BL 16

Humor Series 177133

"YOU MUST BE PROUD of the power you have, Don't you?" Saat suara garau dan dingin itu menyapa deria pendengarannya, serentak itu Mr Arlo memanggung kepalanya.

Terserlah senyum bangga di bibir tua itu.

"OH Darlow.. You know me, right?"

Dia serta-merta ketawa apabila melihat Darlow yang sentiasa setia dengannya berada tepat di hadapannya lalu tangannya didepakan penuh bangga.

Darlow tersenyum sinis saat melihat wajah tua itu dengan penuh senyuman dan tawa halus terukir cantik di bibir tua itu. Tanpa Mr Arlo sedar pandangan Darlow mula menajam, dia menatap Mr Arlo dengan penuh kebencian. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan.

"What Next?" Soal Darlow. Sempat dia memegang bingkai gambar yang terdapat di atas meja kerja tersebut.

Hanya sebingkai gambar lelaki tua itu penuh angkuh

"The Power and Wealth is mine. I will kill anyone who gets in my way." Jawab Mr Arlo dengan bangga.

"Even if you had to kill your only daughter ha?." Soal Darlow penuh statik.

Diam tiada jawapan dari lelaki itu.

Darlow mendecit halus.

"You heard me right." dengan senjaga dia memprovokasi Lelaki tua itu seolah olah membenarkan apa yang berada di dalam fikirannya adalah benar.

Diam Mr Arlo tidak menjawab persoalan Darlow. Apabila melihatkan tiada reaksi daripada lelaki itu. Darlow kembali menegakkan tubuhnya. Bibirnya mengukir senyuman.

Senyuman penuh psiko.

"It's okay, I'll do that for you."

Tiada lagi riak tenang yang ditayangkan oleh lelaki tua itu melainkan wajah bengis.

Lelaki tua itu sangat mengenali Darlow. Dan dia tahu Darlow maksudkan itu.

Tanpa memperdulilkan riak bengis Mr Arlo. Darlow berpaling tubuh saat itu mukanya kembali dingin langkah kakinya dihayun untuk beredar dari bilik tersebut namun suara keras milik Mr Arlo cuba menghalangnya di abaikan.

"Don't!" Keras suara itu keluar.

Apabila sosok tubuh tegap itu hilang daripada pandangan matanya, Mr Arlo terus menjerit bagaikan kerasukan.

"Don't you dare to touch Neyla!!" jerkahnya apabila Darlow sedikitpun tidak berpaling ke arahnya.

"This is the path I choose, And I will not be silent. Just waiting for me to play the story old man." Manakala Darlow yang berada di luar pula hanya tersenyum sinis.

...

LAJU LANGKAH kaki diatur ke dalam bilik yang di tempatkan Farah. Wajah pucat sahabatnya yang sedang berehat itu dipandang lama oleh Zahra. Kata doktor yang merawat wanita itu seminggu yang lalu, Kemurungan dan desperi melampau yang dihadapi oleh Farah membuatkan wanita itu cuba membunuh diri.

"Ara..." Suara Lembut Farah yang kedengaran itu membuatkan Zahra cuba mengawal emosinya.

"How are you today my bestie?"soal Zahra memaksa diri memaniskan wajahnya memandang sahabatnya,

"Kau nak makan tak? Abah cakap kau tak sentuh pun makanan hari ni.. kita makan sikit ye, Aku risau kau lapar."

"Aku Okay. Aku tak lapar lagi,"

"Makan sikit je boleh untuk alas perut kau tu," Pujuk Zahra lagi.

"Tak nak." Tolak Farah suaranya sedikit mengeras.

"Farah Please......"

"Hang faham daq! Aku tak nak!? Hang boleh tak keluaq tinggalkan aku sorang.. Tolong faham aku Ara.." Nada suara yang mulanya meninggi Akhirnya berubah pelahan.

"Aku minta sangat kat hampa paham keadaan aku sekarang." Suara Farah melirih.

Zahra segera mendekati Farah, Serta merta tubuh Farah yang semakin kurus itu di dakapnya erat.

"Babe, Tolong jangan macam ni.. Kau masih ada Abah dan abang-abang kau, Kami akan sentiasa ada dengan kau.." Lembut tutur kata Zahra memujuk sahabatnya itu.

"Kau juga pernah cakap dekat aku, Tuhan memberikan ujian berupa kegagalan dan kehilangan pada kita untuk mengajarkan hikmah di dalamnya..Bahkan kehidupan yang bahagia tak akan pernah terlepas dari Kekecewaan dan kesedihan. Kau mungkin kehilangan dia sementara di dunia, Namun di masa akan datang mana tahu Tuhan gantikan kau pelangi kebahagia."

"Gibran..Aku rindu dia Ara.. " Suara wanita itu kedengaran. Tangisannya juga turut sama bergema di dalam bilik tersebut membuatkan Zahra mengetap bibirnya.

"Sakitnya..Sakit, Sakit sangat.." Suara sayu wanita itu sekali lagi kedengaran.

"Istifar Farah, Ingat Tuhan."

"Aku nak jumpa suami aku.." ujar wanita itu dengan suara bergetar.

"Abang....." Wanita itu pula terus memandang ke arah kanannya, seolah-olah dia melihat sosok tubuh lelaki yang sangat dia rindui.

"Farah jangan macam ni!"Pujuk Zahra lagi kepada wanita itu apabila Farah menolak tubuhnya membuatkan dia terus berundur.

Tanpa sempat dia mengelak, tubuh Zahra ditolak sekali lagi. Kali ini agak kuat oleh Farah membuatkan Zahra terus jatuh terduduk di atas lantai sejuk tersebut. Dengan pantas, Farah terus berlari ingin keluar ke arah balkoni bilik itu.

"Abah, Angah!" Jerit Zahra dia cuba meminta pertolongan.

Megat Fairus yang kebetulan lalu di hadapan bilik adiknya itu segera memulas timbul pintu.
Dia yang melihat keadaan itu pula terus menerpa ke arah Farah. menghentikan kekacauan yang berlaku. Tubuh Farah di peluk erat dari arah belakang. Di tarik tubuh itu berjauhan dari palang. Meronta-ronta tubuh Farah yang bagaikan sudah hilang akal kewarasan.

Zahra segera bangun dan ingin keluar dari bilik itu untuk mencari Megat Othman, memaklumkan keadaan Farah. Namun belum sempat Zahra ingin keluar dari bilik
Megat Othman terus berlari ke arah tubuh yang sedang meracau itu Dan tubuh Farah terus ditarik ke dalam dakapan.

Alunan zikir kedengaran lembut di halwa telinga mereka yang berada di situ membuatkan ronta pada tubuh Farah juga semakin perlahan.

"Adik ikut abah ya sayang.."bisik Megat Othman lembut di telinga Farah.

"Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih"

"Abah..." Itulah perkara terakhir yang keluar dari bibir Farah dan anggukan kecil dari farah sebelum dia memejamkan matanya mengikut alunan zikir itu.

....

JAM di dinding sudah menunjukkan angka 8 malam, namun Carlos masih lagi bertapa di dalam bilik kerjanya. Walaupun dia tidak terlalu sibuk, dia tetap akan berada di dalam bilik kerja itu, Kerana dia enggan bertemu mata dengan Isterinya.

Sejak peristiwa yang berlaku pada sahabat baik isterinya sebulan yang lalu, Perasaan bersalah masih kuat terhadap isteri dan semakin lama semakin menggunung. Tidak ada apa pun yang boleh mengurangkan rasa itu.

Selama sebulan ini juga, Dia membenarkan Zahra berulang alik menemani Farah di rumah keluarga wanita itu. Farah masih dalam keadaan trauma kehilangan. Dan berita dan video yang tersebar luas di media sosial juga memberi kesan yang buruk kepada mental wanita itu.

Sempat dia menghubungi pembantu peribadi isterinya petang itu, Bertanyakan tentang keberadaan mereka, dan katanya mereka masih belum pulang dari melawat Farah.

Akhirnya Carlos memutuskan untuk keluar dari bilik kerja persendiriannya itu. Langkah kaki diatur ke arah luar, sebaik sahaja anak tangga yang terakhir dituruni olehnya, matanya terarah pada sosok tubuh Zahra yang sedang melangkah masuk di pintu utama.

"Baru sampai Love?" soal Carlos kepada Zahra.

Diam.

Langsung tiada jawapan yang diterima oleh Carlos. Zahra hanya menghiraukan sahaja pertanyaan daripada suaminya itu berlalu bagaikan angin.

"I am asking you Love."

Tawa sinis terlepas dari bibir Zahra apabila mendengar nada suara suaminya sedikit keras.

"You dengar tak, Apa soalan I Love?" Sekali lagi Carlos menyoal, namun kali ini nada yang digunakan agak tinggi. Geram apabila Zahra sengaja menghiraukan sahaja apa yang keluar dari mulutnya.
"Love?" Matanya bertembung dengan anak mata Carlos. Dengan langkah yang perlahan, dia maju ke arah Suaminya.

Bebola matanya bergetar. Anak matanya merah, seolah-olah menahan rasa amarah dan tangisan yang akan meletus pada bila-bila masa sahaja.

"Are you hiding something from me Carlos?" Pernyataan yang keluar dari bibir Zahra itu membuatkan Carlos tersentak.

"You masih tak tahu? Atau pura-pura tak tahu?" Zahra masih cuba mengawal suaranya. Anak matanya mencerlung ke arah sang suami. Sedaya upaya dia cuba untuk menahan amarah daripada meletus.

"Take him away for a while. Aku akan uruskan hal disini. Kita pastikan dia sembuh dulu."

Air mata yang ditahan sedari tadi terus menitis apabila ayat Carlos beberapa hari yang lalu seolah-olah kembali bergema di pendengarannya.

Melihat penderitaan rohani dan mental yang di alami Sahabat baiknya , Selama sebulan ini membuatkan amarahnya mengunung.

Sanggup suaminya berdiam diri dan menyembunyikan jasad yang di sangkakan tidak bernyawa itu sebenarnya masih selamat dan sedang di rawat.

Tidak serikkah lelaki itu dengan peristiwa yang pernah terjadi pada mereka dahulu?

Kini dia sedar, kenapa Carlos seakan-akan menjauhkan diri daripadanya selama ini.

"I heard everything hubby."

Dia masih ingat dengan jelas, Perbualan diantara Carlos dengan Seorang lelaki yang tidak asing baginya itu. Tanpa senjaga dia mencuri dengar perbualan antara kedua lelaki itu ketika di ingin memaklumkan tentang perkembangan Farah dan ternyata apa yang keluar dari bibir mereka berdua sangat menyakitkan.

Sungguh sakit sehingga dia rasa seolah-olah tidak boleh bertentang mata dengan suaminya ini.

"Love.."

"I dengar everything hubby..Everthing.. I dengar semuanya yang keluar dari mulut you dan Argh.." Zahra merintih pelahan.

Sakit.

"You tahu tak macam mana perasaan I bila berdepan dengan Farah.. It hurts hubby.. I tak sanggup tengok dia macam tu.. She totally lost." Teresak-esak Zahra disitu. Dia menekup wajahnya sambil merintih bagaikan anak kecil.

"Pandang aku," Tangannya naik memegang kedua-dua belah bahu Zahra, memaksa Isterinya untuk memandangnya.

"Aku terpaksa sembunyikan semua ini demi kebaikan mereka."

Zahra menggelengkan kepalanya menafikan kenyataan lelaki itu.

"Sampai bila? I yang hari-hari berdepan dengan dia. You tahu macam mana seksanya dia untuk kembali pada diri dia? You tak serik ke apa yang pernah terjadi pada kita dulu hubby." rintih Zahra. Tangisannya masih lagi kuat kedengaran.

Kenyataan yang diketahui olehnya itu membuatkan dia memberontak tidak mampu menerima. Dia tidak mampu bertahan lagi. Dia tidak sanggup melihat kemurungan yang teruk di alami Farah ketika ini.

Dia juga cuba ingin menjauhkan diri daripada Farah untuk sementara waktu. Namun dia tidak mampu, Terasa bersalah yang mengunung itu membuatkan dia terus bertahan. Bagaimanakah Jika Sahabatnya tahu soal ini, sudah tentu Farah juga akan turut rasa seperti di khianati.

"Im Sorry Love, Kami terpaksa memalsukan kematian Gibran demi kebaikkan mereka bersama," ujar Carlos sambil memandang tepat ke dalam anak mata Zahra.

Dia tahu salah mereka kerana memalsukan kematian Gibran. Tapi demi rancangan yang telah di atur kemas oleh seseorang. Dia terpaksa.

Carlos pernah menentang rancangan itu, Namun apabila memikirkannya semula akhirnya dia mengalah. Dia juga sedih melihat keadaan Farah. Kemurungan yang di hadapi Wanita itu sedikit sebanyak menyeksa jiwa orang yang berada dekat dengan wanita itu, Sehingga Farah terpaksa dibawa ke pakar psikologi dan psikiatri.

Share this novel

norsila
2022-10-24 11:05:58 

kesian farah..cmna si zahra hadapi ..farah hadapi skrng...huu


NovelPlus Premium

The best ads free experience