BAB 7

Spiritual Completed 1351

Hari yang sudah dinanti-nantikan sudah tiba. Hari yang paling aku tak sangka ia akan terjadi pada diriku sendiri seawal usia 20 tahun ini. Khaiyi segak berpakaian serba putih krim baju melayunya. Aku pula berjubah putih pink rose sedikit berkilauan dan memakai shawl serta mahkota kecil di atas kepala. Malam itu majlis akad nikahku bermula pada jam 8:30 malam. Angin malam sangat sejuk dan membuatku rasa berdebar-debar tidak lama lagi aku akan jadi suri hati Khaiyi buat selamanya.

Aku dan Khaiyi berbeza 6 tahun, dia berusia 26 tahun manakala aku 20 tahun. Agak jauh juga tapi Allah SWT sudah menjodohkan aku dengannya. Aku bersyukur. Walaupun aku masih muda untuk lalui cabaran berumahtangga nanti. Aku harap Khaiyi dapat menjaga dan melindungi aku semampunya mengikuti syariat Islam.

“Muhammad Khaiyi Ali Bin Muhammad Idris Ali” panggil tok kadi itu. Khaiyi menarik nafas panjang. “Ya saya.” jawabnya dengan sebaiknya.

“Aku nikahkan dikau dengan Arianna Dahlia Binti Shariff Sani dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 tunai.”

“Aku terima nikah Arianna Dahlia Binti Shariff Sani dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 tunai.” lafaz Khaiyi dengan sekalinya.

“Sah?” tanya Tok Kadi. Saksi mula mengatakan sah. Khaiyi aku lihat dia mengalirkan air matanya. Begitu juga dengan aku tanpa sengaja.

“Dahlia sayang.” terasa kekok apabila Khaiyi memanggil aku dengan panggilan ‘sayang’. Aku tersenyum. Dia datang dan aku mengucup tangannya. Pertama kali aku mengucup dan memegang tangan lelaki yang sudah bergelar suamiku. Tiba giliran Khaiyi mengucup dahiku dan menyarungkan cincin pada jari manisku. Kemudian dia duduk disebelahku. Bella dan Mawar sibuk menjadi fotografer sukarelawan. Hahaha. Entah berapa banyak gambar dia ambil.

Majlis akad nikah sudah selesai, tibanya untuk tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Banyak juga makanan dihidangkan dan ada juga warung-warung kecil dibuka diluar masjid. Order sahaja dah dapat makanan tanpa bayar.

Ramai juga rakan Khaiyi yang hadir, kebanyakannya lelaki dan ada tiga orang sahaja perempuan itupun isteri kepada kawan-kawannya. Bangga wajah Khaiyi apabila dia memeluk pinggangku sambil bergambar dengan rakan-rakannya. Apabila dia mendekati aku, aku dapat merasai aura perlindungan daripadanya.

Malam itu, aku sungguh bahagia. Sangat. Terima kasih Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience