your position again?” soal Adrian dengan tenang.
Joe memeluk tubuhnya dengan bangga.
“Head chef. Why?” Soalnya selamba.
Adrian tersenyum sinis dan terus menepuk bahu Dani.
Dani masih lagi diam. Takut dimarahi oleh Joe lagi.
“Oh.. Head Chef.. ketua chef kat sini. So why don’t you act like a mature chef and think about other people first before you talk? How can you say that to him? He’s our intern.” kata Adrian sambil memandang tajam wajah Joe.
Joe terus mengetap bibirnya dengan geram.
Dani menelan liur.
“Tak.. tak apa Chef. Saya boleh cuba lagi sekali.” Kata Dani. Tidak mahu Adrian dan Joe bergaduh hanya disebabkan dia.
Adrian memandang Dani sambil tersenyum.
“Come here.” Adrian memanggil Dani.
Joe terus mendengus lalu Adrian menoleh ke arahnya.
“Joe, please look after the steak.” Arah Adrian sambil menunjukkan pada steak yang berada di hadapan. Tiada orang di situ. Mungkin mereka terlalu sibuk.
Joe terus berlari ke arah kuali itu dan memegang sudip. Dia sempat lagi mengerling tajam ke arah Dani.
“Dessert ni asalnya dari mana? Saya tak pernah tengok pun?” soal Dani sambil melihat Adrian.
Adrian tersenyum.
“Creme Brulee. Dessert ni asalnya dari Perancis. Tapi resepi ni banyak juga digunakan dekat negara England dan juga Sepanyol.” Ujar Adrian lembut.
“Wah.. saya teringin sangat nak pergi sana..” kata Dani sambil tersengih.
Adrian tersenyum lagi. “Maybe one day?” soalnya.
Dia masih ingat lagi ketika Dani datang di restorannya untuk menjalani latihan praktikal di situ, Tanpa menunggu lama, dia terus bersetuju untuk mengambil Dani membuat latihan praktikal di restorannya kerana dia dapat melihat potensi yang ada pada Dani iaitu mempunyai semangat untuk mengetahui tentang masakan. Adrian merupakan seorang anak tunggal dan tidak mempunyai adik-beradik.
Kerana itulah dia sering menghabiskan masa dengan Ibunya dan memasak, kadangkala dia turut berasa sunyi kerana tidak mempunyai seorang adik. Namun kehadiran Dani telah membuatkan dia rasa seperti mempunyai seorang adik kerana mereka memiliki minat yang sama.
Dani tersengih.
“Nanti bila saya dah berjaya dan jadi chef yang terkenal.. Saya takkan lupakan chef Adrian!” Kata Dani semangat.
Adrian hanya ketawa.
“Glad to hear that.” kata Adrian dan tersenyum lalu memandang semula ke arah mangkuk dan mengacau bahan itu.
“Okey.. lepas kita kacau telur ni, pastikan warna dia bertukar and look fluffy… You can see warna telur dah berubah kan? So.. bila dah siap, saya nak awak masukkan whipping cream dan extract vanilla dekat dalam periuk tu.” kata Adrian.
Dani terus menuang dua bahan itu ke dalam periuk. Adrian menunjukkan vanilla bean pada Dani.
“This is vanilla bean. Nampak macam kacang buncis. But it’s not.” kata Adrian.
Dani terus ketawa. ‘Nasib baik warna hitam’
“Ini yang saya ambil selepas vanilla bean ni dah diredam ke dalam air selama lima minit, so dia akan lembut dan senang untuk kita hiriskan.” kata Adrian lagi dan memasukkan vannila bean yang dihiris ke dalam whipping cream. Dia membuka api dengan perlahan lalu dia mengacau dua bahan itu.
“Let it warm. And then we pour this egg yolk mixture with castor sugar tadi” ujar Adrian lagi.
Dia memasukkan telur dan campuran bersama gula kastor itu kedalam periuk. Dani mengacau campuran di dalam itu dengan perlahan. Setelah ianya siap dimasak, Adrian mengangkat periuk itu dan menuangkannya ke dalam aluminum foil dan selepas itu dia bersedia untuk memasukkan ke dalam ketuhar.
“That’s it. Simple aje kan? Resepi ni pun boleh buat kat rumah.” kata Adrian.
Dani tersenyum lebar.
“Wah! Simple aje! Thank you, Chef.” Kata Dani dengan senyuman.
“Nanti saya ajar awak bakar Creme Brulee dengan blow torch. Ini functionnya untuk tukarkan gula di atas menjadi caramel.” kata Adrian sambil menunjukkan blow torch di tangannya.
Dani mula berasa teruja.
Joe hanya mencebikkan bibir apabila melihat mereka.
“Dasar budak mentah.” katanya sendiri
***
THEA melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan pukul pukul 8 malam. Dia mula mengemas barang-barang kerjanya dan beredar keluar dari biliknya. Kelihatan rakan-rakan sekerjanya masih ada yang belum pulang.
Dia memandang Laura yang sedang mengasingkan pakaian model sambil memegang fail manakala Hazy sedang menyunting gambar majalah.
“Laura? Hazy? You guys tak balik lagi ke?” Soal Thea risau.
Laura menoleh.
“Oh, Miss Thea. Kitorang still ada kerja sikit. Miss Thea baliklah dulu.” Kata Laura sambil tersenyum.
Thea mengangguk.
“Okey. By the way jangan lupa yang esok kita ada meeting. I balik dulu.” katanya dan terus beredar keluar.
Hazy membuka headphone di kepalanya dan melihat Thea yang berlalu keluar. Dia terus memandang Laura.
“Eh, Miss Thea ada cakap apa-apa ke tadi?” Soal Hazy sambil menguap.
Laura menjegilkan matanya pada Hazy lalu membaling botol plastik pada lelaki cina itu.
Hazy terus mengelak sambil tersengih. Mereka menyambung semula kerja masing-masing.
Thea memandu keretanya dengan tenang dan mula berasa lapar. dia terus mencari restoran yang berdekatan dengan tempat kerjanya lalu dia terlihat sebuah restoran yang bernama D’Lez.
Thea menelan liur. Tiba-tiba saja dia rasa teringin nak menikmati makanan Itali.
‘Buang tabiat betul malam-malam nak makan Italian food!’ getus hatinya.
Thea tersenyum dan terus keluar dari keretanya.
Ketika dia ingin berjalan masuk ke restoran itu, ada seorang lelaki tua yang baru saja keluar dari restoran itu tertolak tubuhnya sehingga dia terjatuh.
“Ouch!” Thea memegang kakinya yang terseliuh.
Lelaki tua berbangsa inggeris itu terkejut dan memandang Thea yang sedang memegang kakinya yang sakit.
“Oh, I’m so sorry, young lady. Are you hurt?” Soal lelaki tua itu.
Thea mengetap bibirnya dan menahan kesakitan. Sudahlah dia memakai kasut tumit tinggi. Sudah pasti kakinya itu terseliuh.
Adrian yang ketika itu berdiri di hadapan pintu masuk restoran terus berjalan ke arah mereka.
“What happen?” soal Adrian pada mereka dan melihat lelaki tua itu ingin menolong Thea.
Lelaki tua itu memandang Adrian.
“I.. i didn’t mean to push her. I’m so sorry, miss.” katanya pada Thea.
Thea terus mengetap bibir. Dia cuba untuk bangun. Tapi tak boleh!
Lelaki tua itu cuba membantu Thea tetapi dia sedang memegang tongkat di sebelah tangannya.
Adrian memegang bahu lelaki tua itu.
“It’s okay uncle. You can go home. Let me help her.” Kata Adrian. Kasihan apabila melihat lelaki tua itu yang sedang memegang tongkat.
“Oh, Thank you so much young man..” Lelaki tua itu tersenyum lalu dia melihat Thea.
“I’m so sorry Miss.” Katanya dan terus berlalu pergi.
Adrian memandang Thea dan ingin membantu gadis itu.
“Cik? Awak okey ke?” Soal Adrian sambil melihat Thea yang yang sedang memegang kakinya.
Thea berdecit. Dia memaksa juga tubuhnya untuk berdiri. Dia tidak suka menjadi perhatian orang dan tidak mahu meminta simpati sesiapa.
Adrian melihat Thea yang hanya diam dan cuba juga untuk berdiri.
‘Dia ni pekak ke bisu?’ getus hati Adrian.
“Cik..?” Panggil Adrian.
Thea mendengus.
“What?!” marah Thea.
Adrian teragak-agak untuk membantu Thea.
“Err.. are you okay?” Soal Adrian lagi.
“Am i look okay right now?!” jegil Thea.
Adrian mengetap bibirnya lalu dia menarik nafas. Wow. Garang betul.
Ketika dia cuba menghulurkan tangannya untuk membantu Thea berdiri, gadis itu terus menepis tangan Adrian.
Adrian terkejut.
“Don’t touch me. I can do it by myself.” kata Thea sambil memandang Adrian dengan tajam.
Adrian terus mengangkat kedua-dua tangannya.
“Oh okey.. go on.” katanya sambil melihat Thea yang begitu susah untuk berdiri.
Thea mengetap bibirnya. Setiap kali dia berdiri pasti dia akan terjatuh semula. Rasa sengal di kakinya begitu sakit dan akhirnya dia mengeluh.
Adrian mengangkat keningnya.
“So.. How long you’re gonna sit there?” Soal Adrian selamba.
Thea menarik nafasnya dan memandang Adrian.
Adrian hanya mengangkat kening sambil memeluk tubuh. Sombong betul minah ni. Harap muka aje lawa.
“You want me to help?” soal Adrian.
Thea tidak memandang ke arah Adrian. Dia takkan sesekali menyebut perkataan itu. Dia bencikan perkataan itu. Kerana perkataan itulah membuatkan dia berasa sangat lemah dan perkataan itu jugalah yang membuatkan ayahnya pergi meninggalkannya.
Adrian menarik nafasnya. Oleh kerana dia tidak mahu memanjangkan keadaan dia terus memegang lengan Thea dan membantu gadis itu berdiri.
“Kalau dibiar lama, nanti kaki awak bengkak. Kena pergi hospital ni.. Awak datang dengan siapa?” soal Adrian.
Thea menarik lengannya dari Adrian dan mendengus.
‘Hospital? Keadannya bukanlah teruk sangat.’
“It’s okay.” kata Thea dan berjalan terhinjut-hinjut ke arah keretanya.
Adrian menghalang Thea.
“Wait. You can’t drive like this.” kata Adrian.
Thea mengerutkan dahinya. Sudahlah dia lapar. Lepastu kakinya pula sakit. Sekarang ni, dia perlu melayan kerenah lelaki ini pula?
“Of course i can.” kata Thea sambil menjeling ke arah Adrian.
Adrian terus mengambil kunci kereta Thea.
“Biar saya aje yang drive. Jangan degil. But first, can you wait here? Saya bagitahu staff saya dulu. Wait here! Dan jangan pergi mana-mana!” kata Adrian dan berlari masuk ke dalam restorannya.
Thea memicit kepalanya. “So troublesome.”
Adrian datang semula ke arahnya lalu dia membuka pintu kereta untuk Thea.
Tanpa menunggu lama Thea terus masuk ke dalam keretanya.
Sepanjang mereka berada di dalam kereta, masing-masing hanya mendiamkan diri.
“Sakit lagi ke?” soal Adrian. Memecahkan suasana sunyi antara mereka.
Thea tidak menjawab.
Akhirnya Adrian turut terdiam semula.
Thea memandang Adrian yang begitu fokus membawa keretanya.
“Kenapa awak tolong saya?” soal Thea.
Adrian menoleh.
“Hm? Kalau bukan saya, siapa lagi?” Soal Adrian pula.
Thea terdiam.
Adrian tersenyum.
“You know what? Sometimes, you should rely on people when you really need them.” Ujar Adrian.
Thea mencebik. “I’m not that weak.”
Adrian menoleh.
“Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Adrian.
Thea menoleh ke arah lain.
“Bila orang tolong saya, saya akan nampak lemah.” Balas Thea tanpa melihat Adrian.
Adrian tersenyum sedikit.
“Okey… Cuba kalau saya tak ada masa tu dan tak ada siapa yang tolong awak? Macam mana awak nak drive? If anything happens, awak juga yang susah.” Kata Adrian pula.
Thea terdiam lagi.
Adrian melihat ke arah Thea lalu tersenyum.
“By the way.. Tak semua benda kita boleh buat sendiri.. so let’s PEOPLE help us.” kata Adrian.
Thea menjuihkan bibir. Tak pasal-pasal dia kena ceramah dengan lelaki yang dia tak kenal ini.
***
“HUSBAND ke?” soal gadis cina yang menjaga bahagian perubatan.
Thea terkejut dan terus memandang Adrian. Dengan cepat dia menggeleng-gelengkan kepalanya ke arah gadis cina itu.
“No no no. He just help me.” kata Thea dengan laju.
Thea dapat melihat gadis cina itu dari tadi melihat Adrian sambil tersenyum-senyum.
Thea mencebikkan bibir.
‘Lambat betul amoi ni buat kerja.’ Getus hati Thea dengan sombong.
Adrian hanya memandang ke arah lain walaupun dia agak terkejut dengan soalan pharmacist itu.
Gadis cina itu terus mengangguk.
“Okey. Ini ubat sapu dan juga ubat tahan sakit.. Nanti Miss boleh sapu ubat ni kat tempat yang terseliuh tu. Sekali-sekala kena urut juga kaki tu. Dalam beberapa hari nanti sudah okey.” Kata pharmacist itu. Thea mengambil ubat itu dan bersedia untuk pulang.
“Okey thanks.” kata Thea dan berjalan terhinjut-hinjut keluar dari klinik. Adrian turut berjalan di belakangnya.
Thea menarik nafasnya kerana Adrian masih mengekorinya.
“What?” soal Thea dengan kerutan.
Adrian terpinga-pinga.
“Huh? What?” soal Adrian semula.
“Kenapa awak ikut saya?” soal Thea bosan.
Adrian menunjukkan ke arah kaki Thea.
“Kaki awak kan sakit, mana boleh drive.” kata Adrian.
“Saya boleh aje balik sendiri.” Thea memeluk tubuhnya sendiri.
“No. Biar saya aje yang hantar awak. Lagipun bahaya lah drive macam ni.” soal Adrian. Risau melihat keadaan Thea begitu.
Thea menghela nafasnya dan mengambil kunci keretanya dari tangan Adrian.
“Like i said, i’m not that weak.” Balas Thea dengan geram.
Adrian mengambil semula kunci kereta Thea.
“It’s dangerous.” kata Adrian
Thea terus merampas kunci keretanya pula dengan kasar.
“This is my car and I can do whatever I want.” kata Thea dengan renungan tajam.
Adrian mengetap bibirnya. Degil juga gadis di hadapannya ini.
Tiba-tiba datang seorang doktor lelaki india ke arah mereka.
“Err.. ada masalah ke? Boleh i bantu?” Soal Doktor itu.
Thea hanya tersenyum ke arah Doktor itu dan menjeling ke arah Adrian.
“No, Doctor. It’s okay.” Dia berjalan terhinjut-hinjut menuju ke pintu keluar.
“Err.. Miss, you drive sendiri ke? I rasa better you minta husband you yang drive, sebab you punya kaki sudah bengkak.” kata Doktor India itu.
“I already told her. But she’s too stubborn.” getus Adrian sambil memandang ke arah lain.
Thea memandang ke arah Adrian dengan tajam.
“Oh? Thank you for your concern Mr. Perfect. But this is my problem. And NOT your problem!” bidas Thea kemudian dia memandang Doktor india itu.
“And for your information, Doctor, he’s not my husband.” katanya lalu dia memandang ke arah Adrian dengan geram.
“It is my problem too if anything happens to you.” kata Adrian sambil memandang Thea dengan tajam.
“Why? Apa kena mengena dengan awak? Kenapa nak jadi masalah awak pula?” soal Thea rimas.
Adrian terdiam.
Doktor India itu terus menelan liur.
‘Alamak, makin teruk ni. ..’ getus hati Doktor India itu.
“Err, settle baik-baik ya? Nanti pesakit dengar. Susah juga.” kata Doktor itu dan menepuk bahu Adrian dan berlalu pergi.
Adrian mendekati Thea lalu dia menarik nafasnya.
“You just fell in front of my restaurant. So it is my problem too.” ujar Adrian tenang. Dia menekankan perkataan ‘It is.’
Thea ketawa.
“What? Oh my god. I’m so done with you.” kata Thea dan berlalu ke arah keretanya.
Adrian mengeluh. “Wait!”
Thea terus membuka pintu keretanya dengan kasar.
“Stop! Atau saya bagitahu semua orang yang awak ni pembunuh upahan.” kata Thea dengan garang lalu dia masuk ke dalam kereta.
Adrian tercengang. Dia melihat kereta Thea sudah menghilang dari pandangan.
“What? Pembunuh upahan?” katanya dengan tidak percaya. Dia terus melihat jam di tangan dan melihat ke arah sekelilingnya. Baru dia sedar yang dia datang ke situ dengan menaiki kereta gadis itu.
Jadi bagaimana dia mahu pulang semula ke restoran?
Adrian menghela nafasnya. Nampaknya dia perlu menaiki bas untuk ke restorannya semula.
“She’s really something..” getusnya sambil ketawa sendiri.
Share this novel