"Woi Qaseh! Apasal kau tak masak lagi?"
"Kenapa Qaseh pulak yang kena masak... Akaklah masak. Qaseh tengah buat ulang kaji ni. Esok Qaseh dah start STPM..."
"Oi, dah pandai menjawab ya... Kau nak aku lempang kau ke...?"
"Kak Qasha... Tolonglah kesian Qaseh... Esok, Qaseh ada ujian penting... Bagilah Qaseh belajar... Lagipun, selalu Qaseh yang masak... Cubalah bagi Qaseh rehat sehari..."
"Kau ni... Melebih-lebih pulak... Kau nak kena penangan aku, ke?"
"Kalau kau berani naik tangan kat Qaseh, aku tampar kau...!"
"Abang Qalif...!"
"Apa guna kau jadi perempuan kalau kau tak boleh nak buat kerja rumah? Asyik nak arahkan orang je... Kau ingat kau siapa, Qasha? Bos?"
"Eleh! Yang abang nak marah-marah Qash ni kenapa?"
"Yang kau berani nak arah-arah Qaseh kenapa? Kau takde kaki tangan nak masak? Kau ingat Qaseh, orang gaji kau, ke? Dahlah belajar, bodoh. Nak arah orang bagai!"
"Blahlah...! Qash cakap kat mama... Abang marah Qash!"
"Cakaplah kalau kau berani... Tak sedar diri... Hidup menyusahkan orang je...! Berambus...!"
"Buwerk!" Qasha menjelirkan lidahnya ke arah Qalif... Memang selalunya, Qalif akan menangkan Qaseh kalau setiap kali Qaseh ada masalah dalam rumah tu... Nak harapkan ibu bapa dorang, hemm... Hampeh! Tak sepatutnya diorang tu bergelar ibu bapa...
"Abang, sudah tu!"
"Qaseh dah makan...?"
"Belum, bang... Kejap lagi... Lagipun, Qaseh tengah ulang kaji untuk STPM esok... Qaseh risau, Qaseh tak dapat jawab soalan esok..."
"Abang percaya, Qaseh pasti berjaya... Sebab Qasehkan pandai... Otak Qaseh genius tau... Dalam adik-beradik kita, Qaseh yang paling pandai, bijak..."
"Eh, taklah! Semua pandai... Abang Qalif, Qabil, Kak Qasha... Semua pandai... Qaseh biasa je..."
"Qaseh selalu sangat merendah diri... Tu sebab orang dalam rumah ni selalu ambik kesempatan."
"Takpelah bang... Qaseh dah biasa..."
"Jangan begitu Qaseh... Abang tak nak tengok Qaseh asyik kena buli dengan Qasha, Qabil... Abang tak suka... Tu belum mama ngan papa... Dorang buat Qaseh macam orang luar je... Abang benci bila tengok situasi macam tu... Padahal kita satu family, kan?"
"Abang... Qaseh dah masak dengan semua tu... Tu sebabnya, Qaseh nak berjaya dalam ujian STPM ni... Qaseh nak sambung belajar... Lepas ni, Qaseh dapat masuk universiti... Dan tentunya Qaseh akan keluar juga dari rumah ni... Itu impian Qaseh... Qaseh tak mampu nak bertahan dalam rumah ni lagi..."
"Jujur Qaseh cakap, Qaseh tak pernah merasai apa itu erti kasih sayang sepertimana abang, Kak Qasha dan Abang Qabil dapat... Kekadang, Qaseh rasa macam Qaseh ni macam anak angkat, anak pungut dalam keluarga ni..."
"Qaseh..." Redup mata Qaseh...
"Betul bang... Mama, papa, Kak Qasha, Abang Qabil tak pernah layan Qaseh macam seorang anak atau adik... Qaseh dilayan tak ubah macam orang luar... Macam orang gaji, tapi takde gaji... Nak minta duit pun, sampai kena tolak duit belanja..."
"Tapi, abang tak layan Qaseh macam tu, kan?"
"Ya... Abang je yang layan Qaseh baik-baik... Tapi, bila abang takde... Qaseh teruk kena pukul dengan mama... Kononnya Qaseh mengadu macam-macam kat abang... Hakikatnya, Qaseh tak pernah mengadu apa-apa kat abang, kan?"
"Abang minta maaf, Qaseh..."
"Ada ketikanya, Qaseh rasa menyesal dilahirkan dalam keluarga ni... Sebab apa tau bang... Semua orang cakap Qaseh bukan darah daging abang sekeluarga... Dahlah muka kita pun tak sama... Betul ke semua tu, abang..."
"Qaseh... Tak baik cakap macam tu, sayang... Abang tahu Qaseh ni kuat semangat... Abang tahu apa yang Qaseh rasakan selama ini... Abang cuma minta Qaseh bertahan sehingga Qaseh dapat peluang untuk sambung belajar..."
"And one more thing, kenapa muka Qaseh tak sama dengan kami semua... Sebab Qaseh istimewa..." Rambut ikal mayang Qaseh, dielus... Awal-awal lagi Qalif telah dipaksa merahsiakan semua ini dari pengetahuan Qaseh...
'Macamana abang nak cakap yang Qaseh hanya anak angkat dalam keluarga ni... Bagaimana nak abang bagitahu pasal perasaan abang pada Qaseh...? Apakah Qaseh akan menerima abang atau mungkinkah Qaseh akan menjauhkan diri dari abang setelah mengetahui segala-galanya?'
"Tapi, kalau Qaseh dapat sambung belajar pun, dah tentu mama dan papa takkan bantu Qaseh... Qaseh tahu..."
"Kalau mama dan papa tak nak tolong Qaseh, abang janji abang akan tolong Qaseh..."
"Betul ke ni, abang? Abang tak tipu, kan?" Lengan Qalif dirangkul manja... Bergetar jantung Qalif...
"Betul sayang... Abang akan bantu Qaseh..."
"Qaseh bersyukur sangat... Terima kasih abang... Qaseh berharap sangat, Qaseh dapat sambung belajar... Qaseh dah simpan impian untuk keluar dari rumah ni..."
"Qaseh tak kesiankan abang?"
"Qaseh sayangkan abang... Abang je yang layan Qaseh baik-baik... Manjakan Qaseh... Tapi, Qaseh dah tak sanggup nak duduk dalam rumah ni lagi... Bukan Qaseh membenci... Tapi, hati Qaseh terluka sangat. Terlalu terluka... Tapi, Qaseh redha dengan ketentuan Tuhan."
"Qaseh... Abang..."
"Takpe bang... Qaseh terima semuanya dengan redha... Qaseh tetap berterima kasih pada mama dan papa sebab lahirkan Qaseh, besarkan Qaseh, sekolahkan Qaseh..." Kedengaran getaran dan perubahan ton suara.
"Abang minta maaf bagi pihak mama, papa, Qasha dan Qabil... Abang minta maaf sangat... Abang tahu Qaseh dah banyak terluka... Tapi, abang janji... Abang takkan buang sayang abang dari Qaseh..."
"Kenapa abang cakap macam tu...?"
"Salah ke abang bagitahu kat Qaseh macam tu. Yelah, orang lain tak sayangkan Qaseh... Tapi, abang sayang Qaseh... Sayang sangat-sangat..." Pusing selagi boleh pusing.
"Terima kasih abang... Qaseh sentiasa doakan kebahagian semua orang walaupun Qaseh tak disayangi orang lain... Terima kasih sebab selalu ada dengan Qaseh saat Qaseh dilanda gelisah..." Tubuh Qalif terus dirangkul...
'Ya Allah... Kuatkan imanku... Ya Allah... Aku sayang dia, Ya Allah..."
*************************
Setahun sudah berlalu... Kini Qaseh sudahpun menyambung pelajarannya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Susah payah Qaseh mencari masa untuk belajar dan bekerja separuh masa demi mencari duit belanja untuk perbelanjaannya di universiti. Nak harapkan mama papa... Hanya mimpi ngeri... Saat Qaseh mengatakan yang dia diterima menyambung belajar di USM, hanya makian yang diterima.
Di saat pemergiannya, tiada siapa yang yang membantu... Baik dari segi moral, mahupun perbelanjaan... Jadi, Qaseh terpaksa berusaha siang malam mencari duit belanjanya sendiri...
Qaseh tak mahu mengganggu Qalif. Qalif bekerja di offshore... 2 bulan sekali Qalif akan pulang ke rumah keluarga mereka. Namun, sejak dua menjak ini, Qalif gagal menghubungi Qaseh. Qaseh sendiri yang sengaja mengelak dari menemui Qalif.
Flashback #
"Qaseh, janji dengan abang, Qaseh akan sentiasa menghubungi abang..."
"In shaa Allah, Qaseh janji... Abang, terima kasih sebab banyak tolong Qaseh selama ini... Qaseh tak mampu nak balas jasa baik abang..."
"Jangan cakap macam tu, Qaseh. Abang sayangkan Qaseh. Abang tak nak Qaseh rasa tiada siapa yang sayangkan Qaseh. Qaseh tak sendirian... Abang akan sentiasa ada dengan Qaseh. Jangan risau... Nanti hari pendaftaran Qaseh kat universiti, abang hantar Qaseh, ya... Bulan depan, kan?"
"Ya, bang... Qaseh dah tak sabar nak masuk universiti..."
"Ke Qaseh dah tak sabar nak tinggalkan abang?"
"Apa abang ni...? Qaseh memang nak sambung belajar dan memang benar, Qaseh nak keluar dari rumah ni... Tapi, tak bermaksud Qaseh nak tinggalkan abang... Qaseh hanya nak sambung belajar je..."
"Yelah tu... Nanti dah jumpa jejaka hemsem, langsung lupakan abang..."
"Ish, abang ni... Mengarut je... Qaseh nak belajar... Qaseh nak ubah cara hidup Qaseh... Qaseh dah letih nak jaga hati orang... Hati Qaseh... Orang pijak-pijak je macam tu..." Ada getaran di hujung suara Qaseh.
"Abang sayang Qaseh... Abang tak macam tu, kan?"
"Qaseh tahu... Abang sorang je yang sayangkan Qaseh... Takpe... Qaseh tunggu abang... Nanti kita pergi sama-sama untuk pendaftaran ya...?"
"Ok sayang..." Kepala Qaseh diusap perlahan.
Flashback end #
Tapi, sayang. Qaseh terlebih awal meninggalkan rumah neraka itu. Akibat tidak sanggup menghadap perangai mama, papa, Qasha dan Qabil, membuatkan Qaseh meninggalkan rumah itu tanpa pengetahuan Qalif.
Tiada siapa yang mampu bertahan dalam rumah itu apabila setiap saat, setiap masa diherdik, dihina dan disiksa secara mental dan fizikal...
Kepulangan Qalif ke rumah itu demi Qaseh kerana dia sudah berjanji untuk menemani Qaseh untuk hari pendaftaran di universiti... Namun, lain pula yang terjadi... Macam-macam yang mereka perkatakan tentang Qaseh...
Tapi, Qalif tahu, mereka semua tak boleh dipercayai walaupun mereka darah dagingnya sendiri... Hanya satu bukti yang dapat menunjukkan siapa salah dan siapa yang benar. Qalif telah memasang dan menyembunyikan cctv yang dipasang di dalam rumah. CCTV tersebut disambung terus ke telefon bimbitnya. Dari situ dapat Qalif ketahui apa yang berlaku sebenarnya.
Kesian Qaseh... Merempat di rumahnya sendiri. Qalif benar-benar kesal dengan apa yang telah mereka lakukan pada Qaseh.
"Mama lupa ke, semua harta dalam rumah ni, hak Qaseh... Mama sedar tak yang kita ni sebenarnya yang menumpang harta Qaseh?"
"Yang abang Qalif ni sibuk nak pertahankan Qaseh tu kenapa?"
"Kau jangan biadap, Qasha...! Belajar tak pandai... Kerja malas, nak goyang kaki je...!"
"Mama, papa lupa ke Qaseh tu amanat uncle Eizlan dan aunty Qirana...?"
"Apa yang abang Qalif kecohkan sangat ni...? Lantaklah Qaseh nak pergi manapun... Apa yang abang sibukkan sangat?"
"Kau dengan Qasha sama je bodohnya... Belajar bodoh... Kerja malas... Nak menghabiskan harta orang je... Tak sedar diri langsung...!"
"Apa yang Qalif merepek ni? Apa yang mama papa buat kat Qaseh?"
"Hentikanlah lakonan mama... Selama ni, Qalif dah terlalu banyak simpan rahsia mama dan orang dalam rumah Qaseh ni... Jangan ingat Qalif tak tahu apa yang berlaku dalam rumah ni..."
"Apa yang Qalif tahu? Qaseh yang nak keluar dari rumah ni... Bukan kami yang paksa..." Tambah papa.
"Yelah! Kalau orang dalam rumah ni halau dia, macamana Qaseh tak lari... Mama papa tak takut dosa ke? Makan duit haram... Itu duit harta anak yatim mama, papa... Berdosa besar tahu tak?"
"A...apa yang Qalif merepek ni...? Mama tak faham..."
"Mama diberi amanat menjadi Qaseh, bukan buat dia macam orang gaji dalam rumah dia sendiri... Mama tak sedar lagi ke, segala harta dalam rumah ni, pakaian yang mama, papa pakai, duit belanja, makan minum kita semuanya dari duit Qaseh... Duit arwah uncle Eizlan dan aunty Qirana... Dosa ma... Dosa besar tau tak..." Terdiam mama dan papa.
"Qalif dah tak tahu nak cakap apa lagi... Selama ni Qalif diam je apa yang mama papa dan dua mangkuk ni buat kat Qaseh... Tapi, sampai halau Qaseh dari rumah dia sendiri... Mama rasa itu tindakan yang betul ke...? Jawablah!"
"Qalif jangan nak kurang ajar dengan mama, papa... Apa bukti kami halau Qaseh...?"
"Mama, papa ingat Qalif bodoh macam anak-anak mama yang dua ekor ni ke? Qalif dah tak mahu bersubahat lagi dengan mama, papa... Cukuplah, Allah tahu apa yang mama dan papa dah lakukan pada anak yatim..."
"Kalau tak tahu atau tak faham, belajar agama dengan lebih dalam... Cari guru... Haram memakan harta anak yatim, ma... papa... Haram... Kat dunia dapat balasan, dalam kubur nanti lagi teruk balasan yang akan kita terima..." Mama papa tergamam mendengar kata-kata Qalif.
"Qalif dah rakam semuanya dalam CCTV yang disambung terus ke handphone Qalif... Macam yang Qalif cakap, Qalif tak bodoh macam anak mama, papa yang dua ekor ni... Ingat ma, papa... Qasha, Qabil... Kifarah tu wujud... Haram tetap haram..." Terkejut mereka semua mendengar penjelasan Qalif...
"Qalif takkan jejak lagi rumah ni selagi Qaseh tak balik sini... Qalif takkan pulang ke pangkuan mama, papa selagi korang semua tak minta ampun dan cari Qaseh..."
"Kenapa abang Qalif beria-ia nak pertahankan Qaseh?"
"Sebab kita makan harta anak yatim... Dosa besar tau tak? Berdosa besar..."
"Mama tak fikir itu jawapan Qalif yang sebenarnya... Betulkan Qalif Qushairi?" Qalif memandang wajah mereka satu persatu. Nafas dihela kasar...
"Ya! Memang itu bukan alasan kukuh Qalif marahkan mama, papa, Qasha dan Qabil. Qalif buat begitu sebab Qalif sayangkan Qaseh... Qalif cintakan Qaseh... Mama tahu tak...? Mama faham tak? Qaseh dah tinggalkan Qalif! Qalif boleh gila tau tak? Qalif boleh gila!" Qalif meninggalkan rumah banglo itu dengan hati yang cukup terseksa ketika ini...
Mama dan papa tercengang dan hanya mampu terdiam mendengar penjelasan Qalif...
'Qalif sayangkan Qaseh, cintakan Qaseh...'
'Haram makan harta anak yatim...'
Kata-kata Qalif terngiang-ngiang di telinga mama dan papa. Tersentak jantung mereka rasakan saat ini... Qaseh tak bersalah...
Kekesalan mula menerjah dalam diri mereka. Mama terjelepuk selepas pemergian Qalif... Tangisan hiba memenuhi ruangan rumah banglo itu.
"Qalif! Qalif! Qaseh... Maafkan mama... Maafkan mama..."
Qaseh sentiasa sibuk dengan dirinya... Mana mungkin dia dapat berehat panjang lantaran dia perlu mencari wang untuk menampung pembelajaran dan belanja hariannya. Duit di dalam simpanannya semakin susut.
Dengan duit simpanan yang ada, Qaseh mampu memiliki skuter second hand. Memandangkan Qaseh bukan lagi menginap di asrama, Qaseh perlu mencari pengangkutan sendiri kerana jarak dari rumah sewanya ke universiti, agak jauh.
"Aduh... Penatnya..." Adu Qaseh. Sejurus baru pulang dari kerja part time di 7 Eleven berdekatan rumah sewanya yang diduduki bersama 4 orang rakan lain. Habis kerja pukul 11 malam, Qaseh akan terus menghabiskan assignment yang ada. Jika tiada kerja, Qaseh dapat berehat lama sedikit.
"Kesian awak, Qaseh... Teruk sangat macam ni sebab nak cari duit..." Tegur Icha sambil berdiri di pintu bilik Qaseh.
"Nak buat macamana, Icha... Dah nasib Qaseh macam ni..."
"Icha bukan apa... Icha kesiankan awak, Qaseh. Siang pergi kelas, petang sampai malam kerja part-time. Awak tak penat ke, Qaseh?"
"Gila tak penat! Tapi, nak buat macamana? Kalau Qaseh tak usaha, macamana Qaseh nak tampung duit belajar dan belanja harian..."
"Qaseh... Icha dah lama nak tanya Qaseh..." Icha melabuhkan punggungnya di birai katil bujang Qaseh.
"Tanya apa?" Icha merapatkan dirinya di sisi Qaseh.
"Icha dah lama nak tanya pasal family Qaseh..." Berubah riak wajah Qaseh.
"Takde apa yang istimewanya keluarga Qaseh, Icha..." Kendur suara Qaseh.
"Kenapa? Qaseh dah takde family ke?" Berubah riak wajah Qaseh mendengar soalan dari Icha.
"Qaseh ada family yang hanya pentingkan diri sendiri..."
"Maksud Qaseh? Icha tak faham..."
New chapter updated... Enjoy reading...
Share this novel