PRIVATE HOSPITAL...
Jason mengorak langkah laju mengikuti beberapa orang jururawat yang sedang menolak troli pesakit menuju ke wad kecemasan. Panik dan bimbang hatinya saat itu. Mana taknya, kejadian kemalangan tadi tepat terjadi depan matanya sendiri ketika pulang dari kerja. Di mana menjadi mangsa ialah wanita bernama Putri Hanis. Wanita itu telah dilanggar saat ingin meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau. Namun, sebuah kereta Viva tiba-tiba saja datang dari arah yang berbeza dan terus melanggar motorsikal wanita itu.
“Maaf ya, Tuan tak boleh masuk. Tuan tunggu sekejap dekat sini. Bagi kami buat pemeriksaan terlebih dahulu,” ujar salah seorang jururawat sebelum dia melangkah masuk ke dalam wad kecemasan. Jason sekadar mengangguk faham.
Dia mundar-mandir sendirian di hadapan wad kecemasan sementara menunggu khabar daripada doktor ataupun jururawat yang memeriksa. Sesekali dia menjenguk pada permukaan pintu yang diperbuat daripada bahan lut sinar. Hatinya tidak berhenti mendoakan keselamatan wanita itu. Dia berharap agar wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah.
Jason telah berada di hospital hampir sejam, namun masih belum ada jawapan di dengar olehnya. Saat ini, hanya dia saja yang mengetahui kejadian tersebut. Keluarga terdekat Hanis? Tiada seorang pun yang di kenali olehnya. Jadi, dia tidak dapat untuk menghubungi sesiapa melainkan Nurul Atiqah. Iparnya itu juga masih berada diluar negara bersama Jayden. Tiba-tiba, pintu itu dibuka. Kelibat seorang doktor wanita dipandang bersama debaran yang terasa di dada.
“Suami Hanis ye?” tanya Doktor tersebut. Kelihatan keningnya disebelah kiri mula terjongket.
“Bukan. Saya kawan dia. Macam mana dengan keadaan dia? Semuanya okay? atau ada cedera parah?” bertubi-tubi soalan dilontarkan kepada Doktor wanita itu. Berpeluh dingin diri lelaki itu. Harap tiada apa-apa perkara serius berlaku pada Putri Hanis.
Doktor wanita itu tersenyum melihat kerisauan yang terpancar pada wajah Jason. “Alhamdulillah, keadaan dia okay. Jangan risau. Tapi, sekarang ni, bagi dia rehat dulu. Kalau encik nak melawat, esok pagi saja, ya?” jelas doktor tersebut, lemah lembut.
“Kenapa esok? Sekarang kan ada. Bagilah saya tengok dia sekejap. Saya nak pastikan dia betul-betul okay,” balas Jason menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kata-kata doktor tersebut.
“Kami minta maaf, waktu macam ni pihak kami tidak membenarkan sesiapa untuk melawat pesakit. Sebaiknya encik pulang dahulu, esok datang kembali.” terang doktor itu masih dengan nada lemah lembut.
“Sekejap pun tak boleh?”
Doktor itu menggeleng perlahan. “Saya betul-betul minta maaf,”
“Tak pelah kalau macam tu, saya minta diri dulu. Terima kasih, doktor.” Kata Jason sebelum melangkah pergi. Sebenarnya, berat hati ingin meninggalkan Hanis seorang diri. Bimbang terjadi apa-apa walaupun wanita itu berada di dalam hospital. Jujur saja, dia teringin menemani Hanis saat wanita itu membuka mata pada pagi esok. Dia ingin mengisi kekosongan yang dirasakan oleh seorang Putri Hanis. Tetapi, keadaan tidak memberi kerjasama dengan baik.
****
“Dasar perempuan malang! Tak tahu malu, ada hati nak rebut suami orang! Kecil-kecil tak nak mampus, besar pula menyusahkan orang!” Suara itu kedengaran dengan jelas dan cukup memedihkan gegendang telinga.
“Kau dengar sini, aku tak ada anak saudara macam kau! Mati hidup kembali pun aku tak akan mengaku kau anak saudara aku!”
Suara-suara itu menyedarkan Hanis dari lena. Peluh sudah mengalir disekitar wajahnya. Dia beristighfar beberapa kali untuk menenangkan diri. Dia baru saja bermimpi buruk. Mungkin dia terlalu memikirkan kata-kata Ria Neldia dan juga Puan Kartini. Dia tersentak apabila seseorang membuka pintu bilik tersebut. Seorang jururawat masuk sambil menolak troli yang berisi makanan. Hanis memerhati penuh kehairanan.
“Selamat pagi, Cik. Ni sarapan untuk pagi ini. Jangan lupa makan, tak baik biarkan perut kosong...” Pesan jururawat itu sementara meletakkan makanan dan juga air di atas meja yang disediakan.
Hanis mengangguk sambil tersenyum. Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringannya. Dia merintih perlahan menahan rasa sakit yang dialami. Keluhan dilepaskan saat teringat kejadian semalam. Aku kemalangan rupanya. Desisnya.
“Nurse, kecederaan saya ni teruk ke?” tanya Hanis. Matanya melihat tangan dan kakinya silih berganti. Kedua-duanya telah berbalut dengan kain pembalut. Terasa berdenyut-denyut apabila digerakkan. Lengan dan sikunya juga luka, mungkin akibat terheret di atas jalan raya saat itu.
“Apa yang saya dengar, kecederaan Cik ni tak teruk pun. Tapi, kena rawat juga. Jadi kena stay sini untuk beberapa hari.” balas jururawat itu dengan ramah. “Lagi satu, Cik jangan usik atau sentuh luka yang ada tu. Nanti kami akan sapu ubat.” pesannya lagi.
Hanis terangguk-angguk faham. “Okay, nurse.”
“Kalau perlukan apa-apa, tekan aje button yang ada dekat tepi katil tu. Cik sarapan ya, saya keluar dahulu,” ujarnya sambil melempar senyuman sebelum melangkah keluar dari ruangan tersebut.
Setelah kelibat jururawat itu hilang dari pandangan, Hanis mencapai sandwiches yang menjadi menu santapan pada pagi itu. Sandwiches di makan dengan penuh berselera. Maklumlah, perut sudah pun mendendangkan alunan musik yang cukup kuat. Kini, sisa sandwiches itu hanya untuk suapan terakhir. Pada masa yang sama, kedua bebola matanya tertumpu pada pintu saat tombol pintu dipulas dari luar. Dengan sabar dia menanti kelibat itu muncul.
“Good Morning, budak Hanis. Did you sleep well last night?” tanya seorang lelaki selepas menutup pintu itu kembali. Dia mula menghampiri wanita yang terpinga-pinga di atas katil itu. Tiada secalit senyuman yang dikuntumkan oleh seorang Putri Hanis.
“Err, Tuan ke-kenal saya?” bergetar nadanya bertanya soalan itu. Wajah ditampilkan dengan penuh tanda tanya.
“Kau dah tak kenal aku ke?” soalan dibalas soalan. Buah tangan yang dibawa oleh lelaki itu diletakkan di atas meja sebelum membuang pandangan ke arah Hanis. Terlihat wanita itu menggeleng perlahan. Dahi lelaki itu mulai berkerut. “I'm Jason, Haiqal Jason. Tak kan kau tak kenal?” soalnya lagi. Kali ini, jantungnya mulai berdebar kencang. Tak kan dia hilang ingatan?
“Err, sa-saya tak kenal langsung. Tuan buat apa dekat sini? Takut je tuan salah orang...” Kata Hanis. Lama lelaki itu merenungnya. Kelihatan wajah si pemuda cemas semacam. Seolah-olah tidak mempercayai ayat yang baru saja dikeluarkan oleh Hanis.
“Janganlah serius sangat, saya gurau je...” ujar Hanis sebelum tertawa. Geli hati melihat reaksi majikannya sendiri. Sudah terang lagi bersuluh riak wajah lelaki itu mencemaskan dirinya.
“Damn!” Jason berdecit geram. Tak sangka wanita itu berani mengacannya. Jelingan dihadiahkan sebelum dia melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia di sebelah katil pesakit. “Kau sakit ke tidak ni? Bukan main kau gelak,” tegurnya apabila melihat Hanis tidak berhenti gelak. Seronok sangat kenakan orang.
“Saja gelak nak hilangkan rasa sakit ni. Macam mana tuan tahu saya dekat sini?” soalnya pelik. Tiada pula dia memberitahu siapa-siapa bahawa dirinya kemalangan semalam. Tak kan masuk berita pula?
“Aku yang hantar kau dekat sini. Mustahil pula aku tak tahu,” balasnya dengan tenang.
“Tuan nampak ke saya....”
“Ya, nampak. Sudah, tak payah bahas fasal benda tu lagi. Nanti kau trauma pula,” ujar Jason sedikit tegas. “Oh, fasal orang yang langgar kau tu, polis tengah buat siasatan. Kalau ada berita lagi, nanti aku bagitahu kau.” tambahnya lagi. Timbul rasa geram apabila teringat si pelaku melarikan diri dari tempat kejadian.
“Tak pelah, tuan. Benda nak jadi, terima aje lah. Lagipun, kecederaan yang saya alami tak lah teruk mana,” jawab Hanis dengan pasrah. Apa lagi yang dia boleh buat selain pasrah? Tiada. Kalau dia mati sekalipun itu tidak merugikan sesiapa. Malahan, dia lagi suka agar tidak menyusahkan sesiapa lagi.
“Mana boleh macam tu. Salah tetap salah! Lagi-lagi ini soal hidup dan mati. Kau ingat nyawa boleh beli dekat lazada? Kalau ada, dah banyak aku langgar orang.” katanya panjang lebar. Sakit hati apabila mendengar jawapan daripada Hanis. Begitu mudah wanita itu merelakan kejadian yang menimpa dirinya.
Hanis sekadar tersengih mendengar leteran lelaki itu. Jauh di sudut hati, dia memanjatkan rasa syukur kerana masih ada orang yang peduli terhadap orang miskin seperti dirinya. Jika dia tidak menerima pujukan rakan serumahnya pada hari itu, sudah tentu dirinya tidak akan mengenali insan yang baik hati seperti Haiqal Jason. Ya, dia sangat memuji kemuliaan hati lelaki itu.
“Tuan tak kerja ke hari ni? Maaf kalau saya asyik menyusahkan hidup, tuan.”
“Kenapa kau suka cakap benda tu? Ada aku cakap kau menyusahkan? Lain kali jangan cakap benda tu depan aku lagi. Aku tak suka. Did you understand, budak Hanis?” terangnya sambil mengangkat keningnya sebelah.
“Sorry...”
“Rehatlah... aku dah nak pergi kerja. Tengah hari nanti aku datang balik. Kau ada nak pesan apa-apa?”
“Tak ada, tuan. Terima kasih sebab sudi melawat saya dekat sini. Tuan memang the best,” puji Hanis ikhlas.
“Oh, ada lagi aku nak tanya. Kau tak nak hubungi keluarga kau beritahu tentang ni? Maksud aku mak atau ayah saudara kau? Bolehlah minta dorang teman kau dekat sini,”
Senyuman Hanis pudar seketika. Siapa yang harus dia hubungi? Apa dia nak cakap dengan lelaki di hadapannya ini? Perlahan-lahan senyuman itu mekar semula.
“Saya rasa tak perlu kut. Lagipun, ibu saudara saya tinggal jauh...” secara terpaksa Hanis menipu.
“Are you sure?”
Hanis mengangguk. “Lagipun, saya tak ingat nombor telefon mereka. Telefon saya pun tak tahu ke mana,” ujarnya lagi cuba meyakinkan lelaki itu.
“Alright. Jangan lupa makan buah-buahan tu. Aku datang nanti, tak ada yang kurang, siap kau. Jumpa nanti,” Usai dia menghabiskan ayatnya, dia terus berjalan keluar meninggalkan Hanis seorang diri.
****
Hai semua. I'm back! hehehe. Ez nak ucapkan selamat hari raya . Salah silap harap di maafkan <3 Happy reading ><
Share this novel